Showing posts with label relax. Show all posts
Showing posts with label relax. Show all posts

Saturday, August 1, 2009

Mari belajar sejarah

0


anda tahu NEIRO? kompem tak tahu! HAHA. oleh sebab itu, anda boleh proceed kepada yang aku akan tulis seterusnya.


kumpulan ini dibangunkan oleh beberapa anak muda yang sangat berkebolehan, berbakat, kacak, macho, serba boleh dan yang sama waktu dengannya.


ok, semua itu tipu. hanya sorang sahaja dari ahli kumpulan tersebut yang memiliki sifat-sifat yang aku telah sebutkan di atas. ehem ehem. HAHAHA. okey, tak baik puji buah hati sendiri banyak sangat. hari ini kite akan same-same belajar sejarah penubuhan Neiro. walaupon sebenarnya bukan sejarah, hanya serba sedikit. ehem ehem. ni bukan free okey, iklan ini di bayar dengan kasih sayang ♥ ♥ ♥. ohh. aku memang suka kalau di bayar dengan cinta yang berterbangan di udara. :))


dulu, mereka hanya bermula di jalanan, bak kata orang mat lepak dekat kaki lima tu.memang kurang sopan kan? HAHAHA. tapi, biaselah, ciri-ciri malu memang kurang sikit dalam diri mereka. :))

oh, akan tetapi muzik yang mereka bawakan memang memang menarik. *eceh! ni kene bayar lebih sikit neh!* menarik dan tertarik. aku dulu selalu dapat dengar lagu secara free dan tak payah susah-susah nak download. memang jimat tenaga dan jimat waktu, duit apetah lagi. omaigudness. mereka cipta lagu sendiri dan bawa muzik mereka ketangah, tepi, depan dan juga ke belakang. sesuai dengan cita rasa muda mudi zaman sekarang. ahli kumpulan Neiro ni pon aku tak tahulah jumlah yang sebenar. sebab bile tanye enchek yang bertanggungjawab pon, die sendiri tak berape nak pasti sebab semuanya pon dikira sebagai ahli. sehati sejiwang lah konannya.

Baru-baru ini, mereka telah mencipta sebuah lagi lagu berdasarkan sebuah siri yang sedang di tayang di TV3. Lagu tersebut boleh di dengar di sini. Anda semua bolehlah meninggalkan sebarang comment terhadap hasil kerja mereka (mereke? eceh!). *link sahaja okey!*

Ahli kumpulan terbabit masing-masing masih menuntut dalam jurusan berlainan di berlainan Universiti di Jepun. Nak sebut nama universiti pon, aku kurang pasti. Kalau lidah terbelit 14, susah pulak nanti, jadi kita abaikan sahaja. Sebarang pertanyaan, bolehlah mengemail aku ataupun bolehlah mengadd meraka di facebook ini. Oh, tapi sila jangan kacaw enchek yang berkenaan. mind u. kasut-kasut i masih segar dari ladang. nanti, i risau kepala u berlubang nanti. ouch! HAHAHA.

ni salah satu hasil kerja meraka. aku suka, kau tak suka, kau diam. :)) enjoy! enchek jepon dan enchek lain-lain boleh bawa pulang buah tangan okey, ingat free ke promote neh? HAHA

p/s: adoi. ramai silent readers di kalangan ahli keluarga. sile jangan gelak okey! oleh sebab itu, entry hari ini macam skrip Buletin Utama. Mr. Fadzli cakap bahasa adiknya telah punah ranah. MasyaAllah. Hik hik hik.

Tuesday, June 16, 2009

Sila Beranikan Diri

3
hah? ape korang tak suke layout baru? HAHAHA. Like I care! Suke hati akulah, blog aku. Bukan korang bersusah payah menanggung sakit belakang menghadap komputer ibarat mengangkat 15 kampit beras pon. Ade bagi idea? Em, rase nye takda pon. Kawan-kawan terdekat yang baik hati bagai angel jugak yang bagi idea. Mengerah tenaga mempikir untuk pakai layout ni, bagai mengerah tenaga untuk menjawab soalan final exam korang bukan tahu pon. Aku pikir 10 zillion kali untuk membuat keputusan mempakai layout pink ni. Apekah kesalahan aku mempakai layout pink? Berdosakah aku pakai layout pink? Tidak cukup femininkah aku untuk pakai layout pink? Alam cyber tidak mentunjuk diri manusia yang sebenar. Korang nampak aku kasar di sini, tapi korang tahukah betapa lemah lembut, ayu dan feminin nya aku kat luar? (eceh! angkat bakul sendiri). Think twice. Don't judge people by looking on her/his blog. Pendapat korang semua memanglah dihargai, tapi there's nothing you can do if i'm really in love with my blog layout. Korang tak suke, boleh meninggalkan sedikit kesan kedatangan korang pada chatbox atau ruangan comment. Kalau rasa dah menyampah sangat, tak payah tinggal kesan pon takpa. I don't mind. I would love you to leave. HAHA

Ohh.. Mengenai tulisan yang agak kecik ni pulak. Oi! layout lama pon tulisan sebesar zarah ni jugak yang aku gune, takde sape complain pon except for the young-and-hot-momma. Yang bezanya, layout lama tulisan berwarna grey dan layout ni tulisan berwarna hitam. Sile jawab!! Em, semalam dia pon ade jugak complain tulisan kecik, tapi aku lebih suka macam ni. Kalo aku membuat entry, jarang ade yang sepanjang 2 jengkal ayat. So, aku rasa tulisan kecik membuatkan blog aku nampak lebih kemas. Kalau rasa sakit mata sangat nak baca, sila jangan susah-susah nak baca. Nanti tak pasal-pasal korang menyalahkan aku kalau korang terpaksa memakai cermin mata. Mata aku tahan lasak. So, aku tak kesah sangat lah kalau tulisan kecik sebesar seketul zarah pon. Lagipon contact lens belambak lagi jual kat kedai. Layout dulu mungkin lebih menarik pada korang, tapi mata aku terasa semak dengan layout tu. Aku lebih sukakan layout yang nampak ringkas dan kosong. Layout ni nampak lebih tenang dan ringkas :))

Kepada sesiapa yang nak meninggalkan pesanan, sila sertakan nama serta link untuk ke blog anda. Ataupun, anda boleh meninggalkan email, supaya aku dapat tahu ape citarasa korang dan ianya tidak di sia-siakan. Korang dapatlah share serba sedikit idea-idea bernas yang tidak terhingga korang tu supaya aku dapat berubah hati untuk tukar layout lagi. Kalau setakan complain tapi habuk pon takda, sila jangan buang masa. Biar lah berani untuk berbual mesra bersama aku. Aku tak makan orang pon, belom pernah lagilah setakat ni. Jangan jadi seperti katak lembik yang bunyi je kuat, tapi muka sorok dalam tanah. Aku seorang pelajar jurusan sains yang agak buta hukum seni, mungkin sebab tu blog jadi tak cantik, dan itu semua tak penting. Yang penting aku suke. :))

Jika ada ape-ape sila tinggalkan pesanan anda. dan INGAT!! sertakan link untuk ke blog anda yang serba indah bagaikan syurga tu. atau kalau terasa blog korang lagi tak cantik dari blog aku serta malu nak tunjuk tapi nak hentam jugak blog aku, boleh tinggalkan email. Sekian. *Peace*

p/s: indah betol hari cuti. dapat buat entry yang bajet cool dan ganas dengan sekelip mata. *wink* manfaat cuti dengan tepat sekali!! Next week class will start!! YEay! otak bakal kembali bekerja. *sigh*

Monday, May 4, 2009

Hari ini saya...

0
makan sup ayam yang sedap.

ok! sudah-sudahlah mengarut. kembali ke tempat asal. duduk diam-diam. nak cerita neh.

weekend yang agak tak tawu buat ape sambil korek-korek novel. bukan korek hidung okek, tidak sopan! pulang ke Sungai Buloh sambil buat muke tetekan macam kene minum susu dua titik sebab 3 kali missed tren. sangat tak paham kenape komuter yang tersedia neh terhad sangat, sedangkan laluan neh amatlah penting memandangkan ini adalah laluan utama ke Seremban, Perak dan paling penting MID VALLEY. sangat tertekan. kan aku dah cakap, orang suke sangat pergi jalan-jalan mengelilingi kota walaupon tengah takda duit. tambahan pulak mereka bukanlah warganegara. skali missed sabar lagi, masuk kali ke dua, buat muka kesian sebab memang takda ruang yang agak-agak boleh muat aku neh (PERINGATAN: saya bukanlah amat gemuk untuk tidak dapat masuk). Kali ketiga, tengok je tren sampai dan berlalu pergi kerana memang dah tawu takda harapan. Datangnya tren ke-empat, hilang sabar betol. Terus rempuh masuk macam nak buat rusuhan secara solo. eceh! :))) kene himpit takyah cakaplah. sardin kena himpit dalam tin pon elok lagi. nasib baik takyah control muka sebab enchek sayang dah pergi Tokyo. em, ade kaitan ke? takda! sile teruskan, jangan buat ayat mengada-ngada.


pada sabtu telah mengkeluar ke Giant Shah Alam untuk mencari sedikit bekalan di rumah. bukan bekalan takda pon masalahnya, saja mengada nak keluar, cari la alasan nak beli barang. but end up tak beli ape-ape yang berpatutan. seperti biasa, saya sangat suka cuci mata. kakak saya sangat mentensen dengan saye. Hehe. Telah membeli sesuatu yang agak tidak penting iaitu, STRAWBERRY. Makan bersama Nuttela. hari tu off-duty untuk diet. HAHA. sedap sampai menjilat jari. Strawberry banyak dan murah. RM5.99 sahaje. affordable untuk orang yang dah tak berkemampuan dan berselera besar macam cik zatie neh. Tapi Nuttela??? Jangan tiru aksi ini dirumah kerana bakal mendatangkan perkara tidak baik iaitu, LEMAK. :))) makan sambil gaduh dengan anak buah rebut strawberry, dan cik zatiemacam biaselah, biase mengalah.. aauuww~ sweet nye (tipu betol aku mengalah.)

 




selain itu, balik rumah, ape lagi. memulakan operasi membaca novel. memang untung kakak aku, aku yang beli, dia yang baca. cis cis. nasib baik dia ada adik yang sanggup berkorban nyawa harta dan segala. eceh! mantap puji diri sendiri. tepuk tepuk. kasi gegar~! HAHAHA. sambil baca novel pon bleh masak dan menggoreng fries untuk anak buah yang mengada neh. oleh itu, berlaku adegan yang tragis lagi mendebarkan. tangan wa kena minyak panas lu tawu~!! ganas wa cakap sama lu~ Mula-mula ingat sikit je, bangun tido pagi tadi tengok tangan dah tak chantek. sob~ T___________T



sekarang sudah berada di atas kerusi yang tak berapa nak empuk dan sangat mensakitkan ni. mempinjam broadband kakak selama seminggu sebagai ganti rugi membeli novel. namun hanya seminggu. T______________________________T oh kakak. kasihanilah adekmu ini yang hanya mampu pakai wifi free. HEHE. ok. dah malas sangat dah nak sambung. tadi bercita-cita nak buat entry sampai putus urat jari, tapi pengalaman membataskan. rasa bimbang dihati jugak membataskan. sebab esok kelas awal-awal pagi. mampukah mata bertahan? fikir-fikirkan. nak siapkan update facebook sebentar.  and oh ya! saya gembira kerana enchek sayang sudah berjaya mencari 2 hadiah untuk hari lahir. bagos-bagos. cari lagi 2. i dah cakap takyah kan? nanti kalo takda duit nak balik Malaysia jangan marah i okek! Nanti I masuk mimpi, gigit hidung baru tawu. ngee~


p/s: doakanlah kepada insan yang memerlukan.

Monday, March 30, 2009

Yahooooooooooooooootang!!

4
maigod. sekarang korang boleh bertingakah laku seperti udang kepanasan. envy gila nnt tengok aku *perassan perasan perasan*. Pergi K.O.T esok jalan mendongak macam orang cramp kepala dengan kaki melangkah macam ketam sambil mendepa macam laluan mak kau punya sambil bawak teddy dalam Puan Roxy. HAHAHA
dia dah mengecil selepas di tindih dengan buku-buku
kah kah kah. nampak tak? nampak? kalau tak nampak tambah lagi satu cermin mata kasi nampak. tengok kat mana dia tuh? Puan roxy is on my bed okkey!! semalam tak sempat berasmaradana dengan beliau lagi kerana kerja-kerja yang menimbun ni dengki tengok aku mahu hidup senang bergembira bersama Puan Roxy. Puan okek! beliau sudah kahwin sama saya. Jangan kacau dia lagi. Kau! pergi sekarang! kih kih kih. tiba-tiba naik hangen mak cik neh! Yelah, semalam penat bersengkang mata dengan assignment dan printer yang tak cukup makan ni pulak buat hal. Puan Lappy jugak bermasalah, asyik nak hang aje. Tawulah dah lame tak bercinta dengan enchek sayang dekat skype! Dia pon tahu rindu okek!! So, kepada yang berkenaan, ehem ehem. sila ambik perhatian ye, *jerit kuat dah ni biar sampai Akita*. Sila cepatkan sambungan internet dirumah anda. Sharing dan caring bersama-sama kawan-kawan pon sudah cukup ok. Pakai tenet sorang, kene bayar lebih nanti takda peruntukan untuk bedtime story i. T______________T.

Sekarang sudah dapat roxy, lepas ni tanak lagi bising rindu dekat roxy. falling cinta dengan roxy. makan berselera sebab blom ada roxy (bila dah ada roxy, makan jadi tak selera. HAHAHA). Diam-diam ok lepas ni! Jangan cakap nanti dah tangkap loving dengan kasut dekat Parkson hari tu. Opsss!! HAHAHA. Sekarang nak bercinta dengan benda lain pulak lah. merajuk dengan Puan Lappy, nak cari pengganti lah! Vaio satu sayang! hik hik hik.macam ordeh teh o ais kat cafe aje. Printer ni pon sudah buat aku hilang sabar buat kali kedua dalam masa 2 minggu ni. Buat lagi skali, masuk kali ketiga, sungai Klang sedialah terima printer ni sebagai habuan makan tengah hari :))

Penat ok. Penat buat kerja, nasib baik siap. Kalau tak siap nanti kita kasi letak saja kerja kat bawah bantal. Mimpi siapkan kerja malam nanti. Tadi pergi rehearsal dekat Stadium Bola KL ni. Nasib baik sempat curi-curi pandang may-be-brother-in-law-to-be. Hilang rindu sikit tahu! Sayang takda dengan i, abang sayang pon dah cukup. HAHAHAHA. Dia pon cabot lari ukey bila tengok muka aku sambil mengkutuk cik zatie yang bersabar ni dengan perkataan seperti: menyampah betol budak neh, bercinta dengan adik aku sudey, jangan menggatal dengan aku. HAHAHA. Amaran: Jangan dekat-dekat dengan dia ukkey! Not available sudah. In your dream sahaja. KAH KAH KAH. *gelak evil gila sebab dengki dengan awek dia*.

Nak tidur kejap, tapi macam takda peluang je nak bangun sebelum maghrib ni. Tido 2 jam saja ok pagi tadi. Pergi kelas macam hyper gila sebab otak lintang pukang takda hala tuju. Hilang pertimbangan dah neh. Tidur sekarang!!! Facebook dulu ok!

p/s: bagi mengelakkan dikutuk kerana telah banyak entry mengenai puan roxy, entry berkenaan puan roxy bakal berakhir di sini. entry2 berkenaan puan roxy tidak langsung bertujuan untuk mentunjuk-tunjuk atau mempapar-papar, hanya kerana saya suka-suka. kesulitan amatlah dikesali.

Thursday, February 19, 2009

show time

2
Haha.


Experiment Hari Ini: Food Test.

Objective: Bla bla bla..

Hypotesis: bla bla bla..

Materials: Bla bla bla..

Apparatus: Bla bla bla..

Procedures: Bla bla bla..

Discussion: From the observation bla bla bla..

Reflection: By doing this experiment bla bla bla..

Conclusion: Kesimpulannya daripada experiment hari ini, 2 test tubes pecah. kah kah kah. and the 1st one yang broken tu, cik nurul izzati yang buat. kih kih. and cik ana pesan "write down your name dalam buku tu, and then u should PAY for it!!!" ok, di ulang, "u should PAY". cisss~! baru 1 test tube aku pecah, and tu pon bukan salah aku. test tubes tu bergolek2 berdekatan dengan aku dan mengada nak jatuhkan diri dari meja. Maktab ni macam dari Planet Cipan TakBerduit je. asik2 mintak ganti. isk isk isk. Test tube ke-2 Yana yang pecahkan. Tu la, awal2 tadi, gelakkan aku. kah kah kah. Skang sangat puas gelakkan dia. HAHAHA..

Hasih experiment tanpa test tube pecah tadi


Sangat tekun membuat experiment sambil mulut bising tak puas hati cik ana suruh bayar~
lagi lagi...

Esok 1pispm english drama competition. 4 kali je practice termasuk yang tadi. tak tawu la camane esok. mesti akan gelak secara bergolek-golek macam badak sumbu masuk lumpur. memang sangat cantik menjadi tontonan ramai di zoo. wahh~! Badak pon ade tarikan ape. Doakan kami esok :)

The science 1 team :)

Haha. Cik Bunga Binti Cik Kembung


p/s: esk ade CLS ag~ Adoi~!!!!!

Tuesday, February 17, 2009

weekendssssss

4
Hello~!! dah lame (agak2 nye la kot) tak update blog. kerana encik sayang saya di sana dah mula bertanye kanapa tak update2 blog ni. eleh! dia pon same je, takda pulak mahu mengupdate blog dia. busy busy busy dan busy sangat lately. kerja tak pernah nak berkurang. tapi, hari2 jalan juga tak berkurang. kah kah kah. (baik korang gelak! tak gelak sila keluar sekarang! boleh tekan X kat sebelah kanan atas itu ok). Tiap2 hari mengadu domba (eceh!) kepada encik sayang. beliau pon dah naik panas telinga kot asik dengar "penat~" "tak larat~" bla bla bla... sekarang perkataan itu hanye macam sahutan katak2 selepas hujan sahaje. takda maknanye kan? kih kih kih.

weekend hari tu telah menglepak sekejap bersama kawan2 membuang tenaga menghabis kan duit. ops. sebelum lupa, sangat gembira kerana sudah tidak kering poket. takda perlu membuat muka-muka kasehan dan membuat nada2 sedih penuh kepalsuan kepada encik Hussin. Yang penting harus maintain kan nilai di dalam akaun sebelum habis semester. saaayang HEP, BPG dan yang sama waktu dengannya!! (ni macam tipu jew~). Telah mengkeluar mencari purse baru mengganti yang lama suda. purse yang di tunggu2 dari Pennsylvania takda sampai jugak. Hantar Twilight semata (Twilight sudah sampai di rumah!! Yeay~!). cis. Penat je cik Ain meredah lautan salji untuk mengpos Twilight tapi tak bersama-sama dengan purse beserta buah tangan yang di janjikan. isk3. Jugak sedang menunggu kiriman encik sayang yang di janjikan selepas bercuti di Kyoto hari tu. Tapi saye tawu, awak tak pos lagi kan? Ewah ewah! (sile take note ok encik sayang). Ok, berbalik kepada purse baru. sudah mentukar dan sangat gembira. YEay~!!!! Tidak jumpa purse yang diidam2kan pada entry sebelum ni, namun dapat yang lebih kurang.

Gembira walau tak dapat fossil yang diidamkan dalam entry lalu, dapat cik comel ni dari united colors of benetton


tak paham kenapa Syafa tak jumpa2 jugak kasut yang dia suka. Dari mid valley terus pegi pavillion, takda jugak. kalau ada yang dia suka, mesti takda saiz. saiz kasut paling kecik stakat ni yang saye pernah jumpe milik : Nur Syafawati. Saiz kasut: 3 setengah atau 3. Dari Vincci & Nose di midvalley, pergi Vincci & Nose pavillion pastu pegi lagi Vincci & Nose Sg. Wang, ada yang di sukai, tapi takda saiz. sian Syafa~. kecewa gila muka dia. takpe2, nanti kite cari lagi ye:) kih kih kih. masuk Hush Puppies di mid valley, pavilion & sg wang pon takda. Kesian weii~!!! (gile serius aku kesian ni, tolong la pecaya!). saya boleh bagi masa untuk anda2 menangis selama 2 minit kerana kesian.~

selepas acara lari dalam guni di pavy. *@surau*

kesian kat Syafa, tapi saye pulak yang TERbeli kasut (sila take note, bold di perkataan tersebut). Kepada encik sayang, i akan cube menjadi seorang yang tidak membeli barang jika keluar suatu hari nanti. jangan risau ye, i tak habiskan duit encik sayang nanti. kih kih. Gara2 telah mentengok kasut ini di vincci mid valley, telah berfikir secara panjang iaitu selama kurang sejam dan kembali mencari kasut tersebut di vincci pavy. rasanye sebab duit tak sanggup nak tinggalkan saya dalam waktu terdekat, takda saiz pulak kat sana. malang seribu kali malang, duit terpaksa pergi meninggalkan saya tatkala melangkah ke vincci sg. wang. hehe. and finally, saye sudah memperolehi sepadang kasut baru lagi. yahoooo~!! kih kih. Tak tawu ape tujuan, sebab kasut yang sedia ada pon tak terpakai lagi. takpe, simpanan masa depan. i simpan wat kawen ye sayang. kah kah kah XD (langkah2 penjimatan).

kasut oh. mungkin akan tersimpan dalam kotak saja. corak2nya mcm terlalu menarik perhatian orang saje. segan sungguh.

ok. sudah tiba masa untuk sambung buat CLS. tiap2 malam pasti akan bersama CLS atau PKK mahupon report untuk biology. terasa berat otak sudah mahu terima. Penat buat essay Science Inquiry berkaitan Piaget's Development Theory semalam, hari ni lecturer tersayang tak mintak. hati bagai di robek pisau dan di salai buat hati salai :( semalam sampai tertido di depan laptop hanya kerana essay 800 words tersebut. haish! malam ni harus berdiscussion membincang Bruner's Theory. Esok kelas CLS selama 2 jam. seksa menanti. purrkeeee~?!!!

p/s: 頑張ってください encik sayang!!!, just 2 more paper left. nanti bolehlah membuang masa bersama rakan2 anda. mahu bekerja di tokyo katanya dan i sudah mula rasa sedey~ di tinggalkan sekali lagi sama seperti sewaktu encik sayang ke kyoto. T_____________________T (menangis tiada henti.)

Thursday, January 29, 2009

mari baca~! mari baca~! Ribenna baru

0
wahwahwah..


banga bangga bangga. kerana sudah dapat menghabiskan sebuah lagi drama korea "Hello! My Lady". Gile kau! orang lain tengok series korea dalam DVD 2-3 hari je, aku 2-3 minggu. gile lame bertangguh. takpe, bagi aku procrastinate is not a crime! Kah kah kah. Kalo boleh jadi 2-3bulan pon lagi bagos, tapi apekan daye, pinjam DVD orang harus di pulangkan atau di serahkan kepada peminjam seterusnya. adil adil. untung-untung burn masuk DVD yang dibeli secara pukal di kedai peralatan komputer. :)

tadi dapat sms dari erly yang berbunyi "yang, taw tak camane nak buang caller ringtone?". soalan ni gile susah bagi aku. pada zaman arus kemodenan dan penuh dengan era globalisasi yang kian pesat berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan ni...(hoi hoi! sudah lah membuang mase untuk anda membace. tak penting semua tu!), point utama ialah; aku tak pernah ade caller ringtone!!! adekah aku creature yang paling ketinggalan di muka bumi ini? oh! mungkin. yelah. boifren aku pon dah ade buat caller ringtone. aku takde mahu mengikut arus kemodenan. haha. bingit telinga kau tahu! orang mahu mengcall mencakap bende yang elok-elok ataupon menyampaikan gossip panas seperti "duit dah masuk wei!" juge terbengkalai. hilang mood u know! dulu-dulu pernah lah teringin memapakai caller ringtone, tapi... memfikir ayah aku yang setiap hari akan membuat saringan telefon, tidaklah sanggup membuat telinga nye kurang dengar hanye kerana caller ringtone. kah kah kah. kesimpulannye: akulah manusia yang takpernah ade caller ringtone dan mungkin takkan pernah ade. HAHAHA.

esok akan membuat entry (mungkin) tentang keajaiban rambut pelakon2 drama korea. rambut mereka sangat menggodalah. macam Kelvin si penjual warranty, tingkat 9 Times Square ok! kah kah. kesian Kelvin. mendapat glamor sacara free dalam blog saye. takpe. beliau pasti bergumbira. beliau juga baik hati pada saye. harus mempuji selalu. kah kah kah.

btw, sejak hari ini, mungkin sudah ramai rakan-rakan kepada boifren saye menlalu di blog saye. harus mengkena kan tol ni. sejak boifren saye dan memblog, mereka pasti lalu. mengapakah? indahkah blog saye? kah kah kah. memang indah, macam saye juge. hehehe. pelbagai name2 tempat yang pelik di Jepun muncul di Traffic saye. rase mahu menggelak saje melihat name2 tersebut. kah kah kah *tegolek-golek*. Have Fun blogging sayang! :) memblog sambil memain gitar, memang lah sayang nih takde kerja. silelah belajar! kah kah kah.

mahu tidur dulu. esok harus selesaikan sedikit tugasan. mengape? mengape harus ade assignment yang tanpa mengenal penat lelah saye. purkeeee???!!!!! kah kah kah. *gile malas kau, zatie!" HAHAHA.


p/s: mimpi indah bersame putera-putera idaman. memetik buah kelapa sambil menyanyi "ella ella eyh eyh eyh" (mimpi pegi tengok Rihanna Live in KL). kah kah kah

Wednesday, January 28, 2009

Buai laju laju~

4
sehari bersama cikzatie..

mari mari mari.. mari baca! gile takde modal. sejak dua menjak, tiga menjak, empat menjak dan 10 menjak ni, semakin malas untuk update ape2 entry pade blog ini. yeah~! cikzatie sebenar sudah kembali. akan malas mengupdate blog dari sehari ke sehari.

tujuan mengupdate entry kali ini adelah untuk;

mempromote buku abang saye yang ke-2. bagi bloggers sekalian, beli beli beli. murah murah. saye promote dengan harapan saye dapat komisyen jugek~! (tapi sebenarnye tidak! yillek!) HAHA. ingt free ke saye mengkerah tenage mentype entry ini selain daripada mempromote diri sendiri. KAH KAH KAH. kau takkan lah tak taw yang aku memang suke promote diri sendiri kan. tayang muke kat blog tu perkara biasa. lagi biasa untuk mentayang muke pada khalayak ramai di jalanan pada weekend. ok ok. kau dah lebih! sile pulang ke pangkal jalan skarang! Hehe.. buku nih boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran. saye pon tak tahu lah kat kedai mane jual. cubelah cari di MPH ke, Popular ke, Kinokuniya ke, kedai buku Pustaka Seri Intan ke (feveret pastime mase di alam hingusan). ni kulit depannye ok!

ini contoh muke depan (tak cantik aku edit!)

buku ni adelah buku kedua beliau (eceh!). geli lah menggunakan beliau. kepada yang baru pada blogger, (contohnye; yangyang) bolehlah dapatkannye di pasaran. saya dapat free sahaja. kah kah kah. itulah faedahnye apabila pandai membodek abang sendiri. banyak faedahnye. contohnye dapat pulang ke kampung dengan menumpang kereta beliau secara free :) syukur alhamdulillah, saye takde adik lagi! Yahoooooooooo~!! duit boleh simpan buat kahwin. Hehe. gatal gatal gatal!! keluar skarang! Harga sejibik buku ini, taklah saye tahu berapa, tidak mendapat kepastian. bayar mahal pon takpe lah kan, lagipon penulisnye masih single and availabe. Hehe~ mari beli! mari beli! mari beli! yeah~! kepada yang belom mendapat nafkah seperti saye, simpan lah duit untuk beli, sikit-sikit lame-lame jadi bukit. saye merayu untuk segera mambagi duit kepada saya wahai government! poketku hampir kosong~ T_________T menangis bagaikan tiada lagi esok. cewah!

next! next!

hehe, next ialah untuk memberi bukti kepada enchek anwar mudzaffar bahawe saye telah mentengok eclips dengan jayenye. dengki lah tu! gerhana matahari. berkali-kali dalam seumur hidup tapi masih tak puas. HAHA. gile tamak!


gigit jari lah yangyang hanye kerana snow

tapi.. gambarnye kureng elok kerana hanye amatur yang mengambil gambar ini. iaitu abang saye itu lagi. kalau saye yang ambik, sure very the vogeh punye gamba. KAH KAH KAH. sangat excited lah kami sekeluarga. yeay!

lagi ialah mengenai keluarga. berjanji mahu pergi piknik hari ini, tapi macam tak jadi je sebab abang saye yang lagi satu mengalami diarrhoea. eja betul betul~ D.I.A.R.R.H.O.E.A. sejak skolah rendah fail nak eja nih. Hahaha. oleh itu memain sahaje bersame-same anak buah saye di rumah.


beliau bercakap 24/7!!

ok. dia sangat nakal dan suke merajuk. hish! sangat tak terlayan apabila bercakap dengannya. juga tak terlayan apabila melihat die merajuk. sangat fun cuti saye kali ini kerana harus bercakap sepanjang mase. lagipon ni memang hobi aku kan? HAHA.

oit! cik zatie, sila pulang ke pangkal jalan. saye mahu menyelesaikan semua kerja kerja yang memang sengaja di tangguhkan. hehe. aku kan suke procrastinate, kau jangan sebok! kah kah kah. mengapa harus belajar perkembangan kanak-kanak? nak berkembang pon kene balajar ke?! haish. takpe takpe. untuk mase depan anak aku jugak nanti. takdelah di marah setiap hari. haha.

akan meneruskan cita-cita membuat kerja, tu pon kalau tak di goda oleh cerita-cerita best. macam di goda oleh kehenseman rambut Kelvin si penjual warranty. hehe. tingkat 9 Times Square ok! sile pergi membuat lawatan sambil belajar. mahu saye menjadi tourist guide anda pon boleh. dag dig dug jantung i! ouch! haha. tiap-tiap hari ke Tingkat 9 TS pon boleh. same macam tiap-tiap hari ke kedai waffle di Sunway hanye kerana mahu menikmati pemandangan indah cashier di sane. haha. gile gatal kau! ok. sudahlah membuat onar. ingat Tuhan! ingat boifren kau! hehe. ampun~

mari makan! challo~! :)

p/s: gile rindu nak makan waffle sambil menjamu mate di Sunway. bulan 6 ni jom! bersam2 wani dan ain pasti sangat seronok!. yeay! cheng cheng! nak limau!


Monday, January 26, 2009

Quick Update

1
baiklah. jom kite lari laju-laju kerana ini adelah quick update. jangan buang masa untuk bende yang merepek-repek. nanti tak cun dah kalau asik membebel macam nenek umur 100 tahun

+ semalam berkereta bersame-same abang saye. yeah~! kami berdua bangga apabila sesat dan ditinggalkan oleh kereta abang saye yang sorang lagi (banyak btol abang aku!). KAH KAH KAH

+ anak buah saye, umar muadz memang tak leh diam. 24/7 die hanye bercakap.

+ Semalam, berlaku insiden mambaling kerusi oleh Umar di kedai peralatan komputer di Jusco Setiawangsa. malu den malu. Nasib baik abang hensem kedai tu senyum je bile maksunye yang cun ni pergi mintak maaf. buat lagi skali maksu tinggal!!

+ kemudian pegi minum ais blended chocolate dibelanje oleh abang saye. mulelah menggigil sebab air-cond kat tu sejuk sangat dan ais blended itu diminum dengan rakusnye. kih kih kih.

+ 2 hari lepas pegi kedai warranty dekat tingkat 9 Times Square. Tokeynye bernama Kelvin sangat peramah. jatuh begolek hati i u~ dup dap dup dap. HAHA. Alhamdulillah semua settel. Happy Chinese New Year Kelvin! :)

+ cita-cita untuk tidak membeli baju baru berkecai apabila masuk Butik Playez. KAH KAH KAH. Kan dah cakap, jangan caye kat cik zatie!

+ tadi mentengok gerhana matahari berlaku. wah wah. sangat teruja. sebelum ni, pernah tengok gerhana matahari mase skolah rendah saje :) akan mengupload gamba yang kurang menjadi. HAHA

+ sekarang mahu mentengok SPA Q :) akan bercerita dengan lebih lanjut apabila sudah mempunyai masa dan mood yang begitu teruja untuk membuat entry.

p/s: kepala sudah pening kerana memfikir pasal Local Disk D saye yang saye telah bangganya memformat! aduyai~!

Friday, January 9, 2009

less than 12 hours..

8
hari ni adalah hari last dekat rumah. u see, esok saye perlu membawa diri ke tempat asal. macam malas betullah. hari tu macam excited je nak balik cheras. namun, hari ini, waktu ini dan saat ini, hatiku terasa sangat tidak rela mahu kembali ke sana. ops. sorry, terlebih sastera. yelah, TRet cakap, saye sepatutnye jadi cikgu bahasa melayu kerana tidak mempunyai jiwa seorang cikgu sains. cis cis cis. tapi, itu memang betol. jika mahu menterbalikkan ayat, aku boleh lah. tapi kalo suruh aku terbalikkan formula semua, anda jangan haraplah aku mampu. hanye mampu melihat dan terkebil-kebil melihat formula tu diam tanpa bicara. eceh! kah kah kah.

sorry lah Ret, kalau aku expert dalam BM nanti, takdelah aku mentulis blog pulak, akan aku hasilkan novel cintan cintun lah pulak. baru berjaya dengan maju ke depan. membina wawasan 2020. yeah~! HAHAHAHA. ok, cakap pasal buku, korang bolehlah dapatkan buku abang aku kat pasaran. harga aku tak taw. buku ni aku promote for free taw. die tidak membayar aku walau setitik air pon. kalau mintak tolong die beli burger ataw top up, die akan beli for free. kire upah la tu kan. buku ni sesuai untuk golongan yang mempunyai talian persaudaraan dengan komputer dan sewaktu dengannya. aku pon takkan bace sebab aku tak paham, bace pon tak berkesan dek otak aku yang berkarat ni. hehe.. buku ni dah lame kat pasaran. mungkin akan keluar lagi satu buku pada tahun ni. dengar2 pasal 'blog', tapi tak tawlah aku. die takkan memberitahu aku pon. nanti dah siap die suh aku beli je. kah kah kah. cis punye abang.


2 bulan rase sangat sekejap u know! tibe-tibe dah perlu membebankan otak dengan pelajaran again and again. for this coming semester, akan kembali bertemu dengan lecturer biology yang kami sangat gentar. cewah! betol i tell u. kalau tak boleh jawab soalan, kami2 bakal di hadiahkan dengan kata-kata yang agak kasar dan akan didenda dengan secukupnye. tak tipu punye. last sem dah kene wat exercise dalam kelas die dengan percuma sekali kerana tidak dapat menjawab soalannya dengan pantas. kah kah kah. aku nih berfikir pakai otak paling dalam kau tahu, payah lah sikit nak menterjemahkan nye kat luar dengan sepantas kilat. seperti cakap Siti, ketika cuti ni lah kami perlu mempersiapkan fizikal dan mental bagi menghadap beliau pada semester depan.

tak boleh nak imagine lah 12hb ni. sangat rindu kawan-kawan. taknaklah kite separate :( pulang ke cheras bermakna saya akan meninggalkan rumah yang tersayang, makanan free dan sedap, tv yang bisa menggegar otak, kucing2 yang comel dan paling penting talian internet yang laju. owh owh. tak dilupekan, ibu bape yang terchenta. dont worry, i'll be back soon :)

btw, cuti ni takde la sangat tak bermanfaat. pegi holiday dengan family eventhough takde la lame sangat. tapi sangat seronok:) and as my friend told me, "zatie, cuti kau abes 3/4 untuk tido SAHAJE". haha. HEllo~! takde lah. aku banyak jugak buat kerja-kerja berfaedah ok! kerja-kerja amal jugak di buat. kerja amal untuk menonton sehati berdansa. tak lah mengvote atau ape2, cume aku tengok program tu, kire macam memberi sumbangan jugak lah kan. bill astro kene bayar jugak ok, walaupon tak mengSMS. tiap2 hari mentonton rancangan yang best sahaje. memilih lah aku nih! pukul 2.30 mesti nak tengok Jelita sebab hero die comel. KAH KAH. sayang, hope u did not read this enrty =P petang lagi, mesti tengok spa Q, sebab macam ramai je orang gedik dalam drama tuh. makin hari maken menyampah dengan watak Qistina, kalo taknak tu, jangan la layan. gedik gedik. oh, bukan salah die. dah director die suruh buat macam tu. hehe. malam usah kirelah. semua cerita aku dah hafal pukul berapa ok! HEHE. mak aku cakap, takpe tengok tv, jangan jadi kutu rayau =P tapi sekarang, sangat tak puas hati kerana masih blom dapat HEROES SEASON 3. tolong lah kawan2. silelah sampaikan pada saya :) HAHA

everytime rase cam bosan, aku asyik keep on watching the same movie, twilight. KAH KAH KAH. Ye lah, sape suruh si Robert Pattinson tu hensem and cool sangat dalam movie tu. sangat cool i tell u. suke cara die treat Bella. mata die sangat... ouch! bisa menggegar jiwa. hehe. even die pakai contacts kaler brown2 camtu. takleh blah mase Bella tanye "did u wear contacts?" and die reply "no". HAHA. kebenarannye, memang nampak la wei ko pakai contact!! dah terpakse kan? The hot vampire tu suppose to have a brown eyes. but Robert have blue-grey eye colour and sometimes, orang cakap nampak macam green, orang la cakap. kalau aku, aku still cakap die hot. haha. (marahlah boifren aku kali, ni. ampun sayang!!) HAHAHA. Ain, aku tunggu novel Twilight yang di janjikan bersama2 dengan hadiah untuk aku. i keep your promise. kih kih kih. i'll wait the souvenir from u also sayang. kih kih. murah rezeki aku :)

masih ade kurang 12 jam untuk bergembira disini. i'll have fun here sementara masa masih ada:) yeay!

hakim & iskandar

atok & hakim

kak long & sis-in-law, kak ta



p/s: si comel keguguran. sian die. dah la pernah hilang 6 ekor anak sebelum ni :(

Friday, November 21, 2008

just for laugh :)

0
its something.. just to clear your mind.

take a break, have a kitkat:)

1: ape yang hitam dan berpeluh?

2: bende ape yg masuk segitiga, keluar bergulung?

3: scorpion tu, kaler ape?

4: 4 orang awek cun berpayung dengan hanye satu payung, tp kenape tak basah?

5: kenape penggali kubur xpakai selipar semase gali kubur??

6: dari A sampai Z, huruf ape yg boleh kawen?

7: negara mana yang banjir dlu, sebelum hujan?

8: negara manekah yang tak mempunyai jalan?


ade penyelesaian?? fikir-fikirkan..

setiap kali hidup kite selalu bermasalah.. Eventho we know that we've shouldn't do something stupid, but we keep doing it. Neither me, nor u.. we've all done something bad in our life.. we're selfish, trying harder to get something that we know, it's hard to catch it.

but..

sometimes, its work! very vogeh d' vast! fascinating! we laugh.. we smile.. but we dint know that the other stupid thingy is keep waiting, in front of us, to make our lives miserable. then, we keep asking, WHY..?? we just sat, and keep waiting for fate. we dint try to change our destiny.. jangan salahkan orang lain, kalau diri kita ditimpa masalah... as for me, its a reminder!! :)

p/s: jangan lupe diri...


 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥