Saturday, May 30, 2009

cuti (again)

4
A big HELLO for the holidays :)) been waiting for you for a very long time.

cuti again okek! sangat seronok. bye bye Life & Living Processes dan juge Childrens' Learning in Science. Anda telah banyak menyusahkan otak saya okek. semoga sehat-sehat hendaknya tanpa memberikan peluang untuk repeat paper. ciss, sangat susah i tell u. lupakan kisah yang lalu. kisah suka duka menstudy bersama-sama rakan yang agak sengal dan banyak makan daripada belajar. KAH KAH KAH. mind u, saye tak terlibat okek! :))

sangat sangat sangat penat mengangkut barang menaik tren sampai ke sungai buloh. ok, i'm still lucky hari ni people have to work. kalo tak, sangatlah perlu berhimpit-himpit dengan kadar yang agak sengsara. ingat sempatlah melancong dan breakfirst sedap-sedap sebelum melangkah pulang, tapi hampa. cess. barang banyak sangat. cuti hanya 3 minggu, tapi barang macam cuti 3 tahun.its a way to reduce things in your closet okek!sila bawak pulang barang-barang yang agak-agak dah tak perlu. semak aje dalam tuh. katak-katak yang beranak dalam tu pon semua penyek sebab selalu berhimpit-himpit dengan baju and all the stuff. kesian.. Astaghfirullahhalazim.. betapa banyak nye kau shopping. ops.. aku shopping. setiap akhir semester kene mengangkut barang macam nak pindah rumah masuk rumah banglo 3 tingkat je. *sigh*


wah wah. sangat excited untuk cuti. sebab.. erm.. sebab sedikit kesulitan. hey! tapi lupekan saje. zatie sudah beranji lah bukan kita hanya perlu gembira-gembira sahaja selepas segala sengsara. lepas ni lumba lompat katak dan cari telur katak dalam tepunglah. buat acara sukaneka untuk gembira. anyway, welcome home AIN :)) better dont bring along the swine flu okek! Tinggalkan Cik Bi (bak kata Nanaa) di sana. ceh. jangan cakap Malaysia panas okek. menyampah aje. HAHA. sure u've missed a lot of things here. aku akan updatekan kemudian. kawan-kawan lain juga yg sedang bercuti, sila hargai cuti anda. jangan text me dengan perkataan-perkataan seperti "hoi, aku nak makan telor gajah, bosan sangat neh" or "aku nak wat lumbe lari dengan kure-kure la nak tengok sape paling lambat, nak join tak?". HAHAHA. kawan-kawan memang sangat banyak idea untuk membuat kite bergelak ketawa. but mind u, gajah TAK bertelur okek!


okek. masa untuk tidur. Fana tak mereply sms, meaning that dia masih normal as always. TERtidur dengan jayanya. HAHAHA. selamat bergembira tanpa menghargai masa rakan-rakan. Keseorangan tidak bermakna kosong okek! :)) Love Love Love :-*



P/S: jom cuti-cuti malaysia :))

Tuesday, May 26, 2009

Iju 26 MEI 1988-2009 :))

3
happy birthday iju :))

kawan kanak-kanak sampai tua :))

sangat menghargai persahabatan kita :))
sila simpan rahsia kanak-kanak kite okek! malu da tua-tua neh orang tahu. HAHAHA
Happy 21st Birthday kawan! :)) (dimerahkan sebagai tanda untuk berjaga-jaga)
p/s: tangan gatal nak update jugak!! esok da final paper.

Wednesday, May 20, 2009

private

isk. sangat tidak bermood untuk exam petang ni. sempat mengupdate. sebenarnye, terasa ingin memprivatekan blog sendiri. hanye untuk bacaan sendiri. sudah lame keinginan tersebut. tapi kenape sangat susah untuk dilaksanakan? saya sudah tidak mahu bersedih, tertekan dan menekan. sangat tidak mahu. lepas-lepas ini hanya mahu mengupdate entry yg gembira sahaja. mungkin juga selepas di privatekan blog ni. entahlah. hidup sangat kucar kacir sekarang. semua yang dilakukan tak kena. kehidupan malam sesuatu yang amat ditakuti. bolehkah tidak ada malam?? hidup mahu siang sahaja. tak juga mahu pagi. pagi dan malam amat mentakut. saya hanya mahu apa yg saya perlukan sekarang. tapi dia tidak mahu. mungkin..



-no comment is allowed for this post-

Monday, May 18, 2009

exam week.

3
ape nak jadi? exam week atau sangat weak? yup! sangat weak! atau lebih senang dikatakan not phisically or mentally strong. otak sangat tak boleh menterima pelajaran dan rasa sangat damn!!! bodoh betol lah. time2 kritikal macam ni nak buat hal pulak otak neh. cubelah belagak kuat siket. eceh! pandai je. tq kawan-kawan kerana mengambil berat. kan zatie sudah mengkata, kawan-kawan sangat manis seperti gula. jangan lah manis sangat, nanti saya tak tertahan untuk menghilangkan semua. T___T tq juga kepada T-ret yang all the way from penang sanggup mengtext memberi kata-kata nasihat dan perangsang. kawan kanak-kanakku yang sangat prihatin, tq v v v much. mummy jugak okek. tq tq tq. okek! saye belom bersedia untuk mengsharing apa-apa di sini. cuba anda kirimkan doa anda untuk saya menjawab exam dengan hati yang tenang. pleassssseeeeee T___T. love u ♥ ♥ ♥ ♥

Saturday, May 16, 2009

16th May

2
selamat hari chekgu kawan-kawan :))
anda mendiabetiskan saya dengan kemanisan dan kecomelan semua :))





Happy Birthday Sara


p/s: esok sila bangun awal untuk study group :)) HAHAHA.

Friday, May 15, 2009

mendrift ke Tesco.

2
hari yang mempenat tapi menggembira. masalah semua dilupakan macam itu sahaje. oh. kawan-kawan memang menseronokkan. semacam makan ais-krim RM2 yang masih tidak dapat dikenal pasti jenama ape. best wa cakap lu. cair didalam mulut dan juga di celah-celah jari. cicak-cicak yang tecabut ekor tersepit pintu bilik pon pasti meleleh air liur melihat wajah yang tidak gembira kerana masalah-masalah yang mensesak bertukar menjadi seceria barney yang bertemu rakan-rakan. seronok menyanyi.


i love u shaun smith, u love me. we are happy family. with a big hug and a kiss from me to you, shaun smith. wont you say you love me too, shaun smith?

kih kih kih. kawan-kawan sangat manis. anda mendiabetiskan saya. anda membuat muka saya lebih cantik berbanding katak penyek itu. *dont you dare kutuk-kutuk my katak!*. sekarang, anda-anda adalah kepentingan saya. anda membuat saya ketagih untuk mendrift lagi ke Tesco. kepada pengguna jalan raya, berhati-hati dengan pemandu gila seperti saya. oh. ade kesilapan. kepada pengguna jalan raya yang kacak sahaja , berhati-hati jika berjumpa pemandu gila seperti saya. anda pasti memandang 2 kali :))

anda tahu, jika anda keseorangan seperti saya sekarang, tidak ada sesiapa lagi yang mampu membantu kecuali raka-rakan anda sendiri. mungkin anda rasa kadang-kadang mereka agak annoying, tapi mereka juga boleh jadi sangat manis seperti gula dan boleh mendiabetiskan anda. walaupon mereka dah cukup manis, saya tetap mancari big apple untuk memuaskan nafsu perut yang tak habes-habes neh. mempenatkan betol layan perot. huish! saye sedikit seronok hari ini tanpa perlu memfikir tentang orang yang melupakan saya. saya juga tidak mahu mengingat kerana saya rasa macam bodoh saje :)) life must go on bukan? adeq-adeq saye juge berkate begitu. "buat pe sedeyh q't. kami ade". wahh~ adeq-adeq juga sangat manis. sorry, i'm being so selfish. thanks zrif :))

teruskan hidup dengan memfikir orang yang berfikir tentang kita sahaja. jangan berharap. stop being so protective, caring and loving or else anda juga akan terasa sakit hati sendiri tanpa mereka tahu. ammar si budaknakkal juga mahu membeli sebuah rumah besar untuk saya jika saya tua keseorangan nanti. tidaklah perlu terlalu risau bukan :)) saya ingin berjiran dengan beliau serta keluarga. kih kih kih.

mentulis entry dengan panjang tidak berguna jika tanpa mood yang baik di hari yang kurang baik tapi seronok ini. Terima kasih kawanku yang sangat gula-gula. sayang kamu.


Barney is a dinosaur from our imagination
When he’s tall he’s what we call
A dinosaur sensation
Barney teaches lots of things
Like how to play pretend
A-B-C’s and 1-2-3’s
And how to be a friend
Barney comes to play with us
Whenever we may need him
Barney can be your friend too
If you just make believe him


Tuesday, May 12, 2009

i love you only when you love me too.

6
otak macam da gila. malas layan. blah ah!

Sunday, May 10, 2009

Kosong

5
mood dah fly far far away. mmg langsung takda mood. layan youtube jugak akhirnya. malas nak reply any text message, phone call atau segala-galanya. entry khas yang dijanjikan pon takda buat lagi. waktu ini memang macam sangat tidak sesuai. Melayan Shaun Smith bersuara sedap lagi sweet lagi bagos. Final dah dekat tapi semakin malas. nak pergi cari mood yang hilang jugak malas. dangg!! nak keluar jugak malas. mungkin sedikit amazing tidak keluar weekend. kecuali semalam keluar skejap pergi makan kat Times Square.

layan facebook jugak malas. macam takda ape je dah nak diselongkar. Marilah layan Shaun Smith. Die kacak. Dia hensem. dan dia juge sangat sweet.. auuuwww~!!! tidur malam pasti mahu dengar dia nyanyi dulu. Mintak orang tu nyanyi lagu birthday pon susah. hoh! takpe, i dah ade Shaun Smith dah. *belagak macam la Shaun Smith kenal*. Seriously, rasa sangat kosong. empty! yillek! Esok isnin lagi. dangg!!! Seminggu sahaja lagi untuk mendekatkan diri kepada jalan yang benar dengan mentelaah pelajaran. eceh! tengok ape jadi dalam seminggu neh! Malas layan.


Entry ini tamat dengan tiba2.

Friday, May 8, 2009

nak tukar.

1
pernah tak berasa bosan ..? okek! aku selalu. bosan dengan blog sendiri apatah lagi. rasa sangat gila mahu tukar layout. bosan betol. bosan sangat. bosan tak tipu. ni dah masuk tahap bosan yang boleh di anggap sangat kritikal. serius weh. tolong lah aku ni. sangat mahu menukar layout. tapi sangat takda idea serta malas. rasa mahu berjoging di tasik permaisuri sambil cuci mata untuk menjaga kesihatan badan.

enrty khas akan terhasil bagi menghargai rakan--rakan yang comel sekalian. anda memang comel. tapuklah tangan kepada diri sendiri. bangga sikit. piiwiit!! :))


video

video


yeay! ini seronok. makan kek dan big apple di atas rumput menghijau daun melambai-lambai dan awan berarak. ewah.. ! jiwang pulak. tenkiu kawan-kawan :))

Thursday, May 7, 2009

oh hati kecik tak cukup makan.

1
sabarlah.


tahu tak betapa sakitnya hati aku? mesti tak tahu. tahu tak betapa seksa nya bagai nak mati? oh. aku pon tak tahu. yang tahu sekarang, rasa bagai mahu mencampak printer tidak sayang tuan ini ke lautan ikan jaws. anda tahu kenape? sebab esok perlu hantar file ISL dan die membuat perkara sumbang terhadap aku. menghabiskan kertas double A yang aku mampu beli 2 kali setahun sahaje ni itu pon dengan memintak belas kasehan mak bapak aku. sengal lah kau HP F4280!!! merosakkan hari yang sedia ada rosak betol. kenapa demand sangat neh? asyik nak catridge baru saje. ingat aku neh kerja bawak kapal isi minyak ke? minyak cap kapak pon belom tentu aku mampu beli sekarang tahu?!! tabungan sudah mula mengkering dan mengilang dari pandangan. hik hik. tapi, aku tahu mereka semua ke mana. mereka semua pergi shopping tanpa sedar diri dan makan dengan amat sangat sungguh banyak sekali. gembira nampaknya duit berjoget-joget di shopping mall dan kedai-kedai makan serta cafe yang harga agak melampau mahal sedangkan lauk sama saje setiap hari. cis kau! eh eh. aku memang sukar kawal diri sikit. agak melancong jauh dari topik asal, walaupun asalnya cita-cita mahu melancong jauh ke Akita. Tak mampu lah ok.

daripada menahan siksa jiwa merana dari di ejek oleh si printer keparat, mahu sahaja aku ke pasar malam. makan laksa best jugak. ngeeee~ :))) nanti marah printer lagi. mahu ke BTR. indah sungguh pasar malam. ohhh.

Monday, May 4, 2009

Hujan Petang

3
anda percayakah bahawasanya cik zatie sedang bertungkus lumus menstudy? mungkin anda patut percaya. sebab tulang kaki saya sudah hampir retak menampung berat buku rujukan ni. tapi, apekah hasilnya?



hasilnya ialah, :))))))




yeay~! berjaya membusykan diri di facebook dan menconteng di sana-sini. (tepuk tepuk!!) T__________T malas gila tawu mahu mencari beberapa perkara tentang locomotion & support in human. gambar-gambar jugak malas mahu cari. nampak katil macam bejoget-joget dengan indah, tapi masih tak mampu nak buat hati cik zatie tertarik mahu tidur. mungkin dah lama tak tidur petang. kerja-kerja ISL macam masih melimpah ruah. banyak neh. tapi satu pon malas nak sentuh. otak tengah lintang pukang fikirkan macam mana nak study subjek Children Learning in Science neh. Banyak betol theory pendidikan. otak penat sampai mahu cari pemilik lain. perlu mengajar otak supaya menjadi lebih setia kepada diri sendiri. Tapi otak pon komplot sama malas study sebab esok ade kelas 2 jam saje (*oi oi, angkat tangan, doa cepat!!!*). Life and Living Processes akan berlalu selari dengan habesnye sem ni. tak sabar wa cakap sama lu!! pasti akan senyum sampai koyak bibir sebab terlalu gembira. tapi harus bersabar mentunggu Final. Nak balik! Nak balik!!! *homesick seadanya sebab malu kat budak skolah lain, ape neh cikgu homesick?!! HAHAHA* :)))))


dah la tuh. banyak sangat mentulis sesuatu yang tak penting. buat tambah sakit hati dan tetekan kat orang lain saje. katak penyek pon tak tahan dengan blog sepanjang neh. sapelah mahu bace. malu sikit kat katak penyek. malu malu. sila membuat kerja. promise tak mahu mempergi ke website facebook. i'm serious okek! HAHAHA. Sebab di facebook selalu membuat pakatan untuk mengkurus, memboikot enchek sayang dan kawan-kawan dan memintak simpati makhluk lain sempena 5 Mei. HAHA. Senarai baru perkara yang diboikot  yang dikeluarkan ahli-ahli mesyarat facebook ialah: Akita, rumah enchek sayang, PS3 enchek sayang, TV enchek sayang, homework enchek sayang, dan Tokyo. Anda merampas kebahagiaan saye. Takpe, malam ni saya akan cuba merampasnya kembali. oyye oyye~! Pakcik jiran enchek sayang juge jangan lupe. Pakcik! kalau setakat tanam bunga tulip yang cantik menawan dan berkembang mekar pada musim bunga saje ni, boleh jalan lah. Kat Malaysia tiap-tiap musim ada bunga. Bunga taik ayam pon ada. HAHAHA. Ayat orang jeles. HAHA. dah dah. entry ini tamat.


p/s: Tokyo, sila serahkan kembali enchek sayang kepada saye!!! ASAP!

Hari ini saya...

0
makan sup ayam yang sedap.

ok! sudah-sudahlah mengarut. kembali ke tempat asal. duduk diam-diam. nak cerita neh.

weekend yang agak tak tawu buat ape sambil korek-korek novel. bukan korek hidung okek, tidak sopan! pulang ke Sungai Buloh sambil buat muke tetekan macam kene minum susu dua titik sebab 3 kali missed tren. sangat tak paham kenape komuter yang tersedia neh terhad sangat, sedangkan laluan neh amatlah penting memandangkan ini adalah laluan utama ke Seremban, Perak dan paling penting MID VALLEY. sangat tertekan. kan aku dah cakap, orang suke sangat pergi jalan-jalan mengelilingi kota walaupon tengah takda duit. tambahan pulak mereka bukanlah warganegara. skali missed sabar lagi, masuk kali ke dua, buat muka kesian sebab memang takda ruang yang agak-agak boleh muat aku neh (PERINGATAN: saya bukanlah amat gemuk untuk tidak dapat masuk). Kali ketiga, tengok je tren sampai dan berlalu pergi kerana memang dah tawu takda harapan. Datangnya tren ke-empat, hilang sabar betol. Terus rempuh masuk macam nak buat rusuhan secara solo. eceh! :))) kene himpit takyah cakaplah. sardin kena himpit dalam tin pon elok lagi. nasib baik takyah control muka sebab enchek sayang dah pergi Tokyo. em, ade kaitan ke? takda! sile teruskan, jangan buat ayat mengada-ngada.


pada sabtu telah mengkeluar ke Giant Shah Alam untuk mencari sedikit bekalan di rumah. bukan bekalan takda pon masalahnya, saja mengada nak keluar, cari la alasan nak beli barang. but end up tak beli ape-ape yang berpatutan. seperti biasa, saya sangat suka cuci mata. kakak saya sangat mentensen dengan saye. Hehe. Telah membeli sesuatu yang agak tidak penting iaitu, STRAWBERRY. Makan bersama Nuttela. hari tu off-duty untuk diet. HAHA. sedap sampai menjilat jari. Strawberry banyak dan murah. RM5.99 sahaje. affordable untuk orang yang dah tak berkemampuan dan berselera besar macam cik zatie neh. Tapi Nuttela??? Jangan tiru aksi ini dirumah kerana bakal mendatangkan perkara tidak baik iaitu, LEMAK. :))) makan sambil gaduh dengan anak buah rebut strawberry, dan cik zatiemacam biaselah, biase mengalah.. aauuww~ sweet nye (tipu betol aku mengalah.)

 




selain itu, balik rumah, ape lagi. memulakan operasi membaca novel. memang untung kakak aku, aku yang beli, dia yang baca. cis cis. nasib baik dia ada adik yang sanggup berkorban nyawa harta dan segala. eceh! mantap puji diri sendiri. tepuk tepuk. kasi gegar~! HAHAHA. sambil baca novel pon bleh masak dan menggoreng fries untuk anak buah yang mengada neh. oleh itu, berlaku adegan yang tragis lagi mendebarkan. tangan wa kena minyak panas lu tawu~!! ganas wa cakap sama lu~ Mula-mula ingat sikit je, bangun tido pagi tadi tengok tangan dah tak chantek. sob~ T___________T



sekarang sudah berada di atas kerusi yang tak berapa nak empuk dan sangat mensakitkan ni. mempinjam broadband kakak selama seminggu sebagai ganti rugi membeli novel. namun hanya seminggu. T______________________________T oh kakak. kasihanilah adekmu ini yang hanya mampu pakai wifi free. HEHE. ok. dah malas sangat dah nak sambung. tadi bercita-cita nak buat entry sampai putus urat jari, tapi pengalaman membataskan. rasa bimbang dihati jugak membataskan. sebab esok kelas awal-awal pagi. mampukah mata bertahan? fikir-fikirkan. nak siapkan update facebook sebentar.  and oh ya! saya gembira kerana enchek sayang sudah berjaya mencari 2 hadiah untuk hari lahir. bagos-bagos. cari lagi 2. i dah cakap takyah kan? nanti kalo takda duit nak balik Malaysia jangan marah i okek! Nanti I masuk mimpi, gigit hidung baru tawu. ngee~


p/s: doakanlah kepada insan yang memerlukan.

Friday, May 1, 2009

an evening with her..

4
thank you thank you thank you :))))))) (senyum sampai koyak bibir)

at last, jumpe jugak hazwani hembali neh. rase cam nak ketuk je kepala dia neh, tapi malangnya dia dah ketuk kepala aku dlu. dengan bertubi-tubi plak tuh. cis. keluar sepetang tapi rasa macam tak cukup. janji dah dekat setengah tahun nak jumpa, tapi semalam baru jumpa. memang membuat cik zatie neh hilang kesabaran dan dengan tak malu nya cik zatie merajuk. HAHAHA (see sayang, i tak majuk ngan sayang je taw! sudah memang hakikkatnya diri sebegini, terimah seadanya. eceh!).



Yang geramnya, dia sakit perut pulak sepanjang keluar neh. Sape suruh makan banyak sangat ha??!! hik hik. seronok memaksa orang makan pil sakit perut yang tak best tuh. tapi malangnya kepala kene ketuk bertubi-tubi jugak sampai pecah tengkorak. tak ternilai berapa kali di ketuk kepala. cis. mentang-mentang la ko lagi tunggi SIKIT je dari aku. takpe-takpe, tahun depan aku akan cuba lagi. hik hik.



oh ya. mendapat early birthday gifts daripada yana & syafa serta daripada cik wani & pilin. Thank you girls :)))) suke sangat sey~! tapi nak teddy yang besar tu~ hik hik. memandangkan orang len dah tawu, boleh la orang lain yang tolong kasikan sebagai my 21st birthday gift. tak da teddy besa okek! nak tido malam pon tak best. sebab pakai bantal keras macam konkrit bus-stop. (alasan yang agak kukuh rasenya.) HAHAHA.

okek. mahu bersiap sedia pulang ke sungai buloh. dan sekarang cuba membayangkan kepadatan dan kapasiti manusia dalam komuter. ok. jangan bayangkan, sangat menakutkan. hari neh kan public holiday, dan ramailah orang yang ingin membuang masa di kota raya. ops~! ade orang terase ke? pergi Tokyo tak ingat orang. isk isk. HAHAHA. Take care sayang. Jangan hati-hati sangat pilih hadiah untuk i taw! HAHAHA, you owe me 4 things. yeah~! (malang lah bukan menjadi teman istimewa cik zatie). Jangan lupa makan banyak-banyak. Jangan lupa tidur cukup-cukup. Jangan lupa malam 5 Mei. Jangan pergi maen bowling macam taun lepas sampai lupa sejam dah lambat. hik hik. Jangan lupa tolong kirim nombor fon i kat mane-mane orang yang kacak dan menawan yang terjumpa kat mana-mana. ops. HAHAHAA. jangan gedik di blog sendiri okek, menyampah. keluar sekarang!!

p/s: Take care sayang. Love u :)) Happy Birthday Matt, sila jadi lebih sopan okek! HAHA.

Kanak-kanak

2
1st May 2009.

Finally, its weekend AGAIN. Minggu yang agak memenatkan dan jugak memeningkan. Mood nak membuat entry baru pon takda. Mood pergi jalan-jalan mungkin. Tapi takda la sampai Tokyo macam orang tu. geram geram. saye nak ikut jugak ok! Hik hik. Minggu yang penoh paper untuk exam. Titas Gerko and ELP done!! Yeay~! (besorak gembira sambil makan Mister Potato sampai tak ingat dunia). Minggu neh pening betol dengan kerja-kerja yang tertangguh. Next week pon mungkin bakal seperti minggu neh. Bersedia okkek.

Hari Rabu (29 April 2009) hari tu, telah menturut serta dalam pertandingan sukaneka pra-sekolah IPGM KPT. Banyak sungguh karenah kanak-kanak. Kalo lembik macam katak penyek, dah lama hilang sabar tawu. Hik hik hik. Sesetengah students adalah dari Rumah Kebajikan Tengku Budriah. Kadang-kadang timbul sikit rasa kesian kat mereka-mereka neh. Tak bersalah dan tak dapat didikan yang sebaik orang lain dapat. yang rase tak duduk rumah kebajikan tu, sile lah bersyukur okek! Takda apa mak bapak anda-anda semua kasi terkurang.

kumpulan biru
kumpulan merah
 
kumpulan kuning

 
kumpulan hijau
Sangat seronok!! :))) tapi petang tu ade exam Titas dan sangat tak seronok :((( Tapi alhamdulillah, sudah selesai dan mengharapkan bagos bagos belaka. tak mahu titas mengganggu gugat result final. ciss. Hilang mood nak membuat entry sepanjang 4 muka surat. sambung tdo best jugak neh. HAHA. 
Entry ini tamat.
ps: mummy, jangan spoil kan sangat your kecik. nanti manja neh! ketuk baru tawu. hik hik
 

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥