Saturday, October 31, 2009

link diperlukan

3
pengumuman.

anda² yang selalu memfollow blog ini, TERIMA KASIH :) sedangkan isi ni hanya memberi input berguna mungkin hanya 0.0034% sahaja. oleh itu, bagi semua yang datang mentengok sekali sekala ataupon selalu, anda bolehlah mentinggalkan link blog anda di sini (diruangan comment), nanti saye akan update bloglist itu. dah lama betol tak update bloglist. bagi menghargai semua yang sudi berjalan-jalan atau berlari-lari di Dancing Queen, anda bolehlah tinggalkan jejak anda supaye mudah untuk saye memview anda kembali :) anda semua memang comel kacak cun dan menarik. terima kasih kerana memberi sokongan. Mulanya, saya nak update bloglist mengikut followers sahaja terlebih dahulu, namun kerana kesulitan yang tak dapat dielakkan, saya tak dapat update sekarang. HARAP MAAF T____T tsk tsk tsk. tapi, saya akan cuba update sedikit demi sedikit okey :')

seterusnya.

masa hujung minggu takda lah sia-sia sangat. ade lah jugak isi dengan sesuatu. ehh. tapi sekarang masih menunggu panggilan dari jauh. panggilan dari Pennsylvania. **Siti Norain, sila take note jika anda sedang membaca ini. Aku free aje okey, kalau weekend. Weekdays pulak, aku rasa aku free je sebab dah masuk study week, kelas pon dah kurang :) so, anytime u can call me. banyak ni nak story-story kepada anda.** Perbezaan waktu selama 12 jam memang leceh. T_________T

dan..

ujian akhir semester sudah hampir, tapi otak sudah hampir-hampir kosong, gara-gara cube brainwash otak sendiri. HAHAHA. oleh itu, setelah rasa bersalah menghempap diri sendiri secara bertalu-talu, aku sudah mendapat sedikit keinsafan. Banyak nak study neh. YA ALLAH, berilah kekuatan untuk mengulang kaji dan kekuatan untuk menghalang nafsu tidur. hehe

Jennifer's Body sangat menarik. silelah segera mentonton. :) Through The Trees - Low shoulders & Kiss with a fist - Florence and The Machine juge menarik. selamat MENGgoogle!



credit: MENGgoogle

p/s: berat turun lagi. oyyeeeeee~!

keAJAIBan

0
kami bertiga berjalan-jalan dan mengarapkan keajaiban berlaku. di pusat membeli-belah, di tepi jalan, di stesen LRT atau di mana-mana sahaja. namun, kami pulang dengan kehampaan. azam: kurangkan membaca novel T__________T

keajaiban berlaku di kolej kediaman, AIR TAK ADA!! migrain menyerang. segala isi terbuku tidak dapat diluahkan. aku nak ke TANDAS!!!!!!

Wednesday, October 28, 2009

30%. ka ching!

5
apa masalahnya dengan 30%?


ye. 30% sekarang membawa masalah besar kepada guru-guru pelatih di IPGM KPT (IPGM lain aku tak taw!). Khabar angin yang bertiup dan merobohkan ketenangan dan kenikmatan kami semenjak 2-3 hari ni. 30% daripada elaun yang diterima setiap semester akan dipotong mulai sem depan. Ape kesssssssssss....??!!

Khabar angin aje okey. Jangan cemas. Sile tarik nafas, ok. Hembusssssssss~

Bayangkan, dengan elaun RM4200++(bagi yang tidak tinggal di kolej kediaman) atau RM3800++ (bagi yang tinggal di kolej kediaman) *tak masuk duit buku* ni pon kami bagi sesak nafas nak idop bila dah tiba akhir sem macam ni. Bagi yang tinggal kat luar, nak bayar sewa rumah, bil itu, bil ini.. Sesak jugak nafas nak idop T______________T. Yang tinggal kat dalam ni pon nak bayar macam-macam. Bil broadband lagi. Ammmmmmmmmaaaaa~


dan..


dengar khabar, mulai tahun depan pengambilan PPISMP jugak akan dibekukan? betul atau tidak aku tak tawuu. Kasehan lah adik-adik. kih kih kih. tapi, ada bagosnya jugak, institut macam dah padat jew. mane nak sumbat semua intake baru.

yang penting sekarang


tolonglah cakap kat aku khabar angin ini semuanya tidak benar!! 30% tu banyak okek. mane nak cekaw duit beli barang untuk projek, ABM  bla bla bla....



encik hussin dan isteri memang bank bergerak bile dah akhir sem ni.. Hehehehehe....



credit: MengGOOGLE



p/s: ilmu dan duit sama penting :))

Monday, October 26, 2009

penat sungguh tak tipu

0
sangat penat, rasa macam nak tido tiga hari tiga malam tak bangun-bangun. jangan terkial-kial cari aku lepas ni, sebab tak jumpa aku tersorok dalam comforter yang sangat menselesakan :)) kalau ade orang nak peluk, sedap jugak, hilang sakit-sakit tulang ni... emmm.


okey,ayat macam melampau dah. nanti semua anak encik hussin cari aku. baibai (>.<)v xoxo

Facebook makin tak menarik. huh!

2
okey okey. sape tak suke dengan new facebook update?? angkat tangan!! Haish.. tak suka! tak suka! tak suka! Walaupon aku sudah agak ketinggalan dengan dunia facebook ni sebab konon² nya nak hadkan waktu online dan tidak mahu lagi bercinta dengan laptop, aku tetap tidak suka dengan update yang keluar dekat "Home" tu. menambahkan lagi ketidakcintaan pada facebook. Walaupon facebook dah banyak mengalami perubahan semenjak dari aku mula-mula sign up dulu sehingga sekarang, tidaklah terlalu menyusahkan macam sekarang. Awal² dulu pon facebook selalu buat perubahan samada pada Home ataupon Wall, tapi perubahan sekarang yang paling tak boleh terima T___________T

dannn.. aku pon tak tahu kenapa nak update blog ni sangat. yang pastinya, mood blogging, facebook-ing sudah hilang. mana nak cari pon aku tak tahu. melayan mood pon tak bagos sebenarnya, buktinya, satu jam hanya baca satu page Murid & Alam Belajar T____T

jika anda bersedih, apa yang anda lakukan? *oke oke. terus terang je lah yang kau nak bagi tahu kau buat apa kalau kau sedih kan?* KAH KAH KAH. iye! kalo saya bersedih, saya akan terus bersedih dengan dengar lagu sedih, baca novel sedih, tengok cerita sedih, dan bersedih dengan sedih nye di atas katil. KAH KAH KAH. tingkah laku orang kadang² gila memang macam ni T________T. suka sangat melayan perasaan, pastu malu sebab menangis bace novel. HAHAHAHA. *jangan lakukan perkara ini di rumah, pasti digelakkan dengan ketawa paling jahat* kalau sedih jugak, satu cara yang paling berkesan ialah mengenakan rakan² yang tidak akan mampu melawan. KIH KIH KIH. *jahat gila!* lagi bagos adalah untuk menonton "Cloudy with a chance of meatballs" kerana akan merangsang deria² yang penting. Ia juga merangsang untuk aku makan 2 bar cadbury sebelum tido petang tadi. :))

bila gembira? okek okek. bila gembira aku akan tidak menghiraukan dunia novel jiwang sedih, lagu sedih bla bla bla... so, kite enjoy~!! HAHAHA. malangnya, sekarang aku sedang meniti² novel. tahulah kan?? study pon tidak kesampaian dengan otak yang tidak dapat dikesan plug yang sesuai, takda plug nak charging T___T. esok mulalah study balik *tiap² hari pon cakap macam tu*

oleh itu, kite stop sini dah lah. lain waktu sambung, nak bergossip sekejap.




p/s: dah dua hari diserang gejala sakit perut tiba² dan melampau T_____________T

Friday, October 23, 2009

makhluk TERpaling selekeh

2
WARNING!!

*entry ini banyak mengandungi unsur-unsur yang menyampah yang agak keterlaluan. tidak digalakkan untuk ibu mengandung, wanita-wanita/lelaki-lelaki yang dalam mood tidak baik, kanak-kanak yang baru lepas dimarah ibu bapa dan sebagainya. memang entry useless tapi aku nak buat jugak. (=_=)"

Semenjak beberapa hari ni, aku menjadi sedikit bermasalah. Masalah yang paling utama ialah untuk bangun pagi adalah yang TERpaling kritikal. Macam tak ada motivasi langsung nak bangun pagi untuk ke kelas, bile pergi kelas je, muka tak siap. Mulalah mengketatkan muka sepanjang hari. *Nyampah lah dengan kau! asik buat muka ketat je bila masuk kelas*. Dah la selekeh, macam tak mandi pagi je walaupon dah duduk setengah jam dalam shower. Walaupon begitu, masih ade beberapa  kacakan dalam kelas yang masih berani membuat teguran menggoda. I tak tergoda dengan u okey! HAHAHA. Muke ketat i akan berlangsung sehingga I ada mood kembali, mungkin lepas I makan tengah hari, ataupun mungkin lepas I sambung tdo balik :)) Mereka-mereka ni memang, suka sangat melihat aku marah. Kih kih. dah dapat buat aku marah, mereka akan beralih arah kepada orang lain sebagai mangsa seterusnya. HAHAHA

sile lihat aku yang selekeh.




*abaikan Liverpool, bukan aku minat pon. Ini untuk exhibition exploring materials*
** abaikan juga gedik tu**

jika diperhatikan, bahagian muka aku semakin dipam-pam *pipi berkembang dengan pesat sehingga ke dagu*. Aku rasa, tulah salah satu faktor utama aku menjadi selekeh. Faktor seterusnya adalah berkaitan hal-hal peribadi. Memang buat aku jadi makin selekeh. Faktor final exam yang menekan juga membuatkan aku super duper selekeh. T__________________T

dem dem dem. aku memang semakin tidak membanggakan. Esok nak pegi kelas pakai semua make-up kasi nampak macam badut. (>.<)v




seterusnya, proses melayukan roses  berjalan dengan baik. walaupon bersedih kerana tidak dapat simpan lama, tapi aku lagi sedih kalau TERlambat keringkan roses tersebut T________T menangis sampai penuh air takungan tandas buat ape kan? Bertindak dengan segera. Prevention is better than cure. *Eh, tibe² pulak.*

yang sebenarnya, aku demam. waaaaaa...!! sedih sedih T________________________T

bye bye bye.



Tuesday, October 20, 2009

Calculator in action!

0
dangggggggg...! esok test, tapi calculator pon takda. bila dah pinjam dengan adik gagah berani, tak ingat pulak nak pakai calculator 570MS camane sebab dah selalu pakai 570ES. Haish! idea dalam otak pon kering, sekering roses kat depan mata ni. Kesian, dah nak mati T_____T oh! dan jugak sekering hati aku. cewah! memang kering lah sekarang neh. kih kih. final pon dah dekat, sebijik ilmu pon macam susah nak lekat dalam otak kalau perasaan asik nak gaduh je dengan hati. hahahaha. kan susah kalau jadi penghidap masalah jiwa ni. T_____T. masalah jiwa berlaku apabila perasaan asik taknak duduk diam. hati pulak asik duk risau pasal final dan test-test lepas yang tak dapat buat.

kebelakang ni, banyak betol kemalangan yang jadi. surat khabar pon selak sehelai, eksiden, selak lagi, eksiden. haish. yang jadi depan mata pon banyak T___T kalau katak penyek tu dah biase sangat dah, dalam kawasan kolej kediaman pon memang banyak lah arwah katak-katak yang tak bernasib baik. anjing pon mati tekangkang kat tengah jalan. kesian T____T. oleh yang demikian, pengguna jalan raya atau jalan tak raya semua, berhati-hatilah semasa di jalan raya. kalau nak mati, jangan menyusahkan orang lain, bawak kete laju-laju, pegi langgar orang.. tak ke susah hati keluarga mangsa nanti.

subtopik seterusnya ialah mengenai dunia-dunia fantasi. eh, bukan fantasi, dunia maya. hehehe. banyak betol orang deactivate facebook masing-masing memandangkan tanpa kita sedar, facebook telah banyak melalaikan kita. macam aku sekarang, name je study, mata asik pandang skrin laptop je. haish!! jiwa meronta-ronta nak update blog, tapi macam tak tahu nak tulis pe. aku pon terfikirlah untuk deactive facebook sepanjang final exam nanti. ok tak? macam takda kesan je kan kalau deactive aje? tapi, takkan lah nak delete?! ohh.. sayangnya. tapi entahlah. kita fikir kemudian. blog pon banyak mempengaruhi, asik rasa nak online aje, memang tak boleh buat kerja kalau perasaan jadi Raja. HAHAHA. mampu ke kalau tak online? tak active sekejap pon dah ramai mencari *eceh, perasan kau!*

 jangan lupa pulak nak view Koak Merah Jambu! :)) banyak barang-barang yang menarik.


okey okey. memandangkan banyak lagi yang perlu baca, migrain menyerang dan sakit-sakit jiwa mula melanda, habis sampai sini sahaja entry ni. aku pon memang tak pandai nak buat ending sedih-sedih ke, sedap-sedap ke. tengok saja gambar kat bawah ni, pasti 3 mangkuk air mata dapat di hasilkan. roses sudah mahu menyembah bumi. esok aku akan mula buat proses pengeringan. :)) lepas ni, harap ramailah rasa murah hati nak bagi roses yang cantik-cantik :)






p/s: akan mula berfikir secara mandalam :)


Saturday, October 17, 2009

active di Hari Deepavali

2
dancing queen sudah aktif kembali. aku kan macam lalang, kejap private, kejap tak. HAHAHA. mungkin akan private lagi, tp tak tahulah bila, mari kita sama-sama nantikan :))

eh, susana sejuk, sesuai untuk jiwang jiwang neh. duk dalam blanket semata-mata untuk rasa panas. cewah. kalau duduk dengan ehem ehem lagi panas. eh? huish! sejak bila blog ni jadi blog lucah. HAHAHA. okey okey, sepanjang membuat waktu kat cameron ni, akan aku jadi gila. mungkin sampai bila-bila. tapi akan menjadi lebih kuat. tidak akan private blog kerana alasan-alasan murahan. zatie akan menjadi sekuat otomen dan segagah superman yang berseluar dalam di luar (tapi aku takkan pakai seluar dalam kat luar, gila ke?).

okey okey, straight to the point, aku mungkin takkan selalu update blog memandangkan takda masa dan takda semangat. mane nak buat appointment ngan PPUM lagi, nak selesaikan semua kerja, study untuk final. semua kene buat dalam satu masa. hal-hal seharian lagilah tak terkata, tapi kan aku secekap keluang man. aku akan segera bergerak dan akan kuat. yeee. KUAT!! KUAT!! aku jugak mahu sekuat cicak man dan spiderman yang mampu bertindak dalam keadaan segera tanpa perlu berfikir jauh. mereka kuat untuk menanggung apa sahaja yang telah dan bakal berlaku. aku cuma tanak jadi macam PEPAYA. nampak sangat fake. HAHAHA. aku tidak mahu menjadi manusia ter'fake' atas dunia.

oleh yang demikian, sudah sudah lah buat ayat jiwang. aku baca pon menyampah. nasib baik aku bukan jenis yang akan baca balik ape yang aku tulis, kalau tak, aku boleh muntah 4 tong minyak. bagi yang minat dan tak minat bace dancing queen, selamat datang kembali. kau menyampah baca pon, aku akan tetap tak private blog dalam masa terdekat. hik hik. aku tetanp akan menjadi pengunjung setia blog korang walaupon aku tinggalkan blog aku bersawang dan jadi tempat gajah beranak-pinak. aku memang prihatin dengan orang sekeliling, jangan risau :)).

okey, aku akhiri entry ini secara tiba-tiba dengan ucapan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu especially kepada kawan yang sudah lama tidak bersua muka Hamshawagini Chandra & Sangheetaa Phary :))

Happy holiday ppl! :)

Saturday, October 10, 2009

hati & perasaan

1
dem demmm demmmm!! aku memang allergic dengan sesetengah manusia yang pentingkan diri ni. gatal mata, sakit hati, semua ada. kalau aku boleh memilih, memang aku takkan pilih untuk kenal orang yang macam neh. haish! mood nak marah pon dah hilang, tapi aku takkan hilangkan dari otak aku neh, ape yang kau buat! REMEMBER!!

btw, lately jiwa kacawwww...



Monday, October 5, 2009

yang saya suke

2



sessi fotogedik sebelom pegi Tesco semalam! HAHAHA. takda kerja.

"Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur" - Rossa

"giler arr lagu nih!" HAHA - kami² yang baik hati ;))


p/s: saje nak tunjuk contact lens baru yang tak selesa dan mensakit mata. tapi mata besar okek! HAHA. FreshkoN!!

p/s/s: uish! jangan pk lain pulak. I tak bermaksud okey, macam suke sahaje lagu ni ;))
 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥