Showing posts with label SBE. Show all posts
Showing posts with label SBE. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

Kerjaya tak membezakan kita, yang membezakan kita akal yang waras.

14
Amaran: entri ini tidak ada kena mengena sama ada yang mengumpat atau pon tidak. hanya penjelasan semata-mata. bacalah dengan hati yang terkawal dan jangan buang air dulu, baca sampai habis.

Walaupon assignment menimbun lagi tak habis-habis nak kene buat, sempat lagi saya dengan hati yang mulia nak update sedikit sebanyak. Tajuk hari ini ialah 'Jangan ingat anda saja yang banyak kerja'.

Semua orang sebok tanya, "eh, cikgu pon banyak kerja eh? ada assignment jugak eh?'. Baiklah, jawapannya "kepala hotak kau cikgu takda kerja, kau ingat ni zaman cikgu tahun 60-an yang dah lulus peperiksaan darjah 5, boleh apply jadi cikgu?". Kalau lah boleh pegang degree tak payah buat kerja-kerja yang huru-hara ni, saya pon mahu. Sapa tak nak tak payah buat projek-projek pelik-pelik, tak payah buat assignment, task dan segala keturunannya, kau free² je boleh ada Ijazah dalam tangan.

Masa kecik-kecik bila orang tanya kau nak jadi apa, ramai yang jawab nak jadi cikgu. Kenapa? Sebab mereka nampak jelas contoh yang ada depan mata, tak payah nak pegi Google kerjaya yang ada dalam dunia. Bila besar sikit, tahulah serba sedikit tentang kerjaya. Mulalah nak tukar sikit kalau tulis dalam buku profile tu 'Cita-cita: Angkasawan/Doktor/ Engineer etc.' Nampak cool lah sikit kan? :) Jelasnya, saya sendiri dah ada banyak cita² sejak dah tahu kerja pelik-pelik atas dunia ni. Takdirnya telah menetapkan: jadi cikgu.

Awalnya, macam berat hati jugak nak masuk bidang pendidikan. Kau ingat aku tak belajar tinggi-tinggi ke nak jadi cikgu? hahaha..

Setahun duk ceruk Malaysia, struggle gila-gila nak habiskan Matrikulasi sains hayat. Dah habiskan final exam semester ke-dua, lega yang sungguh². Ikhlas boleh dikatakan, waktu setahun tersebut adalah satu waktu yang sangat azab. Turun naik 'kubikal' jumpe lecturer tiap-tiap hari, siapkan tugasan separuh mati dan struggle untuk yang terbaik. Tawaran untuk buat Pure Science: degree in Biodiversity macam berbaloi dan boleh buat balas dendam la kan? Tapi, dalam masa yang sama, dapat pulak tawaran untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Science) di IPGM. Hati berbelah bahagi. Kalau lepaskan peluang untuk terus sambung buat Biodiversity, maknanya setahun yang penuh azab tu dah disia-siakan. Takdir menentukan, saya tak ke university seperti yang ditunggu-tunggu kan selama ni. Tapi, sehingga hari ni, saya tak menyesal. Mungkin, ini takdir saya, saya redha dan saya gembira :) Tak dinafikan kadang-kadang saya jugak rasa agak sedih mengenangkan jika saya meneruskan hasrat ke university, tahun ini adalah tahun akhir saya. Ramai kawan-kawan yang sama-sama berpenat lelah dulu dah nak grad pon. Tapi, saya? Masih di tahun ke-2. Masih ada 2 tahun untuk completekan semuanya. Saya redha :)

Ramai yang anggap, untuk menjadi seorang pendidik adalah begitu mudah. Namun, tidak bagi saya. Saya masih tercari-cari bagaimana diri saya pada masa hadapan. Saya mesti menjadi contoh yang terbaik. Saya ialah role-model kepada masyarakat, saya akan menjadi social engineer kepada generasi pada masa depan, saya perlu menjadi arkitek sosial terbaik untuk mereka-cipta, membentuk dan membuat acuan terbaik agar generasi pada masa hadapan tidak terpesong. Saya menjadi doktor untuk merawat segala masalah atau penyakit sosial yang menyerang generasi-generasi pemimpin akan datang. Jika saya tak dapat menjadi yang terbaik, maka runtuhlah sebuah institusi negara. Mungkin bagi sesetengah individu, kerjaya sebagai seorang guru adalah perkara terakhir yang mereka fikirkan. Cikgu selalu cuti, cikgu banyak rehat. Nahh, cubalah berada ditempat kami untuk waktu sehari. :)

Kalau seorang doktor perlu menyelamatkan seorang pesakit dalam satu masa, seorang guru jugak harus menyelamatkan pelajarnya sekelas dalam satu masa. Ilmu yang cikgu bekalkan akan diturunkan dari generasi ke generasi, jika silap langkah ilmu yang salah disampaikan, rosak seluruh generasi seterusnya.

Sejujurnya, saya rasakan sejak di peringkat Pra-Ijazah lagi, saya tak pernah rasa rehat. Kerja tak pernah putus. Kalau Encik Saintis kata mereka perlu buat kajian terbaru, cikgu setiap hari perlu memikirkan sesuatu dan membuat kajian bagi mempelbagaikan pengajaran mengikut arus kemodenan. Disamping belajar subjek penting merangkumi sains dan sebagainya, kami perlu belajar untuk menjadi manusia yang mampu membentuk manusia. Ilmu pedagogy tak pernah habis kalau nak belajar. Sejak mula belajar untuk masuk ke bilik darjah, banyak yang telah saya pelajari. Setiap individu berbeza, tidak semuanya individu dilahirkan beruntung. Saya belajar menjadi seorang manusia yang sebenarnya. Saya bersyukur kerana saya masih mampu merasi kemewahan dunia dan kebahagiaan keluarga.

Mula-mula dulu, masuk bilik darjah, lutut goyang-goyang sebab takut nanti kene makan dek pelajar. HAHAHA. Sebenarnya takut tak dapat kawal keadaan bilik darjah. Alhamdulillah, subjek pedagogy yang saya belajar di setiap semester banyak membantu :) Bila berada di sekolah, saya tak nampak pulak cikgu tu semua duk goyang kaki minum kopi. Tepat 7.15 pagi semua dah sedia dengan bahan bantu mengajar. Petang perlu ajar kelas tambahan, ajar ko-kurikulum. kadang kala, anak kat rumah pon makan nasik bungkus je. Waktu cuti sekolah perlu dikorbankan untuk mengajar kelas tambahan, pergi kursus, pergi mesyuarat, buat bahan bantu mengajar, buat hal-hal berkaitan sekolah. Cikgu skarang, bukan macam 30 tahun dulu.

Hahaha.. baiklah. kalau duk tulis entry sepanjang 2 hari berturut-turut pon, kalau orang tak nak paham keadaan kita, tak jadi jugak kan. saya suka apa yang saya jalani sekarang. Banyak benda baru yang saya belajar setiap hari. Saya jugak lebih menghargai cikgu saya dulu. Saya kagum dengan mereka, cikgu saya dulu mampu melahirkan saya dan rakan-rakan lain. Kawan-kawan saye semua blajar tinggi² menongkah dunia. Yang sampai ke hujung dunia pon dah ramai, saya bangga. Saya akan cuba yang terbaik untuk pelajar saya nanti :) Banyak assignment dan task yang perlu diselesaikan lagi. Projek² lain pon tak fikir lagi. Boleh tak orang yang cakap cikgu takda kerja tu bagi Ijazah free untuk saya?

siapa anda tanpa guru anda?


Pertandingan Inovasi P&P: WonderGate



p/s: walaupon kadang-kadang rasa nak penyek je budak-budak dalam kelas, tapi kadang-kadang mereka comel bila dah tahu kita tengah marah :)

Monday, March 15, 2010

Entry Panjang Untuk Menghargai Dan di Hargai.

11
Jangan di tanya kenapa I jarang update sekarang ni. Jangan di tanya kenapa kalau I update pon ayat macam tak nak kawan je. Bukan penyakit malas menyerang, tapi sebok sangat. Sebok yang kadang-kadang I sendiri yang buat sebab I tak tahu macam mana nak buat I tak jadi sebok. Hehs! Serius gila (sejak bila serius kawen dengan gila?) I sebok tahap dewa menonggeng. Task tak sempat siap, yang lain tengah tunggu nak kena download. Musim panas macam ni, hati pon senang panas. Senang nak give-up buat kerja. Kucing dok bersahutan panggil-panggilan nak mengawan pon boleh jadi sebab I nak simpan kertas-kertas yang bertaburan dan terus online. Tahap kelajuan streamyx yang tiada tandingan jugak menjadi salah satu penyebab kenapa kerja tak jalan. Tu lah salah satu sebab kenapa rumah adalah satu tempat yang membahagiakan. :) Memandangkan I sebok mengalahkan Perdana Menteri, I takda masa nak buat makan jumpa semua kawan-kawan facebook yang macam PM buat tu. Nak approve kawan pon I tak mampu, tengok lah ye bila-bila T____T

setakat hari ni (13 Mac 2010, 11.39 malam)


Eh, sebelum ape-ape, jutaan lemon terima kasih kepada rakan-rakan (eh? sudi ke jadi rakan saye?) di IPG Kampus Pulau Pinang sebab bagi pinjam ruang untuk I menyempit kat sana satu malam yang indah (eceh!). Menumpang bilik TRet yang kemas dan cantik (sekali dalam seumur hidup ke weh?). Terima Kasih Auni, Dayu, Diela, Anna, Ateh dan semua-semua lah. Terima kasih Auni sebab tolong ambik kat Hentian Sg. Nibong yang I memang tak tahu kat mana, Terima Kasih Dayu sebab terima roommate yang ke 3, Terima Kasih Ateh sebab kasi pinjam kasut memandangkan I tak pernah hayat terfikir nak beli kasut bertutup (end up kat skolah pakai wedges macam biasa, buat skolah macam bapak I Pengarah Pelajaran), Terima Kasih Anna sebab bertahan menjadi roommate selama seminggu di Sg Petani, Terima Kasih Diela sebab layanan yang sungguh mengharukan dan sebab baca blog nih.. eheh! ade jugak orang bace ghupenye, malu nye saye auuww! dan Terima Kasih kat semua yang banyak membantu (sorry sebab tak ingat semua nama T__T). Seronok weh I pegi Penang. :) Terima kasih Kak Na sebab bagi tumpang buang air, tumpang tido sampai mimpi macam-macam dah kat sana, tumpang pinjam macam-macam, tumpang makan banyak macam anak gorilla dan macam-macam lagi. Siap belanje tengok wayang semua, aish. I malu. hahaha.. Terima kasih sangat! Tsk tak tahu macam mane lagi nak bagi tahu yang I ni memang berterima kasih. Menangis penuh laut kat Penang tu baru tahu! Yang Penting Terima Kasih T-Ret sebab invite I yang pemalu ni buat SBE same-same *siap bawak pegi Queensbay Mall lagi tu!* :)

 dari kiri: Suhaili, Che Ji, Anna, Tret, Farihah, Najjua

baiklah, cukup panjang dah ni. Otak pon dah sign borang mintak putus, tak larat nak layan orang macam ni berfikir. Nak tulis dalam blog pon kene fikir, ape lagi nak kira motion fizik yang satu hape tak tahu tu. Tsk. Kucing pulak duk bising tengah mengawan, kang anak die, mak abah jugak yang kene jage, die duk sebok mengorat anak kucing teruna sebelah. Tak pernah setia. heh. Harap sabar dengan entry yang banyak sangat tulisan ni okey :)

Tuesday, August 18, 2009

cikgu saya

3
sekolah bukan tak best, tapi kurang seronok. pagi kene bangun dengan perasaan yang kurang enak seperti, "alahai, hari ni makan ape ye kat kantin?" HAHAHA. pastu pegi sekolah, budak-budak buat muka kagum tengok cikgu cun sangat bawak laptop berat-berat. alat bantu mengajar penuh tangan, tapi murid-murid tak tahu, cikgu sebok bukak facebook dalam bilik guru pastu bile bosan sangat cikgu tengok movie. bile nak masuk kelas, baru lah cikgu kelam kabut nak siapkan ABM.

cikgu sebok ym ngan kawan-kawan yang pegi sekolah lain, sebab semua kawan-kawan cikgu pon macam cikgu, sebok online. bukannye sebok nak pantau pelajar kat sekolah. HAHAHA. cikgu dengki kat murid sebab murid bawak botol air besar, cikgu pulak kene pegi beli air kat kantin T___T murid dapat lawan main teng-teng, cikgu tengok je dari atas sebab cikgu malu nak join jugak. sebenarnye cikgu dengki. T___T

kerja cikgu sekarang, masuk kelas. tapi cikgu macam blur tak tahu nak buat mane satu, assignment cikgu banyak sangat. sebab blur sangat, cikgu masuk kelas, main teka-teki ngan murid. pastu cikgu kene kencheng ngan murid sebab tak tahu jawab teka-teki bodoh. cikgu mane boleh kalah, cikgu tipu lah murid jugak. HAHAHA. akhir skali, assignment cikgu tak siap T____T

sekarang, cikgu nak sambung buat kerja sikit. :))


 


 
p/s: kerja tak tertanggung.

Tuesday, March 24, 2009

The Unborn

4
Ahad mahu keluar jugak! takda alasan. Hazwani Hembalii! sila jangan buat alasan busy dengan drawing la, kene submit kerja la, kene ngorat ngan Acid la, eh. ops! haha. ramai orang buat Architecture ok! tapi masih ade mase untuk keluar dengan awek diorang. kalau buat alasan lagi, kita putus! hahahaha :)) Cakap lecturer mane kat UKM yang tanak kasi ko kuar tu. cakap! hahahaha *konon berani lah ni, kalo jumpe betol-betol, kencheng dalam seluar la kot*. Mahu menonton The Unborn. Nanti Enchek Sayang sudah takda alasan lagi untuk gelakkan aweknya yang dia cakap sudah ketinggalan neh! *Nanti la, i tengok~!!* Masih tak boleh terima bila enchek sayang gtaw The Unborn dah release kat US bulan 1. ye ke Ain? Takda mahu cerita kat aku pon ye. Ciss! *sape suruh janji nak call ke US tapi tak simpan duit. hahahaha :))*. Malangnya, memang betol dah release january di US. Untuk tarikh release di setiap negara, click di sini.

Otak yang bergoyang sebab tiap-tiap hari melayan karenah budak kecik ni tak dapat ditanggung lagi. Suara pon sudah habes melayan dan memberi warning supaya takda membuat hal. *Jom lah buat sbe Mira!* hahahaha. Baru faham kenapa cikgu selalu marah-marah dalam kelas dulu. Rupanya kepala diorang dah tak tahan gegaran dan goyangan. Kritikal dah tahap tu mungkin. T______________T. Soalan paling tak boleh tahan adelah "Cikgu, saya nak kentut boleh? Kene pegi luar kelas ye cikgu?". Ni mungkin exactly macam Enchek Sayang dulu kan. *eleh~ macam i tak tawu dulu kenape suke sangat keluar kelas duk depan pintu diam-diam. Kentut ye~?* hahaha. pengajaran kepada anda, janganlah cari buah hati yang same kelas di sekolah rendah. memang takda rahsia. HAHAHA.:))



Kembali kepada tujuan asal tulis entry ni. Emm, tujuan asalnye ape ye? ntah. takda tujuan. Sekarang, semua boleh gambarkan camanya goyangan yang berlaku dalam otak kan? Sampai semua pon dah lupa. Tapi yang peliknya, beg roxy tu takda lupa. Maken ingat adelah!!! Lepas ni, kalau TERpergi kat butik roxy lagi, memang akan TERbeli lah. boleh ye sayang? boleh ye? hehehehehe :)) memang harus mencari sesuatu untuk membuang penat ni. pergi diskolah jom! pergi goyang-goyang ke gig mungkin? haha. *Ingat Allah zatie! Ingat Allah.*

 
Sudah-sudah lah tu buat entry yang tak membawa makna dan takkan berbekas dalam hati orang. Sedar la. Assignments banyak. Kerja kat rumah banyak. Tido pon banyak. Ingat sikit! Off sekarang! pergi buat kerja!

Baiklah. berangkat ke facebook.

p/s: mane lebih mencabar? SBE atau kejut enchek sayang tido?

Saturday, March 21, 2009

Tomorrow is the day - Back to school

2
see, tomorrow is the day. gila kau. takda buat preparation ape-ape pon nih. esok mati kekeringan lah tanpa idea. tak sukenye kena buat kerja. belajar lame-lame pon aku tak kesah okkey! tanak membuat kerja. tak mahu!
manusia mane pernah bersyukur. assignment banyak, bising. kene study, bising. kene kerja pon bising. takda kerja pon, bising. skarang nak ape? cakap! cakap! hehe. memang sangat malaslah. kalau cuti lagi kan best. takda mahu pikir kerja atau assignments(SSSS). esok harus membangun awal dan bersiap. lebih awal dari di hari-hari belajar.

*cheras, i miss u (badly lah kononnye)* T__________________T.

ok kawan-kawan. tahulah korang semua sudah bakal melangkah kepada saat-saat akhir di alam belajar okkey~! aku tak jeles ni (sebenarnye SANGAT jeles). hehe. aku masih ada about 3 and half years to go. takda jeles ke dengan aku? kalau aku buat degree in Biodiversity dulu, starting this July dah boleh bangga sudah di tahun akhir. tapi, MALANGnya tidak ok. TIDAK! tapi sekarang sudah takda rasa sangat menyesal sebab sudah bahagia (dulu suffer ok!). kalau enchek sayang dan saya dipanjangkan jodoh, dia mungkin kerja dulu. kan bagos tuh.:))  alasan ni logik lah sikit bukan. sekarang aku nak bangga lah kat korang wahai rakan-rakan. (untuk sedapkan hati sendiri). tapi, sekarang, i'm happy. jauh lagi masa untuk bekerja. cuma kadang-kadang harus membuat SBE di sekolah. nvm! :)) 

baiklah. saja semakkan blog sendiri sebab tak tahu nak buat ape sementara hujan turun mencurah-curah bertemankan ribut sikit-sikit ni. enchek sayang pon macam tak bangun lagi jew~ tadi suruh mengkejut beliau pukul 5 (kat tempat i lah ok.. kite selalu mahu menang pukul berapa tempat sapa kan?! hish!). *i tawu, sayang tak bangun lagi~* buat-buat bangunlah tu lepas reply sms, tapi takda reply msg di skype mahupon di ym.

mahu membuang masa di facebook buat kerja sikit-sikit gila.

-entry ini tamat-
 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥