Wednesday, December 31, 2008

kiss kiss

0
ouch! title di atas tiada kene mengena dengan enrty tak bermaksud ape-ape ini :P harap maaf. kah kah

rasenye, azam yang on the way before 1st January 2009 dalam entry yang before this tu, bakal tergolong dalam golongan azam-azam yang berkecai, punah ranah lingkup dan etc etc ect. exxagerate as always.

malas nak update any entry. i dont have anything to do, but this. kedengaran kesedihan dan pathetic di sini. kah kah. anyway, sangat kejam when some of my friends keep asking how big i am now. cis. sengal! HAHA. really need to put on diet nih! betol jugak soalan tu. dah berape besar aku sekarang huh?!! just imagine, duk rumah for about 2 months and doing nothing. neither exercise nor bercucuk tanam, takde satu pon yang di buat. kah kah. all i am doing is something indoor. takde kaitan dengan outdoor pon melainkan keluar beli barang yang hanya membakar kalori sebanyak 0.00000001% sahaje. isk isk isk. baru hari ni saye sedar. bagos2. at least faiz buat saye sedar ok! HAHA. thanks ya:)

2 months and i keep top up my weight. sangat tak bagus macam ni. green tea sekarang jugak! HAHA. wani mesti tengah menari gelek sekarang. no no no. bukan mase untuk green tea lagi. at least, not for now. fikirkan cara yang cepat! jogginglah esok! oh~! saye tidak akan jugak. nak jogging kat mane? nanti jiran-jiran cakap buang tabiat pulak budak nih. kahkahkah. atau, buat konsert dangdut? bolehlah bergelek-gelek di atas pentas sambil membakar lemak. isk, tak sopan dan tak senonoh. HAHA. erm, aktiviti yang sihat ialah membantu untuk bercucuk tanam, ni pon kalau ade ruang lagi nak bercucuk tanam. mane taknye, kawasan rumah penuh ngan bunga2 mak bapak saye. isk isk isk. lagipon nak bercucuk tanam ape? haha. nak kene cari boifren nih. boleh dating tiap2 hari semasa menunggu waktu untuk pulang ke pangkuan maktab. aktiviti outdoor jugak nih! kih kih. anyone? sape yang nak, sile hubungi saye ok?! kontrak untuk 10 hari. kah kah. saye pun memerlukan sesuatu untuk menggembirakan hati ini. oh!

wah, saya sangat suke membuang mase menulis entry yang sia-sia. ni memang bakat yang tidak terpendam. malahan inilah bakat semualajadi. bakat untuk menulis entry yang tidak mempunyai isi sambil menunggu facebook ini untuk siap loading dan mengeluarkan kata2 seperti $%#@%$&*!!. mengapa sangat lambat? cuba bayangkan bila pulang ke maktab nanti, pastilah terpaksa menunggu facebook loading selama 7 hari 7 malam untuk siap. tu pon paling cepat saya dapat bayangkan. lepas ni hanye berhubung dengan sahabat2 melalui sesmarian community website sahajelah. paling cepat dan tangkas. kah kah. moden kanak2 sesma sekarang.

ini sahaja luahan hati seorang yang kecewa di malam terakhir 2008. (eceh!) selamat tahun baru 2009:) selamat tinggal 2008! jangan tinggalkan aku!! mengapa perlu tinggalkan 2008!! purkeee??!!! tak maw umo 21 tahun. nampak tua ok! kah kah

p/s: bagus bukan alasan-alasan untuk tidak exercise di atas? kahkahkah.



a walk to remember :)

1

omaigod. esok sudah tahun baru 2009!! azam tahun ini bagaimanakah? wahwahwah.. memang la ada yang berjaya, tapi yang berkecai lagi banyak kot daripada yang berjaya. kih kih :)

contoh-contoh azam yang berkecai;

+ lost weight. ni memang yang paling berkecai. bukan setakat lost, malahan semakin gain weight ade lah. kah kah. setiap tahun ni lah azam saye since habis skolah u know!! kalo tak tawu, ni la i tell u! kah kah. sebab sewaktu zaman muda remaja, berat dan bentuk badan tidaklah begini. sangat cun malahan bergaye(angkat tong lagi!). sekarang berat menghampir dan menghimpit 50. oh no!

+ berjaya dengan jaya nya. huh! not yet! belom satisfy lagi dengan yang ade sekarang. bukan tak bersyukur ok! i mean, orang pon selalu cakap kan, "moga hari ni lebih baik dari semalam, dan esk mesti lagi bagus daripada hari ni". see~ saye tak ketinggalan juge mahu mempraktikkannya:)

+ nak kahwen. kah kah kah. ops! kih kih. salah masuk list. saye masih muda dewasa, tidak perlulah kahwin di usia seawal 20 tahun. ilmu pengetahuan belom cukup lagi ni! lagi pon, belum habes bergumbira dan bercanda bersama-sama rakan:) next year dah 21 tahun. mungkin boleh di pertimbangkan. HAHAHA :P

azam yang sudah boleh dikatakan terlaksana;

+ adelah! never tell anyone:) let it stay as a secret. anyway, sangat gembira kerana lagi sekali dapat menghabiskan tahun ni tanpa pelbagai dugaan yang dasyat. sikit-sikit tu ade lah. (dasyat jugak mungkin, classmates! anda mungkin realize. kahkah)


azam yang on the way sebelum malam 1st January 2009 ialah;

+ menyiapkan tag enchek reenkyra. kahkahkah :) sorry lah, belom ade keazaman lagi untuk membuat kenyataan akhbar menjawab soalan-soalan. kih kih. (macam artis ok!). i'll try, dont worry.


Harapan for next year;

+ akan jadi lebih baik daripada tahun ni:)

+ akan lebih berusaha.

+ akan selalu mencari waktu dan alasan untuk menyebabkan sayangness -sayangness meluangkan masa untuk saye. rindu lah korang weh! jom la hang-out macam dulu. since Ain is not here, kite dah lame tak keluar sama-sama:(

and

+ akan membawa azam yang berkecai tahun ini ke tahun hadapan. kah kah. Including the kahwin thingy :) kih kih. dan tidak dilupakan, i'll try with the green tea ok ghey partner:)

doakan kejayaan kita semua pada tahun mendatang. Amin.

p/s: dah habis setahun. kite teruskan lagi untuk ke tahun yang lebih baik. lupakan yang lalu:)


Monday, December 29, 2008

Green Tea

8
suggestion from ghey partner, wani:

"minum green tea lah cik zatie"

no no no! adoih. di hasut untuk meminum green tea untuk mengurangkan berat badan. hish! musuh ketat itu ok! no green tea!

The green tea health benefits;

Is any other food or drink reported to have as many health benefits as green tea? The Chinese have known about the medicinal benefits of green tea since ancient times, using it to treat everything from headaches to depression. In her book Green Tea: The Natural Secret for a Healthier Life, Nadine Taylor states that green tea has been used as a medicine in China for at least 4,000 years.

Today, scientific research in both Asia and the west is providing hard evidence for the health benefits long associated with drinking green tea. For example, in 1994 the Journal of the National Cancer Institute published the results of an epidemiological study indicating that drinking green tea reduced the risk of esophageal cancer in Chinese men and women by nearly sixty percent. University of Purdue researchers recently concluded that a compound in green tea inhibits the growth of cancer cells. There is also research indicating that drinking green tea lowers total cholesterol levels, as well as improving the ratio of good (HDL) cholesterol to bad (LDL) cholesterol.

To sum up, here are just a few medical conditions in which drinking green tea is reputed to be helpful:

  • cancer
  • rheumatoid arthritis
  • high cholesterol levels
  • cariovascular disease
  • infection
  • impaired immune function

so, which thing go first? kesihatan atau kesukaan? kah kah. kau memang la, my lifetime ghey partner! selalu menghasut aku untuk mencuba sesuatu yang baru :) but then, when there's something goes wrong, aku lah ye akan terkena. kah kah.

The point here is, bende tu dah la bapak mahal again, M A H A L and i don't even really know how it taste!! since last time aku rase green tea is a few years back. tak worth it la kan? kan kan kan? wah wah. cik zatie cube mencari alasan untuk tidak meminum green tea anymore. no no no! cukuplah pengalaman ngeri dan nyawa2 ikan tersebut. kah kah.

p/s: mahu cari teman lelaki barulah. teman lelaki ini tak mempedulikan saye dikala mempunyai rakan2 disekeliling pinggangnye. cis cis dan cis. kah kah. kalau mahu makan seliparnye, bolehlah mencubanya kot :P marilah boikot Israel. kah kah. tiada kene mengena. marilah mempertahankan Islam!! :)

source: The Miracle of Green Tea

Tag - Cik Idiey

9
huh! mengape saye harus jawab. sebab;


7 wanita/lelaki yang kene jawab tag ni :
anyone yang berminat. then let me know, k. saye mau bace.
orang di bawah ini minat ke x minat wajib OK! =D
1. zatiey
2. tret
3. mira
4. asilah
5. mommy intan
6. trex, kc bil, sarah, hazirah (double tag-me n sue)
7. jamil, faizuddin, fayadh

+ saye orang pertama dalam senarai itu. cit poooraah! sengaja maw cari kerja untuk aku! kah kah.
+ kerana saya memang takde kerja pon. huh!
+ kerana saye kawan yang baik, berjiwa tulus dan berakal luas:) (angkat tong sendiri)
+ kerana itu sahaje ok!!!

7 ciri lelaki/wanita idaman anda :
gile 7, banyak nye!! sebenarnye, saye tiada ciri2 lelaki idaman. kahkah. tulis2 sajelah ye :)

1. seorang yang berilmu beriman dan berakal dan berjiwa dan menyayangi dan... bla bla.. (ok, anwar mudzaffar dalam list ini)
2. mempunyai unsur2 kecindan yang banyak (ini anwar juge!) kah kah. selalu gelak besar bersama:)
3. mempunyai wajah yang sedap mata memandang (beliau sgt manis:))
4. boleh shopping bersama2 saye. jgn bebel ok!
5. mempunyai minat yang lelaki minat. apekah? haha. saye suke en. comcom! die sgt pandai main bola dan selalu maenkan saye lagu dengan gitar nye itu:)
6. protective. tapi, tidaklah yang over ok! kalo over i tolak masuk longkang saje! :P
7. love me ofcos. kalo tak sayang, tak payah susah2kan diri jadi lelaki idaman saye ok! :)

7 ciri lelaki/wanita yang tak pernah anda minati sepanjang hidup anda :

1. perasan. eeuuuwww! yuck! wekkk~! wekk~!
2. suke mainkan perempuan. shuhhh!! pegi jauh2!
3. sangat menjaga penampilan. cool sudeyh! jangan lebey2! sepak karang!
4. suke menonjolkan diri. eeeuuuww!! geli2!
5. rase diri bagos & hot sangat :P
6. tak penah senyum. hello~! senyuman itu sedekah ok!
7. dan yang sama waktu dengan nye ok! kah kah

7 perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang diminati :

1. sangat teruja
2. sangat suka
3. sangat gumbira
4. sangat tak maw balik
5. sangat tak nak kasi die balik. kah kah kah.
6. rase maw kasi taw kat die, jom kawen! (kih kih, ampon~)
7. rase maw makan banyak2 bersama dia. sebab die bayar. kah kah


7 tempat istimewa yang ingin anda lawati bersama pasangan anda :

1. Akita, Jepun (mahu tengok tempat dia belajar, tak best sangat kew~?)
2. Venice, Italy (mahu mentengok suasana yang romantik i tell u!)
3. Mekah. (maw beribadat dan berdoa agar kami kekal sepanjang hayat)
4. Samporna
5. Manchester (maw mentengok bola bersame2) :)
6. Rumah saye (untuk bersame keluarge di hari2 yang gembira)
7. pulau dan pantai. ouch! shweeet!!


7 barangan/sesuatu yang istimewa yang akan di hadiahkan kepada si dia :

hello~! tengah fikir la ni nak kasi ape untuk dia. u nak ape tanyunk~? just mention it. i pilih u bayar. kah kah. no no no. i beli sendiri untuk u ok! :)


7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda :

1. Strawberry shortcake (kah kah kah!!) heip! jangan gelak!
2. baby i love u. (really, this song is for u:))
3. This i promise u :)
4. First Love
5. ok. dah takde idea nak nyanyi lagu ape. kah kah.
6. lagu tiga kupang
7. enjit2 semut

7 wanita/lelaki yang kene jawab tag ni :

1. enchek comcom. tak kire ape cara sekalipun!
2. sara!! sile selesaikan untuk hilangkan gabra:)
3.mereka2 yang saya linkkan dari blog saye! sile jawab ok! wajib u know! seperti (ayen, izzu, ezzati, nathirah, hasnan, didiey dan lain2) then let me know! saye mahu tahu!
4. enchek reenkyra
5. cik idiey sekali lagi! kah kah kah. sile jawab dua kali:)) (gelak besar ok!)
6. cik-cik yang lalu blog saye
7. enchek2 yang lalu blog saye

(kah kah kah... ni kerja senang kan? ramai sangat lah nak mention semua!:) selamat menyelesaikan:))

p/s: doakan kami sehingga akhir hayat, insyaAllah:)

p/s2: good luck untuk sara:) result pmr is out tomorrow! :)



cuti sikit! Purkeee!!!

2
erm.. cuti dah nak habis. kechewa i tell u! sumpah rase tak nak balik blaja lagi. kihkihkih. nak kahwin terus boleh kah? ade sape2 yang maw kahwin sama saye? HAHA. sile isi borang A, B, C, G, H, I, J dan semua borang ok? kih kih kih.

Cuti ni buat ape ye? macam takde bende yang berfaedah sangat je :P melaikan membantu mengurangkan beban ibu bapa untuk membeli barang di kedai (sikit je la ni). Akan saye fikirkan faedah2 ketika cuti kali ini. otak belum berfungsi dengan baik apabile terkena hujan yang dasyat tadi. Air hujan yang dasyat merempuh atap kereta saya. dan dalam kereta sangat basah u know! matilah kalo encik hussin tahu. adoih!

Rasa tak sabar nak balik maktab sebab:

+ nak gelak kuat-kuat ngan yana. banyank hot story u know!. gossipers ok! inilah kerja kami jika berjumpa. tak boleh selalu call, Perlis dan Terengganu ibarat bumi dan pluto. takkan diulangi kesilapan menyebabkan bil telefon beratus2 ringgit. kah kah kah. biarkan masa membawanya pergi :)

+ nak mula menabung. (eceh!) ini hanyelah angan2. jangan percaye sangat pada cik zatie hal-hal menabung ni ok?

+ nak jumpe kawan-kawan yang comot:) mesti semuanya dah makin bambam. dah lama tidak mengeluarkan suara dengan kadar frekuensi yang tinggi untuk gelak bersama kawan2.

+ nak membuat fesyen show!! kih kih. model2 seperti kami ni akan sentiasa membuat fesyen show apabila ada kasut baru, atau handbag baru atau, baju baru atau selipar toilet baru :P kih kih kih.

+ ukur berat badan. ini part yang best. kem dan ayu pasti terkejut melihat cik zatie yang semakin slim dan kerengga ni :) (gigit jari lah korang nanti!) kawan-kawan, silelah cakap yang saya ni kurus nanti ok! kalau tak saya akan menangis dengan kadar frekuensi dan halaju yang kurang nyata.

+ menjadi tarikan ramai. siti pasti berlari-lari remaja untuk memeluk saya. saya tahu siti sayang dan sangat merindui saya. kih kih. saya kan disayangi ramai (buat2 pon takpe lah!) siti akan melalukan adegan comel itu di mane2 sahaja die suke. kah kah. siti sangat sentimental dan comel:)

minggu pertama saya plan untuk:

+ membaiki cincin. harus ke KLCC untuk membaiki cincin kami. adoi, tengok! awal2 duit dah habis u know!

+ pergi mensurvey printer. printer lama harus diganti. kalau lah bapak saya bukak satu kilang printer, tak payah lah saye susah2 mahu survey. harus mentukar printer kerana printer lama saya sudah mengah untuk memprint lagi. duit saya juga bagaikan air terjun apabila tiba musim assignment.

+ membeli keperluan harian. sangat malas untuk pergi membeli barang. siapakah mahu menjadi saya punye pembantu peribadi untuk membantu saya mengshopping benda2 yang sepatutnya dan menghindarkan benda2 yang tidak sepatutnye?sila angkat ibu jari tangan kiri anda! harus berjimat cermat ok! sehingga mendapat duit gaji.

+ berfikir dengan cerdas. mahu membeli sesuatu untuk birthday encik comcom. wah! sangat excited untuk membeli hadiah beliau! :) tapi, tak boleh lah yang berat! kos mahu pos mesti sangat mahal! huh!

banyak lagi idea2 yang difikirkan untuk dibuat. tapi, nanti lah dulu. saya mahu menikmati cuti yang indah ini. kepada sayangness saya Nanaa dan Wani, sile luangkan masa untuk aku ok! selepas ini lah maksudnye:)

ok! mahu mentonton spa q. sangat suke tengok tv waktu maghrib. astghfirullahalazim!! alah, kejap je lagi mase ni:) kuar dlu. sudah lambat! challo!

Sunday, December 28, 2008

1430 Hijrah

2
Salam Tahun Baru..

sempena tahun baru ni, harap2, kite sesama Muslim akan lebih memperbaiki diri kita agar menjadi yang lebih baik:)


marilah kita sama-sama berdoa awal dan akhir tahun semoga memperoleh tahun yang lebih berkat:)

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

DOA AWAL TAHUN HIJARAH


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

+Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
+Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
+Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
+Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
+Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
+Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
+Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
+Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
+Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
+Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
+Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
+Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
+Hari pertama Allah menciptakan alam.
+Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
+Hari pertama Allah menurunkan hujan.
+Allah menjadikan 'Arasy.
+Allah menjadikan Luh Mahfuz.
+Allah menjadikan alam.
+Allah menjadikan Malaikat Jibril.
+Nabi Isa diangkat ke langit.

Wallahualam..

p/s: sambung majuk. kihkihkih

Cuti-cuti cari pasal

0
T_____________________T
*menangis selautan*


en. comcom saye kate maw selalu memview blog ni setiap hari sewaktu die bercuti.


tapi.....



awak tak view pon!!!!!!

hello2, saye ade map la nak tengok orang view saye!!

instinct lebih kuat ok?!!

seronok sangat la tu bercuti sampai tak ingat kat kite di sini.

nak majuk lah tak nak update blog ni beberape hari :(

nak ambik cuti tahunan lah kalau macam ni

kakitangan kerajaan kan ade cuti tahunan 30 hari lagi tahun 2008 ni.

saye mogok! (eleh! ye la sangat tu)

saye tanak update blog lagi! (yo yo 'o je)

saye mahu membuat perkara berfaedah sempena tahun baru Hijrah ni.

bye bye blog. adios. challo!


p/s: Tag2 idiey dan enchek reenkyra akan saye selesaikan jugak nanti. dont worry morry ye sahabat! :)


Saturday, December 27, 2008

suara saya sedap

3
sunyi..





sunyi..






sunyi..



harap anda semua maklum saye sangat sunyi (eceh!). saye amat memerlukan perhatian rakan-rakan yang baik hati, comel dan comot sekalian. hati anda mungkin berkata-kata saye mencari anda apebila encik comcom saye (sudah menukar name dari meymey kerane bunyinye macam minah yang kononnye ditangkap ******* itu. tak nak lah!) dah takde dan saye bosan, tapi itu tidaklah seberape benar. hehe. i lap u ol my fren! anda-anda tidak mahu menghubungi saya, camane lah saye mahu menghubungi anda (alasan baik punya!). kihkihkih.

btw, kemanakah hilang rakan-rakan kanak-kanak ku semua? kalian tak mahu ajak saye goyang dangdut di pasar malamkah? atau mahu menjadi sponsor saya di pusat menjual beli? rindu kamu-kamulah. tak mahu kah kite berjalan-jalan menikmati pandangan sambil membincangkan hal perkahwinan itu? kah kah kah. i always remember u! hadiah special for those yang kawin dlu and i know it will be me yang akan kahwin dlu!! (gile perasan!). Tret dan Mira!! kamu kemane hah??!! jangan cakap dah balik belajar! dusta sahaja semua itu! sile menghubungi telefon bimbit saye yang bernombor 012-9****** atau nombor rumah saye 09-6******. kah kah kah. kalau tak simpan nombor aku, memang durhaka lah sahabat2ku ini!

baiklah, simpan idea2 bernas ni. kalau kuSUNYIan atau keBOSANan nanti, boleh kembali mencurahkan idea-idea yang bernas ini semua di sini lagi. btw, kucing saye bakal menerima padahnye nanti! HAHAHA!! saye akan kerjakan mereka untuk mandi hari ini. sebelum itu, jom lah kite tentonton tv dahulu sebelum mandikan kucing. challo!!

p/s: mahu menyanyi lagu rindu serindu rindunya, tapi suara cukup merdu untuk itu. nyanyi lah lagu Micheal Jackson. kah kah

Friday, December 26, 2008

Pandangan anda?

0
kihkih.. hanye mahu mengshare sedikit pendapat..
saye terjumpe video ni semase membelek2 youtube (atas nasihat my meymey supaye tak bosan semase ketiadaan beliau) tadi. silelah mengahayatinye :)





video ini adelah sebuah iklan komersial di Indonesia(mungkin). Iklan Pond's flawless white.

adegan-adegan memegang anjing oleh Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari itu tidaklah sepatutnya berlaku, memandangkan mereka berdua adalah Muslim. ye la, nanti boleh menimbulkan fitnah kan. kihkihkih. saye ni hanye tak seberape pengatahuan. tapi, iklan ini boleh menimbulkan kontrovesi. Astaghfurullahalazim. mungkin yang di pegang tu, patung sahaje, siapa tahukan? :) tidak lah baik kite memfitnah. mengikut sesetengah pendapat para ulama, anjing boleh dipegang oleh seseorang Muslim jika kedua2 anjing dan orang tersebut kering dan tiada sebarang najis. tapi, bukan ke lagi bagos kalau elakkan je kan?? kihkih.

Dulu pernah keluar kes tentang seorang pelajar yang mengambil kursus vaterinar bergambar memegang seekor anak babi. itu adalah mungkin kerana dia sedang menjalankan tugasan sebagai seorang pelajar. Namun, tak elok lah kan berposing bersame binatang2 yang diharamkan Islam? kihkih. jangan la ambik hati dengan post ni. sekadar meluahkan pendapat sikit. Ilmiah la sikit kan skali skale. kihkihkih.

saya juga mempunyai seorang rakan yang lebih kurang ade seorang aweks dari negara luar. agak terkejut melihat gambar beliau memegang seekor anjang kecik bersame2 aweknye itu ketika melawat rumah aweknye itu dinegara tersebut (dirahsiakan, harap sorry). tak mengapalah, saya takde hak nak masuk campur, cume menegur sesama Muslim :) jadi, pendapat anda bagaimana?

p/s: kihkihkih. wahwahwah. zatie membuat entry ilmiah. kah kah kah (gelak sampai tetonggeng-tonggeng). anda-anda terpakselah berhadapan dengan situasi ini kerane saye tiade daya untuk menggumbirakan hati ketika my meymey sedang melancong bersame2 kawan beliau. sedeyh2 :( (kecewa ashraf tak pandang saye pon! :( apekah kurangnye saye? kah kah kah.) jangan pegang animated GIF dibawah. binatang haram kan tu. kih kih :P

Thursday, December 25, 2008

saye tidak mahu tapi saye perlu

1
kihkihkih. perlukah melangsaikan hutang tag? iye! perlu! tapi saye sangat malas. kih kih. saye cube, ok kah? ok, jangan marah kalo simple2 ok?

1) Sesiapa yang kena Tag, kena tulis 10 perkara berkenaan dgn org yg telah meng-Tag kamu...
  • name kamu yang penuh siapakah? Hasnan Muan kan? (isk, sorry wrong spelling) kih kih
  • orang slalu panggil kamu, hasnan kan? btol btol btol
  • tapi, saye panggil kamu hasnan sabah sbb ade 2 hasnan la batch kite :)
  • panggil hasnan sabah, ofcos la dari sabah
  • bukan classmate, apetah lagi bukan roommate saye. kihkih
  • seorang pemberi nasihat yang baik. gud gud. sangat membantu :) thanks
  • teacher-to-be as well as me. (kawan2, jangan tekezut saye menjadi seorang cikgu ok!)
  • punyai pelbagai kemahiran, masak mungkin? better than me la kan. kih kih. takpe2. kite tunggu dan lihat saje nanti. saye seorang tukang masak yang berjaye untuk keluarge :)
  • selalu senyum, walopon bukan untuk saye, saye perasan je la eh. takpekan?
  • creative:)

2) org yg di Tag kena tulis 10 perkara tentang dirinya sendiri..
  • sangat suke menghabiskan duit:) i tell u, beware lah kalau mahu menjadi partner shopping i. haha
  • absolutely suke tdo lepas abes kelas. as my meymey said: "tido merefreshkan otak". haha
  • missing old days. wishing that i cud turn back time. sayangness2 sekalian. rindu~
  • having someone:) jangan kacaw my meymey aaa~
  • huh. sangat malas untuk menghabiskan novel baru. sangat geli. eeuuww eeeuuwww~!!
  • tak gedik sangat laa~(ok, ini adekah dikire penipuan?) HAHAHA
  • makan banyak, tdo banyak, kerja half-half banyak.
  • sangatlah tidak suke nombor! why? why? why? purkee?? purkee??
  • hanye tawu derives formula dan tidak tahu memasukkan nombor ke dalam formula. (huh! fizik yang tuuut!)
  • aiskrim dan cokelat oh! rindu same kamu di dalam peti ais. kah kah kah
perlukah mengforwardkan tag ini? ok.
@ mak long
@ mak ngah
@ mak anjang
@ comel dan comot yang sedang tdo di tempat tdo
@ cik kiah
@ cik bedah dan sekutu2

haha. ok, nampaknye mereka2 memang takkan mampu untuk membalas tag2 ini. stop di sini sahajelah ye. saye amat memahami anda wahai sahabat2. anda memang malas untuk mempostkan ape2 macam saye, cume saye rajin sikit kot. kah kah kah. lihat saje TRET, AYEN yang sudah seminggu tidak mengpost. haha. contoh terbaik. (alasan, ok?).

saye mahu melayari malam yang indah dahulu. esok2 sudah sukar mendapatkannye apebila beliau sudah makan ABC bersame2 rakan di Kyoto. saya pasti di lupekan. i tell u. pasti u know! HAHA. namun lebih baik begitu daripade my meymey tu main snowboard ataw ape2 sahaje. tidaklah membawa faedah malah membawa kerisauan kepade saye. nanti beliau pasti mengreport sakit-sakit badan seperti beliau sudah tua sahaja. mainlah permainan melayu ok supaye dapat mengekalkan melayu dalam diri sebelum hilang semua. melayu beliau sudah hilang sedikit. sangat tak boleh di biarkan merebak. beliau menepati mase!! oh tidak! ok, mulelah saye mengcompang campingkan enrty ini. kih kih. sehingga berjumpe lagi. challo!

p/s: sangat nyampah tgk astro skarang. tak ade bende lainkah selain mawi dan ekin tu kahwin. hilang mood sajelah mahu mentonton. (kih kih, tak pasal2 kan?) Ultraman kahwin beranak cucu pon tak kepoh. cume masuk tv sikit2 sahaje hari itu :( sampai hati tidak menjemput saye sebagai peminat nombo 001 mereka :( *peace*


petang hujan

2
hari ini hari malas sedunia


mengapakah?


kerane~


hujan hujan hujan hujan hujan hujan dan hujan


sejuk wa cakap lu~


kah kah kah


sangat berkobar-kobar untuk pulang ke tempat belajar


sebab tak suke di tinggalkan sorang-sorang tanpe teman. (eceh!)


oklah. cukup berdusta,


sambunglah bermimpi ok.

challo!!


p/s: sangat best tido satu hari :P




Krismas & Cuti

1

kih kih kih

woohhooo~ bangun saje pagi ini, terase macam pelik betul. gembire semacam saje. oh! hari ini cuti!! kah kah kah. walaupon tiap-tiap hari adelah cuti untuk saye, tapi saye pon mahu bergembire bersame-same orang lain meraikan hari gembire ini. CUTI!! oh. jangan la terase segan untuk melaungkan selogan cuti beramai2. "Cuti memberi 1001 kenikmatan". (sile tepuk ok!). hari-hari ini tidak perlu lagi saye bangun seawal pagi semate2 mahu melarikan TV daripade tontonan kanak2 yang belom baligh itu. mereka telah pulang ke rumah masing-masing beberape hari yang lalu. tiadalagi ultraman bongek itu. tiadalagi hagemaru menyampah itu. namun, hari-hariku masih terisi dengan Ninjaboy! hemoo hemoo~! kih kih.

Tetapi, ade sedikit perasaan sedih lah. Esok awak akan pergi melancong dan sukar untuk berym mahupon berape-ape dengan saye. saye juge tahu, awak akan lebih gumbire bersame-same mereka menghirup kopi-o kurang manis. kah kah kah. cume, cuti awak mungkin berkurang sehari.di ulang, berkurang satu hari. bagos2. saye suke. HAHA, baiklah. saye tidak mahu mensia-siakan cuti saye dengan hanye menulis di blog ini dan syok seorang. anda mungkin berkate "tawu tak ape". tapi? watdehel? ini blog saye. suke hati la saye mahu mencomotkannye. kah kah kah. saye mahu menghirup udare pagi yang segar dan bergaye. challo!


 

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥