Showing posts with label the life. Show all posts
Showing posts with label the life. Show all posts

Monday, December 17, 2012

untuk awak tahu

0

Thursday, October 27, 2011

dah 10 tahun

1
the last time i check, i've almost loosing my sense of humor. most of the entries recently most likely telling that "you're getting old, zatie! kill kill die die!" okay okay, well, am really conscious about the situation. sooooooooo i've been waiting for my fairy-god-sugardaddy to save me. anyone?


Pada suatu hari yang malas, Hepp! Hari mane? tiap-tiap hari pon memang you malas ape? *pangg! Yelah, memang hari-hari malas -___-" hari semalam memang superduper malas, so saya cuba cari kerajinan sikit yang masih ada dalam diri untuk terus bergerak sedikit demi sedikit. kalau ikut tahap kemalasan, nak buka mata sendiri pon perlu mintak bantuan orang sekeliling. macam tu lah tahap kemalasan peringkat 7/10. baru tujuh, kalau 10/10 tak boleh lah nak imagine camane kemalasan tu ntah-ntah nak bernafas pon malas.

plot seterusnya. disebabkan tengah mencari keazaman untuk rajin, habis semua rak diselongkar. nasib tak jumpe anak gajah bersarang *berapa lama punye buku ntah yang banyak sangat ni*. Tibe-tibe terserempak dengan sekumpulan buku dan kertas-kertas lama. dannnnnn....!!

puhhhh sikit atas buku-buku, buang habuk..




ni lah hasilnya, tak sangka dulu saya seorang yang tegar untuk belajar semua ni. 10 years ago i was someone who really into language. sekarang? KOSONG.








not bad eh? handwritting seorang gadis comel 13 tahun memang macam ni. ^___^

over the years, semua ni macam makin dilupakan. azman sensei pon dah further study kat jepun bring along his family (that makes us loosing 2 sensei in a time), so mood nak belajar pon makin hilang. a year later, baru ada sensei baru ganti isi kekosongan. Tapi waktu tu sebab dah banyak sangat tertinggal, mood nak belajar pon dah hilang. sensei pulak macam reti-reti je yang kitorang semua dah hilang minat, tiap2 kali kelas nihongo masuk language lab tengok anime. *agagagagaga pemalas dari dulu rupenye*




tapi, alhamdulillah, belajar ni dapat jugaklah hasil. dapat sekeping sijil kelulusan nihongo pon dah cukup. nanti boleh la show off kat anak-anak *ehem anak-anak tu kata ganda uolss* mak pon pandai jugak oii dulu (dulu je la).



semalam borak dengan mr fiance *eceh! macam borak dekat-dekat je* he asked me to read a little bit from what have i learn. memang harommmm la tak baca. maluuww i uolsss. kang silap dapat malu setempek. iolss ni dah la control manja depan fiance. tapi macho tetap macho. since we've been together, as long as i can remember tak pernah rasanya saya yang macho menunjukkan bakat berbahasa dengan bahasa lain. kalau mr. fiance buka mulut nak cakap jepun sikit pon, saya selaku aweks pada masa itu akan segera menghapuskan niat dia berkata-kata. heh! dia pon sama, ingat suka saya beringgeris? ohh memang mencari nahas. oleh itu, kami sememangnya pencinta bahasa ibunda. #tepukbahu






other than not pursuing in music, this is one thing that i regret. kalau dulu belajar rajin-rajin, i might continue with language. seronok belajar bahasa sebenarnya, banyak yang kita dapat manfaatkan. that 5 years had taught me so much. anak-anak mak nanti jangan ikut perangai mak pulak -___-"


kalau dulu i enjoy doing music and language rather than being in the lab, now it totally rotate 180 degree.  it doesn't mean that am no more into it but somehow i don't know where to start, where i can find the enjoyment that i've had in that 5 years. saya bersyukur saya dapat merasai pengalaman yang belum tentu dapat saya cari lagi selepas ni. *see, told ya, i'm loosing my sense of humor* *doze off*


i've heard the news, azman sensei sakit. moga-moga fiza sensei tabah dengan ujian yang datang. happy birthday sensei :')


#okbai

---- diari aku memang bosan pon -----

Wednesday, September 28, 2011

This blissful month

0
This 2 months seems to be perfect. With family, fiance, girlfriends & boyfriends, everything's complete!




but tomorrow, Mr. fiance will be going, AGAIN :'(




I can bear for 4 years being apart, I hope I have the guts to be waiting for another year.




Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami :~)




I envy those ppl who can be together all the times. But, you see, it's not that horrible. If it's not us, who else is going to use the technology?? Well, we contribute A LOT within this 4 years! bwehehehe.




Now, lets back to basic! Here we gooooooooo!

Wednesday, June 8, 2011

This is real!

0
Dear diary,


"There is a place you can touch a woman that will drive her crazy. Her heart." - Melanie Griffith



Credit: Tumblr



Sorry Mr. Ventimiglia, I know am living in denial. T___T You touched my heart *bluweekk muntah hijau*



as holidays goes on, am having  terrible nightmare almost every night. :/

Jom sambung angrybird.:-|

p/s: School should have give us the lesson topic so we can prepare lesson plan and worksheet siap2.. Cuti skolah buat lesson plan siap, pegi skolah tido je. Hihi Lagipun, photostat kat sini wayyyyy cheaper.

Friday, May 6, 2011

Lima Lima Dua Kosong Satu Satu

0
Happy Bornday!


♥ ♥ ♥ ♥ ♥The triplets celebrating on the 5th day in the 5th Month.  ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

In the making, InsyaAllah :).

DuaPuluhTiga and still counting, Alhamdulillah. Semoga di permudahkan segala urusan oleh-Nya :')

Tuesday, May 3, 2011

Dear bestfriendss :')

0
I am not in 'that' mood to blog.




Exam's coming. Nothing much. Have to revise all the two Earth & Space books which I can't recall when is the last time am using it. Hmm..




See.. it took almost half and hour to write ONLY this. Lama-lama aku abaikan terus blog ni -____-"




baiklah baiklah.


Dear bestfriends and good friends,


Congratulation ! How it feel to finally finish the degreee?? Heaven? Dangg! I hate you!




HAHAHA It is not yet official, but heyy just in a few days/months lagi. Takda bunga, tapi ada satu senyuman yang ikhlas. ^____________^ 

Nahh! don't mention it!


Nanaa & Ain :')
Congratulationnnnnnnnn!!

@Nanaa Tahun ni tak sempat lagi nak jumpe :'(
@Ain welcome homeeeeee!! :')

Wednesday, March 2, 2011

quick update!

0
been superbusy with stuff. but till now am NOT getting used to it.




Jumaat: Harus submit 5 reports T___T




tapi sekarang saya masih blogging. YEY!

photo credit: Farid SC1

DONE!


Focus on study peeps!

p/s: doakan dia selamat sampai :')

Tuesday, February 1, 2011

Of books and great life

2
haiiiii!




dah lupa kurun ke berapa blog ni ada post baru. Ni pon tiba-tiba pulak terasa rinduuuuu kat blog sendiri. nah pelok ciumm sikitt. :-*




Pernah tak rasa berdebar-debar jantung berdegub kencang bilasaja dengar deruan enjin motor posmen? Eceh. Susah nak describe la. Perasaan ni hanya saya dapat rasa kat rumah ajelah kot. Kat kolej, memang tak lah sebab nak nampak bayang motor posmen pon susah, dekat Desa Bangsawan apetah lagi T___T Perasaan cuak tu macam lah ada surat untuk diri sendiri. Ohh mungkin sebab tu lah berdebar. Mengharapkan surat untuk diri sendiri tapi jarang sangat dapat. Kalau dapat pon mesti bil-bil yang mensakit mata nak tengok.


Conclusion. marilah pos sesuatu untuk saya. mari mari. T___T


Kebelakangan ni memang tak cukup masa nak dibahagi-bahagi kan kasih sayang kat semua tempat. Contoh yang terabai mestilah blog ni. Kesian -__-"


Kasih sayang banyak dibahagikan kepada buku-buku dan report yang tak sudah-sudah nak menyusahkan hidup hingga ke titisan terakhir. Selain tu, kasih sayang jugak terpaksa dibahagikan kepada bulan bintang matahari dan seisi alam semesta. Ambik lah kasih sayang ni sikit sorang, senang-senang nanti balas lah budi baik dalam dewan exam.

kelik gamba untuk pembesaran yang sehat walafiat. kalau rabun pon boleh kelik. malu kelik sesat jalan.




Gambargajah setelah atmosfera digelapkan waktu tengah hari.


Thanks to Stella :') Takdalah sia-sia sangat hidup ni duk tunggu bulan nak naik. Gamba dari Stellarium ni adalah waktu 12.52 tengah hari hingga 12.56 tengah hari dari langit Kuala Lumpur. Memang tak naik lah kan. Bulan duk tegak atas kepala, camana nak mencerap??! Urgh!! Abaikan segala jenis binatang yang ada, tu sekadar nak melambangkan constellation bintang-bintang dilangit.


Gambargajah dari The Earth Centred Universe


Waktu moonset pon pukul 4 petang, memang harapan lah nak tengok bulan waktu malam. Marilah sama-sama berdoa saya dapat selesaikan course ni dengan sabar dan tawaduk dalam semester ni. -____-"


kasih sayang yang paling banyak dicurahkan mestilah kepada keluarga bangsa dan negara. teeeheee :'D Encik sayang jugak dapat tempias kaseh sayang. Eh bukan tempias, memang kasih sayang tanpa berbelah bahagi. Dah masuk 5 bulan sejak last jumpa. Sebulan je lagi. Sabar! Sabar! Selalunya setahun tak jumpa pon konon cool je. Takkan baru 5 bulan dan lembik kot? Heh! Tak macho langsung. Kalau takda aral melintang, kurang lebih setahun dari sekarang, cukuplah 4tahun berjauhan. Tak payahlah mengada nak kerja kat sana pleaseee -___-" Kat Malaysia ni banyak lagi kerja, tukang sapu sampah boleh, tukang bersih tingkap KLCC pon boleh. Hihihi. Ala, kat Jepun bukan ade awek cun ponnnnnnnn! Heh!!


ok ok. sabar. kalau cakap pasal tinggal berjauhan ni memang boleh buat wa sebak eceh. Elakkan kehilangan macho. Bye.




picture courtesy by google


sedar atau tidak, hampir semua postal box warna merah. Cakap kat wa kenapa pleasseeee!!

Tuesday, December 28, 2010

Mungkin entry terakhir tahun ini.

2
Seems that today's the last day at home. Cool! Lepas ni menghadap notes formulae dan bla bla bla bla. *puke* Paksa diri siapkan lesson plan sampai pagi tiap-tiap hari memang cool habis sampai pegi kelas pon rasa nak marah orang tak tentu pasal. Sape cakap cikgu senang ha? Kepala hotak hangpa! Kalo kata bahalol kang report kat awek pulak. Kalau cikgu tak belaja sampai pandai kang taknak hantar anak pegi skolah konon la pandai ajar anak sendiri ha kan dah jadi penyangak penyamun. Hang ingat apa, cikgu pegi pasar pakai baju kelawar harga murah ka? Hang tak taw ka kaftan mahai skang ney?! Hang tu yang tak sekolah. Hang jaga-jaga na, kalau hang kawen cikgu aku sepak bontot hang! Ha kau kang dah marah tak pasai nak kene blaja tules blog utagha cam Farhani lah macam ni. Tak pasai panas hati kih kih kih tu la emo sangat sebab tepaksa tempek muka kat Cheras sudah. 


Sambung.


Am such early birds today cause I can't even close my eyes since last night. I've been thinking on what's going on for the holiday. Err I mean for the previous 1 month (more or less). Well, nothing much actually. Read half of the Breaking Dawn and am started to yawn. Blame Jacob. Manage to finish all the 3 novels previously didn't mean that you can finish all of them. Ha, kan atok? Jangan tipu. Okay, blame me lah sebab memang sangat malas nak keep on reading. Anyhow, banyak pulak masa nak habiskan series. Malay series tiap-tiap isnin sampai khamis sanggup menghadap Kamal Adli *auuww*. Kseries, ade lah beberapa eceh. Melayu satu, foreign banyak pulak. #LoveMalaysia tweet tetibe.


Still, Marry me :')



No stupid jokes.
No stupid and arrogant 1st hero.
Less 'drama'.
More mature.
Cute and romantic Kim Bum :')

This might be a Korean sequel of Sex & The City.

Their age gap is about 10 years yet both looks sweet together. kalau ada yang macam Kim Bum ni pon aku rela walaupon beza 10 tahun. Bwehehe




The best part is when Ha Min-jae (Kim Bum) creates a very nice song for her *melting*. For more info, CLICK HERE. Dia lebih pandai elaborate kot since aku pon dah tak pandai aih nak karang-karang dalam blog ni. Usia makin tua macam tu lah. tsk tsk


#IheartMalaysia. eh tak pasaii. pang sebijik karang!

nah kasi hang jatuh cinta sikit




Happy New Year in advance. Doakan yang terbaik untuk masa akan datang. Bye. 


p/s: Doakan perjalanan pulang wa esokk :'(

Friday, December 24, 2010

KawanKapal

5
Ini gambar curi. So, lepas ni jangan pulak ada orang lain nak curi. Kang jadi gambar curi-curi.

Mira & TRet & Zatie & Idiey (tak tahu la kat celah mane)




Buleh tak kalau tak maw pulang ke Cheras? Buleh la! Buleh la! Aku rela tanam jagung dan kacang botol je kat rumah. Rumah kan Heavennnn!  :')


Hi Ret, Ai curi gamba yang you dah edit ni. Hihi Macaroni Bakar Ai tak melekat sangat tapi sedapppppp!! (Takpalah puji diri sendiri walopon rasa nak lempang dengan halaju tinggi) Datang la rumah yeee :')

Saturday, December 18, 2010

Memerlukan & Diperlukan Dengan Segera

7
heyyyy


dah lama tak update blog walopon memang takda kerja langsung waktu cuti. nak cari kerja? mintak ampun seribu ampun. aku dah lama terbayang-bayang kehidupan sehari-hari macam ni. Yang aku tak dapat bayang cuma rumah bising dengan anak buah yang balik kampung jugak. sorang dah selamat balik ke KL tinggal lagi 3. Yang 3 ni tak tahu bila nak balik Johor. Kental aku sebagai maksu menjerit huru hara sana sini habis hilang cun err hello, cun ke?. Rasa nak lempang.


Cuti pon dah tak lama. Aish apesal kene balik awal neh. Apesal rajin sangat nak balik awal nehhh?? Finee! Salah sendiri. Rumah tak kemas ada hati nak balik lambat. Dah start lecture semua sapa nak tolong kemas rumah weyy? Kalau ada suami tolong kemas sangat best. Masalahnya bakal suami (InsyaAllah) pon malas macam bakal isteri *auuww* Masalah paling besar pulak, macam la dia ada berdekatan kan? Hihihi Boleh la buat operasi cari bakal suami yang tinggal berdekatan :'D * Eh, hai youuu!


well, ada sesiapa nak hire cikgu tuition? of coz la for kids, orang tua i tak sanggup youu! sanggup berhadapan dengan ciri-ciri supergarang macam saya? terasa inginkan cabaran? Call me! We can negotiate :') I need to start earning some money by my own. THIS IS SUPER-SERIOUS. Kawasan Lembah Kelang sahaja. 

Perlukan yang muka lebih garang dari harimau?

Perlukan yang sentiasa membantu?




Yang ni mungkin tak perlu : online setiap kali ada waktu free ZzZZzz



Call me! Saya SUPER-COOL juga :)


You can contact me via facebook, twitter, or just leave a comment here :) Yang tahu nombor handphone pon boleh call/SMS secara terus.

Sekian. Bye


p/s: sakit bahu wa kena gigit arghh!!

Monday, December 6, 2010

My Girlfriend.

9
Lately, hidup huru-hara tak sempat nak catch-up & update dengan apa-apa pon. Dengan ada penyakit huru hara, datang pulak penyakit tekanan jiwa disebabkan tak update dengan Leader KHJ coming to Malaysia for The Face Shop event @ Bukit Bintang Entrance, Pavilion . Tekanan tahap dewa dapat tahu berita dah masuk peti ais ni T___T




Kalau dulu, kerja tak habes-habes sebab sebok hadap KDrama sampai pengsan. Sekarang, KDrama tak habes-habes sebab sanggup sebok hadap kerja sebab dah bosan dengan asyik Hero No. 1 yang akan dapat Heroin sedangkan Hero No. 2 hensem & baik gila nak mamp*s memang kompem takkan dapat Heroin! pehh. I hate u, Hero No. 1! KA KAH KAH *macam la Direktor KDrama taw baca bahasa Melayu* Dah la kurang hensem (aku sopan disini okay! *dalam hati: memang TAK hensem bluwekk muntah berdarah*), ego semacam, tak selalu ada kalau memerlukan dan bla bla bla. Kalau tengok Otomen ada untungnya jugak, sebab Otomen memang selalu ada kalau heroin atau rakyat jelata memerlukan. I Love U, Otomen!




Now, am finally finish watching this (selepas bertungkus lumus secara hebat);




My Girlfriend is Gumiho (Nine Tail Fox)
Shi Min Ah cantik :)




dan penyelamat yang hebat untuk membantu aku habiskan My Girlfriend is Gumiho secara hebat mestilah Hero No. 2 yang kacak begaya bluweekkk ha, hambik kau, puji sampai muntah!;


No Min Woo as Park Dong Ju yang malang selalu sob sob sob




Nasib baik hensem, kalau tak sampai beranak tiga pon belom tentu dapat habiskan.



Everytime he appeared, this song would play. Actually, he's the one who sang this song.





Sekarang sebok semua budak laki nak bersunat. Salah satu mangsa ada dalam rumah aku ni. Selama ni dia duk sebok buli MakSu, sekarang waktu MakSu untuk membuli yeahhh! Sebelom bersunat, sempat la MakSu ni mula dengan cerita-cerita menarik. Ha kau, melalak tak sudah budak tu. Finally, MakSu yang kene hentam. Ceit *nantikauakukerjakan* Dah selamat besunat pon, bangga pulak tak payah pakai spender kain. Sebab budak tu tak malu Nauzubillah, ha, pakai spender kotak kau! Dengan susah payah nya ayah aku invent sesuatu supaya budak kecik tu tak buat tayangan free kat sepupu² dia yang masih dara. Gunting kotak kasut sampai jadi spender. Dengan adanya spender kotak, suci sikit pemandangan. Kalau tak, tenggiling pon malu nak tengok T_______T sob sob sob ~

Hebat weyy bapak aku! Nak lawan Galileo Galilei nampaknye. Pehhh! Korang tau ke Galileo Galilei tu sape? Tak tahu pegi google cepat. Malu kat budak darjah 5 karang.






Nak tengok Ngangkung! Nak tengok Ngangkung! Best tak?




p/s: gambar underwear kotak tak dapat di-upload atas sebab keselamatan & kemaluan pihak berkenaan. bayangkan sendiri dah la weyy.

Wednesday, December 1, 2010

boleh pandang-pandang

5
lately ni mood memang lari lintang pukang tak tahu lah mana nak cari sebab diri sendiri lost bagaii. entry banyak tersadai dalam draft dan mungkin takkan sambung dan kemungkinan paling besar memang takkan publish. duhh =.="




macam tak penting, tapi memang nak cakap jugak kat satu dunia, Aku sekarang tengah CUTI  weyy. Dah lama mimpi²kan cuti ni.


Satu hal yang aku tak suka bila cuti, kepala otak ni macam tak pandai pulak nak berehat. Kalau dulu duk fikir macam-macam report, lecture skarang ni dah takda benda sangat nak fikir ni, aku sebok duk fikir pasal benda lain. Habis runtuh rumah tangga.


Semak jugak otak aku ni. Kuning merah hijau jingga semua ada dalam otak. T_____T Mood nak marathon movie pon memang hilang dilanda badai. Baju pon bawak balik sekangkang kera memang takda harapan nak keluar pakai baju² vogue tiap² hari lagi pon kat sini nak pakai baju² macam tu pegi mana? orang semua melangut tengok aku pakai karang. Sebagai kesedaran poket kempis, hanya apabila Sponsor atau Bank bergerak keluar, aku akan menonong pegi siap cantik² padahal tak cantik pon sebab nak ikut jugak. Dapat beli keinginan sikit demi sedikit lama² jadi bukit tu pon dah tadah tangan syukur dan sebenarnya dengan harapan dapat lagi.


Sebab mood pon aku tak jumpa pegi mana, penggunaan 'aku' ni berlaku dalam keadaan sengaja. Yang baca pon kawan² sepermainan dan sepercabut gigi bersama-sama dulu. Hai mira & idiey :'). TRet aku rasa dah hilang ditelan facebook. Memang lupa terus blog heh! Nak keluar boleh la sponsor ye kawan².




Aku nak main sorok² dalam comforter dengan budak² kecik ni *lepas kira sampai 10 selak comforter terus jumpe, bajet thrill habis la budak² ni.T______T*  Bye!




sorok dalam spender jumpe tak?






p/s: Harap tak kene sorok ngan hantu tetek (18sx)

Friday, November 19, 2010

Kenapa saya tak suka?

0
Okay, entry ini sepatutnya dibuat secara protected. tapi, takpa lah kan. alang-alang dah tak buat privacy, kita hentam saja!






ohh, kisahnya saya pendekkan. ade satu perempuan yang saya sangat tak gemari. senang cerita, MENYAMPAH. kalo you baca blog ni bagus la, kalau tak, I mintak sorry. bukan nak mengumpat, tapi ini hakikat :)






I never gonna be that stupid to reveal your name here. saya ada jugak rasa simpati dan rasa tak senang untuk mengaibkan secara terang-terangan. You, jangan nak sebok hal berkaitan dengan I. walaupon kita tak berkenalan secara official (rasanya tak pernah berjumpa pon), I dapat rasakan you banyak interfere dalam kamus hidup I yang lebih tebal dari encyclopedia ni. Setiap orang yang I rapat ataupun kenal secara sengaja mahupun tak sengaja, you sebok jugak nak kenal sama kan. Or it's just me yang rasa you macam tu? Walaupon you adalah salah seorang kawan kepada teman baik I, you tetap I tak suka EXCLAMATION MARK BESAR². I rasa you ni menyebok sangat la. Adalah beberapa perkara yang buat I tambah-tambah menyampah dengan you. Pleassseee lah. I malas nak tengok you, malas nak tengok nama you mana-mana dalam ruangan facebook tu ataupun apa-apa yang berkaitan dengan you.






Ehh.. saya pon dah takda idea nak beremosi secara berlebihan dalam blog. Memang takda bakat nak emosi dalam blog, facebook etc. Kadang² kecewa jugak sebab idea datang mencurah-curah bila nak marah. Tapi bila dah tekan keyboard, puuffff..!! semua hilang. Satu perenggan pun cukuplah nak gambarkan ketidakselesaan saya dengan wanita itu.






p/s: Entry ini adalah luahan rasa secara separuh kurang waras wa. Kalau wa waras, wa tak tulis entry macam ni sebab wa memang tak pandai nak beremosi dramatik dalam blog -_____-". Diharapkan pihak yang tidak berkenaan jangan salah tafsir. Selamat berehat! :)

p/s/s: entry ni wujud mungkin sebab dah terlebih tengok movie, main PSP, makan & bla bla bla. semua perkara yang banyak mendatangkan keburukan pada masa akan datang dah saya buat sepanjang cuti 2 hari ni -______-" **mungkin jugak sebab handfon rosak!

Thursday, November 18, 2010

hey! :')

4
Dah habis 7 Semester. (3 Sem Foundation + 4 Sem Degree)


ohhh tu kalau tak masuk lagi 2 semester gigih buat Matrik kat Kedah -____-"



What's on your mind?


Still got another 4 semester and i'll be done!


Yey! Cepat la lagi 4 semester!

KMK Multipurpose Hall 2006/2007 with roommates :')
Birthday Ah Theng @ KMK 2006/2007
Malam Ambang Kemerdekaan KMK 2006

Farewell party H4T4 Semester 1 KMK

Kuliah Hayat 4 Semester 1 @ DKK 2 KMK 06/07

Reminiscing all the bitter-sweet memories :')

p/s: Seronok tengok kawan² konvo, buat Masters. Ehh jeles sebernarnya. if only i made a different choice 3 years back there. ...and that will never gonna happen. Face it!

Tuesday, November 16, 2010

:')

0
sorang dalam bilik. 

END OF SEMESTER 4.


Yey!


p/s: Waving goodbye to the campus. :')

Sunday, October 24, 2010

Dah Improve! :')

2
oohh. related to the previous post.


Tadi, balik Cheras pon dengan tegar nye naik tren. Masuk koc wanita lagi. Heh! Ape guna ada keistimewaan kalau tak tahu menghargai?




Tak nampak pon yang tak seiras wanita. Awesome! :')




Sampai Stesen Sg Buloh, tibe-tibe dengan tak terbilangnya golongan bukan wanita tu masuk KOC WANITA. Bhai, lu memang tak tahu malu. Wa dah mula panas nii!




Dengan membawa bau haruman ketiak basah yang semerbak, muka cool gila, bunyi ringtone SMS kuat gila, kaum bukan wanita ni berdiri dekat tiang yang disediakan untuk penumpang berpegang. Dengan tak malu pulak rebut seat dengan WANITA yang ada dalam tu. Ohh. Segerombolan ni bukan warga negara ok. Abang Bang*a. Dah la ketiak basah, bau satu koc boleh pengsan. Kesian sorang budak yang tak dapat lawan abang Bang*a tadi untuk apatkan seat penumpang yang dah keluar. 




Sampai stesen Mid Valley, dorang masih tak turun.




Tibe-tibe, datang la sorang pak cik polis bantuan dengan kacak lagi macho dan telah menyelamatkan keadaan. Ayat best yang pak cik tu keluarkan contohnye "Hoi, kau perempuan ke, jantan HAAA?!" Isk. degil lagi bhai ni, tak nak keluar. Dah kene tarik dengan pakcik polis bantuan yang macho lagi kacak bergaya, akhirnya satu coach dah bebas dari yang berlagak wanita tu.




Ohhh. kan best kalau ade ramai pak cik polis bantuan yang kacak macho lagi bergaya macam tu. Cool gila weyy halau yang tak sepatutnya naik ladies' coach tu.




Kepada awak (bukan wanita), elakkan la naik ladies' coach tu. Rakyat negara ni semua dah diberi kemudahan persekolahan dan macam-macam lagi. Tadi saya notice yang sign tu ada dalam pelbagai bahasa (Melayu, Inggeris, Cina, Tamil & Arab) Ikut lah arahan. Jangan langgar peraturan *kalau langgar peraturan sekolah dulu, takpe kan? kan? kan KIH KIH KIH*. Hormailah orang lain. 




Eceh. Konon pandai la tu. Ceh. Bye


Cuti-cuti cinta :')

Saturday, October 23, 2010

ladies' coach?

2
Hai. WOW! Seronoknya mengabaikan blog. Kau takda blog lagi bagos la weh daripada takda update walaupon sekelumit. Ya, saya dah pandai guna perkataan 'sekelumit' memandangkan dah khatam 2 bijik novel hari ni. Hujung minggu saya dah mula sejak Rabu lagi. Saya bersenang-senang macam baru lepas habis exam je, ye saya tahu T_________________________T *dah sedar diri dah ni* Saya bercita-cita akan terus menghadap buku secara berkadar terus tanpa henti 24/7 bermula minggu depan <--- angkat tiga jari berikrar.




Ohh ya. Saya di Sungai Buloh u'olsss! ouch! eh, saya normal. tak gedik. tak gedik. SUNGGUH tak tipu!


Nih nak tanya sikit.


Kalau namanya `ladies' coach`, siapakah yang anda akan bayangkan dalam coach tu?? Ha jawab! jawab! jawab!


eh, gaya tak puas hati pulak. Teman lelaki saya cakap, kalau tak pueh hati, jangan duk conteng dalam blog. Jangan duk kepoh dalam facebook. hihihi.. Ok ok. fine! Ni bukan tak pueh hati, cuma persoalan sepanjang duk dalam ladies' coach tu je.




Jumaat pagi around 10 o'clock camtu, saya dengan muka tak siap gerak ke Stesen Komuter Salak South dengan harapan takda lah kene tunggu lama. Sampai je stesen, tren dah sampai, senyum sampai telinga kembang lah. MALANGNYA, kaunter tiket tutup weyyy! What the fishhhh! Check purse duit kecik memang takda lah, ada not RM10 paling kecik dan not RM50 paling tak kecik. Sah-sah kalau guna mesin tiket, baki yang dapat semua duit syiling. T__________T Tapi, dah tak da pilihan, saya dengan sabar dan tekun masukkan not kertas RM10 dalam mesin tiket automatik. dan MALANGNYA lagi, tiba-tiba lampu 'guna syiling sahaja' jadi oren. Ha.. hambik kau! Padan muka. Siang-siang tak sediakan duit kecik, sekarang menangis keluar air hidung pon takda guna. Sudah lah terlepas satu tren, tiket pulak tak dapat nak beli. Tsk tsk tsk. Malang malang. Tabah gila ni korek duit syiling dari ntah mana-mana. Mamat Chinese dan aweks tengah pandang-pandang dengan muka kesian. ceh ceh. Jatuh saham wa. Dengan peluh jantan menitik-nitik membuak buak ni, akhirnya dapat beli tiket RM3.60. Saya banyak kerugian duit syiling 50$ T__________T




Sebagai pengguna komuter, mungkin anda tahu macam mana ketabahan dan kesabaran yang kita perlu kumpul sementara menanti kedatangan tren tu. Kalau dah datang tu, rasa macam dah dapat emas berketul-ketul. Walaupon dalam tren macam sardin sumbat, tambahan lagi aliran ke Mid Valley. Eh eh. Komuter skarang dah ada ladies' coach. Pintu ladies' coach betol² terbukak depan mata saya, pheww lega wa cakap luu. Kalau dah ladies coach, kompem la semua yang dalam tu perempuan. Eh, perempuan ke tu? rambut panjang, kerinting dannnn dia takda ehem ehem. Lohh.. jantan rupenye. Dia ni tak pandai baca ke apa? Ohh, OKU kot, tak nampak sign yang tulis `ladies' coach` tu. Tapii......




cukup sifat. Boleh type SMS dengan laju. Kalau masuk pertandingan type SMS paling laju, mesti dah boleh jadi juara. 




tak pelik ke lelaki normal yang cukup sifat boleh masuk ladies' coach? Saya pandang kiri kanan, ohh rupa-rupanya ada sorang lagi yang serupa. Tak habis-habis saya terfikir, tak nampak sign 'wanita sahaja' ke diorang ni? ataupon, dulu tak pergi sekolah, tak pandai baca??


sampai stesen Mid Valley, ramai WANITA yang keluar masuk. Ohh. Yang kurang wanita pon ramai jugak yang keluar masuk. Pelik pelik. Awak tak pandai baca ye? Haish, ape guna buat koc wanita sedangkan yang tak wanita pon ada dalam koc wanita jugak. Awak teringin jadi wanita ke?




ohh. Luckily saya berpeluang duduk dalam tren. Ni salah satu gambar yang sempat saya snap dalam tren. Sorry bhai, mesti lu ingat wa tengah sebok type SMS. hihihi.

pakai cam hp sahaje. W910i yang hidup segan mati tak mahu T___T *nasib tak kantoi* bang, jangan marah ye, nanti kene jual XP

eh eh. cool je awak ni. abang baju pink kat belakang tu muka dah comel, tapi masuk coach wanita. haaa! kan dah tak comel. Hihihi. Dah terang tak payah lagi nak suluh pakai lilin, every part dalam coach tu tertulis `ladies' coach : koc wanita : ladies only at all time : wanita sahaja sepanjang masa`. Haaa kau! tak paham bahasa melayu, bahasa Inggeris pon tulis jugak. Ada sign yang dah bold wanita sahaja tu, masih tak paham² jugak. Sesetengah dari mereka adalah warga negara jiran berdasarkan cara mereka bertutur. saya bukan racist di sini okay. Menyatakan yang benar belaka. Hehehe..

Ohh. ni pakai Samsung PL10 bukan W910i. jangan tertipu.
oohh. Macam ni kah rakyat Malaysia yang cintakan negara? Bahasa kebangsaan tak paham, bahasa omputeh penjajah pon tak paham. Ape gunanya KTMB buat koc wanita kalau lelaki pon dengan muka 1$ masuk koc wanita? Dari apa yang saya nampak, ramai WANITA² terkejut dengan kehadiran 'wanita' lain dalam koc ni. Macam dah takda koc lain yang TAK bertanda 'wanita sahaja' awak nak naik. Tak segan ke, bang?


Pihak yang berkenaan pon sepatutnya perlulah ambik berat hal ni. Apa guna polis bantuan? apa guna pekerja-pekerja yang duk bayar gaji bulan² tu?? Emm, lagi satu. Kaunter dan sistem pembelian tiket memang kurang sistematik. Kaunter tutup hari tu kalau tak salah saya disebabkan system down. Takkan takda alternatif lain ?? Sediakan tiket lebih awal atau ape² sahaja alterntif lain. Kesian, ada makcik yang tak dapat beli tiket sebab langsung takda syiling. Nak pakai not kertas pon tak boleh sebab mesin cakap 'guna syiling sahaja'. Tak semua orang dapat bawak syiling lebih RM3 dalam purse, awak. Berat taw nak bawak syiling ni, tambah² kalau bawak 10$. Memang tak cool jalan bunyi duit dalam poket. Habis hilang macho. Hihihi..


Ohh. ini pendapat saya sahaja. Kalau macam ni attitude yang rakyat Malaysia terchenta tunjuk, mansuhkan saja ladies' coach. Macam tak da makna weyy. Huu..


Oh panjang pulak kali ni. Hambik kau! kan dah lama tak update. Hihi. Ehh, kata awak pula macam mana?

p/s: wa dah nak exam weyy. sudah² la tu main. tsk tsk. Ehh. SK Taman Puteri, Batu 9 Hulu Langat, tunggu chekgu yee. :')

Thursday, October 14, 2010

Saya HEBAT?

0
Saya hebat & cool;


: sebab saya dah lama tak update blog


: sebab saya sangat tegar siapkan assignments berbanding cuci mata, lately.


: sebab suara saya macam rox star.




Saya juga rasa hebat & cool kerana;




: otak saya sangat penoh untuk fikirkan kerja-kerja belajar dan masalah sekeliling.


: saya dah tak fikir pasal diri sendiri kerana terpaksa berfikir untuk orang lain. <-- feeling jadi politician walaweyy!


dan yang paling penting,




saya dah tak tahu camana nak update blog.


sebenarnya, saya TAK hebat,


YES! I'm a LOSER! -___________-"


ohh.. Hari tu wa pegi Melaka. Wa nak show off kat lu ni! :)






OK, Bye!

p/s: wa tak paham ape kaitan wat hebat dengan pergi jalan-jalan Melaka @#%&!

Sunday, September 19, 2010

Kampung

0





Ohh. Sebenarnya gambar ni takda motif pon. Cuma sebab dah terlalu lama tak tengok pelangi jadi eksaiteddd nak cakap satu kampung.


Pelangi ni penoh tahu! Yang macam dalam cerita kartun tu, separa bulat :) Memandangkan saya hanya guna Samsung sebesar jari dan terpaksa capture dalam kereta yang bergerak, ini ajelah hasilnya. Tesengih-sengih sebab dapat tengok pelangi yang cantik di kampung halaman emak. Eceh! Gambar ni semua telah dicapture sekitar Raub, Pahang. Tesengih-sengih sampai robek bibir. Dah lupa kali terakhir dapat tengok pelangi yang cantik macam ni.



Isnin dah bersekolah. Satu kerja pon tak siap T__________________T





semoga Selamat Hari-hari . KAH KAH KAH


Bye


p/s: Wa sakit perutttt!!
 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥