Tuesday, June 29, 2010

Why google?

5
Catatan seorang peninggalan.

Hari ke dua tido sorang diri.




Bukan tak reti-reti nak tido, tetapi memandangkan sejak jadi peninggalan ni nak tido pon dah takda mood. (sejak bila aku tolak rezeki tido pon tak tahulah) Oleh sebab dah takda mood nak tido, tak payah lah sia-siakan hobi lama yang selama ni memang tak pernah lekang dari ingatan. Saya sedang MENGgoogle! Ya kawan-kawan, saya sedang MENGgoogle. Tapi, bukan lah google segala maklumat tugasan yang nak kena hantar hari rabu ni, saya menggoogle sesuatu yang tak payah google. Penat hujung jari nak tekan keyboard, tapi hasilnya sia-sia. Eh! Tak sia-sia lah, hempuk kang baru tahu!


Sabar-sabar. Macam ni ha. Tiba-tiba terbaca post seorang 'seorang' di facebook untuk cuba search ***** kita sendiri. Dengan susah payahnya saya cubalah type semua ***** yang saya ada. Google ***** yang pertama, hasil tak memberangsangkan, banyak sangat pulak yang dia googlekan. Tak patut, memang tak patut. Tak putus asa ni lagi, sebab tadi dah kecewa dengan perkembangan searching nombo 1. Google ***** nombo dua. Pehh! Langsung takda. tak glamour ke ha? Wa vogeh la derr! Last dah ni, LAST! Kang dah takda jugak, saya bungkus Laptop, hantar balik kampung je lah suruh bapak tolong kebumikan. T_____T




Baca bismillah 3 kali dengan satu nafas. Google ***** ke tiga. Wow! Memberangsangkan! eh eh, tak tipu je, takda la TERterangsang sangat tapi tekejut lah jugak terjumpa link untuk ke blog-blog lama saya dulu. Duhh. (Berapa ratus ribu blog yang aku pernah ada dulu?) Masuk yang ni ke 4 lah kot secara formal. Tapi sampai sekarang tak pandai-pandai nak tulis essay pertandingan. Ade gunanya jugak buat essay pertandingan sempena Merdeka ke apa, kalau tulis blog langsung tak dapat ape. Hehs. Dulu pandang Blogspot juling je sebelah mata, duk bangga sangat dengan Blogdrive. Sekarang baru sedar yang blogdrive huduh lagi huduh daripada gigi MRR2 ni.

Haaa. dah dah. jangan terigin nak google blog-blog sampah aku baca nak muntah tu. Bahan bacaan ringan yang rasa macam nak tampar diri sendiri berkali-kali sebab boleh buat post-post macam tu. Gelak guling-guling lah ape lagi. Anak-anak mak nanti dah besar jangan tulis blog macam tu, malu T_____T (kang mak dah tua, anak mak jangan baca blog mak ye, mak malu. ohh)


Ha. tu je lah nak cakap. Google lah benda yang anda-anda semua tak pernah rasa nak google. Amaran: Jangan terselit dalam otak nak google blog lama saya, nanti saya terjun tingkat 1 sebab terpaksa berdepan dengan dugaan hebat ni. Saya dah lupa password nak delete semua tu tsk tsk T____T 

Ha ambik kau! Dah pukul 2.57 pagi. Saya perlukan tido yang cukup macam baby. Esok kalau tak bagun jangan salahkan sayalah sebab saya takda teman sebilik nak tido dan bermanja-manja bersama. Lagi satu, esok sapa nak kejut saya? Haaaaaa!! T___________________T saya nak nanges isi penuh satu lautan.


Kesian. Nak jugak jadi tinggi




tadah pon tak keluar T____T



**Gambar sekadar hiasan. 


walaupon pointer tak mengkagumkan, sempat kami pergi "kononnya celebrate".


Mata dah mintak tolong. Pakai pencungkil gigi pon tak boleh menampung berat mata.


Bye.

Sunday, June 27, 2010

Ready?

5
dangg! Isnin ni dah start kelas. Result bile pulak? Tak nak tahu boleh tak? T_________T




Ohh. Lepasan SPM 2009 yang dapat tempat mana-mana IPTA/IPTS dah mula dan akan mula masuk belajar kan? Congratulation :) Dapat tempat di mana-mana IPGM? Ohh! Tahniah berganda. Ready mental dan fizikal tahap paling maksimum. Ready kertas A4 & fail-fail kosong banyak-banyak yee! :)




Semua excited nak masuk alam belajar yang baru di peringkat universiti. Ghairah semua pandang sana sini nak beli yang tu yang ni nak bawak pegi tempat baru. Tak payah lah nak membazir beli benda-benda yang macam tak penting sangat kang hujung sem nanti merana nak pindah barang masuk stor tu lah sape suruh shopping banyak sangat tak pandai nak kawal nafsu yang membuak-buak ni ha kan dah buat ayat satu nafas tak henti sebab tak puas hati dengan diri sendiri. Oooh! 


Haha. Maksud saya sebagai kakak, tak payah nak beli benda-benda macam nak duk rumah sedangkan bilik nanti korang share jugak dengan  roomate dan sama waktu dengannya. Sebagai contoh, tak payah nak beli lilin aroma terapi macam nak buat spa dalam bilik. Memang takda guna. Kalau dah penat, tak payah tunggu bilik suasana tenteram aman damai, bilik tunggang langgang macam disko pon boleh tertidur. Boleh bersyukur kiranya boleh lelapkan mata. Masuk musim assignment menyerang, katil pon dah takda rupa katil nak tido pon tak hingin selagi assignment tak habis-habis. kau meraung keluar air mata darah pon takda guna sebab assignment tu mesti buat tambah lagi kalau kerja last minute. Beli cadar cantik-cantik mahal-mahal pon takda guna boleh say bye-bye aje lah T______T Kami faham dengan keghairahan anda.






ape yang penting? oohh. taw dah taw dah. saya tak bermaksud nak cakap kerjasama. maksud saya, bersederhana sajelah. 4-5 tahun nak duduk tempat sama, korang boleh nak kumpul barang macam dah tak nak grad. Tujuan utama mesti lah nak belajar. benda lain tolak tepi dulu lah kan? *cakap macam aku budak baik je. LOL*








Kawan-kawan yang dah nak sambung Masters, tak payah lah aku bagi tahu lagi macam mana. tak kan lah tak reti-reti lagi macam mana nak hidup kan? Jeles ohh! InsyaAllah satu hari nanti, mungkin ada rezeki untuk aku pulak sambung kan, doakan lah :') . degree pon tercungap-cungap lagi ni ha.




Enough said; Good Luck to all! Selamat menempuh dunia yang lebih mencabar.






Selamat Datang adik-adik ke IPG Kampus Pendidikan Teknik :)

abaikan yang bertenggek tu. T___T pinjam gamba ko weh :D


p/s: Sesma made it to final for SBP Wind Orchestra Comp. Good Job Guys! Good Luck and maybe we'll see u there this coming July 4th InsyaAllah! :')

Friday, June 25, 2010

5 Minit Yang Lalu

8
Baca bismillah. Mengucap dulu sebelum meneruskan pembacaan.



Bagi kanak-kanak bawah 20 tahun, ibu mengandung, pesakit jantung dan pelari kebangsaan anda dinasihatkan untuk tidak melihat imej tersebut.






jangan menangis. jangan jangan. T__________________T






nak tembak skarang pon boleh.








Dah besar nanti anak-anak mak jangan buat macam ni ye. Malu Malu. HAHAHA



sekian terima kasih, Bye.






p/s: Rasa nak lempang muka sendiri. Sepanjang 22 tahun hidup, pertama kali buat kerja tak bermoral macam ni. Harap Maaf. HAHAHAHA

Thursday, June 24, 2010

Tak Penting.

0
Orang ada blog, kau pon nak ada blog tapi end-up blog kau kosong takda entry sampai berhari-hari.






eh, tu bukan sayelah. saya ada blog bukan sebab orang ada blog.






Ingat 4 tahun dulu saya ada blog yang mengguris hati satu orang itu? Blog dah tutup. Cukup-cukup nanti ada orang terasa lagi. Okay, case closed! HEHE.


Banyak benda duk pusing-pusing dalam kepala ni. Mood nak tulis je tak sampai-sampai lagi. Nanti lah ye.


Nak pegi picnic pon macam tak jadi je cik Mira. TRet kite dah belepas balik Penang awal-awal lagi. Cuti saya pon dah seluas kangkang kera je ni, besar lah sikit daripada kangkang kura-kura. T____T Cuti yang memang tak efektif pon, banyak buat benda yang tak tentu aje. Hahaha..


Kecewa ooh tak dapat nak ikut Laili pegi SDAR. Good luck ye adik-adik :) Main instrument betol-betol, jangan tak tune dulu. Hehe.


Hoi. Macam langsung tak berguna kan? Satu word pon macam tak payah tulis, membazir tenaga je. Lain kali lah. Bye.

Saturday, June 19, 2010

Cuti awak dah TAMAT !!

2
Cuti sekolah takda beza je dengan orang kawen. Orang lah yang kawen, saya je belom lagi T_______T.


Asal cuti je nak kawen. Asal cuti je nak kawen. ! Hehs! :P <-- Jealous semata


Selamat berkahwen dan bahagia selamanya di dunia dan di akhirat harapnya :)


Kak Na & Suami *kidnap gamba dari fb Kak Na :)* - 17 Jun 2010


Abg Ridzuan & Isteri *ini gambar dari amatur berusia 9 thn* - 19 Jun 2010


Kak Na : Selamat berbahagia :) Selamat berhoneymoon jauh di sana. Hehehe. Thanks sebab bagi pinjam rumah + bilik, pinjam kain smayang, pinjam bantal, pinjam baju dan pinjam semua lah sepanjang di Sg. Petani hari tu. Nasib tak pinjam seluar dalam je. Heee... Thanks jugak sebab belanje tengok wayang, bawak saya drift atas Jambatan Pulau Pinang, sanggup makan lauk special Sayur Masak Ntah Ape-ape waktu rumah Kak Na kami buat macam rumah sendiri dan dapur Kak Na macam dapur kami sendiri. Kesian Kak Na sampai habis ayam kami melahap. Tepaksa pegi tesco beli ayam lain sambil belajar mengenal ikan-ikan pelik - Kak Na adelah kakak TRet. :) Kak Na, you're the best! :')




Abang Ridzuan : Eh eh. walaupon kita adelah kazen yang 10 tahun sekali baru jumpa, saya rasa kita ada chemistry. Err... sebab kita masing-masing anak bongsu. eceh, takda sebab sebenarnye. Hahaha..!! Saya rasa sebab saya pemalu dan awak pon pemalu macam saya, cuma suara saya mampu gegarkan seluruh alam semesta manakala suara awak boleh buat bayi lena :) Ini adalah satu pujian ye cik cik dan puan puan! Lelaki-lelaki di sana, jagalah suara. Janganlah suara kuat macam gorilla nanti isteri tak suka. Isteri suara kuat takpa sebab kang nanti isteri nak jadi cikgu. Heeee.. Selamat berbahagia dunia akhirat buat kalian :) - Abg Ridzuan adelah saudara mara keluarga belah mak saya di Raub. ohh.. lama tak jejak kaki kat Raub. Last skali raya hari tu kot. Hee..




Sesi ucapan dah tamat. Siang tadi sesi bertemu muka dan berkasih kasihan dengan saudara yang jauh di mata sampai tak kenal sangat dah tapi dekat di hati :')






Ni bukan gambar saudara jauh. Ni gambar anak perempuan taklah cantik sangat dengan bapa bersama anak perempuan cantik auuww auuww. hik hik - dari sudut pandangan budak darjah 3 lagi sebab tu gamba pelik =.="





emm. ni anak perempuan emo sebab baca novel banyak kali bukan yang tak cantik sangat tadi =.="


ni blog aku. kau diam! Heeee :P






Ehhh. Cuti tinggal seminggu je lagi!! Urgh!


Bunga melur eh! mawar ni kidnap dari hantaran Abg. Ridzuan. Bukan 1 je, tapi kidnap sampai 8 <-- makluk tak pernah dapat bunga memang macam ni T______T




Dah dah. Cuti dah nak habes, kawen pon habes jugak lah. Cerita pasal Piala Dunia pulak lepas ni sedangkan asik rebut remote control dengan ayah sebab saya nak tengok HBO & dia pulak sanggup bangun lewat malam nak tengok bola T______T Sabar je lah isteri-isteri, anak-anak dan girlfren-girlfren. Musim piala dunia memang mencabar buat kita semua. Tsksss




p/s: marah lagi ni kat Edward Cullen. Sampai bila nak jadi macam ni? 10 kali baca 10 kali marah. huuu. I Love U, EC! -- from T'ganu to Forks with love. hak hak hak hak. muntah!

p/s/s: Bila aku yang nak kawen ni? T_____T

p/s/s/s: Masa kecik-kecik dulu selalu tak tahu beza bunyi melur dan mawar. Huuu. Tapi skarang tak berapa nak kecik dah :P

Thursday, June 17, 2010

You know who you are :')

3
Do you know how it feels to finally sees your loved ones after you've wait for a very long time?






It's PRICELESS.








Yup, priceless. And I'm looking for it. 






Cepatlah lagi 3 bulan :'(


credit: www.nataliedee.com/





p/s: It's almost a year :'(

Wednesday, June 16, 2010

Macam jahat kan? :D

7
Gambar takda kaitan suka suka semata




Sebenarnye, saya langsung tak tipu yang saya agak tak suka sign in je facebook nampak ayat geli geli macam tak cukup kasih sayang ape ntah lagi. blerghh! blerghh! Dah lama simpan je dalam hati harap-harap nanti ade orang rasa benda yang sama ooh. Sign in facebook adelah perkara yang ke 4 saya buat selepas dah bosan kutip sampah sarap kat tempat-tempat lain dalam internet. Perkara 1 sampai 3 tak payah lah nak sebok bagi tahu satu dunia, kita tengok pada point penting hari ni : Mind your words on Facebook.



Perkara 1.


Saya harap bolehlah seluruh rakyat jelata jaga tutur kata dan fikir 34672397 kali sebelum post apa-apa. Ohh. tak bermakna yang saya sangat bijak pandai sampaikan hanya post soalan-soalan percubaan SPM ke apa cuma harap-harap anda semua tahulah privacy cintan cintun conteng anda rakyat jelata semua. Ohh.. saya fahamlah orang bercinta selalu ber'by',bie, boo, ling, lap lop ke ape ntah, tapi bolehlah kalaunya bersaya awak atau ber i u sahaje kalau nak conteng kat wall ke apa. Bukan sebab polis nak saman, tapi boleh menyebabkan orang lain yang baca muntah hijau kuning merah jambu semua ada. Mind you! bukan anda sahaja yang bercinta. Sila beri kerjasama, sekian terima kasih. Bye.



Perkara 2


Ehh. tak habis lagi. Boleh tak kurangkan dengan application ntah ape-ape Siapa yang sangat mencintaimu? Siapa yang suka skodeng kamu? Siapa yang nak rasa makan sepak aku? @#$%^! Suka-suka hati kau je nak cakap Si polan bin Si polan tengah skodeng aku lepas tu siap bagi ranking sapa nombo satu sapa nambo 253. Application jenis apekah tu? Be careful. Jangan lah taksub sangat dengan application tak berakal tu, karang saya dengan tak guna akal remove awak dari friend list. Watch out! Memang pondan T___T Bukan awak lah pondan, application tu lah yang pondan. Tapi, kalau awak yang main application tu, errr... macam mana?




Perkara 3


Use appropriate words. Ada users yang tak puas lagi kot jadi pelat? ada? ada? Shayew buwkan apeww bleyhh tak kurunkk tuless btowl btowl? Shayew yang shomell nie tak taww bacew tuew lew. Sayew bukan sumbunk, p i lap u no lah. Sikit-sikit takpalah, dimaafkan sebab saya buat jugak bwehehehe WTFish, tapi janganlah sampai orang tak paham satu pon yang awak nak sampaikan. Harap maaf :P




Perkara 4

Stop sending stupid private messages to others inbox. If she/he didn't reply please consider that they are not kinda want you in her/his inbox. So, please lah paham :)




Perkara 5


Saya rasa, bagi membunuh dengan kejam kebosanan yang melanda tak perlulah awak tukar status di facebook sebanyak 10 kali dalam masa 8 minit 15 saat. Memanglah dalam box tu selalu tak kering bertanyakan 'What's in your mind?' tapi perlukah awak cakap yang awak sebenarnya tengah fikirkan awak nak buat apa sambil poopoo nanti? Macam tak payah lah kan lagipon orang tak nak tahu pon awak suka buat kerja-kerja amal kebajikan waktu poopoo. heee.. lagi satu, relationship status tu tak payah la awak nak ubah setiap 3 minit 2 saat. Asal gaduh baling periuk pecah pinggan pang pang ape semua mesti nak tuka relationship status sampai orang yang awalnya excited nak bagi nasihat dah 13 kali tengok awak tukar relationship status dalam sehari menyumpah dalam hati harap awak memang takda relationship dah dengan buah hati pengarang jantung i lap u lap me semua ha kan dah takda noktah sebab geram sangat.








ok lah. budak-budak kecik ni nak skype pulak. ikutkan hati jiwa raga $%^&!@ nak je buat entry 10 page tanpa henti boleh buat buku terus. 




ohh. ini tak bermakna saya tak pernah buat. Tapi, we've to learn from our mistake. Kadang-kadang tak semua orang rasa yang sama dengan apa yang kita rasa. Mungkin lah kita rasa tiba-tiba nak jadi attention seekers, fikirkan lah orang yang menyampah dan muntah hijau dengan apa yang kita buat. Ohh. muntah saya dah tak hijau sekarang, dah warna pelangi @#$! WTFish.


p/s: Harap maaf bagi yang terasa. Tak specific pon kat sesiapa. Mari kita berhibur :)

p/s/s: noBIE jangan perasan. saya tak jeles pon kawan awak panggil awak BIE. saya tahu awak berusaha jadi shemale.. bwehehe ops! sorry :D


Tuesday, June 15, 2010

Eclipse

4
 will be release very soon :)







Hopefully it'll never disappointing any of us (especially to whom has  read the novelsss).

International release date: June 30th, 2010
Malaysia release date: July 8th, 2010

Monday, June 14, 2010

Yang saya suka :)

5


This song reminds me of HER :'). Walaupon nampak lesbian di situ, abaikan :D

Lagu ni salah satu peneman when I do reading (plus korean song yang lain). Pecayalah, lagu melayu & lagu inggeris takkan membantu saya untuk study, read or doing other stuff. Lagu tamil atau lagu cina apetah lagi, memang takkan membantu. Lagu yang boleh bingitkan telinga is not my type when I need to focus (waktu-waktu lain adalah berkecuali). Ohh. lagu ni juga membantu waktu dalam kesedihan. Try it yourself :)

p/s: saya bukan fanatik Korean Drama. I watch when I think its goooooooooooood sahaja. (plus ada jejaka-jejaka kacak. bwehehehe)

Saturday, June 12, 2010

SS501

0



SS501

oohh, jatuh cinta! :')

p/s: everyone will be home by tomorrow. Yeay! Selalu-selalu lah mintak cuti macam ni ye :)

wujud perasaan malas waktu cuti

4
Saya memang nak update Dancing Queen ni. Tapi.....

Sangatlah takda mood, takda idea, takda minat dan takda apa-apalah lagi nak update.

Oleh itu, saya bagi gamba ni sekeping dululah. Nanti lain hari saya update sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Nak update pasal hape? Bagi lah idea sikit T______________T

saya tahu saya tahu. saya lagi gemoooooook bebanding kakak saya T___T owh. Pakcik Hussin dan anak-anak perempuannya :')



Iskandar poyo buat muka camtu :P **obvious biji mata saya lain. Hik hik



p/s: tak tahu dah nak letak gamba ape. Gamba keluarga ok lah kan?

Thursday, June 10, 2010

Ask me anything!

0
semua orang ada, saya pon nak ada jugak :)


bila dah ada, saya abaikan macam saya tak pernah ada pon, kalau ada iPhone 4g saya takkan anggap macam takda pulak. Setelah Cik Idiey update blog pasal formspring.me ni, barulah saya dapat balik ingatan tentang formspring saya. bwehehehe. 


Bila bukak, takda satu soalan pon yang saya berjaya jawab. Yelah, password untuk formspring ni pon saya dah lupa. Soalan yang tetap setia ada tu masih kekal dalam tu tak bersentuhan pon sebab bukan muhrim. Yang tiga tu pon tak berjawab lagi. Takpalah, yang tu tak penting pon, anggap saja macam takda oke ..? Oleh itu, mulai hari ini, kalau nak tanya saya boleh lah ya!

Ask me anything! http://www.formspring.me/zatiehussin

Walaupon saya tak suka anonymous, saya tetap benarkan anonymous untuk bertanya. Sebagai pulangan, apa kata saya dihadiahkan dengan iPhone 4g? Bwehehehe. Tak boleh? Takpalah T_____T


p/s: Harap semua gembira untuk bertanya. Malu bertanya sesat jalan!

Wednesday, June 9, 2010

Fatin Syahirah

5
award? eheh! dah lame dah takde bende alah neh :) Thanks FatinSyahirah for giving me this award.




i) Thank and link the person that give you the award


As mentioned above, I am honoured *eceh* to have this award from FatinSyahirah (a blog-mate I met here, about less than a year ago). Thank you Thank you. sangat sww-eet di situ. :)


ii) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic

Sape-sape nak? Dah bace sile lah anggap diri bertuah :) Ini satu arahan!

iii) Contact that blogs and let them know they've won the award

Adehh.. Ni yang lomah den nak buek ni. Takda masa sangat nak bersiar-siar dekat blog sementara waktu ni. harap sorry T_______T



iv) State 7 things bout yourself
  • Sebelum ni, saya tak minat pon iPhone 3g & 3gs yang gemok-gemok tu.
  • Secara telus dan jujurnya, currently saya memang  naaaaaakk iPhone 4g. Tibe-tibe ade perasaan tu :P Tapi dana takde, saya hanya mampu bermimpi agar Doc. hensem tadi tibe-tibe belikan iPhone 4 sebagai hadiah tanda terima kasih <-- harapan menggunung. *Doc tersebut memang hensem I tell u*
  • Saya cuba untuk tidak menggunakan bahasa inggeris dengan kerap dan hanya menggunakan bahasa isyarat semata-mata dan kadang-kadang pakai bahasa melayu secara normal. Ade orang asyik condemn je T_________T Yelah, iPhone 4g dah nak sampai Jepun seminggu dua lagi, sampai Malaysia setahun dua lagi (sedangkan takda kaitan pon). tsk tsk
  • Saya lebih gemar twitting berbanding bukak facebook baca perkara-perkara mengarut yang selalu keluar secara tak dimintak pon di Home saya tu. Oleh sebab tu, saya rasa saya perlukan iPhone 4g untuk lebih efektif bertweet. (alasan ni harap bulehhh lah di terima).
  • Saya rasa berblog pakai iPhone nampak lebih cooooool <--- hahahaha.. jangan layan sangat orang gila ni.
  • Saya tidak gemar membalas text message daripada orang yang tak dikenali seperti orang gila yang tiba-tiba hantar gambar siang tadi WTF?!! Oleh itu, sekiranya dapat 4g, saya rasa lebih selamat (eh?).
  • Saya dapat lihat kesungguhan saya untuk mendapat sebijik iPhone 4g. Tapi, mungkinkah minat ini hanya sementara .... ? Kita nantikan.





Oleh itu, saya akhiri ucapan saya sebagai pemenang hari ini dengan Ameeeennn.. Semoga impian menjadi kenyataan :)) Marilah sama-sama berdoa untuk saya. LOL

Saturday, June 5, 2010

Shabu Shabu

4
Sebelum habis exam dah macam-macam plan dalam kepala. Tapi, bila dah betol-betol habis exam, satu pon tak jalan. HAHAHA. Tapi, ada satu je bejalan mengikut jalan yang lurus;


Shabu Shabu!


















Zatie + Yana ----- Murni + Erli




Lepas habis makan, semua tesadai kekenyangan macam besi buruk :P Dengan jayanya, kami semua yang memang pelahap berjaya habiskan semua yang terhidang dengan begitu licin dan bersih :') - tak baik lah membazir. hehehe.. Nak angkat perut pegi cari barang-barang dalam shopping list pon tak mampu dalam masa 30 minit je lah kot sebab lepas tu semua lapar balik, cari KFC dekat Sungei Wang. tsk


Dah lah cerita. Tengok gamba puas-puas :') Saya tamatkan entry ni dengan gambar yang tak akan ulang tayang lagi dah lepas ni. buek malu jo.

notice bijik mata saya besar sebelah akibat kehilangan conntact lens dalam lubang tandas. Terpaksa pakai clear contact lens sementara tunggu yang baru T____T


sekian. harap maklum :')

Sahabatku :')

0
Banyak entry yang terbengkalai dalam draft T_______T takpa, nanti saya cuba untuk publishkan. Entry-entry yang macam tak penting pon, tapi penting jugak la nak tunjuk kehidupan orang yang dah habis exam macam saya - poket kering dan tak dapat balik awal. Saya sayang bilik saya :') Sampaikan sanggup tido sorang dalam bilik dan termenung sepanjang hari tak buat apa.

Ohh. Sebelum terlupa, saya dah selamat sampai ke Sg. Buloh selepas menempuh perjalanan selama 3 jam macam nak balik Terengganu. Cheras-Sg. Buloh 3 Jam? Ya. Itu kenyataan yang memang buat sakit hati. Semua orang macam dah tak sabar-sabar nak balik kampung lepas habis waktu bekerja. Highway pon lebih kurang macam jalan kampung jadinya. Sempit! %$^&@!

Pagi tadi, dengan perasaan yang bercampur baur, saya dapat berita tentang pemergian salah seorang rakan waktu di bangku sekolah rendah. Dah agak lama tak berhubung dengan beliau. Pernah sekali beliau hulurkan salam di chat facebook, tapi keadaan internet yang hidup segan mati tak mahu tu, sempat la bercerita 2-3 perkara saja. Tak sangka, hari ni Allahyarham Engku Syazwan telah menghembuskan nafas terakhir selepas koma beberapa jam akibat terbabit dengan kemalangan. :'( Semoga tenanglah kamu di sana. Al-Fatihah.

Tanpa kita sedar, banyak yang dah berubah sejak lebih 10 tahun meninggalkan sekolah rendah. Ada yang terputus hubungan sedangkan pada satu masa dulu, kita semua ibarat tak boleh dipisahkan. Banyak cerita-cerita yang masih terpendam dan penuh tanda tanya. Bila dikenangkan, rindu sungguh dengan kawan-kawan sepermainan waktu kecik dulu. Tapi, semua yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, kami berempat masih tetap berhubung walaupon masing-masing tinggal jauh. Mira, T-ret, Idiey & saya. :') Eh, dengan Mommy pon contact jugak, tapi dah lama betol tak jumpa. Harap-harap satu hari nanti, boleh la kita bekumpul ramai-ramai macam dulu. Rindu! Em, dengan En. Bf mesti la berhubung. <-- kawan sekolah rendah jugak kan. LOL! :P

Cuti semester 3 minggu. Lepas tu bermula pulak saat-saat memeningkan kepala. 3 Minggu akan digunakan dengan sebaiknya, insyaAllah. :') Eh, macam skema pulak type entry hari ni. bwehehehe :P

Ok lah. Bye!

T-Ret, Mira, Zatie & Idiey


**notice kenapa saya tak suka bergambar tunjuk gigi. <--gigi saya macam lebuh raya bertingkat. bwehehe. anyways, ini gambar feveret sepanjang hayat :') xoxo

p/s: tulisan kecik sangat kan? mata saya pon dah mengamuk bila nak bukak blog sendiri. baiklah-baiklah. dah paham! cuti nanti saiz akan di tambah.

p/s/s: Lahanat lah kau wahai Israel!!! Khaibar, Khaibar ya Yahud! 
Ya Tuhanku, kau lindungilah insan-insan yang berniat mempertahankan AgamaMu.

Wednesday, June 2, 2010

biar aje lah orang macam ni

10
Berita hangat hari ini:




seorang lelaki yang claim diri seorang terpelajar, bijaksana, berilmu dan hanya belajar dengan menggunakan buku telah membuat onar di facebook.. Yang belom sah jadi cikgu pon, panas hati ok! :D


Boleh lihat comment² beliau yang hangat tu di sini.


kan dah cakap ade lagi orang berfikiran kolot macam ni. Cikgu sebagai pilihan terakhir? Hehs. Kau masuk mana-mana pon sama je kalau tak pakai otak betol² untuk berfikir. Sebenarnya, bukan dia sorang je species yang tak tahu fungsi otak yang sebenarnye macam mana, ramai lagi orang kat luar sana macam tu. Kalau cikgu pilihan terakhir, takdalah penat BPG nak tapis semua surat² mintak nak blajar dekat IPGM tu.


Blajar kat U semua akan jadi pandai ke? owh! lol :P


p/s: Group khas tercipta untuk beliau yang bijak pandai tersebut.
 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥