Showing posts with label the laugh. Show all posts
Showing posts with label the laugh. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Dear bestfriendss :')

0
I am not in 'that' mood to blog.




Exam's coming. Nothing much. Have to revise all the two Earth & Space books which I can't recall when is the last time am using it. Hmm..




See.. it took almost half and hour to write ONLY this. Lama-lama aku abaikan terus blog ni -____-"




baiklah baiklah.


Dear bestfriends and good friends,


Congratulation ! How it feel to finally finish the degreee?? Heaven? Dangg! I hate you!




HAHAHA It is not yet official, but heyy just in a few days/months lagi. Takda bunga, tapi ada satu senyuman yang ikhlas. ^____________^ 

Nahh! don't mention it!


Nanaa & Ain :')
Congratulationnnnnnnnn!!

@Nanaa Tahun ni tak sempat lagi nak jumpe :'(
@Ain welcome homeeeeee!! :')

Tuesday, May 25, 2010

LOL

2
Calon tidak dibenarkan untuk berBlogging. Peperiksaan sedang dijalankan.

Jangan click 'new post' sehingga diberi tahu.


 lol. yes, i'd tried but i just can't (-_-)"
credit: tumblr

p/s: 2 paper left!*anatomy & english* yeay! then i'm gonna rock the world. HAHAHA

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri

5
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua ummat Islam seluruh dunia

Ampun maaf dipinta jika pernah tersalah kata, terlajak laku atau sebagainya.


Salam Aidilfitri :))



p/s: masih berfikir² untuk membuat blog ini private dan hanya untuk invited readers. macam mana?

Saturday, September 5, 2009

bamBAMbamBAM

9
akhirnya, akhirnya, dan AKHIRNYA!!! habis jugak minggu ni. Penat yang teramat sangat sungguh dan sekali. T__T Banyak assignment, report dan yang lebih kurang sama waktu dan sepadan dengannya kene submit minggu ni. Tell u what, sape suruh tak buat kerja waktu cuti??!! HAHAHAHAncur! Otak pada waktu ini separa sedar. mungkin hanya 20.11% yang conscious, percent yang selebihnya dah black out, ting tong dan yillek!!!


Semalam orang dah bangun tidur balik aku baru la terhegeh² nak tepuk² bantal, minum susu. SUSU??!! eeuuuww.. ! okey tipu, aku tak minum susu pon lah. Minum Ribena habis 2 kotak, Twister orange satu botol.  lepas tepuk bantal 2-3 kali, tak sedar dah aku ade kat alam mane. black out sebab tak bayar bill. T__T . jeng jeng jeng jeng jeng ..... !!! dan keesokan paginya membawa sengsara dalam tandas. Nasib baik lab start lambat! HAHAHA. Ape² pon, kelas petang amat cuak sekali apabila telah di sound oleh pensyarah yang berlabel 'COOL and FUN'. "Hah, you! Kenape lambat??!!" HAHAHA. dan adegan mengeluarkan sedikit idea bersama² sedikit muka belas kasihan telah berlaku. *Ting* Die dah start gelak balik, phew! Lega ...!!

okey okey. sepanjang seminggu sengsara tapi seronok makan nasi kukus ayam dara setiap hari sewaktu berbuka puasa memang takda masa nak update blog. eh! ade lah. kononnya emosi la. ala......!! yang tu, tu. HAHAHAHA. Facebook pon nampak tak tergoda dikala mata dah angkat bendera putih mintak surrender. Orang lain pon dah bangun sahur. Motosikal Pakcik guard kecik² comel pon dah bebunyi, pakcik guard kecik² comel dah start bukak gate, pakcik guard kecik² comel pon dah start... eh okey². point utama dia, aku nak cakap pak cik guard neh kecik² comel. nevermind, kite abaikan pakcik guard kecik² comel yang SKEMA!! grrrr ...! *sigh*

Hari tu macam banyak benda nak tulis dalam blog, tapi hari ni macam banyak benda dah lupa nak tulis. HAHAHA. Otak di paras bahaya. Teeet..!! Teeet...!!! (bunyi alarm tanda bahaya macam dalam filem omputeh yang lari² sebab takut bangunan meletup). Eh, esok nak keluar ...!! Nak keluar ...!! ayokk! kantoi ngan anak Pakcik Hussin yang lain. *okey², esok mane ade nak keluar. mane ade!! ayokk~* (cover sikit okey). Nanti anak² Hussin yang lain akan meng'sms' lagi "Ho!! klua g mana??!!!*. mule la ketaq jari, cramp kuku nak jawab keluar pergi berjumpa dengan teeett!! HAHAHA. dengan bakal anak Pakcik Hussin (insyaAllah) *okey, boleh ngucap skarang! MasyaAllah adik aku, gatal*. HAHAHA. Esok akan berusaha mencelik mata dengan MENtahan dari tidur berlebihan. Kalau tepaksa tahan pakai pencungkil gigi pon aku sanggup, bukan senang nak dapat macam hari esok dalam setahun okey. :)) esok kepada esok ataupon lebih senang panggil lusa, aku guna pencungkil gigi sama nak MENtahan mata siapkan assignment lain. Oiii!! lagi tiga tahun nak grad, aku pakai pencungkil gigi samalah. HAHAHAHA. aku dah nak gila. T____T

Tanak lah sambung tulis lagi, sebab otak orang lain pon bersimpang siur tak jumpa pasar kang esok nak beli sayur lepas baca ni. Nak pegi baca surat khabar semalam yang beli tak terbaca pon lagi. Aku memang lambat sehari bab² berita neh. HEHEHE. nanti kite berjumpa lagi okey. daaaa~

 
perempuan² ini sedarlah bahawa aku suka tengok gamba neh. tengok skali boleh gelak 3 hari in a row. :))
 
p/s: tak buat lagi tag dari cik nat. nantilah okey :)) mungkin anda tahu jiran anda ni mengalami symptom² gila sekarang :))

Wednesday, August 26, 2009

friends are sweet, shoes are gorgeous

9
what a day. ohh. selamat berpuasa hari ke 4 :)) keseronokan dan kenikmatan mungkin berbeza bagi setiap individu. yang penting, segala yang dilakukan adalah ikhlas serta mempunyai niat yang betol. oh! look, hari ni bukan nak sebok bukak kedai kopi cerita pasal ramadhan. memandangkan hampir semua bloglist kat sebelah ni cerita pasal ramadhan, aku rasa tak perlulah lagi nak tokok tambah cerita. nehi nehi.

sehari sebelum semua umat islam menyambut ramadhan, dan sehari sebelum Idiey berangkat untuk pulang ke Malang, dan sehari sebelum Mira berangkat pulang ke Kerteh untuk bekerja, dan sehari sebelum aku dan TRet berehat-rehat secara senang di rumah, kami telah membuat agenda berjumpa secara sakan. Selepas entry ini di buat, dengan lebih cepat dari cahaya aku begerak untuk besiap. Terleka sangat buat entry untuk blog kesayangan kan :)) Bila empat perempuan ni bejumpa, jangan mimpi untuk sesiapa yang berdekatan untuk rasa tenang dan aman. Harap maaf, kami takkan benarkan. KAH KAH KAHsihan. Daripada dalam kereta lagi, sampai ke tempat² yang dituju mereka becerita macam duduk bebatu jauhnye. Kalau tak tahan, gegendang telinga pon boleh pecah. Susah nak buang tabiat ni T___T tambahan lagi tak jumpa dah lama, semua macam ulat bulu tetelan daun ganjalah nampaknya. makan free memanglah seronok, ABC, sotong celup tepung dan Chiken Chop. perghhh!!!. Beribu-ribu lemon terima kasih TRet & Idiey. Tahun depan boleh blanja lagi. HAAHA. kalau ada ikan paus celup tepung pon boleh habis ni. sambil bercerita hal masing-masing semua makanan dah kering. masalah yang kami hadapi mase bercerita ni tak lain tak bukan nak mencelah. kalau dah cerita, memang tak ingat dunia. kalau boleh nak cerita dengan satu nafas je, tak nak bazirkan masa punya pasal. memang kagum dengan kawan² yang tak mampu untuk berhenti bila dah mula membuka cerita. T_____T


ohh. aku memang suka selit gambar vain. HAHA


kawan² memang sangat manis, kalau terlebih manis nanti dapat penyakit diabetis pulak. Tapi, dont worry, kawan² manisnya. manis yang selamat. Tapi macam mane kalau gula² anda buat muka annoying macam ni tengok gamba anda? KAH KAH KAH



okey. aku maafkan korang. sabaw je lah. HAHAHAHA. semua dengki sebab aku ada harapan untuk mendapat hadiah besar dan mahal nanti :)) walaupun saingan semakin sengit dan aku bakal ditewaskan, aku akan berusaha secara keras dan bersungguh² bagi mencapai cita-cita yang dihajati. HAHAHA. dengan kuasa bulan, aku akan menghukummu!! HAHAHA.


ohh. tak cerita eh jumpa 2-3 orang lagi kawan sekolah. introducing, penyu tercekik.




eh? name skemanye sangat baik, so tanak letak. HAHAHAHA. dah hampir 10 tahun tak jumpa, at last dipertemukan di pantai. memang muke tak berubah sangat, rambut je banyak berubah. Banyak sangat study katenye. HAHAHA. Korea takda syampoo kot. Kalau nak kirim salam kat Joo Ji Hoon boleh lah gtaw dia. auuww! Joo Ji-Hoon kacak! Takdir jugak mempertemukan kami dengan enchek iju. tak pernah jumpa sejak sekian lama. sebok belajar la kot. lagipun, jarak memisahkan kita. eceh! HAHAHA. rindu juga :))

okkey, semuanye indah2 belaka. sekarang dah rindu balik nak jumpa T_____________T


take care guys. blaja rajin sikit, jangan asik pegi jalan² je. HAHAHA

ohh. entry ni dibuat dari pagi sampai petang baru siap. 3 dalam 1. buat entry baru + buat assignment + survey kasut kasut & handbags. ohh! nak kasut & handbag baru~ o_O




kasut² Nine West ni memang cantik. Malangnya price dia sangat mahal, mahal dan MAHAL. omaigod. kecewa betol. pleaselah, kalau ade readers yang baik hati, bolehlah sediakan hari lahir penulis dengan kasut² atau handbag dari Nine West. Nak Bagi hadiah birthday awal pon takpa. I memang suka. Hehe.


okey. masa untuk buat kerja lain. have a nice day ppl. take care ♥ ♥ ♥

Sunday, August 23, 2009

keGEMBIRAan

2
Hari ini boleh consider sebagai hari yang gembira. ohh. gembira okey! gembira untuk BFF. Finally the day has come. Aku dah lame tunggu hari ni. And i'm happy she's told me earlier. sorry la, aku dulu mungkin ambik masa sikit T___T. i'm happy for you!! wooohooo~ Harapnye nanti kite dapat bekumpul bersame-same okey! :)) walaupon kita semua tak berada berdekatan, harapnya nanti kita dapat berkumpul lagi macam dulu. selamat berpuasa okey. ain jugek~ selamat berpuasa di sana. walaupon kita terpisah beribu batu, harapnya kita semua takkan melupakan sesama sendiri :)) selalulah update okey!


ain ♥ me ♥ nanaa ♥ zana


ohh. Hari ni jugak birthday my friend's son. najmi saufi :)) Happy 2nd birthday! Sekejap je rasenye, sekarang dah masuk usia 2 tahun. congratulation mommy and kecik.


kecik yang comel :))

Friday, August 21, 2009

hello world!

0
ohh. finally, its holiday!! wuuhuuu~!! otak dah penat tiap-tiap hari pergi sekolah fikir nak buat ape hari tu. macam takda kerja sedangkan, kertas assignment dah menimbun dan meninggi boleh buat bangunan sebelah klcc (meh la nak lawan wei!). masa untuk membuat kerja kurang berfaedah ketika cuti. HAHAHA. banyak cerita okey, tapi malas nak cerita. bile otak macam tak centre, macam ni lah manusia merapu.


ok². malas nak cerita panjang-panjang. petang ni akan keluar bersuka ria harap sampai jangan tak ingat dunia. teman wanita terpaling best dah buat perancangan yang menarik untuk membukak kelab gossip terpaling best jugak. sape cakap facebook terpaling best? jumpe teman wanita-teman wanita pon terpaling best jugak. same macam pergi dating dengan teman lelaki terpaling best, mentonton wayang terpaling tak best di mid valley terpaling best. HAHAHA. aku saje nak buat kepala korang ting tong sikit. walaupon pergi dating sekali setahun terpaling best, kami tak posing terpaling best pon untuk gambar terpaling best. HAHAHA sorry ye, nisah. next time mungkin. :))


waktu di rumah sekarang adelah terpaling best. waktu pulang ke cheras jugak waktu terpaling best. eh? best ke asik buat entry emo je? HAHAHA. entry emo tak leh lawan okey. HAHA. eh, pergi genting dengan kawan² pon terpaling best ape. HAHA. tak de gambar pon lagi kan? haha. okey, here they go~




terpaling best ah!!


HAHAHAHA, everything wus FUNNNNNN!!! true or dare juge fun. HAHAHA.


2 hari 1 malam seronok sungguh. mahu pergi lagi!! wuuhuuu!!!


ok. perlu bersiap untuk keluar dengan teman wanita-teman wanita. hoho!! sangat rindu untuk bergossip. eceh, gossip girls konon. menyampah la wei. blah la wei! HAHA


p/s: bahasa rojak dan rosak seorang yang sedang bercuti. HAHA

Wednesday, June 17, 2009

Terkenang

3
Minggu lepas, Ain datang rumah bersama sama dengan seguni buah tangan. Buah tangan yang melibatkan hadiah ulang tahun dan sebagainye. Macam biasa, dia dah buat rumah aku ibarat rumah pertama dia dan aku sebagai amahnya. Malangnya dia terpaksa join aktiviti keluarga untuk mengkemas rumah sempena majlis anak buah aku, Daniel Haiqal. Dia dengan gagah perkasa telah membantu mengemas rumah dan menyediakan ape yang patut. Ceh, tunjuk skill la tu. Sambil mengemas die jugak sempat tunjuk skill untuk ayat anak buah aku yang berumur 3 tahun, Luqman Nur Haqim. Sampai skarang anak buah aku fobia untuk mentengok makcik Ain yang gelak kuat macam hantu. Dia jugak takut makcik Ain bawak balik H1N1. HAHAHAHA :))

ni adelah sebahagiannya.


sewaktu majlis yang dilakukan awal pagi. *adeyh*

Setiap malam kami akan bukak cerita hot lagi sensasi bagi menemani mimpi kami. Puhhh. Sedap lagi daripada ayam dekat KFC tu, tapi takleh lawan nasi Mak Som jual. Kalau gossip sampai lupa semua. Setiap malam jugak aku tak takut nak tido sepanjang Ain ade dekat rumah. Magic betol. Teringat pulak yang kami memang suke melakukan aktiviti malam bersama sewaktu di asrama dulu. Tidur sekatil memang pasti berlaku setiap malam. HAHAHA. Tapi aku normal okey. Kami tido berdua di atas katil yang cukup luas untuk kami yang kurus pada waktu tu sebab kami memang susah dan takut untuk tido. Bila ada waktu terluang, kami membuat lawatan sambil bercerita ke rumah wanie. Cerita zaman higus yang keluar mencurah-curah ke ladang gandum dulu semua korek balik. Cerita dulu-dulu yang mengguris jiwa dan mensakit hati, hari ni dah jadi cerita lawak pulak. Kami-kami menggelak dengan kadar yang sukar di kawal mengkenang zaman otak yang cuma boleh guna 1/4 je dulu. Semua yang pahit sudah jadi manis :)) *ting* Magic betol lah.




kawan-kawan otak 1/4 :))

Ain sudah pulang ke rumah dia lah. Mane ade lagi kat rumah aku, sebab tu sekarang ni tiap-tiap malam susah nak tido. HAHAHA. Bukan penakut, tapi kurang berani :)) Thank you friends, anda membuat hari aku (you make my day) HAHAHA. Mempunyai kawan gila, kurang waras, sewel petala ke 12 dan menseronokkan seperti mereka membuatkan hidup jadi lebih terkawal. HAHA. Aku perlukan gossip-gossip, cerita sensasi dari mereka ibarat memerlukan dadah berbentuk dadih. :))

p/s: hargailah rakan-rakan anda walaupon otak mereka kadang-kadang lebih kecik berbanding dari biasa. Mereka sangat fun dan boleh membuatkan anda berada di alam fun mereka :)) dan juga berkawanlah dengan mereka walaupon suatu hari nanti anda tahu mereka akan kurang kurus. erk..

Tuesday, June 16, 2009

Tag - intanGIBLE

7
Peraturan: Jika anda di tag, adalah sunat muakad untuk anda menulis 25 perkara yang masih anda ingat semasa anda zaman kecik2 >.< . Di penghujungnya, sila lah memilih 5 orang untuk anda menetag. Serta jangan lupa untuk menetag orang yang telah menetag anda. Jika saya menetag anda, ini adalah kerana saya mahu mengetahui lebih lanjut berkaitan kenangan anda semasa zaman comel2. Terima kasih (bahasa jiwa bangsa).


wah, sudah lama mensimpan tag khas dari intanGIBLE ini. Sorry baru sekarang baru berkesempatan nak buat. intanGIBLE atau nama sebenar Intan Diana merupakan ex-roommate aku sewaktu terbuang jauh di Changloon, Kedah. Merupakan seorang roommate yang merangkap bed-mate (oh?) dan desk-mate ketika di dalam bilik. Kami gemar menjalankan perang saudara sebelum tidur untuk mentengok siapakah yang akan berjaya menakluk kawasan katil secara besar-besaran. Selain itu, walaupon suaranya tak diiktiraf oleh masyarakat dunia, kami (including Nadia & Ain) sudah melantik Intan sebagai radio bergerak C1-T1-11 bagi memeriahkan majlis makan-makan dalam bilik. Makan malam kegemaran Intan serta kami bertiga selaku roommate yang baik hati adalah nasi kosong bersama-sama dengan telur dadar masak kicap. Beliau juga suatu ketika dahulu addicted untuk bermain gama Bounce di dalam handphone saya dan kerana beliau juga, akhirnya game tersebut sudah mencapai level tertinggi *tepuk tangan berapi-api*. Intan juga adelah lecture-mate aku untuk semester pertama di kMk. Beliau sekarang sedang meniti hari-hari kurang ceria tanpa aku di Pahang sana. HAHAHA. ok, cukup sebagai pengenalan. :))


intan+zatie+nadia+ain

Perkara sewaktu saya kecik:

1.aku suke pergi Tadika sebab tadika dapat makan sedap-sedap dengan kawan-kawan pulak tu, lepas tu balik rumah show-off dengan kakak cakap hari tu makan bubur nasik yang cikgu buat best gile. Tujuan asal adalah untuk suruh kakak aku masak bubur tu lagi sebab perut mase tu penuh dengan cacing, makan sikit pon tak cukup. alah, mase kecik pon dah tahu tag line "sharing is caring". HAHAHA

2. Tak suke pergi Tadika bile ade pemeriksaan gigi. sebab tu la gigi skarang tak cantik, belapis-lapis! Hampeh!

3. Tak suke jugak pegi Tadika bile aktiviti minum susu. Aku tak suke susulah!! eeuuww!

4. Dulu suke duduk atas pagar rumah jiran saye sebab pagar die best! HAHA. Ayah da pesan jangan panjat, tapi mase tu lupe korek telinga kot. Ayah nak pegi kenduri, panggil aku kat rumah sebelah (rumah idiey), nampak anak die atas pagar ngah bertenggek macam burung kasawari (eh?). Takut punye pasal, pusing sampai kawasan belakang rumah, lambat sangat sampai rumah, ayah aku da tinggal aku T__T

5. Dulu ade budak laki hensem duduk bejiran, mase tu hormon gatal dah ade kot bagi kanak-kanak perempuan. Terus falling cinta kat die (ehe.. malu). Tak sampai sebulan kot, rumah die kene pecah masuk. Perompak kebas habes barang sebab mak bapak die kaye. Lepas tu die terus pindah. Sampai hari ni dah tak pernah jumpe lagi, name pon dah lupe T__T

6. Dulu ade basikal!!! :))) tak payah ade lesen pulak tu. wuuhuu!!

7. Dulu rambut panjang mengurai (eceh!), ikat cantik punye! hari first masuk kelas kawan blakang panggil "eh, kuda!" cis, kuang asam betol budak kecik ni. HAHA.Aku kawan dengan dia sampai hari ni :))

8. Dulu suka main badminton kat rumah sebelah (rumah idiey lagi). Maen teng-teng feveret jugak! Balik rumah selalu dah maghrib. Pastu sambung tengok tv, buat relex je ayah aku suruh mandi. Kalau selagi tak habis Doraemon bontot takkan telepas dari kerusi. Mase tu pakai gam gajah nak suruh melekat. (tipu!)

9. Mase kecik suke tido ngan mak ayah. Orang lain jangan ganggu. Mak ayah pon fed-up kot. HAHA. dah la suke angkat baju lepas tu gosok perut sebelum tido (hanya untuk tatapan 18 tahun ke atas). Memang takkan feel nak tido kalo tak gosok perut. :))

10. Dulu pegi tadika, action konon macam artis pakai gelang kristal yang ayah baru beli dari Langkawi. Kat Tadika ade la seorang kanak-kanak perempuan ni pecahkan gelang tu. Die buat muka selamba terus pegi makan sebab dah masuk waktu makan kul 10. Aku pegi tanam sorang-sorang dekat sebelah tadika dengan menangis sampai keluar segala hingus, balik rumah takut gila. Nasib baik ayah tak tanya. Sampai hari ni rasa nak pegi korek balik tempat tu. huu~

11. Dulu ade sorang budak 5 tahun kat tadika tak kasi aku masuk darjah satu! dia boleh suruh extend lagi setahun supaya kitorang bleh darjah 1 sama-sama. wooot~ woot~ nampak sangat aku cool dlu. ramai peminat. HAHAHA

12. Dulu bukan suka sangat balik rumah. Suka duduk rumah pengasuh aku atau pon orang sekarang ni gedik panggil Nanny sebab kat rumah dia ade bela kambing. walaupon kambing busuk, aku suka kawan dengan kambing sebab waktu tu bau kami sama. :))

pheww.. banyak lagi oi!

13. Waktu sekolah dulu, setiap pagi sebelum pegi tution, aku dengan kawan-kawan akan race pergi beli nasi kat kedai Mak Som. puhh! nasi dia sangat mengancam. skarang ade lagi ke nasik dia tu?

14. Aku paling tak suka bila ayah aku tak dapat pegi ambik aku dekat sekolah, sebab aku tahu kena balik jalan kaki. Walaupon rumah aku takda la jauh sangat, tapi dalam panas tu setiap titik peluh amat bermakna. Boleh dehydration tahu! HAHAHA

15. Sebab tak nak balik jalan kaki, aku ambik keputusan nak pegi sekolah naik basikal dengan kawan-kawan. Pukul 7.15 pagi semua kene bekumpul dekat simpang tiga rumah aku, dan konvoi pegi sekolah. Mase tu tak tahu pulak ade gelaran minah rempit, kalau tahu kami dah join skali. (>.<)

16. Balik sekolah, tengok ade surat cinta orang tinggal kat basikal. Fuhh! Nampak sangat hot sejak kecik. eh, bukan. Nampak sangat gatal sejak kecik. HAHAHA

17. Mase kat sekolah, rase macam dah low profile tapi nak buat macam mane, ade 'orang tu' kate aku geng kelas atasan waktu sekolah rendah. Ceh. Nampak sangat gangster sekolah. 'orang tu' takut sebab die kecik je waktu tu. HAHAHA :))

18. Mase sekolah dulu, ade seorang kanak-kanak lelaki yang selalu cari pasal. Aku dengan baik hati bagi dia award. Baik kan? Aku bagi die award 'monyet terbaik'. HAHAHA. Tapi, die kasi jugak kat aku award. Tak nak lah cakap kat sini. Malu den! HAHA Cis betol. Sampai sekarang aku tak rase comfortable jumpe die.

19. Mase sekolah dulu semua cikgu kenal aku, sebab aku cantik, eh bukan. sebab aku pelajar terbaik. Eh. bukan jugak. Sebab mak aku cikgu kat sekolah tu. Kalau aku gatal sikit, guru kelas aku mesti report. T___T

20. Mase kecik-kecik dulu ade bela kucing berekor-ekor. Tidak terkira. Yang paling aku ingat Comel dan Cumi, kucing Parsi. Cumi mati di gilis kereta sewaktu bapak aku nak keluar. Kesian betol. Aku menangis sampai keluar semua hingus, kahak, dan yang pasti air mata. Pegi tanam belakang rumah, buat kubur cantik-cantik. Hias macam nak buat rumah je. Hish! dan akhirnya Comel hilang tanpa dapat dikesan. Nak report polis macam melampau je. HAHA

21. Mase kecik-kecik suke main kawin-kawin. Aku rase aku banyak jadi pengantin sebab aku rase aku cun. Kecik-kecik dah perasan. Astaghfirullahalazim.. T__T

22. Mase dah besar sikit, sebelum UPSR dah teringin nak pegi boarding school. Selalu bajet pandai. Ceh, sebenarnye tak pandai-pandai. HAHA. Demand betol. Dulu tak tahu boarding school lain, tahu SESMA je. Alhamdulillah, akhirnye form 1 dapat masuk SESMA. bile pergi SESMA, WTFish?!! Ceh. Kecik nye boarding school ni. Sesuai dengan tittle Sekolah Berasrama Penuh, SESMA memang penuh. Penuh dengan orang dan penuh dengan peraturan. HAHA

23. Mase UPSR orang lain semua busy study, aku dengan kawan-kawan busy main-main dan menggatal. HAHA. Emm, ade orang kene rampas surat cinta. HAHA. Yang pastinya, bukan aku. :)) Alhamdulillah, hari ni semua berjaya :))

24. Waktu darjah 3, suka main lompat getah yang ala.. "zero point" tu. HAHA. Pakai seluar track siap-siap dalam kain, waktu rehat buang kain terus main sampai lupa nak pegi makan. Kalau malas, masuk kelas pakai macam tu je, lupe dah dekat kain. Kene sound kat cikgu, buat muke selamba je. Gangster skolah katekan. Haish!

25. Mase kecik-kecik suke kumpul geng sebelum pegi makan dekat kantin. Makan mee sup kantin dengan nikmat. Takpon Laksa yang sedap. Nasi ayam/daging kat kantin sedap jugak. Selalu jugak dapat free atau half price sebab pergi dengan hot-mommy-intan sebab die ade hubungan saudara dengan Kak Yah (if i'm not mistaken).

yeah! penat mengerah otak dan membanting tulang untuk ingat balik perkara-perkara yang jadi waktu kecik-kecik dulu. banyak lagi perkara yang menarik tetapi biarlah aku simpan untuk buat buku bila tua nanti. Tak exclusive pulak nanti. Artis macam aku buat pendedahan dekat blog (bluuekk!). Haha. Have fun people, remembering what you have gone through all this while. Thanks IntanGIBLE untuk Tag yang inidah ini. :))



penat aku type, so mungkin orang di tag ini nak cerita jugak ape yang dorang lalui suatu masa dahulu. (eceh!):

♥ TRet


♥ Idiey


♥ Mommy


♥ Mira

Sila Beranikan Diri

3
hah? ape korang tak suke layout baru? HAHAHA. Like I care! Suke hati akulah, blog aku. Bukan korang bersusah payah menanggung sakit belakang menghadap komputer ibarat mengangkat 15 kampit beras pon. Ade bagi idea? Em, rase nye takda pon. Kawan-kawan terdekat yang baik hati bagai angel jugak yang bagi idea. Mengerah tenaga mempikir untuk pakai layout ni, bagai mengerah tenaga untuk menjawab soalan final exam korang bukan tahu pon. Aku pikir 10 zillion kali untuk membuat keputusan mempakai layout pink ni. Apekah kesalahan aku mempakai layout pink? Berdosakah aku pakai layout pink? Tidak cukup femininkah aku untuk pakai layout pink? Alam cyber tidak mentunjuk diri manusia yang sebenar. Korang nampak aku kasar di sini, tapi korang tahukah betapa lemah lembut, ayu dan feminin nya aku kat luar? (eceh! angkat bakul sendiri). Think twice. Don't judge people by looking on her/his blog. Pendapat korang semua memanglah dihargai, tapi there's nothing you can do if i'm really in love with my blog layout. Korang tak suke, boleh meninggalkan sedikit kesan kedatangan korang pada chatbox atau ruangan comment. Kalau rasa dah menyampah sangat, tak payah tinggal kesan pon takpa. I don't mind. I would love you to leave. HAHA

Ohh.. Mengenai tulisan yang agak kecik ni pulak. Oi! layout lama pon tulisan sebesar zarah ni jugak yang aku gune, takde sape complain pon except for the young-and-hot-momma. Yang bezanya, layout lama tulisan berwarna grey dan layout ni tulisan berwarna hitam. Sile jawab!! Em, semalam dia pon ade jugak complain tulisan kecik, tapi aku lebih suka macam ni. Kalo aku membuat entry, jarang ade yang sepanjang 2 jengkal ayat. So, aku rasa tulisan kecik membuatkan blog aku nampak lebih kemas. Kalau rasa sakit mata sangat nak baca, sila jangan susah-susah nak baca. Nanti tak pasal-pasal korang menyalahkan aku kalau korang terpaksa memakai cermin mata. Mata aku tahan lasak. So, aku tak kesah sangat lah kalau tulisan kecik sebesar seketul zarah pon. Lagipon contact lens belambak lagi jual kat kedai. Layout dulu mungkin lebih menarik pada korang, tapi mata aku terasa semak dengan layout tu. Aku lebih sukakan layout yang nampak ringkas dan kosong. Layout ni nampak lebih tenang dan ringkas :))

Kepada sesiapa yang nak meninggalkan pesanan, sila sertakan nama serta link untuk ke blog anda. Ataupun, anda boleh meninggalkan email, supaya aku dapat tahu ape citarasa korang dan ianya tidak di sia-siakan. Korang dapatlah share serba sedikit idea-idea bernas yang tidak terhingga korang tu supaya aku dapat berubah hati untuk tukar layout lagi. Kalau setakan complain tapi habuk pon takda, sila jangan buang masa. Biar lah berani untuk berbual mesra bersama aku. Aku tak makan orang pon, belom pernah lagilah setakat ni. Jangan jadi seperti katak lembik yang bunyi je kuat, tapi muka sorok dalam tanah. Aku seorang pelajar jurusan sains yang agak buta hukum seni, mungkin sebab tu blog jadi tak cantik, dan itu semua tak penting. Yang penting aku suke. :))

Jika ada ape-ape sila tinggalkan pesanan anda. dan INGAT!! sertakan link untuk ke blog anda yang serba indah bagaikan syurga tu. atau kalau terasa blog korang lagi tak cantik dari blog aku serta malu nak tunjuk tapi nak hentam jugak blog aku, boleh tinggalkan email. Sekian. *Peace*

p/s: indah betol hari cuti. dapat buat entry yang bajet cool dan ganas dengan sekelip mata. *wink* manfaat cuti dengan tepat sekali!! Next week class will start!! YEay! otak bakal kembali bekerja. *sigh*

Saturday, February 21, 2009

Thanks Guys~!!

0
Yeay~!!! Drama dah abes~!!
Seronok bersama kawan-kawan sekalian :)
Saaaaaaangat seronok!! XP
Thank u guys!! XD


kami :)

ooooooppsssie~!

comel :) yana & paje

rame-rame :) zatie & ayu

sida + siti+ zatie+ cik betty


cik rame-rame & cik bunge

celebrating Farid's birthday: Latifah+Kem



p/s: gembira & berduka

Sunday, February 15, 2009

Thank you :)

0
Thanks sayang :) Untuk hadiah tak ternilai petang tadi. 3 jam dan waktu berlalu dengan cepat. haha:) lain kali boleh melunakkan suara lagi, i sudi mendengar. Kah kah kah. I miss u :(

p/s: gembira :) :) :) :) :)

Saturday, December 27, 2008

suara saya sedap

3
sunyi..





sunyi..






sunyi..



harap anda semua maklum saye sangat sunyi (eceh!). saye amat memerlukan perhatian rakan-rakan yang baik hati, comel dan comot sekalian. hati anda mungkin berkata-kata saye mencari anda apebila encik comcom saye (sudah menukar name dari meymey kerane bunyinye macam minah yang kononnye ditangkap ******* itu. tak nak lah!) dah takde dan saye bosan, tapi itu tidaklah seberape benar. hehe. i lap u ol my fren! anda-anda tidak mahu menghubungi saya, camane lah saye mahu menghubungi anda (alasan baik punya!). kihkihkih.

btw, kemanakah hilang rakan-rakan kanak-kanak ku semua? kalian tak mahu ajak saye goyang dangdut di pasar malamkah? atau mahu menjadi sponsor saya di pusat menjual beli? rindu kamu-kamulah. tak mahu kah kite berjalan-jalan menikmati pandangan sambil membincangkan hal perkahwinan itu? kah kah kah. i always remember u! hadiah special for those yang kawin dlu and i know it will be me yang akan kahwin dlu!! (gile perasan!). Tret dan Mira!! kamu kemane hah??!! jangan cakap dah balik belajar! dusta sahaja semua itu! sile menghubungi telefon bimbit saye yang bernombor 012-9****** atau nombor rumah saye 09-6******. kah kah kah. kalau tak simpan nombor aku, memang durhaka lah sahabat2ku ini!

baiklah, simpan idea2 bernas ni. kalau kuSUNYIan atau keBOSANan nanti, boleh kembali mencurahkan idea-idea yang bernas ini semua di sini lagi. btw, kucing saye bakal menerima padahnye nanti! HAHAHA!! saye akan kerjakan mereka untuk mandi hari ini. sebelum itu, jom lah kite tentonton tv dahulu sebelum mandikan kucing. challo!!

p/s: mahu menyanyi lagu rindu serindu rindunya, tapi suara cukup merdu untuk itu. nyanyi lah lagu Micheal Jackson. kah kah

Thursday, December 4, 2008

besties

1
erm...


rase macam tak de mood untuk bermesra dengan kamu-kamu buat mase sekarang. btw, this is the 4th post for today. tak taw la kenape saye sangat teruje mengpos entry2 tersebut. biarkan.

congratulation nedy!



for the new-born-baby



as if i got adik jugak, u all mesti tekejut! kah kah (gelak sambil tegolek-golek)



congrats nedy, dapat adik baru.



its a girl!



today! ( 4th of December, 2008)

from left: cik Nanaa, cik Zana, cik Nedy, cik Zatie & cik Ain


from left: cik Nedy, cik Ain (bye bye), cik Zatie, cik Zana @ KLIA
credit to: enchek Ayen


from left: cik Ain, cik Nedy dan cik Zatie "ok, ini sengal!"



missing all my sayangness!!


p/s: kah kah kah. tanak adik!! and i'll never have 1. N E V E R ! !



 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥