Jangan di tanya kenapa I jarang update sekarang ni. Jangan di tanya kenapa kalau I update pon ayat macam tak nak kawan je. Bukan penyakit malas menyerang, tapi sebok sangat. Sebok yang kadang-kadang I sendiri yang buat sebab I tak tahu macam mana nak buat I tak jadi sebok. Hehs! Serius gila (sejak bila serius kawen dengan gila?) I sebok tahap
dewa menonggeng. Task tak sempat siap, yang lain tengah tunggu nak kena download. Musim panas macam ni, hati pon senang panas. Senang nak give-up buat kerja. Kucing dok bersahutan panggil-panggilan nak mengawan pon boleh jadi sebab I nak simpan kertas-kertas yang bertaburan dan terus online. Tahap kelajuan streamyx yang tiada tandingan jugak menjadi salah satu penyebab kenapa kerja tak jalan. Tu lah salah satu sebab kenapa rumah adalah satu tempat yang membahagiakan. :) Memandangkan I sebok mengalahkan Perdana Menteri, I takda masa nak buat makan jumpa semua kawan-kawan facebook yang macam PM buat tu. Nak approve kawan pon I tak mampu, tengok lah ye bila-bila T____T
setakat hari ni (13 Mac 2010, 11.39 malam)
Eh, sebelum ape-ape, jutaan lemon terima kasih kepada rakan-rakan (eh? sudi ke jadi rakan saye?) di IPG Kampus Pulau Pinang sebab bagi pinjam ruang untuk I menyempit kat sana satu malam yang indah (eceh!). Menumpang bilik TRet yang kemas dan cantik (sekali dalam seumur hidup ke weh?). Terima Kasih Auni, Dayu, Diela, Anna, Ateh dan semua-semua lah. Terima kasih
Auni sebab tolong ambik kat Hentian Sg. Nibong yang I memang tak tahu kat mana, Terima Kasih
Dayu sebab terima roommate yang ke 3, Terima Kasih
Ateh sebab kasi pinjam kasut memandangkan I tak pernah hayat terfikir nak beli kasut bertutup (end up kat skolah pakai wedges macam biasa, buat skolah macam bapak I Pengarah Pelajaran), Terima Kasih
Anna sebab bertahan menjadi roommate selama seminggu di Sg Petani, Terima Kasih
Diela sebab layanan yang sungguh mengharukan dan sebab baca blog nih.. eheh! ade jugak orang bace ghupenye, malu nye saye auuww! dan Terima Kasih kat semua yang banyak membantu (sorry sebab tak ingat semua nama T__T). Seronok weh I pegi Penang. :) Terima kasih
Kak Na sebab bagi tumpang buang air, tumpang tido sampai mimpi macam-macam dah kat sana, tumpang pinjam macam-macam, tumpang makan banyak macam anak gorilla dan macam-macam lagi. Siap belanje tengok wayang semua, aish. I malu. hahaha.. Terima kasih sangat! Tsk tak tahu macam mane lagi nak bagi tahu yang I ni memang berterima kasih. Menangis penuh laut kat Penang tu baru tahu! Yang Penting Terima Kasih
T-Ret sebab invite I yang pemalu ni buat SBE same-same *siap bawak pegi Queensbay Mall lagi tu!* :)
dari kiri: Suhaili, Che Ji, Anna, Tret, Farihah, Najjua
baiklah, cukup panjang dah ni. Otak pon dah sign borang mintak putus, tak larat nak layan orang macam ni berfikir. Nak tulis dalam blog pon kene fikir, ape lagi nak kira motion fizik yang satu hape tak tahu tu. Tsk. Kucing pulak duk bising tengah mengawan, kang anak die, mak abah jugak yang kene jage, die duk sebok mengorat anak kucing teruna sebelah. Tak pernah setia. heh. Harap sabar dengan entry yang banyak sangat tulisan ni okey :)
Labels:
friends,
SBE,
the life