Thursday, November 26, 2009

Salam AidilAdha

hah. esok raya esok raya. Selamat Hari Raya Korban bagi semua ummat Islam :)

baiklah, mengkenangkan aku yang malas ni takkan jadi rajin kalau tak paksa diri, tibe-tibe aku pon berfikir-fikirlah nak update. terima kasihlah kat semua yang rajin bukak blog ni walaupon sebenarnye mungkin terpaksa. nevermind, i suke jugak orang kadang-kadang dataang melawat. heeeeeeee...

tadi macam idea mencurah-curah ke ladang gandum bagai~
sekarang otak dah kosong. tak taw ape ilmu berfaedah yang dapat disampaikan. heh! eh, New Moon baru keluar kat Malaysia hari ni. Terkinja-kinjalah semua gadis-gadis nak pegi panggung sebab vampire terhangat sudah kembali. sebelum ni, aku bagai nak histeria dah tengok orang-orang lain yang terbuang dari Malaysia update status pasal New Moon sejak sekian lame ni. Pehhh! Tak pe lah, aku cool je. (=.=") walaupon begitu, kalau nak tengok New Moon dalam masa terdekat ni, harapan ajelah! Tunggu lah keluar dekat torrent nanti, giatlah usaha nak download. Idiey mungkin jugak pantas download New Moon, oleh itu, kerja rumit menjadi lagi mudah bagaikan mengupas kulit kuaci. *tak pernah lulus kupas kulit kuaci sebenarnye T_____________T*


sekarang sedang cube habiskan waktu dengan sebaiknya tanpa menyesal setengah jam pon. Sebelom ni punyelah banyak cerita nak tengok kat TV, dah siap buat list dah. Hari ni sepatutnye tengok Jangan Tegur...lagi. Tapi nasib taknak menyebelahi pulak. Mak aku dengan sedia maklumnye memang tak suka tengok cerita hantu. No no no.. Neeehhii!! Anak soleh ni dengan baik hatilah bukak laptop terus ngadap blog biarpun dah 13jam sehari tengok blog ni sampai naik mual. Lagipon esokkan nak Raya, takdalah malam ni saje nak buat dosa tak berbayar, kang makin banyak pulak nak kena mintak maaf. Eh, jangan lupa pulak! Esok Nur Kasih episod akhir! Sebenarnye aku takda lah salah seorang kipas susah mati Nur Kasih, saja nak kasi gempak sikit. Tengok Nur Kasih pon setakat 10 minit sekali (tu pon kalau ade mood lah nak tengok), harapan nak jadi kipas susah mati drama ni lagilah TIDAK! ohh. ade specific reason kenape aku tak suka, tapi takda lah nak heboh-heboh kat blog. heeeeeee... :)

eh eh. sebenarnye esok aku tak rasa Raya macam meriah. Abang-abang tak balik, kakak pon tak balik raya. aku, abang aku dengan mak ayah ajelah yang telentang depan TV nanti.

Eh, rehat kejap, Nanaa call.

Fuh, sejam lebih bergossip. Kalau credit tak habis, mungkin sambung lagi. HAHA Penat mulut aku ni hah. Kang nak pegi buat Milo tabur. Seronok pulak malam ni betukar cerita sebab dah lama gila (?) tak jumpa. Habislah keluar gelak yang agak kurang sopan. Yelah, double-date hari tu tak jadi. Next time plan nak jumpe, tapi die sorang ajelah yang date T________________T I miss u yangyang, i tunggu u balik ye. Blaja baik-baik kat Jepun ye. Balik nanti bawak hadiah banyak sikit. *tibe-tibe touching ingat teman istimewa jauh dimata dekat di hati*. Wah! Tak sabar nye nak dating bersama-sama sayangness yang sama-sama mengalami alam remaja yang penoh gembira dulu. :') Tapi kenelah plan satu semester sebelum tarikh jumpa, maklumlah sayangness semua busy mengalahkan Presiden US.

okey okey. sekarang waktu untuk beristirahat dan waktu keluarga. blog takda dalam senarai keluarga sebab blog boleh jumpa jugak kalau tak balik kampung. keh keh keh. Merajuklah blog hari ni. Takpa, aku dah feed dengan kasih sayang yang secukupnya. okey lah tu :) Tret & Mira, i'm home babehhh~! nanti kite jalan-jalan cari suami okek! eh, jalan-jalan cari pasal sekali. Heh! owh. Idiey, we all tunggu u okek, dont worry. keh keh. Selamat Hari Raya Aidiladha. Raya di Malang pon okey lah kan? Kami kat Alor Lintang sambut raya dengan sederhana. Keh keh keh.


Salam AidilAdha semua! :) Sayang kamu-kamu-kamu dan kamu.



dari kiri: Nanaa, Zana, Nedy, ZH & Ain (again, dayah not in the pic. takpa, we all rindu u selalu)




kedua-dua gamba di atas dah berusia lebih kurang 3 tahun. oleh itu, muka semua baik-baik dan muda remaja. tapi, sekarang seiring dengan peningkatan usia, dah berubah lah sikit demi sikitt setiap orang. tapi, jiwa kami tetap muda remaja. eheh!




0 cookie[s] ready! ♥:

 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥