Peraturan: Jika anda di tag, adalah sunat muakad untuk anda menulis 25 perkara yang masih anda ingat semasa anda zaman kecik2 >.< . Di penghujungnya, sila lah memilih 5 orang untuk anda menetag. Serta jangan lupa untuk menetag orang yang telah menetag anda. Jika saya menetag anda, ini adalah kerana saya mahu mengetahui lebih lanjut berkaitan kenangan anda semasa zaman comel2. Terima kasih (bahasa jiwa bangsa).
wah, sudah lama mensimpan tag khas dari intanGIBLE ini. Sorry baru sekarang baru berkesempatan nak buat. intanGIBLE atau nama sebenar Intan Diana merupakan ex-roommate aku sewaktu terbuang jauh di Changloon, Kedah. Merupakan seorang roommate yang merangkap bed-mate (oh?) dan desk-mate ketika di dalam bilik. Kami gemar menjalankan perang saudara sebelum tidur untuk mentengok siapakah yang akan berjaya menakluk kawasan katil secara besar-besaran. Selain itu, walaupon suaranya tak diiktiraf oleh masyarakat dunia, kami (including Nadia & Ain) sudah melantik Intan sebagai radio bergerak C1-T1-11 bagi memeriahkan majlis makan-makan dalam bilik. Makan malam kegemaran Intan serta kami bertiga selaku roommate yang baik hati adalah nasi kosong bersama-sama dengan telur dadar masak kicap. Beliau juga suatu ketika dahulu addicted untuk bermain gama Bounce di dalam handphone saya dan kerana beliau juga, akhirnya game tersebut sudah mencapai level tertinggi *tepuk tangan berapi-api*. Intan juga adelah lecture-mate aku untuk semester pertama di kMk. Beliau sekarang sedang meniti hari-hari kurang ceria tanpa aku di Pahang sana. HAHAHA. ok, cukup sebagai pengenalan. :))
intan+zatie+nadia+ain
Perkara sewaktu saya kecik:
1.aku suke pergi Tadika sebab tadika dapat makan sedap-sedap dengan kawan-kawan pulak tu, lepas tu balik rumah show-off dengan kakak cakap hari tu makan bubur nasik yang cikgu buat best gile. Tujuan asal adalah untuk suruh kakak aku masak bubur tu lagi sebab perut mase tu penuh dengan cacing, makan sikit pon tak cukup. alah, mase kecik pon dah tahu tag line "sharing is caring". HAHAHA
2. Tak suke pergi Tadika bile ade pemeriksaan gigi. sebab tu la gigi skarang tak cantik, belapis-lapis! Hampeh!
3. Tak suke jugak pegi Tadika bile aktiviti minum susu. Aku tak suke susulah!! eeuuww!
4. Dulu suke duduk atas pagar rumah jiran saye sebab pagar die best! HAHA. Ayah da pesan jangan panjat, tapi mase tu lupe korek telinga kot. Ayah nak pegi kenduri, panggil aku kat rumah sebelah (rumah idiey), nampak anak die atas pagar ngah bertenggek macam burung kasawari (eh?). Takut punye pasal, pusing sampai kawasan belakang rumah, lambat sangat sampai rumah, ayah aku da tinggal aku T__T
5. Dulu ade budak laki hensem duduk bejiran, mase tu hormon gatal dah ade kot bagi kanak-kanak perempuan. Terus falling cinta kat die (ehe.. malu). Tak sampai sebulan kot, rumah die kene pecah masuk. Perompak kebas habes barang sebab mak bapak die kaye. Lepas tu die terus pindah. Sampai hari ni dah tak pernah jumpe lagi, name pon dah lupe T__T
6. Dulu ade basikal!!! :))) tak payah ade lesen pulak tu. wuuhuu!!
7. Dulu rambut panjang mengurai (eceh!), ikat cantik punye! hari first masuk kelas kawan blakang panggil "eh, kuda!" cis, kuang asam betol budak kecik ni. HAHA.Aku kawan dengan dia sampai hari ni :))
8. Dulu suka main badminton kat rumah sebelah (rumah idiey lagi). Maen teng-teng feveret jugak! Balik rumah selalu dah maghrib. Pastu sambung tengok tv, buat relex je ayah aku suruh mandi. Kalau selagi tak habis Doraemon bontot takkan telepas dari kerusi. Mase tu pakai gam gajah nak suruh melekat. (tipu!)
9. Mase kecik suke tido ngan mak ayah. Orang lain jangan ganggu. Mak ayah pon fed-up kot. HAHA. dah la suke angkat baju lepas tu gosok perut sebelum tido (hanya untuk tatapan 18 tahun ke atas). Memang takkan feel nak tido kalo tak gosok perut. :))
10. Dulu pegi tadika, action konon macam artis pakai gelang kristal yang ayah baru beli dari Langkawi. Kat Tadika ade la seorang kanak-kanak perempuan ni pecahkan gelang tu. Die buat muka selamba terus pegi makan sebab dah masuk waktu makan kul 10. Aku pegi tanam sorang-sorang dekat sebelah tadika dengan menangis sampai keluar segala hingus, balik rumah takut gila. Nasib baik ayah tak tanya. Sampai hari ni rasa nak pegi korek balik tempat tu. huu~
11. Dulu ade sorang budak 5 tahun kat tadika tak kasi aku masuk darjah satu! dia boleh suruh extend lagi setahun supaya kitorang bleh darjah 1 sama-sama. wooot~ woot~ nampak sangat aku cool dlu. ramai peminat. HAHAHA
12. Dulu bukan suka sangat balik rumah. Suka duduk rumah pengasuh aku atau pon orang sekarang ni gedik panggil Nanny sebab kat rumah dia ade bela kambing. walaupon kambing busuk, aku suka kawan dengan kambing sebab waktu tu bau kami sama. :))
pheww.. banyak lagi oi!
13. Waktu sekolah dulu, setiap pagi sebelum pegi tution, aku dengan kawan-kawan akan race pergi beli nasi kat kedai Mak Som. puhh! nasi dia sangat mengancam. skarang ade lagi ke nasik dia tu?
14. Aku paling tak suka bila ayah aku tak dapat pegi ambik aku dekat sekolah, sebab aku tahu kena balik jalan kaki. Walaupon rumah aku takda la jauh sangat, tapi dalam panas tu setiap titik peluh amat bermakna. Boleh dehydration tahu! HAHAHA
15. Sebab tak nak balik jalan kaki, aku ambik keputusan nak pegi sekolah naik basikal dengan kawan-kawan. Pukul 7.15 pagi semua kene bekumpul dekat simpang tiga rumah aku, dan konvoi pegi sekolah. Mase tu tak tahu pulak ade gelaran minah rempit, kalau tahu kami dah join skali. (>.<)
16. Balik sekolah, tengok ade surat cinta orang tinggal kat basikal. Fuhh! Nampak sangat hot sejak kecik. eh, bukan. Nampak sangat gatal sejak kecik. HAHAHA
17. Mase kat sekolah, rase macam dah low profile tapi nak buat macam mane, ade 'orang tu' kate aku geng kelas atasan waktu sekolah rendah. Ceh. Nampak sangat gangster sekolah. 'orang tu' takut sebab die kecik je waktu tu. HAHAHA :))
18. Mase sekolah dulu, ade seorang kanak-kanak lelaki yang selalu cari pasal. Aku dengan baik hati bagi dia award. Baik kan? Aku bagi die award 'monyet terbaik'. HAHAHA. Tapi, die kasi jugak kat aku award. Tak nak lah cakap kat sini. Malu den! HAHA Cis betol. Sampai sekarang aku tak rase comfortable jumpe die.
19. Mase sekolah dulu semua cikgu kenal aku, sebab aku cantik, eh bukan. sebab aku pelajar terbaik. Eh. bukan jugak. Sebab mak aku cikgu kat sekolah tu. Kalau aku gatal sikit, guru kelas aku mesti report. T___T
20. Mase kecik-kecik dulu ade bela kucing berekor-ekor. Tidak terkira. Yang paling aku ingat Comel dan Cumi, kucing Parsi. Cumi mati di gilis kereta sewaktu bapak aku nak keluar. Kesian betol. Aku menangis sampai keluar semua hingus, kahak, dan yang pasti air mata. Pegi tanam belakang rumah, buat kubur cantik-cantik. Hias macam nak buat rumah je. Hish! dan akhirnya Comel hilang tanpa dapat dikesan. Nak report polis macam melampau je. HAHA
21. Mase kecik-kecik suke main kawin-kawin. Aku rase aku banyak jadi pengantin sebab aku rase aku cun. Kecik-kecik dah perasan. Astaghfirullahalazim.. T__T
22. Mase dah besar sikit, sebelum UPSR dah teringin nak pegi boarding school. Selalu bajet pandai. Ceh, sebenarnye tak pandai-pandai. HAHA. Demand betol. Dulu tak tahu boarding school lain, tahu SESMA je. Alhamdulillah, akhirnye form 1 dapat masuk SESMA. bile pergi SESMA, WTFish?!! Ceh. Kecik nye boarding school ni. Sesuai dengan tittle Sekolah Berasrama Penuh, SESMA memang penuh. Penuh dengan orang dan penuh dengan peraturan. HAHA
23. Mase UPSR orang lain semua busy study, aku dengan kawan-kawan busy main-main dan menggatal. HAHA. Emm, ade orang kene rampas surat cinta. HAHA. Yang pastinya, bukan aku. :)) Alhamdulillah, hari ni semua berjaya :))
24. Waktu darjah 3, suka main lompat getah yang ala.. "zero point" tu. HAHA. Pakai seluar track siap-siap dalam kain, waktu rehat buang kain terus main sampai lupa nak pegi makan. Kalau malas, masuk kelas pakai macam tu je, lupe dah dekat kain. Kene sound kat cikgu, buat muke selamba je. Gangster skolah katekan. Haish!
25. Mase kecik-kecik suke kumpul geng sebelum pegi makan dekat kantin. Makan mee sup kantin dengan nikmat. Takpon Laksa yang sedap. Nasi ayam/daging kat kantin sedap jugak. Selalu jugak dapat free atau half price sebab pergi dengan hot-mommy-intan sebab die ade hubungan saudara dengan Kak Yah (if i'm not mistaken).
yeah! penat mengerah otak dan membanting tulang untuk ingat balik perkara-perkara yang jadi waktu kecik-kecik dulu. banyak lagi perkara yang menarik tetapi biarlah aku simpan untuk buat buku bila tua nanti. Tak exclusive pulak nanti. Artis macam aku buat pendedahan dekat blog (bluuekk!). Haha. Have fun people, remembering what you have gone through all this while. Thanks IntanGIBLE untuk Tag yang inidah ini. :))
penat aku type, so mungkin orang di tag ini nak cerita jugak ape yang dorang lalui suatu masa dahulu. (eceh!):
7 cookie[s] ready! ♥:
gile gabak panjang..
hahahahah :))
ak hold dlu yeh.
nk final neh. muahahaha.
saye akn buat dis nex 2 weeks.
nantikan la yer.. huhu.
permission given.
sile pk dengan mendalam. 25 perkara, agak sukar digali org tua. :D
alhamdulillah.. siap jugak akhirnye.
tahniah2~ sujud syukur. wahaha..
klako2.. kecik2 pon gatai yu. hahaha
hahaha... geng kelas atasan??????
glemer woohhh
oh.. ohh.. aku baa tang tu
takdok masa nk baca yg len
tgh bz r
kang aku baca blk
= D
sape geng Gangster 2?
mu ah zatie.
ish.
kecik2 mmg nakal gile ah.
kah kah kah.
and the surat cinta?
seyes. sangat kelakar bile ingat balik Ed ngan the-only-God-knows-name rite?
XD
haha. aku konco-konco je. sapelah pembawa masalah kat skolah tu. HAHAHA
surat kantoi paling xleh blah. jadi bahan sampai skarang. adeyh! HAHA. Idiey, aku xsebut name okkey! HAHA
btw, xmaw tulis ke yg menjadi penyebab anak kesayangan cikgu jatuh dalam kolam angkara 'ditolak oleh athirah'? HAHA
hahah. ak br bace. muahaha. giler ah.
ingatan kamu hebat!. surat tu bkn ayat aku!!!!! ayt cik mira. bunge2. bkn ak. har har har. malang x berbau. apela kecik2, x malu betoi. hahahahahaha. nseb baik besa2 ni macho sket. hahahaha. LOL.
Post a Comment