Showing posts with label girls day out. Show all posts
Showing posts with label girls day out. Show all posts

Friday, May 15, 2009

mendrift ke Tesco.

2
hari yang mempenat tapi menggembira. masalah semua dilupakan macam itu sahaje. oh. kawan-kawan memang menseronokkan. semacam makan ais-krim RM2 yang masih tidak dapat dikenal pasti jenama ape. best wa cakap lu. cair didalam mulut dan juga di celah-celah jari. cicak-cicak yang tecabut ekor tersepit pintu bilik pon pasti meleleh air liur melihat wajah yang tidak gembira kerana masalah-masalah yang mensesak bertukar menjadi seceria barney yang bertemu rakan-rakan. seronok menyanyi.


i love u shaun smith, u love me. we are happy family. with a big hug and a kiss from me to you, shaun smith. wont you say you love me too, shaun smith?

kih kih kih. kawan-kawan sangat manis. anda mendiabetiskan saya. anda membuat muka saya lebih cantik berbanding katak penyek itu. *dont you dare kutuk-kutuk my katak!*. sekarang, anda-anda adalah kepentingan saya. anda membuat saya ketagih untuk mendrift lagi ke Tesco. kepada pengguna jalan raya, berhati-hati dengan pemandu gila seperti saya. oh. ade kesilapan. kepada pengguna jalan raya yang kacak sahaja , berhati-hati jika berjumpa pemandu gila seperti saya. anda pasti memandang 2 kali :))

anda tahu, jika anda keseorangan seperti saya sekarang, tidak ada sesiapa lagi yang mampu membantu kecuali raka-rakan anda sendiri. mungkin anda rasa kadang-kadang mereka agak annoying, tapi mereka juga boleh jadi sangat manis seperti gula dan boleh mendiabetiskan anda. walaupon mereka dah cukup manis, saya tetap mancari big apple untuk memuaskan nafsu perut yang tak habes-habes neh. mempenatkan betol layan perot. huish! saye sedikit seronok hari ini tanpa perlu memfikir tentang orang yang melupakan saya. saya juga tidak mahu mengingat kerana saya rasa macam bodoh saje :)) life must go on bukan? adeq-adeq saye juge berkate begitu. "buat pe sedeyh q't. kami ade". wahh~ adeq-adeq juga sangat manis. sorry, i'm being so selfish. thanks zrif :))

teruskan hidup dengan memfikir orang yang berfikir tentang kita sahaja. jangan berharap. stop being so protective, caring and loving or else anda juga akan terasa sakit hati sendiri tanpa mereka tahu. ammar si budaknakkal juga mahu membeli sebuah rumah besar untuk saya jika saya tua keseorangan nanti. tidaklah perlu terlalu risau bukan :)) saya ingin berjiran dengan beliau serta keluarga. kih kih kih.

mentulis entry dengan panjang tidak berguna jika tanpa mood yang baik di hari yang kurang baik tapi seronok ini. Terima kasih kawanku yang sangat gula-gula. sayang kamu.


Barney is a dinosaur from our imagination
When he’s tall he’s what we call
A dinosaur sensation
Barney teaches lots of things
Like how to play pretend
A-B-C’s and 1-2-3’s
And how to be a friend
Barney comes to play with us
Whenever we may need him
Barney can be your friend too
If you just make believe him


Monday, April 13, 2009

weekend ini

3
Selepas beberapa hari yang sengsara, connection internet baru dapat. tapi, coveragenya, sangat lah hampeh. tak suke betol. Lately sangat sakit jiwa. Sakit jiwa with all those stuff. And, in this few days jugak la, hang-out with friend perkara terbaik. *sigh*. rasa kesian gila kat diri sendiri.

 
*meroyan*: ni minggu lepas, gila nak beli untuk diri sendiri. pathetic gila zatie
ini tadi: muka tak siap pon nak jadi duta milo ke? Cheh! kalo bukan duta milo, JJ pon bleh :))
ini BUKAN saya: ini saufi. sangat comel. I wish mummy kasi I pinjam saufi, kalau nak suruh buat boyfren pon boleh :)) I kan sedang mencari, i nak yg kecik, comel dan bergaya. Saufi boleh masuk list ni :)) Boleh ye, mummy:))

 
 ini rama-rama sedang bermadu asmara bersama temannya.
 
seriously, rama-rama ni BESAR gila.
Pergi berjalan untuk mentry alat2 make-up sebab sangat jarang amat sangat sungguh sekali mentry barang2 sebegitu. dengan muka tak siapnya dan tak berapa nak malunya mentry di booth2 yang ada kat situ yang sedang membuat promotion. Abang chinese dekat booth Lancome sangat comel. aauww~!! :)) barang-barang di Face Shop jugak agak membantu buat masa sekarang. Thanks Ret ku sayang :))



Thinking of going home pada weekend nanti. Pergi bercuti bersama keluarga kat rumah. Eceh! HAHAHA. Dengar macam bagos gila bukan? Sebenarnya, tujuan asasnya adalah untuk menhilangkan tekanan. Homesick gila. :(( Mungkin idea Fana untuk pulang dan melepaskan tekanan yang ada sangatlah bagos. Buat masa sekarang, dia tahu keperluan saya okek~~!. Anda semua JANGANlah mentanam cerita untuk mengkorek rahsia saya. Pergilah tanam duit ke, tanam jagung ke. Ada jugak faedahnya. Saya hanya akan simpan untuk diri sendiri dan hati saya sahaja. Blog adalah kawasan terbuka okek! Takda sessi membukak rahsia di sini. out! out!! HAHA :))



To dearie Adeq TKC, Happy Birthday, dear :)) sorry, lambat sangat mengwish. Hari ni, kita takda jumpa lagi kot. 19 tahun adalah sangat best, I tell u. I wish I can turn back the time. kalo boleh mahu umur 15 tahun. Form 3 yang sangat roxx!! :)) sangat seksa menjadi dewasa :(((((((((( 
rindu gila sekolah. rindu gila ok.. rindu zaman gedik bersama, banyak nak cerita kat korang tahu. sambung cerita zaman sekolah okek! semakin berkembang neh. :)) seriously, rindu sangat. kalau tak diubati boleh gila ni. Ain, Nanaa, Zana. I have something untuk semua. Bile Ain dah balik Msia nantilah ye aku kasi kat semua. Perlu korang-korang semua. untuk aku dan hidup aku. :((
ok. cut out the craps. mengarut semua. ni kenapa otak sangat gila neh? dah jatuh bankrup ke? dah putus cinta ke? huhu. ops~!! bukan, sebab otak dah berkecai tinggal cebisan je lepas ditimpa masalah. can someone be there for me? na~ah! Jangan mimpi. pergi buat kerja lain lagi bagos. 

p/s: entry ini sebenarnye bertarikh 11 April 2009, namun oleh kerana ketidak cekapan dan kekurangan ciri-ciri bagos dalam talian internet, semasa mahu mengpublish, internet tiba2 putus. So, here is it, TODAY.

Entry yang berciri sia-sia. KAH KAH KAH

Saturday, April 4, 2009

today - autopublish

2
this is an autopublish
otak pusing-pusing mintak keluar tengok the unborn. tapi hati jeles, cakap kerja banyak gila. Tapi, finally keluar. hik hik. takda kerja nak buat post autopublish. Tapi, nak jugak. :))
Ikan emas dah mati, tapi akan cuba cari pengganti. Mastura, sorry ukkey? Nanti aku cari yang lain letakkan dalam balang kaca kau tu. HIKHIKHIK. Cadangan yang bernas adelah untuk memelihara anakk berudu. ok jugak kot. boleh lah buat bisnes katak secara komersial nanti. :))

hati sangat gembira, Akita dah ade internet. :))))) takda lah sengsara sangat nak menteruskan hidop. takda lah asik membukak facebook 24/7 untuk mentengok enchek buah hati megonline atau tidak. Thanks sayang:)) Idea untuk mengoline setiap masa adalah lebih bagos kalau sayang praktikkan, selain dari tengok pakcik depan rumah sidai benda2 kecik dia tu secara tak malu. malulah sikit pakcik. rumah depan skarang dah bukan perempuan, lelaki ukkey. enchek buah hati ni pulak, bukan nye dapat duk diam tengok pak cik-pak cik, mesti rasa mahu tolong kan? HAHAHA. tak payah la rajin sangat sayang.

otak tengah kucar kacir. malam tadi buat kerja dengan tekun bagai nak gila, sampai lupa nak tdo. sekarang saye tengah jalan-jalan ok. mahu mentenang fikiran dan membersih mata sikit. like remaja-remaja only. mummy-mummy tak digalakkan ok. mummy duk rumah, jaga kecik dengan ayah dia yang tak kecik saje.

sape mahu jumpe saye, boleh keluar sekarang!! :))

p/s: otak kucar kacir

Saturday, March 28, 2009

rakan-rakan ribena & rindu

3
moigod. kepala pusing, badan pusing. semua pusing. tertido lepas maghrib. puas berjalan-jalan dan bercerita bersana rakan-rakan kanak-kanak. macam biasa-biasa, mereka mana pernah tawu erti penat bergelak ketawa. banyak cerita yang keluar, dari gajah pijak semut kepada mira makan gajah, semua keluar. HAHAHA.(memang suke buat perkara yang tak berpatutan apabila bertemu bersama). Ni baru ade 2 orang, tambah lagi sorang memang macam duduk dalam kelas 6S1 kot. hahaha. Idiey takda. jangan risau, bila anda pulang, TRet sudah promise mawu belanja makan besar. Setakat ABC, boleh la zatie yang belanja. takda mampu lah aku ni. HAHAHA. here goes beberapa photos yang sempat. (memandangkan ade 2 orang bawak camera, dan kedua-dua camera rupanya takda bateri =P)

 
saje sabotaj mira. HAHAHA
 
  
 kanak-kanak riang macam biasa :))
  
 zatie & TRet
 
 
 zatie & Mira
 
kanak-kanak riang yang tak pernah jumpa ABC
rakan-rakan yang bergirang gumbira bagai takda pernah jumpa ABC. Kat Tronoh & Penang takda ABC kot. Takpa-takpa, jom datang cheras nanti kita pergi makan ABC banyak-banyak okke! Tapi next time bayar sendiri tawu. Jangan buat-buat lupa bawak purse lagi okek! Tertinggal dalam kereta lah. HAHAHA. Panjang akal ya kawan-kawan. Akan rindu kamu-kamu T_____________________T. Boleh ulang tak zaman kanak-kanak ribena dulu? Mahu jadi sikit ayu supaya enchek sayang takda kutuk di kemudian hari. HAHAHA.   
sebelum pulang, sempat pergi maktab mizan. jumpa akak TRet :)) Tak sengaja terjumpa ex-schoolmate and she is also my ex-roommate yang setia mengkejut zatie ini bangun setiap pagi dengan sabar. SANGAT sabar. Hehehehe :))
 
 Yuyu & zatie :))


Yuyu. Rindu nye :)) memang jodoh lah kita. nampak dia bukak boot kereta dan tekun gila ambik barang. buat tak tawu je orang pandang dia. macam takda konfiden mahu tegur sebab takut salah orang. malu okek! dia pandang aku pon satu macam. hahaha. tapi, biasalah macam drama tamil yang Yana suka tonton. memanggil dan membuat aksi terkejut bagai mahu menangis mengeluarkan air mata satu lautan pasifik sambil berguling-guling mahu dapatkan sang kekakih. eceh! HAHAHA. first expession dia adelah "eh zatie, kenapa nampak macam berisi sangat ni? Bahagia sangat ke?" HAHAHA. cait betol! harus buat rentas desa setiap hari ni nak kasi nampak slim balik macam dulu-dulu (model iklan sabun basuh). HAHAHA. takda lah bahagia pon Yu, takda bahagia tapi still makan banyak. HAHAHA. macam mana nak bahagia, dia jauh. sob sob sob. *gila macam takda kaitan je*.
btw, enchek sayang sudah masuk rumah baru yang 'besar' kebanggaannya tu. alasan takda mahu duduk rumah sorang sebab rumah kecik. sekarang sharing dan caring bersama-sama kawan-kawan, rumah BESAR sikit. hehehe. Tinggal bertiga. lepas ni kalau takut tengok cerita hantu lagi i tak tawu ok! takda alasan untuk tanak tengok cerita Unborn. HAHAHA. *miss u already, cepat-cepat la sambung internet T______T*. Memang hidup tak senang ok kalo takda internet. duduk di bandar macam duduk di pedalaman mana ntah. Akita yelah kot pedalaman kampung. KAH KAH KAH :)). Miss u lah. Takda selera mahu makan ais-krim sebab takda contact enchek sayang. makan roti 60sen pon takda selera. :(
 
esok bakal kembali ke Cheras. adoi! malas lah pulak. Hari tu bukan maen lagi ye, fly me to cheras lah, rindu cheras lah. memang takda boleh percaya lah kat kau zatie! HAHAHA. bukan ke memang ade this feeling bila dah sampai mase untuk balik ke cheras. T___________________T. jom pusing balik masa boleh? (suka sangat kan pusing-pusing masa nih! ingat jam paling berkuasa kau punye?!!) Kih kih kih. akan mengupdate entry tentang last day di sekolah. eh! sape cakap rindu? mane ade? (eceh! cover dengan enchek sayang, nanti die gelakkan sebab dulu bukan maen hebat lagi cakap takda suka pegi sekolah. HAHAHA).
mahu kembali kepada perkara asas apabila online. mencari bahan untuk buat assignments? oh tidak! mencari idea buat essay? tidak jugak! 
jom buang masa dekat facebook. HEHEHEHE :))
p/s: rindu semua lah! :( badly. jangan makan banyak sangat okek kawan-kawan. malu sikit dengan gajah kat hutan. HAHAHAHA. good luck exam idiey! HEHEHE

Thursday, March 19, 2009

Clear Mascara

10
hoh. 
last time, i said i takda duit kan? haha. tapi today i habeskan duet lagi. see, zatie never change. Takda lah mahal sangat pon, mahu mencoba clear mascara. macam bagus aje. macam sangat sesuai untuk keluar berpesta bermesra bersama rakan-rakan sahaja. so, lepas fikir sikit punye panjang, at last ambik jugak. taknak comot-comot dah. simple sikit kot pakai clear mascara ni. hehe. goodbye maybelline mascara. may be its NOT maybelline. haha. hoh, mana pinjimatan cik zatie ni? i have to jimatlah kan? but still i have something to buy. CONTACT LENS!! gila kau, lama dah tak tukar contact lens. nantilah kot. the time will come. akan di beli jugak nanti. akan ke focus point ataupon england optical. tempat lain, tanak mau layan. tipu semua ok! contact lens koyak 2 hari pakai. ape kes?? mata dah tak selesa mempakai yang lama ni. demand mahu yang baru (memang patut dapat yang baru, pakai sudah lebih masa. haha). Mata bajet mahallah tamau pakai cermin mata. bukan taknak ok. Tidak sesuai.!! di ulang sekali lagi, tidak sesuai. Nanti tudung aku huru hara lah kalau pakai cermin mata. Lagi huru-hara kalau takda contacts. Dulu dekat sekolah pon warden pening tahu kalau aku takda contacts. sanggup kasi outing ke bandaraya  di hari kelas kerana taknak pening aku membising satu asrama. kih kih kih. hoh, sampai hari ni pon sebahagian mahluk yang hidup dalam persekitaran aku tidak mengetahui aku mempunyai rabun yang agak menyusahkan aku nih. takda nampak muka orang lagi kalau takda contact lens. hidup bagai di kelilingi banyang-bayang. nasib baik buah hati sendiri aku kenal, kalau tak maknanye pergi dating dengan orang lain lah kot. kih kih. sorry dear~ :)) tanak buat tanak buat. betol ni! hehe. 
ok, blog pon dah jadi huru-hara sebab takda tahu nak tekan kekunci huruf ape. takda nampak sudah. anda sila buat-buat faham sahajelah ye. i need contact lens!!! dan the roxy. adoi~!

ni contoh clear mascara. teenage out there, jom tuka. hehe (perasan teenage.. kih kih. takpe XP)

p/s: 3 days to go!!

Friday, March 13, 2009

minggu ini saya...

0
lately ni sangat lah malas untuk berbuat ape2. penat dengan jalan dan buat keje saje. cramp jari aku tahu?!! oleh sebab itulah cikzatie semakin hari semakin hilang ciri-ciri kewarasan dalam diri (take note ok encik sayang, ini adelah hipotesis). Setiap hari pasti akan membuat kerja yang bakal membakarkan kepala dan membuatkan otak aku menyanyi dangdut ah ah ah. takda masa lagi untuk tidur petang atau membuat onar di petang hari. waktu tidur telah dicuri oleh encik sayang kerana beliau macam tersangatlah free. i jeles ok sayang! haha. tapi saye tahu, pasti dia sedang menggila kebosanan dan keseorangan sambil menghirup jus sayur-sayuran yang selalu dibanggakan setiap hari (ini kes orang yang sukar dapat sayur dimusim sejuk).

minggu lepas sudah kehilangan w890i, menambah kegilaan otak aku lagi. tapi takpe, zatie kan seorang wanita yang cekal, kuat, betimbang rasa dan berjaya (takda kaitan) pasti dapat menempuh segala cobaan itu. see, i'm ok now:) boleh gelak dengan kadar frekuensi yang tinggi seperti hari2 lain dan masih boleh ber'moody' jika mahu. kihkihkih. memang aku seorang yang sangat flexible kah? iya.

minggu lepas membuang masa cuti 3 hari dengan sangat berguna. keluar tengah hari, pulang malam. bukan sangat bergunakah tu? kalau pulang awal, pastilah bantal2 lembut berguna :)
pergi menselesaikan urusan mentukar fon, membuat sim card dan urusan-urusan lain yang berpatutan seperti membayar bil eletrik, bil air, bil astro dan sebagainya. kah kah kah.

ok. itu tipu.

itu hari kami keluar dan tergoda oleh roxy. cis!!!

hari seterusnya juga keluar dan jatuh cinta dan falling rindu pada beg roxy tersebut. bukankah baik kalau hari tu tidak ke mid valley ataupun menjauhkan diri daripada kedai-kedai yang makan duit aku? memang tak patut bukan? patutnya hanya duduk diam-diam di bilik dan mentelaah pelajar yang memang sedia adanya banyak ini. takpe takpe. buku tahu saya sayang dia. dia pon duk diam-diam saja kat bilik. i kasi u rehat ye :)

seterusnya ahad rehat sahaja dan tido banyak-banyak. bukan senang ok mahu tido banyak, harap u all faham kenape aku suke tido. juga mendapat inspirasi dari enchek sayang yang suka tidur juga. kihkihkih.

memanglah taknak keluar tiap2 hari, tapi keadaan yang menentukan (alasan tak boleh diterima ok.) hahaha. isnin ke Pavilion untuk memberi barang kepada kawan enchek sayang. dengan harapan barang akan sampai secepat mungkin (can't wait lah sayang!). memang akan cepat diterima jika beliau ke Niigata dan membuat onar bersama-sama kawan yang lain. takpa buat onar, tapi jangan lupa i sudey~. (encouragement yang banyak sekali. hahahaha). tidak berpuas hati dengan pakcik tua yang memiliki rumah yang bakal didiami enchek sayang. kenapa mahu membiarkan enchek sayang saya sorang-sorang di Akita dan menunggu untuk menselesai hal itu. saya bantah Yang arif!! huh! aku tak suke ok. sabar ye enchek sayang, i emotional lebih2 pulak. haha.

sedang menggila menunggu kawan enchek sayang

sayang, i lagi cantik dari dia. kenapa pilih dia untuk menduakan i??!! rambut dia buat dia xnampak enchek sayang aje. (tak puas hati). ceraikan iliyas!! haha

ok. satu sebab tak suke pavilion jugak. sebab dia ade kedai roxy yang mempaparkan beg yang sama. kau orang tolonglah tukar ok. jiwa aku ni takda sekuat konkrit pavilion. tapi tetap bersabar. zatie kan memang pandai bersabar dan mengambil gambar curi-curi. kih kih kih. *nasib baik beg aku banyak sudah, kalau tak memang nahas beg ni*.

roxy ini lagi. benci betulla. jodoh kita kot. :)
hari ini mahu pulang. rindu betol. takda tipu punya, 100% asli kerinduan aku ni. takda mahu fikir kerja tapi kerja mahu fikir aku. susah betol kalau berkasih sayang dengan pelajaran ni. aku takda rindu dia, dia rindu aku. :( kih kih kih.

ok lah. sudah mahu berkemas. selamat cuti kawan-kawan. balik cuti sudah mahu kahwin sebab sudah dapat sijil pra-perkahwinan. haha. zatie gedik! gedik! gedik! get out!!!

p/s: sila kemukakan ic anda untuk apply jadi sugar daddy saya. sertakan rm 50 ribu sekali ok sebagai yuran pendaftaran.
 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥