sangat malas untuk meng-add kan entry. Di kale hujan tak berhenti-henti ni, terase mahu tido aje kat rumah ni. cube anda-anda bayangkan angin sepoi-sepoi, udara yang sejuk mencecah 4°C (ok ni tipu je), bau-bau rumput yang segar, dengan ngiawan kucing-kucing (lupekan suara anak buah yang bising itu), dan segala-galanye. oh~! indahnye kampungku (ok, ni macam essay).
Oleh kerana hari ini dengan suara kanak-kanak yang tak berapa baby menjerit2, saye pon terbangun lah. alarm clock yang bagus:) tapi, bukan bagus untuk setiap hari. kucing-kucing mengangkat tangan surrender. habis mereka lenyekkan kucing mak ayah saye, mereka hanye memandang sepi. kih kih. tak tahu kenape saye pandai membuat ayat indah hari ini. ok, stop! kah kah kah. hari ini dapat makan sejenis kuih enak di waktu breakfast yang tak berapa nak pagi. kuih tersebut adalah yang mempunyai tuna kat dalam, bersame2 dengan sos mayonis dan di apit dengan roti. namenye sandwich. mak saye membuatnye dengan amat enak sekali. terima kasih mak ku. dan sekalung penghargaan kepada bapakku juge kerana beliau mengidam, dapatlah anakmu ini makan sandwich. kih kih. kucing-kucingku juge dapat menikmati makanan yang enak juge hari ini. tidak perlulah mereka bertarung nyawa makan whiskas yang rangup dan keras itu. *tepuk untuk mak saye*
abang saye telah pulang membawa buah tangan kepada saye. Say hello to bencana alam :) *peace* dengan kepulangan dua orang anak buah saye yang belom baligh ini, setiap hari rumah akan kelihatan indah di hiasi barang-barang yang jatuh, bantal yang bertaburan selepas main perang bantal dan pelbagai lagi. dan mangsa untuk melayan mereka adalah.. jeng jeng~ mak su!! *tepuk kuat-kuat, sile bagi sokongan* tak apelah, kadang-kadang mereka kelihatan comel bermain sepah-sepah seperti mak su mereka. kih kih kih.
baik lah, nampaknye awak dah boleh kirim snow itu memandangkan snow yang turun tadi mencurah-curah seperti ais yang baru di kisar menjadi ABC. kih kih kih. saye akan membalas e-mail nye nanti beserta dengan parcel yang berisi air hujan. sangat banyak di sini. hingga menyebabkan banjir di merata tempat. (ni bulan 12 ok, biase la tu~!). saye akan kirimkan teh cameron sekali jika bapak saye membawe saye ke cameron nanti. (janji hanye tinggal janji. sob~!). akan saye cari jugak jalan untuk memakse mereka membawa saye ke Cameron Highland. Saya mahu bunge yang banyak!
ok.. my sayangness, Ain. bilekah kamu mahu pulang dari New York? saye sedang menanti kamu berhari-hari di sini memandangkan kerja saya hanyalah makan tido sahaje di rumah. dengan assignment rumah yang sedikit, saye pastu mampu melayan kamu bercerita tentang NY nanti. Tapi, cuba kamu pastikan, akan ade hadiah untuk saye dari sane. Jika tidak, saya akan berasa amat bizi sekali (nampak sangat ke tak ikhlas nak dengar cerita?). walaupun kamu hanye pulang ke Pennsylvania (ok, susah nak tulis dan susah nak sebut), saye sudah gumbira kerana di sane anda boleh MENGskype saye. kih kih. Pulanglah ke Penn cake, isk sorry, Penn State.
sayangness-sayangness yang lain, sile lah menghantar berita. anda-anda semua macam lah saye tak tahu tengah bercuti juge. jangan menyorok dan main cak cak. saye akan mempertimbangkan cadangan-cadangan anda. sebarang cadangan bolehlah mengcallkan atau mengsms kan atau mengfax kan ke nombor telefon bimbit saye (ok, geli!). selamat mencuba! 頑張ってください :)
p/s: awak jangan ponteng esok~!!! cuaca tidak menghalang untuk awak mengayuh basikal ke kelas. kih kih. mengayuh basikal adalah satu exercise. selamat bersalji ke kelas! kah kah kah
Labels: the bosan, the laugh, the love
2 cookie[s] ready! ♥:
home sweet home~
miss ya..
miss u too sayangness. pulang nanti bgtaw ye. i may cook u some special dishes if i tawu la. tgh belajar masak. kah kah kah. anda boleh gelak.
Dublin pon ok wat. hv fun babe :) belaja rajin2.
Post a Comment