Tuesday, June 29, 2010

Why google?

Catatan seorang peninggalan.

Hari ke dua tido sorang diri.




Bukan tak reti-reti nak tido, tetapi memandangkan sejak jadi peninggalan ni nak tido pon dah takda mood. (sejak bila aku tolak rezeki tido pon tak tahulah) Oleh sebab dah takda mood nak tido, tak payah lah sia-siakan hobi lama yang selama ni memang tak pernah lekang dari ingatan. Saya sedang MENGgoogle! Ya kawan-kawan, saya sedang MENGgoogle. Tapi, bukan lah google segala maklumat tugasan yang nak kena hantar hari rabu ni, saya menggoogle sesuatu yang tak payah google. Penat hujung jari nak tekan keyboard, tapi hasilnya sia-sia. Eh! Tak sia-sia lah, hempuk kang baru tahu!


Sabar-sabar. Macam ni ha. Tiba-tiba terbaca post seorang 'seorang' di facebook untuk cuba search ***** kita sendiri. Dengan susah payahnya saya cubalah type semua ***** yang saya ada. Google ***** yang pertama, hasil tak memberangsangkan, banyak sangat pulak yang dia googlekan. Tak patut, memang tak patut. Tak putus asa ni lagi, sebab tadi dah kecewa dengan perkembangan searching nombo 1. Google ***** nombo dua. Pehh! Langsung takda. tak glamour ke ha? Wa vogeh la derr! Last dah ni, LAST! Kang dah takda jugak, saya bungkus Laptop, hantar balik kampung je lah suruh bapak tolong kebumikan. T_____T




Baca bismillah 3 kali dengan satu nafas. Google ***** ke tiga. Wow! Memberangsangkan! eh eh, tak tipu je, takda la TERterangsang sangat tapi tekejut lah jugak terjumpa link untuk ke blog-blog lama saya dulu. Duhh. (Berapa ratus ribu blog yang aku pernah ada dulu?) Masuk yang ni ke 4 lah kot secara formal. Tapi sampai sekarang tak pandai-pandai nak tulis essay pertandingan. Ade gunanya jugak buat essay pertandingan sempena Merdeka ke apa, kalau tulis blog langsung tak dapat ape. Hehs. Dulu pandang Blogspot juling je sebelah mata, duk bangga sangat dengan Blogdrive. Sekarang baru sedar yang blogdrive huduh lagi huduh daripada gigi MRR2 ni.

Haaa. dah dah. jangan terigin nak google blog-blog sampah aku baca nak muntah tu. Bahan bacaan ringan yang rasa macam nak tampar diri sendiri berkali-kali sebab boleh buat post-post macam tu. Gelak guling-guling lah ape lagi. Anak-anak mak nanti dah besar jangan tulis blog macam tu, malu T_____T (kang mak dah tua, anak mak jangan baca blog mak ye, mak malu. ohh)


Ha. tu je lah nak cakap. Google lah benda yang anda-anda semua tak pernah rasa nak google. Amaran: Jangan terselit dalam otak nak google blog lama saya, nanti saya terjun tingkat 1 sebab terpaksa berdepan dengan dugaan hebat ni. Saya dah lupa password nak delete semua tu tsk tsk T____T 

Ha ambik kau! Dah pukul 2.57 pagi. Saya perlukan tido yang cukup macam baby. Esok kalau tak bagun jangan salahkan sayalah sebab saya takda teman sebilik nak tido dan bermanja-manja bersama. Lagi satu, esok sapa nak kejut saya? Haaaaaa!! T___________________T saya nak nanges isi penuh satu lautan.


Kesian. Nak jugak jadi tinggi




tadah pon tak keluar T____T



**Gambar sekadar hiasan. 


walaupon pointer tak mengkagumkan, sempat kami pergi "kononnya celebrate".


Mata dah mintak tolong. Pakai pencungkil gigi pon tak boleh menampung berat mata.


Bye.

5 cookie[s] ready! ♥:

mazfahmi on June 30, 2010 at 6:43 PM said...

ni yg aku marah ni...kuar dating ngan yana x bgtau aku..hohoho

dancing queen♥ on June 30, 2010 at 7:13 PM said...

nak buat pe gtaw ko. haha. ko bapak dia ke? LOL :P

A for Alhamdulillah on July 1, 2010 at 12:04 AM said...

babe,

disebabkan i bosan

i telah menggugel beliau dgn gigih

setelah agak kurus jariku menggoogle

i berjaya jumpe

cukuplah buat gelak besar beberapa jam

sakit muscle i gelak

hohoho~

dancing queen♥ on July 1, 2010 at 1:35 PM said...

dangg! told ya DONT! haha

shhhh~ malu malu. amende tah budak tu tulis. memang budak2. haha

A for Alhamdulillah on July 1, 2010 at 2:00 PM said...

hohO~

well, dalam DNA aq mmg da tules

lagi org cakap jangan, lagi aq eager

hak3

 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥