Ohh. Sebelum terlupa, saya dah selamat sampai ke Sg. Buloh selepas menempuh perjalanan selama 3 jam macam nak balik Terengganu. Cheras-Sg. Buloh 3 Jam? Ya. Itu kenyataan yang memang buat sakit hati. Semua orang macam dah tak sabar-sabar nak balik kampung lepas habis waktu bekerja. Highway pon lebih kurang macam jalan kampung jadinya. Sempit! %$^&@!
Pagi tadi, dengan perasaan yang bercampur baur, saya dapat berita tentang pemergian salah seorang rakan waktu di bangku sekolah rendah. Dah agak lama tak berhubung dengan beliau. Pernah sekali beliau hulurkan salam di chat facebook, tapi keadaan internet yang hidup segan mati tak mahu tu, sempat la bercerita 2-3 perkara saja. Tak sangka, hari ni Allahyarham Engku Syazwan telah menghembuskan nafas terakhir selepas koma beberapa jam akibat terbabit dengan kemalangan. :'( Semoga tenanglah kamu di sana. Al-Fatihah.
Tanpa kita sedar, banyak yang dah berubah sejak lebih 10 tahun meninggalkan sekolah rendah. Ada yang terputus hubungan sedangkan pada satu masa dulu, kita semua ibarat tak boleh dipisahkan. Banyak cerita-cerita yang masih terpendam dan penuh tanda tanya. Bila dikenangkan, rindu sungguh dengan kawan-kawan sepermainan waktu kecik dulu. Tapi, semua yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, kami berempat masih tetap berhubung walaupon masing-masing tinggal jauh. Mira, T-ret, Idiey & saya. :') Eh, dengan Mommy pon contact jugak, tapi dah lama betol tak jumpa. Harap-harap satu hari nanti, boleh la kita bekumpul ramai-ramai macam dulu. Rindu! Em, dengan En. Bf mesti la berhubung. <-- kawan sekolah rendah jugak kan. LOL! :P
Cuti semester 3 minggu. Lepas tu bermula pulak saat-saat memeningkan kepala. 3 Minggu akan digunakan dengan sebaiknya, insyaAllah. :') Eh, macam skema pulak type entry hari ni. bwehehehe :P
Ok lah. Bye!
T-Ret, Mira, Zatie & Idiey |
p/s: tulisan kecik sangat kan? mata saya pon dah mengamuk bila nak bukak blog sendiri. baiklah-baiklah. dah paham! cuti nanti saiz akan di tambah.
p/s/s: Lahanat lah kau wahai Israel!!! Khaibar, Khaibar ya Yahud!
Ya Tuhanku, kau lindungilah insan-insan yang berniat mempertahankan AgamaMu.
0 cookie[s] ready! ♥:
Post a Comment