Saturday, August 29, 2009

cuti dah habes oi!

2
oi. nak balik cheras sudah. rasa macam nak menangis guling², pegang pintu tanak lepas. cuti dah habis, tapi malas aku tak pernah nak habis T___T  lepas ni takda nak pegi tolong kucing aku ngorat kucing jiran sebelah punye dah. takda nak pergi bazar ramadhan terpaling best dewasa ini dah. takda nak bangun sahur dengan jayanya dah sebab kompem tido tebongkang tak ingat dunia lepastu bangun lambat lari pegi tandas mandi 2 minit, besiap setengah jam pastu lari lagi pegi kelas sebab dah lambat pastu buat muke tak bersalah masuk kelas lewat.T____T (malas nak letak punctuation) HAHAHAHA. rutin harian yang tidak dapat dielakkan, i must say. :)) okey okey. dah pukul 9, barang tak habis packing lagi ni, cume dah parking kat port terpaling best harap tak tetinggal macam selalu. kalau tetinggal jugak memang ketuk kepala sendiri pastu meraung² dalam bilik sorang² sebab roommate tak balik lagi. kau gila. ehe ehe. okey, nak pegi siap ni, excited semacam nak naik bas dua tingkat. boleh rasa macam kat London tak kalau naik bas 2 tingkat? HEHEHE

p/s: gelak guling² dan telompat² tengok kucing aku jatuh kerusi. tu lah, tido tebongkang tak ingat dunia sangat. :)) (@$%^&*)! kucing ni)

Thursday, August 27, 2009

mood bermain² di udara

2
I sedih okey. sedih sedih dan SEDIH. ohh. suka hati aku lah nak tulis ape kat blog aku, aku sedih pastu cerita kat sini exxagerate melampau pon suka hati aku. Aku sedih pastu nak beguling² sambil tulis entry pon suka hati aku. Kau paham ke hati perempuan selembut kapas ni sedang bersedih? tak paham, kau diam. SEDIH okey!. T___T

Wednesday, August 26, 2009

Isk. Tolonglah!

0
I need new shoes. okey serious la ni. perlukan satu heels baru untuk memudahkan dan menselesakan untuk ke kelas dan ke jalan-jalan. I tak tipu okey, i am craving for new shoes!! urrrgghh! hangbag nanti² lah kot. tak masuk dalam list 'IMPORTANT' lagi. nak kasut baru! nak kasut baru! actually, nak wedges, lebih selesa :)) ade sape² nak temankan aku tak, may be next week, ataupon minggu selepasnye? angkat tangan! lepas beli kasut kite makan J.co HEHEHE. eh! puasa. ok fine, lepas bebuka kita melantak kat J.co. HEHE next week okey. okey?

p/s: looking forward untuk berbuka puasa bersana BFF. love u babe! :))

friends are sweet, shoes are gorgeous

9
what a day. ohh. selamat berpuasa hari ke 4 :)) keseronokan dan kenikmatan mungkin berbeza bagi setiap individu. yang penting, segala yang dilakukan adalah ikhlas serta mempunyai niat yang betol. oh! look, hari ni bukan nak sebok bukak kedai kopi cerita pasal ramadhan. memandangkan hampir semua bloglist kat sebelah ni cerita pasal ramadhan, aku rasa tak perlulah lagi nak tokok tambah cerita. nehi nehi.

sehari sebelum semua umat islam menyambut ramadhan, dan sehari sebelum Idiey berangkat untuk pulang ke Malang, dan sehari sebelum Mira berangkat pulang ke Kerteh untuk bekerja, dan sehari sebelum aku dan TRet berehat-rehat secara senang di rumah, kami telah membuat agenda berjumpa secara sakan. Selepas entry ini di buat, dengan lebih cepat dari cahaya aku begerak untuk besiap. Terleka sangat buat entry untuk blog kesayangan kan :)) Bila empat perempuan ni bejumpa, jangan mimpi untuk sesiapa yang berdekatan untuk rasa tenang dan aman. Harap maaf, kami takkan benarkan. KAH KAH KAHsihan. Daripada dalam kereta lagi, sampai ke tempat² yang dituju mereka becerita macam duduk bebatu jauhnye. Kalau tak tahan, gegendang telinga pon boleh pecah. Susah nak buang tabiat ni T___T tambahan lagi tak jumpa dah lama, semua macam ulat bulu tetelan daun ganjalah nampaknya. makan free memanglah seronok, ABC, sotong celup tepung dan Chiken Chop. perghhh!!!. Beribu-ribu lemon terima kasih TRet & Idiey. Tahun depan boleh blanja lagi. HAAHA. kalau ada ikan paus celup tepung pon boleh habis ni. sambil bercerita hal masing-masing semua makanan dah kering. masalah yang kami hadapi mase bercerita ni tak lain tak bukan nak mencelah. kalau dah cerita, memang tak ingat dunia. kalau boleh nak cerita dengan satu nafas je, tak nak bazirkan masa punya pasal. memang kagum dengan kawan² yang tak mampu untuk berhenti bila dah mula membuka cerita. T_____T


ohh. aku memang suka selit gambar vain. HAHA


kawan² memang sangat manis, kalau terlebih manis nanti dapat penyakit diabetis pulak. Tapi, dont worry, kawan² manisnya. manis yang selamat. Tapi macam mane kalau gula² anda buat muka annoying macam ni tengok gamba anda? KAH KAH KAH



okey. aku maafkan korang. sabaw je lah. HAHAHAHA. semua dengki sebab aku ada harapan untuk mendapat hadiah besar dan mahal nanti :)) walaupun saingan semakin sengit dan aku bakal ditewaskan, aku akan berusaha secara keras dan bersungguh² bagi mencapai cita-cita yang dihajati. HAHAHA. dengan kuasa bulan, aku akan menghukummu!! HAHAHA.


ohh. tak cerita eh jumpa 2-3 orang lagi kawan sekolah. introducing, penyu tercekik.




eh? name skemanye sangat baik, so tanak letak. HAHAHAHA. dah hampir 10 tahun tak jumpa, at last dipertemukan di pantai. memang muke tak berubah sangat, rambut je banyak berubah. Banyak sangat study katenye. HAHAHA. Korea takda syampoo kot. Kalau nak kirim salam kat Joo Ji Hoon boleh lah gtaw dia. auuww! Joo Ji-Hoon kacak! Takdir jugak mempertemukan kami dengan enchek iju. tak pernah jumpa sejak sekian lama. sebok belajar la kot. lagipun, jarak memisahkan kita. eceh! HAHAHA. rindu juga :))

okkey, semuanye indah2 belaka. sekarang dah rindu balik nak jumpa T_____________T


take care guys. blaja rajin sikit, jangan asik pegi jalan² je. HAHAHA

ohh. entry ni dibuat dari pagi sampai petang baru siap. 3 dalam 1. buat entry baru + buat assignment + survey kasut kasut & handbags. ohh! nak kasut & handbag baru~ o_O




kasut² Nine West ni memang cantik. Malangnya price dia sangat mahal, mahal dan MAHAL. omaigod. kecewa betol. pleaselah, kalau ade readers yang baik hati, bolehlah sediakan hari lahir penulis dengan kasut² atau handbag dari Nine West. Nak Bagi hadiah birthday awal pon takpa. I memang suka. Hehe.


okey. masa untuk buat kerja lain. have a nice day ppl. take care

Sunday, August 23, 2009

keGEMBIRAan

2
Hari ini boleh consider sebagai hari yang gembira. ohh. gembira okey! gembira untuk BFF. Finally the day has come. Aku dah lame tunggu hari ni. And i'm happy she's told me earlier. sorry la, aku dulu mungkin ambik masa sikit T___T. i'm happy for you!! wooohooo~ Harapnye nanti kite dapat bekumpul bersame-same okey! :)) walaupon kita semua tak berada berdekatan, harapnya nanti kita dapat berkumpul lagi macam dulu. selamat berpuasa okey. ain jugek~ selamat berpuasa di sana. walaupon kita terpisah beribu batu, harapnya kita semua takkan melupakan sesama sendiri :)) selalulah update okey!


ain me nanaa zana


ohh. Hari ni jugak birthday my friend's son. najmi saufi :)) Happy 2nd birthday! Sekejap je rasenye, sekarang dah masuk usia 2 tahun. congratulation mommy and kecik.


kecik yang comel :))

Ramadhan datang lagi!

2
Salam Ramadhan kepada readers semua. (ehem, ade readers kew~?)

Sedar tak sedar dah sekali lagi Bulan Ramadhan datang kepada kita. Sedar tak sedar jugak, usia kita sedang meningkat. Kadang-kadang rindu pon datang mengusik. Kalau dulu, waktu kat sesma, banyak betol kenangan yang indah takkan dapat dilupakan. Bangun awal pagi, pergi sahur dekat dewan makan. Tengok nasi punye la lame, last skali, minum air je. HAHAHA. Bile dah dekat waktu bebuka, ramai la pergi serbu dewan makan. Mak cik dewan makan buat muke poyo je letak makanan dalam tray plastik warna biru. Tak sabar-sabar nak 'chup' tempat makan. Makan ngan geng punyelah ramai, bising pulak tu. demand lagik, pergi beli kueh dekat kantin, poyo betol! Kononnye banyak duet la tu. HAHA sebenarnye selera besar. BFF yang kurus tapi kuat makan, Nanaa suke betol bab² beli kueh ni. HAHA. waktu kosong sebelum waktu bebuka, kononnnye bukak TV nak tengok Jejak Rasul (*note: Tak boleh bukak TV hari kelas okey!) tapi sebenarnye curi-curi bukak drama korea title Stained Glass kalau tak silap. HAHAHA. sorang jaga depan pintu, tanak kasi kantoi, kalau-kalau warden turun tangga. stand by trus nak bukak TV 3. HAHAHA

Masuk bab terawih pulak, dulu selalu solat maghrib, isya' dan seterusnya berterawih sama-sama dengan Kak Saa. Rindu sangat. But things change kan T____T Selalu jugak teringat-ingat waktu ustaz dari arab (if am not mistaken) tu jadi imam, selalu je selipar die hilang. Kesian betol. Huhu. Nakal budak sekolah ni. Dorang selalu sembunyikan selipar ustaz sebab ustaz tu baca ayat-ayat dalam solat panjang sangat. Rindu nak berpuasa kat sesma macam dulu, dengan kawan-kawan terpaling best macam dulu. BFF pon terpaling best!! :))) sesma pon memang lah terpaling best ah.

 
habis sekolah, sambung kat matrikulasi. seronok jugak berpuasa kat kedah. Hari rabu mesti pergi PMC cari nasi kerabu terpaling best. HAHAHA. Biasenye berbuka puasa dengan roommate terchenta si nadia, intan tayunk dan jugak Ain. ohh! rindu semua. Biasenye, menu yang selalu jadi rebutan ialah nasi ekonomi ataupon nasi kerabu. Lepas bukak puasa, semua tak boleh bangun, sindrom kekenyangan melampau. HAHAHA. Nasib baik masjid depan bilik je, takde la lambat pergi solat terawih :)) suka betol kalau dapat imam yang suara merdu. HAHA Nasib baik roommate sehati sejiwang, balik bilik semua pasang cita-cita...err.. ops! HAHA.Selalu jugak bebuka dengan Suzie, Mc Laa, Pilin, Wanie & Ah Theng. HAHA. sekarang dah takde lagi. rindu sangat. T____T

sekarang? owh. IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Lepas penat satu hari pergi kelas, balik tido kejap. Pukul 5 semua dah ready nak pergi bazar ramadhan dekat Tasik Permaisuri. Kalau ade farid, die lah juara. Hehe.. Tahun ni azam die tanak pegi bazar dah, we'll see, farid. HAHA. Waktu bebuka, tempat pilihan B-1-10. Selalu jugak sharing sebab kononnye caring lah kan. HAHAHA. kadang-kadang, sampai dah sawan kenyang. :)) Tahun ni, belom lagi puasa di sana. seminggu pertama, puasa di rumah :)) penuhkan bazar ramadhan kat kampung masing-masing dulu, next week kita pergi serbu Tasik permaisuri okey? HAHAHA

Pengalaman berbeza dapat di perolehi di tempat-tempat yang berbeza. pastinya semua tempat mempunyai keistimewaan yang berbeza dan terpaling best. Yang penting, jalanilah ibadah puasa dengan hati yang ikhlas. Penuhilah ramadhan dengan NUR. Selamat menjalani ibadah puasa kepada rakan-rakan terpaling best yang pernah ditemui dan semoga hari-hari kita terisi dengan seribu makna.



p/s: outing bersama teman wanita-teman wanita sangat seronok. u guys roxx!! nanti kite hang out lagi okey!

Friday, August 21, 2009

hello world!

0
ohh. finally, its holiday!! wuuhuuu~!! otak dah penat tiap-tiap hari pergi sekolah fikir nak buat ape hari tu. macam takda kerja sedangkan, kertas assignment dah menimbun dan meninggi boleh buat bangunan sebelah klcc (meh la nak lawan wei!). masa untuk membuat kerja kurang berfaedah ketika cuti. HAHAHA. banyak cerita okey, tapi malas nak cerita. bile otak macam tak centre, macam ni lah manusia merapu.


ok². malas nak cerita panjang-panjang. petang ni akan keluar bersuka ria harap sampai jangan tak ingat dunia. teman wanita terpaling best dah buat perancangan yang menarik untuk membukak kelab gossip terpaling best jugak. sape cakap facebook terpaling best? jumpe teman wanita-teman wanita pon terpaling best jugak. same macam pergi dating dengan teman lelaki terpaling best, mentonton wayang terpaling tak best di mid valley terpaling best. HAHAHA. aku saje nak buat kepala korang ting tong sikit. walaupon pergi dating sekali setahun terpaling best, kami tak posing terpaling best pon untuk gambar terpaling best. HAHAHA sorry ye, nisah. next time mungkin. :))


waktu di rumah sekarang adelah terpaling best. waktu pulang ke cheras jugak waktu terpaling best. eh? best ke asik buat entry emo je? HAHAHA. entry emo tak leh lawan okey. HAHA. eh, pergi genting dengan kawan² pon terpaling best ape. HAHA. tak de gambar pon lagi kan? haha. okey, here they go~




terpaling best ah!!


HAHAHAHA, everything wus FUNNNNNN!!! true or dare juge fun. HAHAHA.


2 hari 1 malam seronok sungguh. mahu pergi lagi!! wuuhuuu!!!


ok. perlu bersiap untuk keluar dengan teman wanita-teman wanita. hoho!! sangat rindu untuk bergossip. eceh, gossip girls konon. menyampah la wei. blah la wei! HAHA


p/s: bahasa rojak dan rosak seorang yang sedang bercuti. HAHA

Tuesday, August 18, 2009

cikgu saya

3
sekolah bukan tak best, tapi kurang seronok. pagi kene bangun dengan perasaan yang kurang enak seperti, "alahai, hari ni makan ape ye kat kantin?" HAHAHA. pastu pegi sekolah, budak-budak buat muka kagum tengok cikgu cun sangat bawak laptop berat-berat. alat bantu mengajar penuh tangan, tapi murid-murid tak tahu, cikgu sebok bukak facebook dalam bilik guru pastu bile bosan sangat cikgu tengok movie. bile nak masuk kelas, baru lah cikgu kelam kabut nak siapkan ABM.

cikgu sebok ym ngan kawan-kawan yang pegi sekolah lain, sebab semua kawan-kawan cikgu pon macam cikgu, sebok online. bukannye sebok nak pantau pelajar kat sekolah. HAHAHA. cikgu dengki kat murid sebab murid bawak botol air besar, cikgu pulak kene pegi beli air kat kantin T___T murid dapat lawan main teng-teng, cikgu tengok je dari atas sebab cikgu malu nak join jugak. sebenarnye cikgu dengki. T___T

kerja cikgu sekarang, masuk kelas. tapi cikgu macam blur tak tahu nak buat mane satu, assignment cikgu banyak sangat. sebab blur sangat, cikgu masuk kelas, main teka-teki ngan murid. pastu cikgu kene kencheng ngan murid sebab tak tahu jawab teka-teki bodoh. cikgu mane boleh kalah, cikgu tipu lah murid jugak. HAHAHA. akhir skali, assignment cikgu tak siap T____T

sekarang, cikgu nak sambung buat kerja sikit. :))


 


 
p/s: kerja tak tertanggung.

Friday, August 14, 2009

♥ blog

2
ohh..

blog tersayang,

tak pernah rasa kasih menggila macam ni dekat blog sendiri. tadi dah try pejam mata, kasi masyuk sikit untung-untung dapat mimpi indah. malangnya otak asik fikir blog. nak mengadu domba dekat blog sendiri, nanti ade pulak orang yang tersinggung. last-last menitik titisan air liur basi jugak. mimpi ape bende pon aku tak tahu, yang aku tahu, aku tak mimpi aku terjun dari katil cepat-cepat angkat baju dari sidaian. sikit lagi nak dapat heart attack. lain kali, warning dulu la sebelum hujan lebat. isk.

blog cantik...

 kau banyak simpan rahsia aku dalam 'posting' kau yang aku hanya draftkan. Terlalu banyak, kau je lah yang tahu segalanya. bile dah rase kelakar-kelakar dan geli-geli sikit, aku pon delete. lawakkan cinta kita? aku yang selalu merayu-rayu kat kau kan? kau pandai betol simpan rahsia, sebab tu aku sayang kau lebih taw.


blog,
pernah tak kau macam rasa nak sepak je aku? tak pernahkan? pernah tak kau berharap bukan aku owner kau? mungkin la kot. HAHAHA. tapi aku tetap sayang kau lebih. cinta kita ibarat tom dan jerry. walau dicincang lumat, kite tetap akan terus sambung balik, dan saling kejar mengejar. aku memang sayang kau sebab kau je yang tahu macam mana nak buat aku meluahkan perasaan. (ceh, geli pulak aku)


blog, aku sayang kau. kau jangan khianati aku ye? :))))


p/s: I Love U

cinta di udara,
zatiehussin.
the owner of The Dancing Queen..

Thursday, August 13, 2009

♥ di udara.

3



ohh. finally kami berjumpa. okey, selepas setahun. He isn't change too much. Die dipandang serabut dengan rambut panjang (ade hati nak lawan kepanjangan rambut i ye?), tapi ok, aku i suka. i dont mind. HAHAHA. pergi makan kononnya makanan bercirikan 'keMalaysiaan' (mengada saje) yang dia nak sangat makan. makan ikan bawal dengan lala. ouh. sekali ternampak artis, cun pulak tu. MasyaAllah, mata dia sangat tak terkawal. cicak buat chiken dance pon tak layan dah. nasib baik dia isteri orang. kalau tak, i gigit telinga u kasi putus. mata u, i buat jadi sup. (ceh, jangan bermanja dalam blog sendiri, memang langsung tak manis). Seterusnya kami pergi mentonton wayang cerita 'Setem' best lah yang dia kata. tapi aku kata, BOSAN!! arghh!!! Tawaf mid valley sebanyak tak terkira dengan jari untuk mencari Jersi MU. mahal gila,!!! baru aku tahu sehelai jersi sangat mahal nilainya. Ye lah, dekat downtown aku tengok RM10 pon boleh dapat. HAHAHA. tapi takpa, duit dia, bukan aku punya. hik hik. malang memang kurang berbau, takda pulak saiz yang nak. seterusnya mentawaf lagi mid valley sebanyak tidak terkata (tadi tak terkira, ni tak terkata pulak. haish!). omaigod, jumpa lagi beg roxy yang telah aku cita-cita dan angan-angan kan sejak sebulan yang lalu. akhirnya pulang dengan hati kesedihan kerana sudah tiba waktu perpisahan dengan dia dan jugak beg roxy (eh??) T________T. eceh! mengada je lah kau! HAHAHA. mendapat cenderahati-cenderahati dari jauh. hati berbunga-bunga dan berpelangi-pelangi keriangan. HUHU. Lepas ni katak lembik pon tak sanggup nak bertegur-sapa dengan orang gila ni yang perasan dia sorang je tengah happy tahap dewa. Like i care, what? HAHAHA. have to go. menyediakan lesson plan yang membebankan minda memang membantutkan keceriaan. bye ppl.

Sunday, August 9, 2009

am flattered! ♥ ♥ ♥

3
die akan pulang! yeay!!


in two days, he'll be in malaysia!!!!!


am very happy though he'll not stay so close to me, but at least, its better to stay Cheras - Ampang than Malaysia - Japan. wuuuhuuuuu!!! balik cepat. balik cepat!!!


please lah Tokyo, let him go. HAHAHA. happy that he'll be home soon, emmhh.. i mean, in two days time, soon lah tu. jangan potong rambut dulu! :))


yup! can u imagine, i can wait for a year, but i cant wait for just only two days?? phheewwww~!!!


ok, i know, i'm too excited. die relax saje. cet! HAHAHA. but i'm happy he's already leave Akita, safely arrived at Tokyo and he's staying at his friend's house. flight pulang ke Malaysia, early in the morning of August 11th. emm, Alhamdulillah, he's safe even ada sedikit earthquake tadi, aku pulak cuak. eceh! HAHA.

Hello! Malaysia yang aman ni mane ade earthquake okey!! Just worried.


all the distance seems not a very big problem for us anymore.. sangat tak sabar okey. sekarang sudah macam ulat bulu termakan daun ganja pulak. HAHAHA.


even dah taw akan di kutuk secara bertalu-talu dan secara pukal oleh dia, i dont care. HAHAHA. i'm he's Drama Queen kan. i can stand to hear everything. EVERYTHING okey!


welcome home, dear. sangat rindu

yup. he's friends akan balik malaysia juga. anybody nak contact Neiro, boleh la kot. but, not him okey. i've warned u once kan. HAHAHAH. watch out!!


okkey. time to do some works. erm, mane nak start dulu? emmm... facebook dulu lah kot. HAHAHA


good day ppl!!




p/s: kaum keluarga ku yang ku sayangi, bahasa kurang menepati piawaian hari ini. harap maaf. esok-esok tak janji tak buat lagi. HEHEHEHE

*owh! i know him since i was 11, and.. ermm... he was 10. HAHAHA. i'm a year older. *sigh*

indah siang tanpa hujan

2
suatu hari, kita pasti perlu melepaskan sesutu itu pergi.
have faith.


credit: moll@flickr

Friday, August 7, 2009

hari ini JUMAAT okey.

3
2.18 a.m

lab report siap. eceh! HAHA. susah i tell u. neuron dalam otak pon dah salah jalan lepas banyak memfikirkan tentang equation yang mempening. mereka-mereka perlu kembali ke jalan yang benar. oh! kantoi google teka teki dengan Joe. HAHAHA. buat lab report sambil main teka-teki. banyak kepada main lah kot. dapat menghilangkan menantok semasa membuat lab report dengan bermain teka-teki yang gila. esok baru Joe nak kasi jawapan teka teki dia. cis.


wuuhuuu~ mahu sambung buat ABM sikit, em, sambung buat ABM sambil berbaring di atas katil i mean. HAHA. lepas 2 minit nanti, hilang dari alam nyata sudah agaknye. :))


em.. perlu google discrepant events. sesiapa ada idea? next week perlu demonstrate dalam kelas SCE 3104. isk! susah okek!.


i banyak sangat kelas, banyak sangat kerja minggu ni. *sigh* saya mahu pulang! HAHA. eceh! homesick sebenarnye. perlu habiskan banyak benda sebelum puasa bermula, bagi mengelakkan keletihan melampau. T____T


tak boleh banyak masa update blog. siapkan kerja okey! Good night ppl! :))

Monday, August 3, 2009

Nail Clipper

0
ohh. pernah anda rasa nak lempang diri sendiri sebanyak 33 kali setengah dengan kasih sayang? okey. aku pernah. ianya berlaku 2 minit setengah yang lalu.

credit: http://www.firstaidmonster.com/

aku berpenat lelah menyemai keringat mencari pemotong kuku (orang kampung aku panggil nail clipper, bergantung apa sahaja yang anda panggil). peluh pon berjuraian memenuhi 13 baldi, mata pulak macam nak tak nak kasi kerjasama. otak dah macam kene sidai bawah cahaya matahari selama 4 hari berturut-turut, memang kering betol. mana pemotong kuku tersebut?? anda tolong carikan okey.

ehh. sebenarnye dah jumpe dah. dalam balang kaca bekas peninggalan ikan emas dan ikan guppy aku dulu yang tak sempat merasai nikmat dunia T______T. yang peliknya, dah cari 13 kali secara berturut-turut dalam balang tu, takda pulak nampak. terpaksalah korek setiap beg yang ada. beg sebanyak tak terkira perlu di korek dan di selongkar. penat i tell u! sekarang peluh bukan jadi 13 baldi, dah menjadi 13 tong minyak. malangnya memang tak jumpa. T_____T

ohh.. malangnya, aku memang tak patah semangat. aku telah membuat percubaan kali ke-14 untuk mencari pemotong kuku tersebut. dannn..........

bayangkan! aku nampak pemotong kuku tersebut terbaring kaku dalam balang kaca. ohh! perlu ambik cepat sebelum mata angkat signal mintak tolong. esok perlu ke kelas secara pantas, banyak benda perlu di selesaikan. eceh! HAHAHAHA. dan sekarang, kuku aku sudah cantik seperti sedia kala. ouch! cun~

ouh! aku dah kembali ke bilik yang serba lengkap ini. Lengkap dengan cerita-cerita terbaru. eh, aku memang suka cerita baru. HAHAHA. btw, entry hari ni pon macam lebih kurang skrip untuk Buletin Utama. anda tahulah mengapa bukan? sekararang ramai betol ahli keluarga Encik Hussin gemar menskodeng The Dancing Queen. HAHAHA. Lepas tu mengucap panjang sebab bahasa-bahasa yang diungkapkan memang indah khabar dari rupa T____T. eheeee... :)) remaja berusia 12 tahun yang tulis blog, bisalah kan. HAHAHA

eh, banyak pulak aku gune nombor kan hari ni? sejak bila jadi pencinta nombor??? okey okey. mata dah kasi warning sebab tak ikut signal yang diberikan. *mata marah-marah sambil kenyit sebelah* HAHAHA. selamat malam!!

p/s: awak, semoga cepat sembuh!!! akan menunggu 11 August :))

Saturday, August 1, 2009

Mari belajar sejarah

0


anda tahu NEIRO? kompem tak tahu! HAHA. oleh sebab itu, anda boleh proceed kepada yang aku akan tulis seterusnya.


kumpulan ini dibangunkan oleh beberapa anak muda yang sangat berkebolehan, berbakat, kacak, macho, serba boleh dan yang sama waktu dengannya.


ok, semua itu tipu. hanya sorang sahaja dari ahli kumpulan tersebut yang memiliki sifat-sifat yang aku telah sebutkan di atas. ehem ehem. HAHAHA. okey, tak baik puji buah hati sendiri banyak sangat. hari ini kite akan same-same belajar sejarah penubuhan Neiro. walaupon sebenarnya bukan sejarah, hanya serba sedikit. ehem ehem. ni bukan free okey, iklan ini di bayar dengan kasih sayang . ohh. aku memang suka kalau di bayar dengan cinta yang berterbangan di udara. :))


dulu, mereka hanya bermula di jalanan, bak kata orang mat lepak dekat kaki lima tu.memang kurang sopan kan? HAHAHA. tapi, biaselah, ciri-ciri malu memang kurang sikit dalam diri mereka. :))

oh, akan tetapi muzik yang mereka bawakan memang memang menarik. *eceh! ni kene bayar lebih sikit neh!* menarik dan tertarik. aku dulu selalu dapat dengar lagu secara free dan tak payah susah-susah nak download. memang jimat tenaga dan jimat waktu, duit apetah lagi. omaigudness. mereka cipta lagu sendiri dan bawa muzik mereka ketangah, tepi, depan dan juga ke belakang. sesuai dengan cita rasa muda mudi zaman sekarang. ahli kumpulan Neiro ni pon aku tak tahulah jumlah yang sebenar. sebab bile tanye enchek yang bertanggungjawab pon, die sendiri tak berape nak pasti sebab semuanya pon dikira sebagai ahli. sehati sejiwang lah konannya.

Baru-baru ini, mereka telah mencipta sebuah lagi lagu berdasarkan sebuah siri yang sedang di tayang di TV3. Lagu tersebut boleh di dengar di sini. Anda semua bolehlah meninggalkan sebarang comment terhadap hasil kerja mereka (mereke? eceh!). *link sahaja okey!*

Ahli kumpulan terbabit masing-masing masih menuntut dalam jurusan berlainan di berlainan Universiti di Jepun. Nak sebut nama universiti pon, aku kurang pasti. Kalau lidah terbelit 14, susah pulak nanti, jadi kita abaikan sahaja. Sebarang pertanyaan, bolehlah mengemail aku ataupun bolehlah mengadd meraka di facebook ini. Oh, tapi sila jangan kacaw enchek yang berkenaan. mind u. kasut-kasut i masih segar dari ladang. nanti, i risau kepala u berlubang nanti. ouch! HAHAHA.

ni salah satu hasil kerja meraka. aku suka, kau tak suka, kau diam. :)) enjoy! enchek jepon dan enchek lain-lain boleh bawa pulang buah tangan okey, ingat free ke promote neh? HAHA

p/s: adoi. ramai silent readers di kalangan ahli keluarga. sile jangan gelak okey! oleh sebab itu, entry hari ini macam skrip Buletin Utama. Mr. Fadzli cakap bahasa adiknya telah punah ranah. MasyaAllah. Hik hik hik.
 

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥