sabarlah.
tahu tak betapa sakitnya hati aku? mesti tak tahu. tahu tak betapa seksa nya bagai nak mati? oh. aku pon tak tahu. yang tahu sekarang, rasa bagai mahu mencampak printer
tidak sayang tuan ini ke lautan ikan jaws. anda tahu kenape? sebab esok perlu hantar file ISL dan die membuat perkara sumbang terhadap aku. menghabiskan kertas double A yang aku mampu beli 2 kali setahun sahaje ni itu pon dengan
memintak belas kasehan mak bapak aku. sengal lah kau HP F4280!!! merosakkan hari yang sedia ada rosak betol. kenapa demand sangat neh? asyik nak catridge baru saje. ingat aku neh kerja bawak kapal isi minyak ke? minyak cap kapak pon belom tentu aku mampu beli sekarang tahu?!! tabungan sudah mula mengkering dan mengilang dari pandangan. hik hik. tapi, aku tahu mereka semua ke mana. mereka semua pergi shopping
tanpa sedar diri dan makan dengan amat sangat sungguh banyak sekali. gembira nampaknya duit berjoget-joget di shopping mall dan kedai-kedai makan serta cafe yang harga agak melampau mahal sedangkan lauk sama saje setiap hari. cis kau! eh eh. aku memang sukar kawal diri sikit. agak melancong jauh dari topik asal, walaupun asalnya cita-cita mahu melancong jauh ke Akita. Tak mampu lah ok.
daripada menahan siksa jiwa merana dari di ejek oleh si printer keparat, mahu sahaja aku ke pasar malam. makan laksa best jugak. ngeeee~
:))) nanti marah printer lagi. mahu ke BTR. indah sungguh pasar malam. ohhh.
Labels:
geram,
gila sikit
1 cookie[s] ready! ♥:
pegi mkn tuh..
kang lapar lak..
Post a Comment