Wednesday, June 3, 2009

di hari ni

Sangat geram dengan facebook skarang. Setiap kali nak online tu lah die nak buat maintenance. Sangat bersakit hati sekarang. Hanye mampu mengcheck email sahaje. Ohh. sewaktu mengcheck email tadi, macam biasa lah dapat email info dari Abg Asri (S/U Sesma Alumni). Sangat kagum dengan kesungguhan S/U neh kerana sangat rajin walaupon kadang-kadang tidak mendapat sokongan daripada Alumni yang lain. Ni adalah email yang saya dapat hari ni dan agak terkejut walaupon tidaklah sampai melompat-lompat. Tak tahu ape perasaannye sekarang. Suka dan sedih jugak ade. :))) T____T

Berita SESMA Alumni Jun 2009 (juga dikenali sebagai emel yang tak ada orang baca....:) )
Mohd Asri Yusof
To:setiausaha@sesmaalumni.org.my
Askm wbt & Selamat menyambut bulan Jun,

Sebelum apa2, saya suka mengingatkan alumni SESMA bahawa AJK persatuan masih belum membuat keputusan tentang Mesyuarat Agung Tahunan dan Perjumpaan SESMA Alumni 2009. Pendapat anda diperlukan. Sila rujuk emel bulan lepas.


Satu perkembangan yang tidak ramai tahu rasanya tetapi melibatkan perubahan agak besar kepada sekolah kita ialah pembinaan Dewan Besar sekolah baru serta penambahan 1 blok pentadbiran dan 1 blok asrama puteri.

Tidak ada isu sangat berkenaan blok asrama puteri kerana memang diperlukan. Satu rumah warden juga akan dibina bersebelahan. Blok baru ini berada bersebelahan blok sedia ada jadi padang rumput kecil sebelah tu kira selamat tinggal nampaknya.

Blok pentadbiran baru pula akan dibina di sebelah blok asrama lelaki, di atas gelanggang takraw dan bola tampar sekarang. Selamat tinggal kepada gelanggang2 tersebut. Siapa2 yg ada byk nolstalgia di kawasan tersebut, pergilah tengok sebelum ia lenyap selama2nya.

Antara cadangan pembinaan ialah arena memanjat batu.....hehe...Rock Climbing Arena....


Dewan Besar baru pula tidak akan mengambil alih tapak dewan lama, sebaliknya padang hoki sekarang (sebelah pagar depan) akan tinggal kenangan.

Sdra/i, pembinaan dewan baru ini memang diperlukan kerana dewan lama sudah mencapai max capacity, tetapi bagi saya sekurang2nya, satu kerugian kerana sebuah padang yang terletak di kawasan prima akan dimusnahkan. Tanpa diganti (buat masa ini)

Secara teorinya, alumni yang perihatin terhadap sekolah akan menimbulkan beberapa persoalan:

Kenapa padang yg elok2 dibuang? kenapa tidak ada ganti (setakat yg saya tahu)?

Saya serahkan persoalan ini kepada alumni. Jika kita mengambil berat terhadap adik2 kita dan sekolah kita, apa yg kita mampu lakukan?

Bagi saya sendiri, apa yg mampu saya lakukan ialah mencari jalan supaya alumni mendapat sedikit kebaikan dari pembinaan bangunan2 baru tersebut. Jika ada hasilnya, InsyaALLAH, saya akan maklumkan kepada alumni.Jika tidak, adakah itu satu petunjuk atau isyarat kepada kita semua?


Aktiviti Alumni bersama pelajar pada Jun ini akan dilaksanakan oleh sdra 'headboy' 83. Pada 10hb Jun ini pelajar T5 akan mengikuti satu kem akademik/motivasi di SESMA. Jika ada alumni berminat nk turut sama, hubungi saya.


Saya akhiri dengan harapan SESMA Alumni akan mendapat sokongan dari anda. Jika kita menganggap diri kita lemah dan tidak berupaya, maka ketahuilah tiada manusia berasa dirinya kuat dan berharta. Sedikit sumbangan anda, samada masa, tenaga atau harta, sungguh besar nilainya.


Mohd Asri Yusof
S/U Agung SESMA Alumni


hoho. semua kenangan pasti akan hilang, cuma masa yang menentukan. Baru ym dengan A**m semalam cakap-cakap nak pegi menjenguk kesan tapak kaki yang tertinggal di sana, tapi cuti semua tak sama. Its okek kawan-kawan. Next time mungkin. *chill*

p/s: bosan la cuti. tak tawu nak buat pe T_________T

2 cookie[s] ready! ♥:

Asri on June 4, 2009 at 5:43 PM said...

kalau zatie nk toong abg, lagi la rajin abg ni....

dancing queen♥ on June 4, 2009 at 7:43 PM said...

HAHAHA. zatie yang tolong abg, abes la sesma alumni. jadi persatuan rock pulak nanti. tak bleh. tak bleh.

tolong bagi sokongan boleh la XP

 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥