Friday, March 13, 2009

minggu ini saya...

lately ni sangat lah malas untuk berbuat ape2. penat dengan jalan dan buat keje saje. cramp jari aku tahu?!! oleh sebab itulah cikzatie semakin hari semakin hilang ciri-ciri kewarasan dalam diri (take note ok encik sayang, ini adelah hipotesis). Setiap hari pasti akan membuat kerja yang bakal membakarkan kepala dan membuatkan otak aku menyanyi dangdut ah ah ah. takda masa lagi untuk tidur petang atau membuat onar di petang hari. waktu tidur telah dicuri oleh encik sayang kerana beliau macam tersangatlah free. i jeles ok sayang! haha. tapi saye tahu, pasti dia sedang menggila kebosanan dan keseorangan sambil menghirup jus sayur-sayuran yang selalu dibanggakan setiap hari (ini kes orang yang sukar dapat sayur dimusim sejuk).

minggu lepas sudah kehilangan w890i, menambah kegilaan otak aku lagi. tapi takpe, zatie kan seorang wanita yang cekal, kuat, betimbang rasa dan berjaya (takda kaitan) pasti dapat menempuh segala cobaan itu. see, i'm ok now:) boleh gelak dengan kadar frekuensi yang tinggi seperti hari2 lain dan masih boleh ber'moody' jika mahu. kihkihkih. memang aku seorang yang sangat flexible kah? iya.

minggu lepas membuang masa cuti 3 hari dengan sangat berguna. keluar tengah hari, pulang malam. bukan sangat bergunakah tu? kalau pulang awal, pastilah bantal2 lembut berguna :)
pergi menselesaikan urusan mentukar fon, membuat sim card dan urusan-urusan lain yang berpatutan seperti membayar bil eletrik, bil air, bil astro dan sebagainya. kah kah kah.

ok. itu tipu.

itu hari kami keluar dan tergoda oleh roxy. cis!!!

hari seterusnya juga keluar dan jatuh cinta dan falling rindu pada beg roxy tersebut. bukankah baik kalau hari tu tidak ke mid valley ataupun menjauhkan diri daripada kedai-kedai yang makan duit aku? memang tak patut bukan? patutnya hanya duduk diam-diam di bilik dan mentelaah pelajar yang memang sedia adanya banyak ini. takpe takpe. buku tahu saya sayang dia. dia pon duk diam-diam saja kat bilik. i kasi u rehat ye :)

seterusnya ahad rehat sahaja dan tido banyak-banyak. bukan senang ok mahu tido banyak, harap u all faham kenape aku suke tido. juga mendapat inspirasi dari enchek sayang yang suka tidur juga. kihkihkih.

memanglah taknak keluar tiap2 hari, tapi keadaan yang menentukan (alasan tak boleh diterima ok.) hahaha. isnin ke Pavilion untuk memberi barang kepada kawan enchek sayang. dengan harapan barang akan sampai secepat mungkin (can't wait lah sayang!). memang akan cepat diterima jika beliau ke Niigata dan membuat onar bersama-sama kawan yang lain. takpa buat onar, tapi jangan lupa i sudey~. (encouragement yang banyak sekali. hahahaha). tidak berpuas hati dengan pakcik tua yang memiliki rumah yang bakal didiami enchek sayang. kenapa mahu membiarkan enchek sayang saya sorang-sorang di Akita dan menunggu untuk menselesai hal itu. saya bantah Yang arif!! huh! aku tak suke ok. sabar ye enchek sayang, i emotional lebih2 pulak. haha.

sedang menggila menunggu kawan enchek sayang

sayang, i lagi cantik dari dia. kenapa pilih dia untuk menduakan i??!! rambut dia buat dia xnampak enchek sayang aje. (tak puas hati). ceraikan iliyas!! haha

ok. satu sebab tak suke pavilion jugak. sebab dia ade kedai roxy yang mempaparkan beg yang sama. kau orang tolonglah tukar ok. jiwa aku ni takda sekuat konkrit pavilion. tapi tetap bersabar. zatie kan memang pandai bersabar dan mengambil gambar curi-curi. kih kih kih. *nasib baik beg aku banyak sudah, kalau tak memang nahas beg ni*.

roxy ini lagi. benci betulla. jodoh kita kot. :)
hari ini mahu pulang. rindu betol. takda tipu punya, 100% asli kerinduan aku ni. takda mahu fikir kerja tapi kerja mahu fikir aku. susah betol kalau berkasih sayang dengan pelajaran ni. aku takda rindu dia, dia rindu aku. :( kih kih kih.

ok lah. sudah mahu berkemas. selamat cuti kawan-kawan. balik cuti sudah mahu kahwin sebab sudah dapat sijil pra-perkahwinan. haha. zatie gedik! gedik! gedik! get out!!!

p/s: sila kemukakan ic anda untuk apply jadi sugar daddy saya. sertakan rm 50 ribu sekali ok sebagai yuran pendaftaran.

0 cookie[s] ready! ♥:

 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥