Tuesday, October 20, 2009

Calculator in action!

dangggggggg...! esok test, tapi calculator pon takda. bila dah pinjam dengan adik gagah berani, tak ingat pulak nak pakai calculator 570MS camane sebab dah selalu pakai 570ES. Haish! idea dalam otak pon kering, sekering roses kat depan mata ni. Kesian, dah nak mati T_____T oh! dan jugak sekering hati aku. cewah! memang kering lah sekarang neh. kih kih. final pon dah dekat, sebijik ilmu pon macam susah nak lekat dalam otak kalau perasaan asik nak gaduh je dengan hati. hahahaha. kan susah kalau jadi penghidap masalah jiwa ni. T_____T. masalah jiwa berlaku apabila perasaan asik taknak duduk diam. hati pulak asik duk risau pasal final dan test-test lepas yang tak dapat buat.

kebelakang ni, banyak betol kemalangan yang jadi. surat khabar pon selak sehelai, eksiden, selak lagi, eksiden. haish. yang jadi depan mata pon banyak T___T kalau katak penyek tu dah biase sangat dah, dalam kawasan kolej kediaman pon memang banyak lah arwah katak-katak yang tak bernasib baik. anjing pon mati tekangkang kat tengah jalan. kesian T____T. oleh yang demikian, pengguna jalan raya atau jalan tak raya semua, berhati-hatilah semasa di jalan raya. kalau nak mati, jangan menyusahkan orang lain, bawak kete laju-laju, pegi langgar orang.. tak ke susah hati keluarga mangsa nanti.

subtopik seterusnya ialah mengenai dunia-dunia fantasi. eh, bukan fantasi, dunia maya. hehehe. banyak betol orang deactivate facebook masing-masing memandangkan tanpa kita sedar, facebook telah banyak melalaikan kita. macam aku sekarang, name je study, mata asik pandang skrin laptop je. haish!! jiwa meronta-ronta nak update blog, tapi macam tak tahu nak tulis pe. aku pon terfikirlah untuk deactive facebook sepanjang final exam nanti. ok tak? macam takda kesan je kan kalau deactive aje? tapi, takkan lah nak delete?! ohh.. sayangnya. tapi entahlah. kita fikir kemudian. blog pon banyak mempengaruhi, asik rasa nak online aje, memang tak boleh buat kerja kalau perasaan jadi Raja. HAHAHA. mampu ke kalau tak online? tak active sekejap pon dah ramai mencari *eceh, perasan kau!*

 jangan lupa pulak nak view Koak Merah Jambu! :)) banyak barang-barang yang menarik.


okey okey. memandangkan banyak lagi yang perlu baca, migrain menyerang dan sakit-sakit jiwa mula melanda, habis sampai sini sahaja entry ni. aku pon memang tak pandai nak buat ending sedih-sedih ke, sedap-sedap ke. tengok saja gambar kat bawah ni, pasti 3 mangkuk air mata dapat di hasilkan. roses sudah mahu menyembah bumi. esok aku akan mula buat proses pengeringan. :)) lepas ni, harap ramailah rasa murah hati nak bagi roses yang cantik-cantik :)






p/s: akan mula berfikir secara mandalam :)


0 cookie[s] ready! ♥:

 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥