Tuesday, June 16, 2009

Sila Beranikan Diri

hah? ape korang tak suke layout baru? HAHAHA. Like I care! Suke hati akulah, blog aku. Bukan korang bersusah payah menanggung sakit belakang menghadap komputer ibarat mengangkat 15 kampit beras pon. Ade bagi idea? Em, rase nye takda pon. Kawan-kawan terdekat yang baik hati bagai angel jugak yang bagi idea. Mengerah tenaga mempikir untuk pakai layout ni, bagai mengerah tenaga untuk menjawab soalan final exam korang bukan tahu pon. Aku pikir 10 zillion kali untuk membuat keputusan mempakai layout pink ni. Apekah kesalahan aku mempakai layout pink? Berdosakah aku pakai layout pink? Tidak cukup femininkah aku untuk pakai layout pink? Alam cyber tidak mentunjuk diri manusia yang sebenar. Korang nampak aku kasar di sini, tapi korang tahukah betapa lemah lembut, ayu dan feminin nya aku kat luar? (eceh! angkat bakul sendiri). Think twice. Don't judge people by looking on her/his blog. Pendapat korang semua memanglah dihargai, tapi there's nothing you can do if i'm really in love with my blog layout. Korang tak suke, boleh meninggalkan sedikit kesan kedatangan korang pada chatbox atau ruangan comment. Kalau rasa dah menyampah sangat, tak payah tinggal kesan pon takpa. I don't mind. I would love you to leave. HAHA

Ohh.. Mengenai tulisan yang agak kecik ni pulak. Oi! layout lama pon tulisan sebesar zarah ni jugak yang aku gune, takde sape complain pon except for the young-and-hot-momma. Yang bezanya, layout lama tulisan berwarna grey dan layout ni tulisan berwarna hitam. Sile jawab!! Em, semalam dia pon ade jugak complain tulisan kecik, tapi aku lebih suka macam ni. Kalo aku membuat entry, jarang ade yang sepanjang 2 jengkal ayat. So, aku rasa tulisan kecik membuatkan blog aku nampak lebih kemas. Kalau rasa sakit mata sangat nak baca, sila jangan susah-susah nak baca. Nanti tak pasal-pasal korang menyalahkan aku kalau korang terpaksa memakai cermin mata. Mata aku tahan lasak. So, aku tak kesah sangat lah kalau tulisan kecik sebesar seketul zarah pon. Lagipon contact lens belambak lagi jual kat kedai. Layout dulu mungkin lebih menarik pada korang, tapi mata aku terasa semak dengan layout tu. Aku lebih sukakan layout yang nampak ringkas dan kosong. Layout ni nampak lebih tenang dan ringkas :))

Kepada sesiapa yang nak meninggalkan pesanan, sila sertakan nama serta link untuk ke blog anda. Ataupun, anda boleh meninggalkan email, supaya aku dapat tahu ape citarasa korang dan ianya tidak di sia-siakan. Korang dapatlah share serba sedikit idea-idea bernas yang tidak terhingga korang tu supaya aku dapat berubah hati untuk tukar layout lagi. Kalau setakan complain tapi habuk pon takda, sila jangan buang masa. Biar lah berani untuk berbual mesra bersama aku. Aku tak makan orang pon, belom pernah lagilah setakat ni. Jangan jadi seperti katak lembik yang bunyi je kuat, tapi muka sorok dalam tanah. Aku seorang pelajar jurusan sains yang agak buta hukum seni, mungkin sebab tu blog jadi tak cantik, dan itu semua tak penting. Yang penting aku suke. :))

Jika ada ape-ape sila tinggalkan pesanan anda. dan INGAT!! sertakan link untuk ke blog anda yang serba indah bagaikan syurga tu. atau kalau terasa blog korang lagi tak cantik dari blog aku serta malu nak tunjuk tapi nak hentam jugak blog aku, boleh tinggalkan email. Sekian. *Peace*

p/s: indah betol hari cuti. dapat buat entry yang bajet cool dan ganas dengan sekelip mata. *wink* manfaat cuti dengan tepat sekali!! Next week class will start!! YEay! otak bakal kembali bekerja. *sigh*

3 cookie[s] ready! ♥:

Cik Naa. on June 16, 2009 at 3:38 PM said...

haha.

sys! its cool what? tidak mengganggu gugat pemandangan bulu mate ;)

The lady on June 16, 2009 at 7:12 PM said...

ok la nie..
asalkan boley d bace rite..

dancing queen♥ on June 16, 2009 at 11:42 PM said...

cik nat: HAHA. asalkan bontot sendiri sedap duduk, malas pk ape org kate. :D

priority: haha. tq! btw, kene tunggu habis loading, kalo x background putih die xnampak.

 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥