Monday, May 4, 2009

Hari ini saya...

makan sup ayam yang sedap.

ok! sudah-sudahlah mengarut. kembali ke tempat asal. duduk diam-diam. nak cerita neh.

weekend yang agak tak tawu buat ape sambil korek-korek novel. bukan korek hidung okek, tidak sopan! pulang ke Sungai Buloh sambil buat muke tetekan macam kene minum susu dua titik sebab 3 kali missed tren. sangat tak paham kenape komuter yang tersedia neh terhad sangat, sedangkan laluan neh amatlah penting memandangkan ini adalah laluan utama ke Seremban, Perak dan paling penting MID VALLEY. sangat tertekan. kan aku dah cakap, orang suke sangat pergi jalan-jalan mengelilingi kota walaupon tengah takda duit. tambahan pulak mereka bukanlah warganegara. skali missed sabar lagi, masuk kali ke dua, buat muka kesian sebab memang takda ruang yang agak-agak boleh muat aku neh (PERINGATAN: saya bukanlah amat gemuk untuk tidak dapat masuk). Kali ketiga, tengok je tren sampai dan berlalu pergi kerana memang dah tawu takda harapan. Datangnya tren ke-empat, hilang sabar betol. Terus rempuh masuk macam nak buat rusuhan secara solo. eceh! :))) kene himpit takyah cakaplah. sardin kena himpit dalam tin pon elok lagi. nasib baik takyah control muka sebab enchek sayang dah pergi Tokyo. em, ade kaitan ke? takda! sile teruskan, jangan buat ayat mengada-ngada.


pada sabtu telah mengkeluar ke Giant Shah Alam untuk mencari sedikit bekalan di rumah. bukan bekalan takda pon masalahnya, saja mengada nak keluar, cari la alasan nak beli barang. but end up tak beli ape-ape yang berpatutan. seperti biasa, saya sangat suka cuci mata. kakak saya sangat mentensen dengan saye. Hehe. Telah membeli sesuatu yang agak tidak penting iaitu, STRAWBERRY. Makan bersama Nuttela. hari tu off-duty untuk diet. HAHA. sedap sampai menjilat jari. Strawberry banyak dan murah. RM5.99 sahaje. affordable untuk orang yang dah tak berkemampuan dan berselera besar macam cik zatie neh. Tapi Nuttela??? Jangan tiru aksi ini dirumah kerana bakal mendatangkan perkara tidak baik iaitu, LEMAK. :))) makan sambil gaduh dengan anak buah rebut strawberry, dan cik zatiemacam biaselah, biase mengalah.. aauuww~ sweet nye (tipu betol aku mengalah.)

 




selain itu, balik rumah, ape lagi. memulakan operasi membaca novel. memang untung kakak aku, aku yang beli, dia yang baca. cis cis. nasib baik dia ada adik yang sanggup berkorban nyawa harta dan segala. eceh! mantap puji diri sendiri. tepuk tepuk. kasi gegar~! HAHAHA. sambil baca novel pon bleh masak dan menggoreng fries untuk anak buah yang mengada neh. oleh itu, berlaku adegan yang tragis lagi mendebarkan. tangan wa kena minyak panas lu tawu~!! ganas wa cakap sama lu~ Mula-mula ingat sikit je, bangun tido pagi tadi tengok tangan dah tak chantek. sob~ T___________T



sekarang sudah berada di atas kerusi yang tak berapa nak empuk dan sangat mensakitkan ni. mempinjam broadband kakak selama seminggu sebagai ganti rugi membeli novel. namun hanya seminggu. T______________________________T oh kakak. kasihanilah adekmu ini yang hanya mampu pakai wifi free. HEHE. ok. dah malas sangat dah nak sambung. tadi bercita-cita nak buat entry sampai putus urat jari, tapi pengalaman membataskan. rasa bimbang dihati jugak membataskan. sebab esok kelas awal-awal pagi. mampukah mata bertahan? fikir-fikirkan. nak siapkan update facebook sebentar.  and oh ya! saya gembira kerana enchek sayang sudah berjaya mencari 2 hadiah untuk hari lahir. bagos-bagos. cari lagi 2. i dah cakap takyah kan? nanti kalo takda duit nak balik Malaysia jangan marah i okek! Nanti I masuk mimpi, gigit hidung baru tawu. ngee~


p/s: doakanlah kepada insan yang memerlukan.

0 cookie[s] ready! ♥:

 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥