Sunday, November 22, 2009

i loveeeee to be home.

selamat hari ahad. walaupon hanya masih di Sg Buloh, okey lah tu. rumah jugak namenye. I'm hommmeee baby!

owh, sebelum meneruskan sessi buat entry rojak tak sedap, di sini diumumkan bahawasanya aku dah officially cuti cuti cuti. *wooooott!*

okey, sambung.

sepanjang hari ni aku selongkar semua buku untuk membolehkan aku menulis entry secara ilmiah sepanjang sepercutian aku seperti yang telah diwar-warkan sebelum ni. Malangnya, semua pencarian akan diakhiri dengan penemuan-penemuan khazanah lama yang aku akan kagum selama 2 jam sebelum mencari penemuan lain. Aku juga dah menghabiskan 4jam dari 24jam yang diberikan untuk membaca sebuah novel yang aku rasa tak logik %@$#?!. tak logik langsung okek. LAGSUNG TIDAK LOGIK. *sudah untuk pengulangan frasa ayat*. esok, aku mungkin akan meneruskan lagi sessi pencarian bahan-bahan ilmiah tersebut.


sejak kebelakangan ni, aku sudah agak slow dengan facebook memandangkan aku sudah rasa tak comfortable lagi untuk bersuara disana. menyampah pulak bile dah orang ramai pakai facebook ni. Lebih dari setahun yang lalu, memang tak kesah nak buat ape kat facebook pon, takda orang sangat lagi aktif berfacebook. nak jiwang-jiwang tahap muntah-muntah pon tak malu. sekarang semuanya berubah. appication yang terlalu banyak dan request yang ntah ape-ape memang mensesakkan fikiran aku yang memang selalu dilanda traffic jam ni. tsk tsk tsk.T___________________________T oleh itu, gossipers, jom kita meriahkan twitter yang telah lama ditinggalkan jadi hutan untuk tempat gajah bertelur. keh keh keh keh *ingat lawak ke? aku tengah serius nih*. sebelum ni, untuk kekal bertweet selama sehari semalam adalah suatu yang mustahil kerana sangat membosankan untuk tunggu orang tweet aku. sekarang tidak lagi! kerana, facebook tidak lagi dalam list utama *walaupon aku on jugak fb 24/7* hehehehe.... *stalker diharap tak ikut aku sampai twitter, bagilah kebebasan sikit weh!*

seterusnya. berkenaan pengunjung setia ke blog aku neh. Terima Kasih Terima Kasih. Kalau kau tak terima kasih aku, aku  tanak kasi dah lepas ni. pengunjung setia yang satu ni memang dah lama tak visit sini. kecewalah i, u dah lupa blog i. Karang, kalau i menangis, habis satu Selangor dan wilayah-wilayah sekitar banjir tahu. Takpelah u dag selamat kat Kampung Akita. diulang KAMPUNG Akita. keh keh keh. rumah kat Ampang tenggelam, sape nak tolong? heh.

okeyy okeyy. sebenarnya tujuan asal untuk buat entry bukanlah sepatutnya seperti di atas. KAH KAH KAH. bile ntah nak berubah, nak buat entry pasal lain, terkeluar benda lain. kire lain kali lah ye kite buat entry yang lebih menarik. nak buat entry ilmiah, harapan tinggal impianlah buat masa sekarang. at least kene betolkan dulu bahasa jiwa bangsa. hah, macam blog Kak As (kakak ipar) dan abangkuuuuuuuu ni. Takdalah buat entry tangkap muat je. oleh itu, tanpa membuang masa, silelah kite beransur tinggalkan blog ni, sebab takda berita menarik nak disampaikan. Harap maaaf. heh. esok-esok aku cube cari idea ilmiah bagikan seorang professor tulis blog. hehehe...


p/s: aku dah follow shahredza minhat di twitter! weeeehuuuu~! tapi, betol ke tu redza minhat yang kite cari? owh! masih tertanya-tanya. redza minhat, if u read this, hantarlah comment cinta kat i, i tunggguuuuuu~ *gedik gila. eeuuww*

2 cookie[s] ready! ♥:

reenkyra on November 22, 2009 at 8:42 AM said...

eeuuww~
haha =D

dancing queen♥ on November 23, 2009 at 9:44 PM said...

keh keh. eeeuuwww~!
jelesssss kah?

 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥