Wednesday, November 25, 2009

mood sekarang: MALAS

serius, nak online malas apetah lagi nak blogging, facebooking dan bertweet. M.A.L.A.S! Sebelum cuti punyelah berazam nak update blog dengan kadar setiap 5 minit, nak update status dekat facebook setiap 3 saat dan bertweet lebih pantas dari cahaya. Sekarang semuanya masih kekal sebagai harapan yang menggunung. Peehh.!! Malas betollah. Nak bukak mata pon malas. Lagipon nak blogging macam takda cerita.

sebelum tu, sedar tak sedar usia blog ni dah setahun lebih sikit dah. Aku agak bertapis nak feed blog ni memandangkan pengalaman yang lalu telah mengajar. ecececeh! Yelah, tak sanggup nak tutup blog ntah kali ke berapa atas alasan untuk menjaga hati sesetengah pihak. Tulisan aku takda la pedas sangat, apesal lah korang nak sentap lebih?

malas nak update panjang, tengok la nanti bile ade mood nak update lagi. Nak susun-susun barang yang bertimbun, dengan nota-nota kuliah yang entah dari kurun ke berapa. Kalau ada katak berumah tangga pon dah tentu penyek bawah timbunan-timbunan semua tu. Keluarga cicak pon dah penat nak regenerate ekor memandangkan asik tecabut lepas kene tindih dengan kertas-kertas tu. Sekarang, sedarlah bahawa banyak yang aku dah belajar dan banyak jugak spesis-spesis binatang yang berkeluarga kat dalam bilik tu. heh.

selamat bercuti semua yang cuti!

3 cookie[s] ready! ♥:

Unknown on November 26, 2009 at 12:13 AM said...

sme laa..

penyakit malas menjangkiti nisah juga~

huu~

sadis~

dancing queen♥ on November 26, 2009 at 4:49 PM said...

hish. susah nk handle penyakit malas ni. kang bejangkit kat ntah sape-sape pulak. hah! tak cuti malas, cuti pon malas. tsk T.T

Mrs Nurul on November 26, 2009 at 7:01 PM said...

rajin2 come2

 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥