erm, memandangkan saya telah mentangguhkan banyak-banyak tag iaitu sebanyak tiga, saya rasa saya mahu membuat marathon menjawab tag. kah kah. sorry lah. sedang menghabiskan masa sebaiknya di rumah. ade 4 hari lagi untuk cuti u know?!! tak suka sungguh. sumpah i tak tipu taw. kahkahkah. (ok mira, sile gelak bersama2 aku).
4 things i hate bout school....kah kah kah. takde lah sebab mahu membenci sekolah lagi sekarang. sudah menghabiskan usia-usia remaja di
SESMA. sangat membantu untuk meneruskan kehidupan hari-hari sekarang. tidak lagi mensalahkan sekolah ok. kih kih. ni hanya perasaan yang saya rase dulu lah ok? sekarang tidak lagi.
1.
Rules atau peraturan dan undang-undang yang membawa kepada kemarahan.
@ dulu mase form 1 sampai form 3 kene
bagi salam kepada yang lebih dewasa. ok, ni patut ok! hormat menghormati.
yang tua di hormati dan yang muda di kasihi ( saye tak rase saye di kasihi oleh senior2 saye dahulu. semua mahu menyerang sahaje, tanpa belas kasihan pulak tuh! adelah 2-3 orang yang baik
:). tapi takpe, saye terima ok!) yang tua harus mengkasihi yang lebih muda agar dapat di didik sebaiknya!
@harus mempakai sarung kaki ketika berada di luar hostel. kih kih kih. hanye dipraktikkan semasa form 1 sampai form 3 sahaje, itu pon, sampai bulan 2 form 3 kot. bulan seterusnye saye sudah dijangkiti sejenis penyakit iaitu "
memboikot peraturan kerana terasa sudah senior". kah kah kah. selalu harus di kejarkan ke prep kerana lambat. tapi sangat seronok main kejar-kejaran bersama warden kerana ini membuatkan saya kurus dulu. sekarang tidak payah berkejaran lagi, saya sudah bertambah berat badan. tak boleh jadi!
dan sebagainye peraturan yang dulu saya rase tak patut, tapi sekarang saye realize yang memang patut ade peraturan tu. kah kah.
2.
Inspection setiap Jumaat. (well known as
'checking' among us)
@ Inilah paling fed-up. harus berjemur di pagi hari Jumaat as here in Terengganu kan cuti weekend is every friday and saturday. Mendengar warden2 bebel sambil pengawas pergi mengcheck bilik kami. malangnya kalo mereka tidak bernasib baik, mereka takkan menjumpe barang-barang yang dicari tersebut. kah kah kah.
=P tak adil taw mereka berteduh dan kami berpanas. this 1 memang
cannot go lah. kah kah. patut tuka nih. kami sebagai rakyat biasa dan bukan pengawas ini harus berpanas namun mereka bersuka ria di tempat teduh. cis cis cis.
@ barang-barang kenangan yang juga berharga di rampas. rantai dan loket yang diberi kakak angkat saye telah dirampas walaupon di simpan di dalam purse. HEllo~!! dulu cakap tak check purse. ape punye putar belit lah pengawas2 tersebut. aku ingat sampai hari ni taw. bende tuh la kenangan saye. sampai sekarang saye tidak mendapat kembali rantai dan loket tersebut. cis!
3.
hypocrites yang bersepah2 di sana.
@ mereka kalau bercakap memanglah berapi-api. tapi, lihatlah sahaja sekarang. mereka-mereka sebenarnye lagi hampeh dari saye ok! kah kah kah.
pengajaran kepada adik2: jangan lah hypocrite untuk mendapatkan jawatan di sekolah. tak baik ok! Tuhan marah. tak baiklah kan hypocrite, orang pon tak suke. saye pon tak suke ok! bawak mulut lagi saye tak suke ok! jangan ambik tahu hal orang lain jika tak perlu.
4.
assembly kot.
kah kah kah. yang ni saye taklah sure. sebab bukanlah saye tak suke assembly tapi saye tak suke assembly yang teramat lame. sedangkan saye berasama-sama rakan-rakan yang lain di belakang tidaklah tahu ape yang di cakapkan di depan.
so, itu semua tidak membawa masalah lagi. sudah tahu macam mane mahu handle orang yang hypocrites dan yang sama waktu dengannya.
abaikan sahaja mereka, nescaya hidup kite akan berbahagia dengan mengandaikan mereka
invisible atau
glow in the dark. kih kih. sorry kalau ade yang terasa. ini hanya pandangan ok?! tidak di tujukan kepada siapa-siapa pun.
now, really missing the schooling moments. tak akan diperoleh dari mana-mana kedai borong pon pengalaman tersebut. kedai mamak pon tak dapat ok! sebab kedai mamak hanye ade roti boom yang sangat sedap. kih kih. sebenarnye takkan ade "g
ood bye, forget me not, and remember me always" thingy. once u left them, u'll never have the same feelings or yang something yang sama waktu dengannya anymore. bestfriends pon tak kan sebaik dulu kalau tak selalu bersama tambahan kalau berjauhan. kite akan ade satu perasaan yang berbeza kalau jumpa lagi pada suatu masa nanti.
ok. ini hanye pengalaman. tidak mempengaruhi fikiran sape ok?!! kah kah kah. hope we'll be together forever ye sayangness :)
Tag ini khas untuk anda-anda, ikhlas dari saye;
1.
mizz idiey2.
nathirah jiran bilik saye
3.
Yuyu4.
Tret5.
ezzati adeq TKC :)
6.
Mr. Ammar7.
Enchek Azreen anak pakcik Harus
p/s: thanks Mr. Rennkyra :)