Friday, June 26, 2009

ehem ehem.

5
yeeeeeaaahh!! seminggu tanpa entry. seronok seronok. kenapa nak sebok tahu pasal aku? kalau nak tahu, tanya sendiri lah. jangan hanya tahu menghadap blog je kerja. mulai hari ni, (eceh! nak buat pengumuman neh) aku da malas nak mengupdate blog tapi tak tahu sehingga bila. aku neh bukan boleh dijangka. internet gave me so much trouble. cukup untuk membuat kepala berpening-pening dan hati bersusah-susah. kehidupan pon agak bersukar-sukar buat masa sekarang. Tetapi pemandangan semakin indah dan luas sejak akhir-akhir ini. sudah boleh bernafas dengan tenang di maktab, sudah tiada mata yang perlu di jaga. HAHAHAHAHA. sudah ada sesuatu untuk dijadikan keindahan untuk diperhatikan :)) keindahan yang sudah lama aku tak dapat nikmati (kot). eceh. suke pulak, rase macam zaman muda-muda pulak. berp**a-p**a dengan hati tiada ragu-ragu. eceh. HAHA. cet. suka betol zaman remaja, sekarang sudah belia. 17 years old with 4 years of extra experience. waktu yang sesuai untuk mencelik mata dan minda. oh. dimana-mana boleh didapati keindahan ini, mahupon sambil makan malam di cafe. cewah! keindahan yang bergerak, i like!!! mungkin pada weekend contohnya seperti esok dan hari selepas esok, agak sukar T___T, tapi jangan risau minggu depan masih ada :))

** ini adalah kerja waktu terluang kami. waktu terluang yang tak banyak kami guna dengan sebaiknya (eceh!). anda kerja banyak, kami jugak kerja banyak. mind u. anda berusaha mendapat segulung ijazah, kami bukan hanya goyang kaki okek! kami berusaha untuk mendapat pengiktirafan untuk memegang segulung ijazah. anda dinilai MQA? oh tidak. bersyukurlah. tak paham sudah. HAHAHAHA

habis sudahlah. nak mentelefon keluarga pulak. sangat rindu. siapa lagi yang dapat faham anda lebih kecuali keluarga anda sendiri bukan? eceh! HAHAHA. siapa lagi yang anda perlu telefon kalau bukan keluarga? oh. siapa yang akan merindu anda kalau bukan keluarga? HEHE. ok. dah la tuh membuat ayat yang susah nak paham. aku pon kurang paham. oh. pasti akan rindu pada keindahan pada hujung minggu neh. T_____T

oh. Megan Fox lelakikah?????? klik di sini. anda tentukan. eceh! HAHA

p/s: sila bawak plastic bag kalau terasa nak tengok Drag Me to Hell. Serious. kalau muntah di tempat kejadian jangan salahkan aku. Dah warning siang-siang neh. HAHAHAHA

Saturday, June 20, 2009

Kejayaan Membanggakan

0
omaigod. kau tahu tadi? kau tahu? alah. Mesti takkan tahu. Tadi aku telah berjaya di dalam peperangan bersama dentist. Hah! Aku telah membawa Tuan Besar bersama-sama. Puan Dentist mesti ketaq lutut tengok encik hussin datang dengan gayanya. Aku jugak turut bergaya dan membuat muka poyo menunjukkan kemenangan aku. HAHAHA. Akhirnye dapat mentampal gigi dengan half-price. Puan Besar nampak aku down gile sehinggakan telah mensuruh Tuan Besar bersemuka dengan dentist. aiseyh. Sape tak kenal encik hussin. HAHA. Akhirnya aku berjaya!!! boleh buat tarian separa bogel malam ni :)) HAHAHA

ohh.. btw, i'm leaving. tak puas hati betol cuti ni T______________T

bye bye;

kepantasan internet yang maximum

kepuasan tido setiap masa

masakan Puan Besar yang enak-enak

mak kucing, abang kucing dan juge 2 ekor adik kucing

dan sebagainya.

i'll be missing u.. T___T

p/s: Happy birthday to the most vogue mommy. it's 20th june rite? Aku pelik kenape reminder tak bunyi, rupe-rupenye handphone aku pakai tarikh lambat sebulan!! HAHA. handphone aku still 20th may 2009. sorry babe! HAHA. have a wonderful 21st birthday with your hubby and comot baby. kiss the kecik for me okek! :))

@^&!%#!

0
ok. this will sounds cliche.aku tak suke dentist! cet. menegapekah?

47 minit yang lalu, aku telah ke klinik gigi buat kali ke-3 dalam minggu ni, tak tahu lah pulak sejak bile aku suke dan bercinta dengan klinik gigi. Lately ni agak gemar ke klinik gigi, jangan tanye aku kenape, sebab aku pon tak tahu. Tapi tadi sangat kecewa dissapointed dan &%^$@&#!! aku dah tampal gigi 3 hari lepas, so tadi bile bangun pagi dan gosok gigi aku rase tampalan tu macam nak tercabut. Hari ni hidup memang sangat tak tenang, asik nak keluarkan kata-kata @#&;?!#;*^$! je.sabar zatie sabar. that's why aku sangat tak suke dentist. cet betol! Bile nak pergi baiki tampalan die cakap hari ni tak boleh, sebab pelanggan ramai, ade 6 orang. cet! dah la buat salah, tanak baiki pulak. Memang @!#$&*)!^%*!!! Lain kali, buat kerja biar yang paling baik, setimpal dengan harga. Takda la aku nak bising. Pegi complain kat klinik, diorang buat muka tak bersalah aje. Cet!!! kau nak aku baiki bile? kalau pegi klinik lain sah-sah la kene bayar harga standard. Aku pegi klinik tu jugak sebab die yang buat salah, so die kene tampal secara free atau bagi la half price ke. kau nak suruh aku datang esok? Kau nak suruh aku panggil superman yang kacak datang ambik aku kat cheras, bawak balik rumah semata-mata nak baiki tampalan ni?? %^&!#;@$%!!! Tahap kesabaran memang hilang. Skarang nak buat macam mane?


p/s: tahap kesabaran di tahap paling minimum


credit: http://kmrsmr.blogspot.com/2008_10_01_archive.html

in less 12 hours

0
Hari ni nak buat ape? semua bende pon nak buat. tak sampai 12 jam, ape je yang dapat buat kat rumah? Meggunakan internet yang berkelajuan tinggi secara melampau? Iyelah, kat sana nanti confirm tiap-tiap hari akan mengutuk ketidaklajuan internet yang melampau. ok takpe, jangan kutuk lebih-lebih, bende free memang takkan sebagos yang dibayar. Makan dengan extreme? oh.. ini penting. Menonton TV dengan tidak putus-putus? Aku nak tengok movie sampai muntah hari ni. HAHAHAHA. Bile lagi nak dapat movie free kan? :))


Sudah hampir sebulan rupenye aku cuti. Tak rasa pon. Boleh tak kalo tak nak balik sana? T____T Belum sanggup nak tatap keindahan dan ketebalan buku-buku. Hello Chemistry :)) I am not really into you. But you are better than your friend, physics. Tak sanggup menghadapi kemungkinan mengalami symptom-symptom hilang ciri kewarasan. Aku tak rasa jugak physics suka aku. HAHAHA. by the way, masih ketaq lutut nak mentunggu result untuk sem lepas. Nampaknya life & living processes dan children's learning in science jugak tak berapa nak suka kat aku. T___T but don't worry, usaha dah kan? :))


mood tengah takda, tak payah la nak buat entry okek. Buruk sahaja. memang takda ciri kreatif langsung (again, aku buta seni ke?). Mood dah pergi lawan Decepticons untuk menjaga bumi daripada ditakluk T___T mood aku memang best, pergi tolong autobots tapi tinggalkan aku sorang-sorang T___T oleh itu, marilah kita sama-sama doakan mood aku pulang dengan selamat. hati sangat berat untuk pulang, tapi apekan daya. eceh! mengada betol. tapi untuk berhadapan dengan tenggiling dan badak yang malu agak merimaskan. jomlah turun breakfast perut da bebunyi. kalau aku rajin, memang banyak entry terhasil hari ni, tapi aku rajin ke?

HAHAHA. have a nice day, dude!

Friday, June 19, 2009

Saya Berbesar Hati

6
memang selalunye blogger dapat award ke? ataupon kerana ucapan aku yang terlalu bagus dan indah tu yang membuatkan aku dapat award? Aku dah cakap, ucapan aku hari tu berguna untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan jugak terbilang. pewwiittt!! Tak sia-sia belajar buat ucapan waktu sekolah dulu, ade gunenye pulak untuk mase depan. Di sini, ucapan terima kasih buat guru-guru bahasa melayu aku dulu kerana dengan murah hati mengajar aku sampai aku dapat buat ucapan yang baik hari ni. Mintak maaf jugak sebab dulu waktu bahasa melayu, aku selalu tidur dalam kelas. Rasa nya, ucapan maaf sebab tidur dalam kelas ni kene mintak kat semua cikgu kot kecuali cikgu biology yang selalu memerhati aku dengan pandangan yang tajam dan jugak cikgu fizik yang sentiasa garang di dalam kelas sehinggakan nak pegi tandas pon tak sanggup. ok, ni baru sekapur sireh.

Seterusnya, terima kasih kepada kawan ribena aku yang suka pakai seluar trek dalam kain sekolah sama-sama dengan aku untuk main lompat getah dulu, TRet di atas award yang indah lagi menarik ini. Tadi baru kongsi cerita hot dengan beliau sambil makan cheesy wedges yang telah diidamkan sejak 3 hari lepas. Em.. sangat thrill untuk membeli juadah tadi. Macam main polis sentri pon ade tadi. HAHA.



Peraturan:
  • Kena letak award ni di blog
  • Bagi award ni kepada 10 blogger yang rapat dengan anda atau yang anda suka/minat atau yang anda senangi dan memberi inspirasi kepada anda
  • Memberitahu penerima award ni dengan memberikan komen di blog mereka
Aku selaku pemilik blog yang takda memberi input yang dapat merangsang minda ini mengucapkan ribuan lemon terima kasih sebab setakat ni, takda orang sanggup nak bagi aku award. Memang kurang berguna untuk mereka membagi aku award sebab setakat ni otak aku belum betol-betol center. Entry-entry dalam blog ini belom lagi dapat memberi seribu mahupon satu ilmu pengetahuan kepada pembaca yang budiman. Eh, Sudirman dah dapat anugerah Dato'. Maaf iklan sekejap. Kalau korang nak dapat informasi terkini, maaf ni bukan blog yang anda cari. Blog ini mengandungi ciri-ciri gedik yang extreme, pemujian terhadap pemilik blog dan teman-teman rapat pemilik blog secara berlebihan, luahan tidak puas hati pemilik blog terhadap golongan yang mengganggu hidup beliau secara langsung atau tidak langsung dan juga aktiviti penyidaian gambar-gambar secara vain penulis blog. Jika anda tidak suka, sila tinggalkan blog ini dengan senang hati :)) Aku tak memerlukan golongan yang pessimist yang tidak ade kerja lain selain menghentam blogger yang tidak bersalah.Oleh itu, selamat datang bagi golongan yang dapat menerima blogger seperti aku, kedatangan anda adalah di alu-alukan :))

oh.. oleh kerana TRet dah bagi award ni kepada sesetengah orang yang aku selalu memview dan menjadi pembaca tegar blog mereka, oleh itu ini sahaja rasanya orang yang aku nak fowardkan award ini. Terimalah (eceh!). HAHAHA. Berbesar hati memberi kepada:

Nathirah JiranKu

p/s: safe journey to Penang TRet! Take Care! :)) she's going back to Penang tonight. T___T

Thursday, June 18, 2009

Bersih membersih

2
Tadi buat sesi clearance laptop (eh?). Agak-agak banyak jugak sampah yang aku simpan dalam laptop ni, patut la lambat macam siput. Tibe-tibe bile buat clearance dekat folder-folder gambar, tedetik jugak nak tengok gamba-gamba lame. Hari tu dah tengok gambar-gambar dalam album zaman hingusan dan gelak secara besar-besaran dengan Ain sampai tegolek-golek. Banyak jugak gamba puaka yang aku dah lupa. Otak muda lagi, gambar tu je yang tua. Sebab tu susah nak re-call balik. Gila punya lawak la muka seketul-seketul kawan-kawan hingusan. Dah la semua kurus-kurus waktu tu, tapi sekarang? MasyaAllah.. Aku tak cakap ape-ape okek! Muka semua tak boleh blah, kontrol hingus dari melimpah ke ladang gandum. Ain pulak yang mengada suruh upload kat facebook sebab waktu tu dia kurus, nak bagi bukti lah tu dekat masyarakat sekeliling bahawasanya dia kurus. HAHAHA.


Lagi beberapa hari dah perlu melangkah keluar dari rumah, bukan kene halau la. Golongan yang kurang waras yang gelak macam gajah pon mak ayah aku tak halau kalau datang rumah. Kalau species T-Rex datang rumah pon mak aku buat muka cool je sebab kat sini memang banyak generasi-generasi yang kurang kecik, dah tak heran dah, ni kan pulak makhluk dari Planet Katak Lembik. Kalo nak datang rumah aku tu, boleh la bawak buah tangan :)) Dah perlu pulang ke pangkuan kesayangan. Memang tak perlu menahan sebak lah kalau nak balik sebab nanti dalam pejalanan bukan air mata yang keluar, saliva yang agak masam masin dan pahit bakal meneman perjalanan. Hari pertama kat sana, confirm dah buat countdown untuk balik cuti semester. Tampal besar-besar dekat pintu bilik. Memang cun lah! :))

Result la yang paling digeruni. Cis betol. Salah satu part paling tak suke ialah waktu result keluar. Penat la nak hasilkan hormon adrenaline selalu, nak jimat sikit pon tak boleh. Harapan aku, takkan lah nak gagal kan? Bengap sangat la aku neh kalo berharap nak gagal. Walaupon mempunyai pelbagai rintangan dan dugaan sewaktu minggu exam, aku nak jugak la result aku cool macam aku. Kalau tak, nanti aku salahkan penyakit-penyakit yang melanda waktu exam pulak, sape yang nak dengar? Hah! Yang bace blog aku jugak yang seksa. (ceh. perasan ade orang bace blog aku. HAHAHAHA). Sile doakan untuk result yang lebih cemerlang! (eceh! bersemangat pulak hari ni).



*study group + ubat migrain HAHAHA*




*SBE*

HAA. Ntah ape-ape letak gamba SBE. Lawak sungguh budak-budak hingusan, sebab baru potong rambut seharian nangis taknak duduk dalam kelas. HAHA. *mereka lawak dan comel*. Alamak! Rindu pulak dekat W890i. T_____T

Wednesday, June 17, 2009

Terkenang

3
Minggu lepas, Ain datang rumah bersama sama dengan seguni buah tangan. Buah tangan yang melibatkan hadiah ulang tahun dan sebagainye. Macam biasa, dia dah buat rumah aku ibarat rumah pertama dia dan aku sebagai amahnya. Malangnya dia terpaksa join aktiviti keluarga untuk mengkemas rumah sempena majlis anak buah aku, Daniel Haiqal. Dia dengan gagah perkasa telah membantu mengemas rumah dan menyediakan ape yang patut. Ceh, tunjuk skill la tu. Sambil mengemas die jugak sempat tunjuk skill untuk ayat anak buah aku yang berumur 3 tahun, Luqman Nur Haqim. Sampai skarang anak buah aku fobia untuk mentengok makcik Ain yang gelak kuat macam hantu. Dia jugak takut makcik Ain bawak balik H1N1. HAHAHAHA :))

ni adelah sebahagiannya.


sewaktu majlis yang dilakukan awal pagi. *adeyh*

Setiap malam kami akan bukak cerita hot lagi sensasi bagi menemani mimpi kami. Puhhh. Sedap lagi daripada ayam dekat KFC tu, tapi takleh lawan nasi Mak Som jual. Kalau gossip sampai lupa semua. Setiap malam jugak aku tak takut nak tido sepanjang Ain ade dekat rumah. Magic betol. Teringat pulak yang kami memang suke melakukan aktiviti malam bersama sewaktu di asrama dulu. Tidur sekatil memang pasti berlaku setiap malam. HAHAHA. Tapi aku normal okey. Kami tido berdua di atas katil yang cukup luas untuk kami yang kurus pada waktu tu sebab kami memang susah dan takut untuk tido. Bila ada waktu terluang, kami membuat lawatan sambil bercerita ke rumah wanie. Cerita zaman higus yang keluar mencurah-curah ke ladang gandum dulu semua korek balik. Cerita dulu-dulu yang mengguris jiwa dan mensakit hati, hari ni dah jadi cerita lawak pulak. Kami-kami menggelak dengan kadar yang sukar di kawal mengkenang zaman otak yang cuma boleh guna 1/4 je dulu. Semua yang pahit sudah jadi manis :)) *ting* Magic betol lah.




kawan-kawan otak 1/4 :))

Ain sudah pulang ke rumah dia lah. Mane ade lagi kat rumah aku, sebab tu sekarang ni tiap-tiap malam susah nak tido. HAHAHA. Bukan penakut, tapi kurang berani :)) Thank you friends, anda membuat hari aku (you make my day) HAHAHA. Mempunyai kawan gila, kurang waras, sewel petala ke 12 dan menseronokkan seperti mereka membuatkan hidup jadi lebih terkawal. HAHA. Aku perlukan gossip-gossip, cerita sensasi dari mereka ibarat memerlukan dadah berbentuk dadih. :))

p/s: hargailah rakan-rakan anda walaupon otak mereka kadang-kadang lebih kecik berbanding dari biasa. Mereka sangat fun dan boleh membuatkan anda berada di alam fun mereka :)) dan juga berkawanlah dengan mereka walaupon suatu hari nanti anda tahu mereka akan kurang kurus. erk..

Tuesday, June 16, 2009

Tag - intanGIBLE

7
Peraturan: Jika anda di tag, adalah sunat muakad untuk anda menulis 25 perkara yang masih anda ingat semasa anda zaman kecik2 >.< . Di penghujungnya, sila lah memilih 5 orang untuk anda menetag. Serta jangan lupa untuk menetag orang yang telah menetag anda. Jika saya menetag anda, ini adalah kerana saya mahu mengetahui lebih lanjut berkaitan kenangan anda semasa zaman comel2. Terima kasih (bahasa jiwa bangsa).


wah, sudah lama mensimpan tag khas dari intanGIBLE ini. Sorry baru sekarang baru berkesempatan nak buat. intanGIBLE atau nama sebenar Intan Diana merupakan ex-roommate aku sewaktu terbuang jauh di Changloon, Kedah. Merupakan seorang roommate yang merangkap bed-mate (oh?) dan desk-mate ketika di dalam bilik. Kami gemar menjalankan perang saudara sebelum tidur untuk mentengok siapakah yang akan berjaya menakluk kawasan katil secara besar-besaran. Selain itu, walaupon suaranya tak diiktiraf oleh masyarakat dunia, kami (including Nadia & Ain) sudah melantik Intan sebagai radio bergerak C1-T1-11 bagi memeriahkan majlis makan-makan dalam bilik. Makan malam kegemaran Intan serta kami bertiga selaku roommate yang baik hati adalah nasi kosong bersama-sama dengan telur dadar masak kicap. Beliau juga suatu ketika dahulu addicted untuk bermain gama Bounce di dalam handphone saya dan kerana beliau juga, akhirnya game tersebut sudah mencapai level tertinggi *tepuk tangan berapi-api*. Intan juga adelah lecture-mate aku untuk semester pertama di kMk. Beliau sekarang sedang meniti hari-hari kurang ceria tanpa aku di Pahang sana. HAHAHA. ok, cukup sebagai pengenalan. :))


intan+zatie+nadia+ain

Perkara sewaktu saya kecik:

1.aku suke pergi Tadika sebab tadika dapat makan sedap-sedap dengan kawan-kawan pulak tu, lepas tu balik rumah show-off dengan kakak cakap hari tu makan bubur nasik yang cikgu buat best gile. Tujuan asal adalah untuk suruh kakak aku masak bubur tu lagi sebab perut mase tu penuh dengan cacing, makan sikit pon tak cukup. alah, mase kecik pon dah tahu tag line "sharing is caring". HAHAHA

2. Tak suke pergi Tadika bile ade pemeriksaan gigi. sebab tu la gigi skarang tak cantik, belapis-lapis! Hampeh!

3. Tak suke jugak pegi Tadika bile aktiviti minum susu. Aku tak suke susulah!! eeuuww!

4. Dulu suke duduk atas pagar rumah jiran saye sebab pagar die best! HAHA. Ayah da pesan jangan panjat, tapi mase tu lupe korek telinga kot. Ayah nak pegi kenduri, panggil aku kat rumah sebelah (rumah idiey), nampak anak die atas pagar ngah bertenggek macam burung kasawari (eh?). Takut punye pasal, pusing sampai kawasan belakang rumah, lambat sangat sampai rumah, ayah aku da tinggal aku T__T

5. Dulu ade budak laki hensem duduk bejiran, mase tu hormon gatal dah ade kot bagi kanak-kanak perempuan. Terus falling cinta kat die (ehe.. malu). Tak sampai sebulan kot, rumah die kene pecah masuk. Perompak kebas habes barang sebab mak bapak die kaye. Lepas tu die terus pindah. Sampai hari ni dah tak pernah jumpe lagi, name pon dah lupe T__T

6. Dulu ade basikal!!! :))) tak payah ade lesen pulak tu. wuuhuu!!

7. Dulu rambut panjang mengurai (eceh!), ikat cantik punye! hari first masuk kelas kawan blakang panggil "eh, kuda!" cis, kuang asam betol budak kecik ni. HAHA.Aku kawan dengan dia sampai hari ni :))

8. Dulu suka main badminton kat rumah sebelah (rumah idiey lagi). Maen teng-teng feveret jugak! Balik rumah selalu dah maghrib. Pastu sambung tengok tv, buat relex je ayah aku suruh mandi. Kalau selagi tak habis Doraemon bontot takkan telepas dari kerusi. Mase tu pakai gam gajah nak suruh melekat. (tipu!)

9. Mase kecik suke tido ngan mak ayah. Orang lain jangan ganggu. Mak ayah pon fed-up kot. HAHA. dah la suke angkat baju lepas tu gosok perut sebelum tido (hanya untuk tatapan 18 tahun ke atas). Memang takkan feel nak tido kalo tak gosok perut. :))

10. Dulu pegi tadika, action konon macam artis pakai gelang kristal yang ayah baru beli dari Langkawi. Kat Tadika ade la seorang kanak-kanak perempuan ni pecahkan gelang tu. Die buat muka selamba terus pegi makan sebab dah masuk waktu makan kul 10. Aku pegi tanam sorang-sorang dekat sebelah tadika dengan menangis sampai keluar segala hingus, balik rumah takut gila. Nasib baik ayah tak tanya. Sampai hari ni rasa nak pegi korek balik tempat tu. huu~

11. Dulu ade sorang budak 5 tahun kat tadika tak kasi aku masuk darjah satu! dia boleh suruh extend lagi setahun supaya kitorang bleh darjah 1 sama-sama. wooot~ woot~ nampak sangat aku cool dlu. ramai peminat. HAHAHA

12. Dulu bukan suka sangat balik rumah. Suka duduk rumah pengasuh aku atau pon orang sekarang ni gedik panggil Nanny sebab kat rumah dia ade bela kambing. walaupon kambing busuk, aku suka kawan dengan kambing sebab waktu tu bau kami sama. :))

pheww.. banyak lagi oi!

13. Waktu sekolah dulu, setiap pagi sebelum pegi tution, aku dengan kawan-kawan akan race pergi beli nasi kat kedai Mak Som. puhh! nasi dia sangat mengancam. skarang ade lagi ke nasik dia tu?

14. Aku paling tak suka bila ayah aku tak dapat pegi ambik aku dekat sekolah, sebab aku tahu kena balik jalan kaki. Walaupon rumah aku takda la jauh sangat, tapi dalam panas tu setiap titik peluh amat bermakna. Boleh dehydration tahu! HAHAHA

15. Sebab tak nak balik jalan kaki, aku ambik keputusan nak pegi sekolah naik basikal dengan kawan-kawan. Pukul 7.15 pagi semua kene bekumpul dekat simpang tiga rumah aku, dan konvoi pegi sekolah. Mase tu tak tahu pulak ade gelaran minah rempit, kalau tahu kami dah join skali. (>.<)

16. Balik sekolah, tengok ade surat cinta orang tinggal kat basikal. Fuhh! Nampak sangat hot sejak kecik. eh, bukan. Nampak sangat gatal sejak kecik. HAHAHA

17. Mase kat sekolah, rase macam dah low profile tapi nak buat macam mane, ade 'orang tu' kate aku geng kelas atasan waktu sekolah rendah. Ceh. Nampak sangat gangster sekolah. 'orang tu' takut sebab die kecik je waktu tu. HAHAHA :))

18. Mase sekolah dulu, ade seorang kanak-kanak lelaki yang selalu cari pasal. Aku dengan baik hati bagi dia award. Baik kan? Aku bagi die award 'monyet terbaik'. HAHAHA. Tapi, die kasi jugak kat aku award. Tak nak lah cakap kat sini. Malu den! HAHA Cis betol. Sampai sekarang aku tak rase comfortable jumpe die.

19. Mase sekolah dulu semua cikgu kenal aku, sebab aku cantik, eh bukan. sebab aku pelajar terbaik. Eh. bukan jugak. Sebab mak aku cikgu kat sekolah tu. Kalau aku gatal sikit, guru kelas aku mesti report. T___T

20. Mase kecik-kecik dulu ade bela kucing berekor-ekor. Tidak terkira. Yang paling aku ingat Comel dan Cumi, kucing Parsi. Cumi mati di gilis kereta sewaktu bapak aku nak keluar. Kesian betol. Aku menangis sampai keluar semua hingus, kahak, dan yang pasti air mata. Pegi tanam belakang rumah, buat kubur cantik-cantik. Hias macam nak buat rumah je. Hish! dan akhirnya Comel hilang tanpa dapat dikesan. Nak report polis macam melampau je. HAHA

21. Mase kecik-kecik suke main kawin-kawin. Aku rase aku banyak jadi pengantin sebab aku rase aku cun. Kecik-kecik dah perasan. Astaghfirullahalazim.. T__T

22. Mase dah besar sikit, sebelum UPSR dah teringin nak pegi boarding school. Selalu bajet pandai. Ceh, sebenarnye tak pandai-pandai. HAHA. Demand betol. Dulu tak tahu boarding school lain, tahu SESMA je. Alhamdulillah, akhirnye form 1 dapat masuk SESMA. bile pergi SESMA, WTFish?!! Ceh. Kecik nye boarding school ni. Sesuai dengan tittle Sekolah Berasrama Penuh, SESMA memang penuh. Penuh dengan orang dan penuh dengan peraturan. HAHA

23. Mase UPSR orang lain semua busy study, aku dengan kawan-kawan busy main-main dan menggatal. HAHA. Emm, ade orang kene rampas surat cinta. HAHA. Yang pastinya, bukan aku. :)) Alhamdulillah, hari ni semua berjaya :))

24. Waktu darjah 3, suka main lompat getah yang ala.. "zero point" tu. HAHA. Pakai seluar track siap-siap dalam kain, waktu rehat buang kain terus main sampai lupa nak pegi makan. Kalau malas, masuk kelas pakai macam tu je, lupe dah dekat kain. Kene sound kat cikgu, buat muke selamba je. Gangster skolah katekan. Haish!

25. Mase kecik-kecik suke kumpul geng sebelum pegi makan dekat kantin. Makan mee sup kantin dengan nikmat. Takpon Laksa yang sedap. Nasi ayam/daging kat kantin sedap jugak. Selalu jugak dapat free atau half price sebab pergi dengan hot-mommy-intan sebab die ade hubungan saudara dengan Kak Yah (if i'm not mistaken).

yeah! penat mengerah otak dan membanting tulang untuk ingat balik perkara-perkara yang jadi waktu kecik-kecik dulu. banyak lagi perkara yang menarik tetapi biarlah aku simpan untuk buat buku bila tua nanti. Tak exclusive pulak nanti. Artis macam aku buat pendedahan dekat blog (bluuekk!). Haha. Have fun people, remembering what you have gone through all this while. Thanks IntanGIBLE untuk Tag yang inidah ini. :))



penat aku type, so mungkin orang di tag ini nak cerita jugak ape yang dorang lalui suatu masa dahulu. (eceh!):

TRet


Idiey


Mommy


Mira

Sila Beranikan Diri

3
hah? ape korang tak suke layout baru? HAHAHA. Like I care! Suke hati akulah, blog aku. Bukan korang bersusah payah menanggung sakit belakang menghadap komputer ibarat mengangkat 15 kampit beras pon. Ade bagi idea? Em, rase nye takda pon. Kawan-kawan terdekat yang baik hati bagai angel jugak yang bagi idea. Mengerah tenaga mempikir untuk pakai layout ni, bagai mengerah tenaga untuk menjawab soalan final exam korang bukan tahu pon. Aku pikir 10 zillion kali untuk membuat keputusan mempakai layout pink ni. Apekah kesalahan aku mempakai layout pink? Berdosakah aku pakai layout pink? Tidak cukup femininkah aku untuk pakai layout pink? Alam cyber tidak mentunjuk diri manusia yang sebenar. Korang nampak aku kasar di sini, tapi korang tahukah betapa lemah lembut, ayu dan feminin nya aku kat luar? (eceh! angkat bakul sendiri). Think twice. Don't judge people by looking on her/his blog. Pendapat korang semua memanglah dihargai, tapi there's nothing you can do if i'm really in love with my blog layout. Korang tak suke, boleh meninggalkan sedikit kesan kedatangan korang pada chatbox atau ruangan comment. Kalau rasa dah menyampah sangat, tak payah tinggal kesan pon takpa. I don't mind. I would love you to leave. HAHA

Ohh.. Mengenai tulisan yang agak kecik ni pulak. Oi! layout lama pon tulisan sebesar zarah ni jugak yang aku gune, takde sape complain pon except for the young-and-hot-momma. Yang bezanya, layout lama tulisan berwarna grey dan layout ni tulisan berwarna hitam. Sile jawab!! Em, semalam dia pon ade jugak complain tulisan kecik, tapi aku lebih suka macam ni. Kalo aku membuat entry, jarang ade yang sepanjang 2 jengkal ayat. So, aku rasa tulisan kecik membuatkan blog aku nampak lebih kemas. Kalau rasa sakit mata sangat nak baca, sila jangan susah-susah nak baca. Nanti tak pasal-pasal korang menyalahkan aku kalau korang terpaksa memakai cermin mata. Mata aku tahan lasak. So, aku tak kesah sangat lah kalau tulisan kecik sebesar seketul zarah pon. Lagipon contact lens belambak lagi jual kat kedai. Layout dulu mungkin lebih menarik pada korang, tapi mata aku terasa semak dengan layout tu. Aku lebih sukakan layout yang nampak ringkas dan kosong. Layout ni nampak lebih tenang dan ringkas :))

Kepada sesiapa yang nak meninggalkan pesanan, sila sertakan nama serta link untuk ke blog anda. Ataupun, anda boleh meninggalkan email, supaya aku dapat tahu ape citarasa korang dan ianya tidak di sia-siakan. Korang dapatlah share serba sedikit idea-idea bernas yang tidak terhingga korang tu supaya aku dapat berubah hati untuk tukar layout lagi. Kalau setakan complain tapi habuk pon takda, sila jangan buang masa. Biar lah berani untuk berbual mesra bersama aku. Aku tak makan orang pon, belom pernah lagilah setakat ni. Jangan jadi seperti katak lembik yang bunyi je kuat, tapi muka sorok dalam tanah. Aku seorang pelajar jurusan sains yang agak buta hukum seni, mungkin sebab tu blog jadi tak cantik, dan itu semua tak penting. Yang penting aku suke. :))

Jika ada ape-ape sila tinggalkan pesanan anda. dan INGAT!! sertakan link untuk ke blog anda yang serba indah bagaikan syurga tu. atau kalau terasa blog korang lagi tak cantik dari blog aku serta malu nak tunjuk tapi nak hentam jugak blog aku, boleh tinggalkan email. Sekian. *Peace*

p/s: indah betol hari cuti. dapat buat entry yang bajet cool dan ganas dengan sekelip mata. *wink* manfaat cuti dengan tepat sekali!! Next week class will start!! YEay! otak bakal kembali bekerja. *sigh*

Hello!!

6
Tadaaaa~!!

Brand new look of The Dancing Queen. Cantik atau Tidak? Anda tentukan. Eceh! HAHA. Mungkin ade segolongan yang kurang suke. "alah, blog murahan", "oiii!!! Pink nye!!" bla bla bla. Ade aku kesah?!! Aku bukan nye makhluk dari planet katak lembik yang terlalu amat sangat sungguh gilakan pink. Oh. no no no. Hal ini berlaku secara tidak sengaja. Pening dah kepala aku nak cari layout yang sesuai, and most important, nampak luas serta berwarna putih. pewwiit~!! Yang ni lah hasil dia. Kalau korang tak suka takpa, asalku aku suka. erm, dan orang yang penting itu suke. :))

Oi ape nih! tulisan kecik sangat!! ok, itu masalah korang, nak bace, silakan, kalo taknak, boleh tekan pangkah dihujung bahagian atas. kedatangan anda yang tak berjemput, bolehlah keluar tanpa iringan. layout ni tak seindah yang lain mungkin tapi tidak menjadi masalah kepada aku. kalau aku tak suka nanti, aku buat la yang lain, korang ade nak tolong buat untuk aku ke? Haaa..!! Takde kan? sile jangan banyak complain. Sepanjang cuti ni, kerahan otak juga berterusan dan tidak makan gaji buta. Otak yang baik hati lagi memahami ni telah membantu dalam banyak pengurusan hal. Terima kasih di ucapkan kepada Siti Athirah (TRet) dan Wan Nur Madihah (Idiey) di atas kesudian mereka menahan mata, minda, telinga dan semua anggota bagi membantu pembikinan layout baru ni. Terima kasih jugak kepada Encik ehem huirm kerana anda merupakan inspirasi saye :)) (ecewah!!) . Terima kasih juga kepada sesiapa yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung sepanjang saya membuat kerja-kerja pengubahsuaian. oh! tidak lupa jugak kepada Hazwani Hembali kerana memberi idea-idea dan kutukan yang membina. dia menyatakan blog ini nampak seperti murahan kerana gamba sexy wanita di atas. HAHAHA. aku suke jugak nak letak! sorry la :)) walaubagaimanapon terima kasih kerana meluangkan masa sedangkan busy nak siapkan kerja yang perlu submit pukul 6 tadi. aku terharu okek! T___T

memandangkan entry ni sudah panjang dan ibarat memberi ucapan semasa mendapat anugerah bintang popular, aku rasa berhenti sampai sini sahaja. mungkin artis-artis lain akan membuat cetakan berjilid terhadap ucapan yang telah aku berikan. mungkin jugak akan diselitkan sewaktu Anugerah Planet Muzik nanti. *phewwiitt!!* Terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa.

Enjoy!!

My Wishlist

2
wishlist saya.ni mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa. :))

♥ Cameron Highland! (someobody, please take me with u T__T)

♥ Bukit Tinggi, Janda Baik. (untuk mengenali Janda-janda yang baik)

♥ Jam Tangan Baru (yang lama sudah usang dan jarum sudah hidup segan mati tak mahu)

♥ New Camera

♥ ipod!! (mp4 sudah semakin tua di mamah usia, nyanyuk sudah mp4 aku T__T)

♥ holiday dengan tenang di mana-mana sahaja yang tenang.

♥ pergi tempat yang sangat banyak bunga-bungaan cantik dan wangi (tolonglah taukeh ladang bunga!)

♥ kawan yang sangat memahami (yang ni sampai sudah tak dapat kot! zatie = complicated)

♥ Apple Mac-Book (HAHAHAHA.. Gelak sampai keluar air mata)

♥ Saye mahu awak la!! Cepat la lagi at least 4 tahun~ T___T

♥ Mengharapkan tahun ini adalah final year, tapi tidak mungkin terjadi. Masih ada 3 tahun baki usia untuk menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai pelajar. nanti kene sambung lagi. HAISH!!

♥ mahu dia pulang ke Tanah Melayu dengan selamat. August, pls hurry!! Akita takda swine flu kan? HAHA. jika tidak, duduk diam diam kat situ

Nak laptop baru!!! Nak HP mini 110 ni. i like~

p/s: perlu berusaha!!

Sunday, June 14, 2009

close

0
T_T


blog ditutup buat sementara waktu untuk proses renovasi. harap maaf

Saturday, June 13, 2009

Meteorite

0
It's amazing to know something weird hits u. check this out :))

Sunday, June 7, 2009

need some help.

6
seriously, i'm desperate to change the blog url and also the template. if u've got any suggestion, pleassseee tell me. dearie close friends adelah golongan yang digalakkan tp any outsiders juge boleh bagi suggestion. please leave your comments. TQ. (>.<)

poyolah chekgu!

0
ini selepas kertas terakhir untuk final exam hari tu.





do me a favor pleaasseee, dont leave me T____T


good! Love u!

p/s: thinking of changing my blog url and the template, any suggestion??

Saturday, June 6, 2009

♥ L.O.V.E ♥

0
from left: ijah, zatie, datul, wanie, dillah. (not in the photo: tojie & eddy) Love Love Love

oh my, love love love, forever. u make my day, cik kiahS. Datul came all the way from K.Terengganu with EP (bukan name sebenar). Sweet :)) hope u'll be forever together. cis. kisah yang aku terlepas since few years ago. We're gossip-ing, lepak-ing and gelak-ing macam dah takda orang lain dalam dunia (at least around us). Next, should be ready for Ain to come this Monday. Love to have friends around, especially when we're not seeing each other for quite long time. Dr. Dillah speaking Irish. Cis. Buat keropok pakai Tuna, HAHAHA. Tak bleh blah! There's loads of things to share, tapi masa macam sangat jeles okek! For all dear friends, good luck for the future undertaking. Selamat berintern bagi yang sedang berintern (since i heard that many of us are doing their internship right now and most of them di Kerteh), selamat bershort-sem, dan selamat bercuti. muah muah muah.


*i'm back to normal :))

p/s: gemok nye muka saya. tapi saya dah tak makan 2 hari. hish!

Friday, June 5, 2009

i'm sorry

4
sorry love, i never meant to hurt you T__T




i love you forever, i'm sorry.

please forgive me, love

T____T

Thursday, June 4, 2009

boleh cuba :))

2
oi oi. tadi dengan bangganya dah habiskan lagi sejibik novel. bosan wa cakap lu! kalau ade buat bunjee jumping pon sanggup turut serta neh. *cik zatie penakot perasan berani okek!* Tadi mendapat sebuah/sejibik/serangkai (oh. whatever!) email tentang cara-cara menghalau roommate/ housemate yang kurang di gemari/senangi. daripada tak tahan rasa sampai nak gigit-gigit je telinga dia, cara-cara yang disuggestkan ni pon mungkin berharga. HAHAHAHA. enjoy!

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampung. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd anda.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 org bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

21. Sembunyikan seluar dalam/baju dalam korg yg telah dipakai bawah bantal roommate korg. Bila dia balik, komplen yg seluar/baju dalam korg hilang. Toksah nak ngada-ngada pegi cari kat lain, pegi straight kat bantal dia. Lepas tu tuduh roommate ko gila seks..



idea gila untuk menghalau roommate anda. namun, idea yang agak bernas mungkin. Haha. sila cuba okek kalo tak tahan sangat dengan roommate anda. :))



p/s: sangat malang dapat roommate yang sanggup buat idea-idea di atas. HAHAHA :))

Wednesday, June 3, 2009

kMk: Rindulah!

2
Malam yang sangat sunyi. Tadi pulak tertidur mase tengah bace novel. hoh! sile take note okek! sudah menghabiskan beberape jenis bahan bacaan sejak bercuti kerana teramat sangat sungguh dan terlalu sekali bosan. belom menselesaikan lagi tag oleh cik intan tayunk~ dont worry babe, akan cube menselesai dengan kadar segera. belom bermood untuk menjawab. lagi pon kene pikir 25 hari la kot tentang 25 perkara-perkara tesebut. hilang ingatan sejak dapat roommate yang suke rebut katil dulu. HAHAHA. Tadi tengah bosan-bosan, menselongkar gambar-gambar lame, terjumpe pulak gamba ni. sangat rindu lah okek!! T____T





danggg!!! cik zatie misses u, girls :))

cik zatie misses kegedikkan kamu-kamu juge!!


p/s: dear rummie, kamu-kamu tahukan mengape gambar ini menjadi sebegini gayenye? HAHAHA. keep it as a secret okek!!! ssshhh~


*omaigudness.. aku kuruslah dulu!! Nak balik kMk lah camneh!

kMk= kolej Matrikulasi Kedah, Changloon.

di hari ni

2
Sangat geram dengan facebook skarang. Setiap kali nak online tu lah die nak buat maintenance. Sangat bersakit hati sekarang. Hanye mampu mengcheck email sahaje. Ohh. sewaktu mengcheck email tadi, macam biasa lah dapat email info dari Abg Asri (S/U Sesma Alumni). Sangat kagum dengan kesungguhan S/U neh kerana sangat rajin walaupon kadang-kadang tidak mendapat sokongan daripada Alumni yang lain. Ni adalah email yang saya dapat hari ni dan agak terkejut walaupon tidaklah sampai melompat-lompat. Tak tahu ape perasaannye sekarang. Suka dan sedih jugak ade. :))) T____T

Berita SESMA Alumni Jun 2009 (juga dikenali sebagai emel yang tak ada orang baca....:) )
Mohd Asri Yusof
To:setiausaha@sesmaalumni.org.my
Askm wbt & Selamat menyambut bulan Jun,

Sebelum apa2, saya suka mengingatkan alumni SESMA bahawa AJK persatuan masih belum membuat keputusan tentang Mesyuarat Agung Tahunan dan Perjumpaan SESMA Alumni 2009. Pendapat anda diperlukan. Sila rujuk emel bulan lepas.


Satu perkembangan yang tidak ramai tahu rasanya tetapi melibatkan perubahan agak besar kepada sekolah kita ialah pembinaan Dewan Besar sekolah baru serta penambahan 1 blok pentadbiran dan 1 blok asrama puteri.

Tidak ada isu sangat berkenaan blok asrama puteri kerana memang diperlukan. Satu rumah warden juga akan dibina bersebelahan. Blok baru ini berada bersebelahan blok sedia ada jadi padang rumput kecil sebelah tu kira selamat tinggal nampaknya.

Blok pentadbiran baru pula akan dibina di sebelah blok asrama lelaki, di atas gelanggang takraw dan bola tampar sekarang. Selamat tinggal kepada gelanggang2 tersebut. Siapa2 yg ada byk nolstalgia di kawasan tersebut, pergilah tengok sebelum ia lenyap selama2nya.

Antara cadangan pembinaan ialah arena memanjat batu.....hehe...Rock Climbing Arena....


Dewan Besar baru pula tidak akan mengambil alih tapak dewan lama, sebaliknya padang hoki sekarang (sebelah pagar depan) akan tinggal kenangan.

Sdra/i, pembinaan dewan baru ini memang diperlukan kerana dewan lama sudah mencapai max capacity, tetapi bagi saya sekurang2nya, satu kerugian kerana sebuah padang yang terletak di kawasan prima akan dimusnahkan. Tanpa diganti (buat masa ini)

Secara teorinya, alumni yang perihatin terhadap sekolah akan menimbulkan beberapa persoalan:

Kenapa padang yg elok2 dibuang? kenapa tidak ada ganti (setakat yg saya tahu)?

Saya serahkan persoalan ini kepada alumni. Jika kita mengambil berat terhadap adik2 kita dan sekolah kita, apa yg kita mampu lakukan?

Bagi saya sendiri, apa yg mampu saya lakukan ialah mencari jalan supaya alumni mendapat sedikit kebaikan dari pembinaan bangunan2 baru tersebut. Jika ada hasilnya, InsyaALLAH, saya akan maklumkan kepada alumni.Jika tidak, adakah itu satu petunjuk atau isyarat kepada kita semua?


Aktiviti Alumni bersama pelajar pada Jun ini akan dilaksanakan oleh sdra 'headboy' 83. Pada 10hb Jun ini pelajar T5 akan mengikuti satu kem akademik/motivasi di SESMA. Jika ada alumni berminat nk turut sama, hubungi saya.


Saya akhiri dengan harapan SESMA Alumni akan mendapat sokongan dari anda. Jika kita menganggap diri kita lemah dan tidak berupaya, maka ketahuilah tiada manusia berasa dirinya kuat dan berharta. Sedikit sumbangan anda, samada masa, tenaga atau harta, sungguh besar nilainya.


Mohd Asri Yusof
S/U Agung SESMA Alumni


hoho. semua kenangan pasti akan hilang, cuma masa yang menentukan. Baru ym dengan A**m semalam cakap-cakap nak pegi menjenguk kesan tapak kaki yang tertinggal di sana, tapi cuti semua tak sama. Its okek kawan-kawan. Next time mungkin. *chill*

p/s: bosan la cuti. tak tawu nak buat pe T_________T

Tuesday, June 2, 2009

The New Moon Trailer

0
the new moon trailer is now released!!

sila tunggu 20 November 2009 okek! :)))))))



+ ladies out there, please calm down. Lambat lagi okek! new moon will be release on November 20th this year (>.<)

+ pasti akan berlaku lagi 'syndrome demam dracula' seperti tahun lalu. :))

+ and i must say, sorry guys.. teman-taman wanita anda pasti akan melupakan anda buat sementara. HAHA

enjoy the trailer! :)))

p/s: robert pattinson owh!

keruntuhan

2
atap stadium gong badak runtuh? Astaghfirullahalazim....

nasib baiklah tak berlaku mase ade event kat stadium. hoho~  baru setahun sultan Terengganu rasmikan stadium neh, dah jadi camneh T____T. Dancing Queen hari ni menjadi blog yang berinformasi. KAH KAH KAH. excited lebey okek! sebab stadium neh dekat aje dengan Sesma. semalam kan baru cakap pasal Sesma. HAHAHA. sile tengok gamba.

 
  

credit to: google & psychoX

a flying card from ...

3
owh owh. sedang gembira bercuti? hoho! mestilah. gembira dapat makan banyak, tido banyak dan semuanya dalam kadar yang banyak. saye suke sesuatu yang banyak okek! banyak kerja saje yang tak suke. i dont care! i dont like okek!

omaigudd.. semalam, mase sampai je rumah, mak cakap ade kad from somewhere yang tak dapat di kenal pasti. ingatkan mak saye hanye menglawak saje ataupon saye rase posmen dah silap rumah kot. tapi tidak!! oh! sangat excited okek dapat kad. mengapekah? sebab sangat lah jarang amat sangat sungguh sekali dapat kad or any such thing sejak kebelakangan dan kedepanan neh. and guess what?!! its a card from Ireland!! oyye oyye~!! dan kad itu dari Dr. Dillah :)) my ex-schoolmate & ex-mentee di Sesma yang sangat comel. semua ex-schoolmate saye comel okek! Sesma melahirkan insan-insan yang rohani dan jasmani yang comel seperti saya. sangat lambat saye menterima kad ni. kad ni sempena birthday ke 21 :)) tapi takpe, berumur 21 bukan satu hari, tapi 365 hari.











to Dr. Dillah,

+ Thanks a lot kawan. sangat terharu T___T.

+ Thanks jugak untuk sentiasa mengambil berat :)) sampai bile-bile persahabatan takkan hilang bukan? (eceh! jiwang lebih pulak malam neh. sepak kang baru tawu!)

+ I'll be waiting for u untuk pulang okek. Nanti kite tawaf satu daerah (eceh!) same-same. :))

+ I miss u too babe. Sudah lame tidak memborak dan menggelak bersame-same. Sorry la, aku selalu gelak lebih, nak buat macam mane, genetik dah macam tu. Nak kene susun balik kromosom supaye jadi lebih sopan. T___T

Love: cikguzatiesayangdillah :))

omaigudd.. mengapekah terlebih sensitif malam neh? mengkenang balik kisah dulu. sangat touching okek! dulu suke kutuk pengawas (sorry pengawas) sebab selalu tak puas hati, rase diri ini semuanya betol. Egocentism sangat tinggi lah sewaktu remaja. aik? sekarang tak remaja ke? KAH KAH KAH. sekarang Belia okek! Dulu pakai kain sapu lantai (skarang ape kurangnye? HAHAHA), dulu suke bawak barang haram (contoh: handphone (eceh! ngade, skolah pon nak pakai henfon), bodyspray, dan sebagainya), suke buat salah tapi tak ngaku dan macam-macam lagi. Tapi ade satu yang saye ingat sampai hari ni, sangat tak puas hati. Rantai & loket yang menjadi kenangan bersama sorang akak senior di rampas (oi oi, camane nak simpan, baru balik dari lawatan, belom sempat balik rumah dah kene rampas. cis betol!). Tapi takpelah, semua itu kenangan. :))


sangat rindu. every single second yang kita pernah lalui bersama dulu adalah sesuatu yang sangat berharga. terima kaseh kawan-kawan sebab masih ingat antara satu sama lain. mungkin ade segelintir dah lost contact, tapi kite tak pernah sengaja kan untuk melupakan satu sama lain?? Korang jangan lah berharap sangat nak dapat kad dari sape-sape macam aku dapat neh (HAHAHAHA) sampai tidur depan rumah (konon tunggu abang posmen hensem) semata-mata untuk menterima khabar dari kawan-kawan yang lain, simpanlah kenangan kita semua di tempat paling dalam dan paling sukar untuk di curi oleh sesiapa saja. 5 tahun di hostel sangat nostalgic okek! dari muke macam budak tak cukup zat & vitamin sampailah dapat badan yang kecik sikit je dari gajah (ops! jangan terase okek! makanan kat dewan makan sedap lew~ hari selasa paling best kot. HAHA), kita semua masih tetap kawan :)))


wah wah. entry yang sangat berjiwa sensitif. sepak kang! anyway, entry ini sangat ikhlas okek. di malam hati yang tak seberapa tenang neh, mule la terasa tersedeh sikit. so, entry ini mungkin agak emotional lah. T___T


kawan-kawan yang comel, kalau ada masa kite jumpe lagi okek! sangat rindu~

sesmarian? click di sini
 

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥