Friday, December 11, 2009

wajah baru

yesss. ni hah baju baru untuk Dancing Queen. Sejak setahun lepas, dah 3 kali tukar baju. background putih adelah satu kepuasan. ai dah malas nak fikir sejuta kali nak pakai background warna apa, kang nanti ai buat warna pelangi menangis pulak orang nak baca. emm, ada orang sudi nak baca ke? HAHAHA. close friends baca lah kot, bagi memudahkan kami masing-masing update dengan apa yang berlaku. kalau tiba-tiba hidung ai senget ke, kepala ai dah macam bola rugbi ke, semua takkan tertinggal. selalu update!


ai tulis blog bukan untuk menyusahkan hidup siapa-siapa. Maaflah kalau ada yang terasa. ai lebih berpuas hati nak tulis ape yang ai fikirkan. tapi.. ai tak lah tulis 100% apa yang ade dalam otak ni hah, kang pasal soalan quiz yang ai tak boleh jawab ai tulis jugak dalam blog. sempena dengan kerajinan ai tukar muka baru blog sempena tahun baru, marilah kita berblogging secara lebih berhemah. term 'kau-aku' mungkin hanya digunakan bila ai menjadi seorang yang sangat beremosi. memandangkan blog ini adalah bahan bacaan keluarga saya, marilah kita sama-sama bertimbang rasa sewaktu menulis.. blog ini jugak bahan jenaka keluarga saya, tapi ai redha ajelah T__________T


heh, ai memang allergic betol kalau orang menggunakan blog sebagai tempat sumpah seranah secara LIVE. ai pon banyak jugak teremosi, termengutuk dan termengata tapi biarlah bertempat kata orang. rakan-rakain ai di blog pon beremosi, tapi taklah sampai over limit. facebook jugak bukan medium untuk mengutuk mengata secara extreme, oleh itu kalau nak mengutuk mengata, sila lakukan secara berhemah. kalau ayat macam puji diri sendiri, pegi jalan sajalah. satu langkah untuk mengelakkan aktiviti mengutuk dan mengata secara LIVE, bolehlah buat entry protected, takdalah menyinggung mana-mana pihak. *ai bagi cadangan sahaja, sebab ai pon macam emo lebih jugak kadang-kadang* :))


semalam ai nampak kucing yang telah sampai ajalnya di langgar kereta. yang lebih sayu, kawan kucing terbabit (mungkin jugak girlfriend atau sugar mommy) menatap sayu rakannya itu tadi yang sudah kaku tak bernyawa. tsk tsk tsk :( binatang yang dipanggil kucing pon tahu erti kasih sayang, manusia yang kejam tu tak tahulah berhati ape lagi. nak kate hati binatang, hati binatang pon mulia jugak. Kes ragut dekat Taman Maluri tu memang sedih. Lepas ni dah tak nak pergi Jusco dah, takot. hehehe... takda kaitan pon :)) Lagi satu, kes eksiden dekat Perlis yang dalam Buletin Utama tadi sedih ohh. Baru kawin 4 jam T___________T Teruk betol kereta tu, hancur. Astaghfirullahalazimm...


hehehe.. serius pulak jadinye. pengajarannye ialah: berhati-hati di jalan raya. walaupon seekor kucing, ia tetap nyawa dan jasad yang telah berjaya sampai ke muka bumi. Hargailah setiap apa yang kita miliki. lagi satu, boleh comment entry-entry ni sebenarnye, click dekat belom kaler pink kat atas sebelah kanan tu. Idiey, sila alert. KAH KAH KAH. dan, kepada sesiapa yang tak puas hati dengan layout ni, ai memang tak boleh buat apa. ai sukkaaaaaa :))


okek-okek. sebenarnya salah satu azam  waktu tukar layout ni, ai taknak blogging panjaang-panjang, tapi tiba-tiba jadi panjang jugak. tak tercapai matlamat. lain kali mungkin. selamat menikmati hujung minggu ya! :))

p/s: lambatnye abang posmen sampai..

0 cookie[s] ready! ♥:

 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥