Wednesday, March 31, 2010

wujud lagi

2
sebok feeding my secret blog, sampai lupa blog yang satu ni. sorry.

banyak benda nak fikir, tak banyak benda yang boleh buat skarang.

bencilah kerja banyak campur masalah-masalah banyak jugak ni.




*maaf, muka kau macam sesuai masuk tong sampah je* emosi terganggu. harap makluman

Saturday, March 20, 2010

Move on!

0
Some people are too selfish, too stupid to think of something good not only for him/herself but for everybody.
Act like an adult.
Think like an adult.

Move on Zatie!

HAHAHA

kasi suspensi sikit.

Baiklah. Isnin adalah permulaan segala-galanya.
Otak semak dengan tugasan yang tak siap dan tak faham nak buat ni.
I'm off to Cheras tomorrow.
think that am won't be able to keep updating my little precious ni.
too much work in progress and too much stupid and shitty thingy need to be done.
If anything u can find me on my facebook since that's the only place that I can't resist eventho sangatlah bosan menatap facebook. (please kindly leave a message introducing yourself if you are about to add me, kalau tak anda boleh masuk senarai menunggu ke 122, sorry)

Will be back soon :)

Am gonna miss u! Take care ppl :)

Thursday, March 18, 2010

Kerjaya tak membezakan kita, yang membezakan kita akal yang waras.

14
Amaran: entri ini tidak ada kena mengena sama ada yang mengumpat atau pon tidak. hanya penjelasan semata-mata. bacalah dengan hati yang terkawal dan jangan buang air dulu, baca sampai habis.

Walaupon assignment menimbun lagi tak habis-habis nak kene buat, sempat lagi saya dengan hati yang mulia nak update sedikit sebanyak. Tajuk hari ini ialah 'Jangan ingat anda saja yang banyak kerja'.

Semua orang sebok tanya, "eh, cikgu pon banyak kerja eh? ada assignment jugak eh?'. Baiklah, jawapannya "kepala hotak kau cikgu takda kerja, kau ingat ni zaman cikgu tahun 60-an yang dah lulus peperiksaan darjah 5, boleh apply jadi cikgu?". Kalau lah boleh pegang degree tak payah buat kerja-kerja yang huru-hara ni, saya pon mahu. Sapa tak nak tak payah buat projek-projek pelik-pelik, tak payah buat assignment, task dan segala keturunannya, kau free² je boleh ada Ijazah dalam tangan.

Masa kecik-kecik bila orang tanya kau nak jadi apa, ramai yang jawab nak jadi cikgu. Kenapa? Sebab mereka nampak jelas contoh yang ada depan mata, tak payah nak pegi Google kerjaya yang ada dalam dunia. Bila besar sikit, tahulah serba sedikit tentang kerjaya. Mulalah nak tukar sikit kalau tulis dalam buku profile tu 'Cita-cita: Angkasawan/Doktor/ Engineer etc.' Nampak cool lah sikit kan? :) Jelasnya, saya sendiri dah ada banyak cita² sejak dah tahu kerja pelik-pelik atas dunia ni. Takdirnya telah menetapkan: jadi cikgu.

Awalnya, macam berat hati jugak nak masuk bidang pendidikan. Kau ingat aku tak belajar tinggi-tinggi ke nak jadi cikgu? hahaha..

Setahun duk ceruk Malaysia, struggle gila-gila nak habiskan Matrikulasi sains hayat. Dah habiskan final exam semester ke-dua, lega yang sungguh². Ikhlas boleh dikatakan, waktu setahun tersebut adalah satu waktu yang sangat azab. Turun naik 'kubikal' jumpe lecturer tiap-tiap hari, siapkan tugasan separuh mati dan struggle untuk yang terbaik. Tawaran untuk buat Pure Science: degree in Biodiversity macam berbaloi dan boleh buat balas dendam la kan? Tapi, dalam masa yang sama, dapat pulak tawaran untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Science) di IPGM. Hati berbelah bahagi. Kalau lepaskan peluang untuk terus sambung buat Biodiversity, maknanya setahun yang penuh azab tu dah disia-siakan. Takdir menentukan, saya tak ke university seperti yang ditunggu-tunggu kan selama ni. Tapi, sehingga hari ni, saya tak menyesal. Mungkin, ini takdir saya, saya redha dan saya gembira :) Tak dinafikan kadang-kadang saya jugak rasa agak sedih mengenangkan jika saya meneruskan hasrat ke university, tahun ini adalah tahun akhir saya. Ramai kawan-kawan yang sama-sama berpenat lelah dulu dah nak grad pon. Tapi, saya? Masih di tahun ke-2. Masih ada 2 tahun untuk completekan semuanya. Saya redha :)

Ramai yang anggap, untuk menjadi seorang pendidik adalah begitu mudah. Namun, tidak bagi saya. Saya masih tercari-cari bagaimana diri saya pada masa hadapan. Saya mesti menjadi contoh yang terbaik. Saya ialah role-model kepada masyarakat, saya akan menjadi social engineer kepada generasi pada masa depan, saya perlu menjadi arkitek sosial terbaik untuk mereka-cipta, membentuk dan membuat acuan terbaik agar generasi pada masa hadapan tidak terpesong. Saya menjadi doktor untuk merawat segala masalah atau penyakit sosial yang menyerang generasi-generasi pemimpin akan datang. Jika saya tak dapat menjadi yang terbaik, maka runtuhlah sebuah institusi negara. Mungkin bagi sesetengah individu, kerjaya sebagai seorang guru adalah perkara terakhir yang mereka fikirkan. Cikgu selalu cuti, cikgu banyak rehat. Nahh, cubalah berada ditempat kami untuk waktu sehari. :)

Kalau seorang doktor perlu menyelamatkan seorang pesakit dalam satu masa, seorang guru jugak harus menyelamatkan pelajarnya sekelas dalam satu masa. Ilmu yang cikgu bekalkan akan diturunkan dari generasi ke generasi, jika silap langkah ilmu yang salah disampaikan, rosak seluruh generasi seterusnya.

Sejujurnya, saya rasakan sejak di peringkat Pra-Ijazah lagi, saya tak pernah rasa rehat. Kerja tak pernah putus. Kalau Encik Saintis kata mereka perlu buat kajian terbaru, cikgu setiap hari perlu memikirkan sesuatu dan membuat kajian bagi mempelbagaikan pengajaran mengikut arus kemodenan. Disamping belajar subjek penting merangkumi sains dan sebagainya, kami perlu belajar untuk menjadi manusia yang mampu membentuk manusia. Ilmu pedagogy tak pernah habis kalau nak belajar. Sejak mula belajar untuk masuk ke bilik darjah, banyak yang telah saya pelajari. Setiap individu berbeza, tidak semuanya individu dilahirkan beruntung. Saya belajar menjadi seorang manusia yang sebenarnya. Saya bersyukur kerana saya masih mampu merasi kemewahan dunia dan kebahagiaan keluarga.

Mula-mula dulu, masuk bilik darjah, lutut goyang-goyang sebab takut nanti kene makan dek pelajar. HAHAHA. Sebenarnya takut tak dapat kawal keadaan bilik darjah. Alhamdulillah, subjek pedagogy yang saya belajar di setiap semester banyak membantu :) Bila berada di sekolah, saya tak nampak pulak cikgu tu semua duk goyang kaki minum kopi. Tepat 7.15 pagi semua dah sedia dengan bahan bantu mengajar. Petang perlu ajar kelas tambahan, ajar ko-kurikulum. kadang kala, anak kat rumah pon makan nasik bungkus je. Waktu cuti sekolah perlu dikorbankan untuk mengajar kelas tambahan, pergi kursus, pergi mesyuarat, buat bahan bantu mengajar, buat hal-hal berkaitan sekolah. Cikgu skarang, bukan macam 30 tahun dulu.

Hahaha.. baiklah. kalau duk tulis entry sepanjang 2 hari berturut-turut pon, kalau orang tak nak paham keadaan kita, tak jadi jugak kan. saya suka apa yang saya jalani sekarang. Banyak benda baru yang saya belajar setiap hari. Saya jugak lebih menghargai cikgu saya dulu. Saya kagum dengan mereka, cikgu saya dulu mampu melahirkan saya dan rakan-rakan lain. Kawan-kawan saye semua blajar tinggi² menongkah dunia. Yang sampai ke hujung dunia pon dah ramai, saya bangga. Saya akan cuba yang terbaik untuk pelajar saya nanti :) Banyak assignment dan task yang perlu diselesaikan lagi. Projek² lain pon tak fikir lagi. Boleh tak orang yang cakap cikgu takda kerja tu bagi Ijazah free untuk saya?

siapa anda tanpa guru anda?


Pertandingan Inovasi P&P: WonderGate



p/s: walaupon kadang-kadang rasa nak penyek je budak-budak dalam kelas, tapi kadang-kadang mereka comel bila dah tahu kita tengah marah :)

Monday, March 15, 2010

Jangan update waktu tensi

4
heh. kejadian di Maybank ATM machine tadi sungguh mensakitkan hati. Kakak ni tak pernah pergi bank ye? Kakak tak tahu ye kalau nak guna ATM machine ke, cash deposit machine ke, akak perlu beratur. Akak ingat akak sorang je ke yang nak cepat. Nasib baik saya tak jerit-jerit kat atuk security guard tuh yang akak cube nak mencuri? Tak tahu ke kalau tengok PIN number orang itu adelah salah?! Walaupon akak tak mencuri, tapi kesalahan die macam cubaan mencurilah. Lain kali kalau dah tahu nak masuk bank yang menjadi tempat orang ramai makan nasi lemak sambil ambik duit, parking lah kereta betol-betol, jangan nak menyusahkan orang dengan buat muke macam "hoi budak, aku nak cepat ni aku parking laluan orang ramai, boleh cepat banyak tak?" dah lah bertenggek sebelah macam pencuri. Nasib lah muka kakak TUA, kalau tak, nak jugak saya bagi sepotong dua ayat kat akak. Bukan ayat cintalah, ayat yang buat otak akak berfungsi sikit.

Baiklah, tak elok tulis blog sambil beremosi, karang semua readers buat cubaan bunuh anak lipas sebab geram baca luahan hati orang tengah 'panas' ni

esok-esok dah dapat buah pinang i update lagi. *berangan saje lah, takda orang nak hantar pinangan esok*


photo:tumblr

Entry Panjang Untuk Menghargai Dan di Hargai.

11
Jangan di tanya kenapa I jarang update sekarang ni. Jangan di tanya kenapa kalau I update pon ayat macam tak nak kawan je. Bukan penyakit malas menyerang, tapi sebok sangat. Sebok yang kadang-kadang I sendiri yang buat sebab I tak tahu macam mana nak buat I tak jadi sebok. Hehs! Serius gila (sejak bila serius kawen dengan gila?) I sebok tahap dewa menonggeng. Task tak sempat siap, yang lain tengah tunggu nak kena download. Musim panas macam ni, hati pon senang panas. Senang nak give-up buat kerja. Kucing dok bersahutan panggil-panggilan nak mengawan pon boleh jadi sebab I nak simpan kertas-kertas yang bertaburan dan terus online. Tahap kelajuan streamyx yang tiada tandingan jugak menjadi salah satu penyebab kenapa kerja tak jalan. Tu lah salah satu sebab kenapa rumah adalah satu tempat yang membahagiakan. :) Memandangkan I sebok mengalahkan Perdana Menteri, I takda masa nak buat makan jumpa semua kawan-kawan facebook yang macam PM buat tu. Nak approve kawan pon I tak mampu, tengok lah ye bila-bila T____T

setakat hari ni (13 Mac 2010, 11.39 malam)


Eh, sebelum ape-ape, jutaan lemon terima kasih kepada rakan-rakan (eh? sudi ke jadi rakan saye?) di IPG Kampus Pulau Pinang sebab bagi pinjam ruang untuk I menyempit kat sana satu malam yang indah (eceh!). Menumpang bilik TRet yang kemas dan cantik (sekali dalam seumur hidup ke weh?). Terima Kasih Auni, Dayu, Diela, Anna, Ateh dan semua-semua lah. Terima kasih Auni sebab tolong ambik kat Hentian Sg. Nibong yang I memang tak tahu kat mana, Terima Kasih Dayu sebab terima roommate yang ke 3, Terima Kasih Ateh sebab kasi pinjam kasut memandangkan I tak pernah hayat terfikir nak beli kasut bertutup (end up kat skolah pakai wedges macam biasa, buat skolah macam bapak I Pengarah Pelajaran), Terima Kasih Anna sebab bertahan menjadi roommate selama seminggu di Sg Petani, Terima Kasih Diela sebab layanan yang sungguh mengharukan dan sebab baca blog nih.. eheh! ade jugak orang bace ghupenye, malu nye saye auuww! dan Terima Kasih kat semua yang banyak membantu (sorry sebab tak ingat semua nama T__T). Seronok weh I pegi Penang. :) Terima kasih Kak Na sebab bagi tumpang buang air, tumpang tido sampai mimpi macam-macam dah kat sana, tumpang pinjam macam-macam, tumpang makan banyak macam anak gorilla dan macam-macam lagi. Siap belanje tengok wayang semua, aish. I malu. hahaha.. Terima kasih sangat! Tsk tak tahu macam mane lagi nak bagi tahu yang I ni memang berterima kasih. Menangis penuh laut kat Penang tu baru tahu! Yang Penting Terima Kasih T-Ret sebab invite I yang pemalu ni buat SBE same-same *siap bawak pegi Queensbay Mall lagi tu!* :)

 dari kiri: Suhaili, Che Ji, Anna, Tret, Farihah, Najjua

baiklah, cukup panjang dah ni. Otak pon dah sign borang mintak putus, tak larat nak layan orang macam ni berfikir. Nak tulis dalam blog pon kene fikir, ape lagi nak kira motion fizik yang satu hape tak tahu tu. Tsk. Kucing pulak duk bising tengah mengawan, kang anak die, mak abah jugak yang kene jage, die duk sebok mengorat anak kucing teruna sebelah. Tak pernah setia. heh. Harap sabar dengan entry yang banyak sangat tulisan ni okey :)

Saturday, March 13, 2010

memerlukan pertolongan

0
mana nak cari starter kit untuk SK-II? setelah berbincang dan menggodek-godek idea daripada seorang rakan, SK-II nampak menarik untuk muka saya yang memang tak layan facial cleanser yang biasa. T______T



sumber: google

Wednesday, March 10, 2010

you'll get back!

2
remember!






a big reminder for Everybody.

photo: icanread.tumblr suggested by Tretchan Akatsuki

you

6
if you need me, find me
 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥