Showing posts with label sayangness. Show all posts
Showing posts with label sayangness. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

15 Kali Sayang

6
celebrating our 15 Years of Friendship. (well, may be more than 15 years for some of us)





nikmat tepung cap sauh memang takkan dapat dilupakan =P




Happy 22nd Birthday T-Ret

and

Happy 15 Years of Friendship for US :) 

I HEART YOU. Mari tua sama-sama.

Mira balik UTP awal. Takpa, anggap je lah Mira ada :)


Make it 50 Years okay!

xoxo

p/s: oleh sebab TRet pemilik dslr, gambar die tak banyak dan oleh sebab ni blog wa, gamba wa mesti ada betempek kat setiap penjuru. Harap maklum. Tak suka boleh blah!

Thursday, November 26, 2009

Salam AidilAdha

0
hah. esok raya esok raya. Selamat Hari Raya Korban bagi semua ummat Islam :)

baiklah, mengkenangkan aku yang malas ni takkan jadi rajin kalau tak paksa diri, tibe-tibe aku pon berfikir-fikirlah nak update. terima kasihlah kat semua yang rajin bukak blog ni walaupon sebenarnye mungkin terpaksa. nevermind, i suke jugak orang kadang-kadang dataang melawat. heeeeeeee...

tadi macam idea mencurah-curah ke ladang gandum bagai~
sekarang otak dah kosong. tak taw ape ilmu berfaedah yang dapat disampaikan. heh! eh, New Moon baru keluar kat Malaysia hari ni. Terkinja-kinjalah semua gadis-gadis nak pegi panggung sebab vampire terhangat sudah kembali. sebelum ni, aku bagai nak histeria dah tengok orang-orang lain yang terbuang dari Malaysia update status pasal New Moon sejak sekian lame ni. Pehhh! Tak pe lah, aku cool je. (=.=") walaupon begitu, kalau nak tengok New Moon dalam masa terdekat ni, harapan ajelah! Tunggu lah keluar dekat torrent nanti, giatlah usaha nak download. Idiey mungkin jugak pantas download New Moon, oleh itu, kerja rumit menjadi lagi mudah bagaikan mengupas kulit kuaci. *tak pernah lulus kupas kulit kuaci sebenarnye T_____________T*


sekarang sedang cube habiskan waktu dengan sebaiknya tanpa menyesal setengah jam pon. Sebelom ni punyelah banyak cerita nak tengok kat TV, dah siap buat list dah. Hari ni sepatutnye tengok Jangan Tegur...lagi. Tapi nasib taknak menyebelahi pulak. Mak aku dengan sedia maklumnye memang tak suka tengok cerita hantu. No no no.. Neeehhii!! Anak soleh ni dengan baik hatilah bukak laptop terus ngadap blog biarpun dah 13jam sehari tengok blog ni sampai naik mual. Lagipon esokkan nak Raya, takdalah malam ni saje nak buat dosa tak berbayar, kang makin banyak pulak nak kena mintak maaf. Eh, jangan lupa pulak! Esok Nur Kasih episod akhir! Sebenarnye aku takda lah salah seorang kipas susah mati Nur Kasih, saja nak kasi gempak sikit. Tengok Nur Kasih pon setakat 10 minit sekali (tu pon kalau ade mood lah nak tengok), harapan nak jadi kipas susah mati drama ni lagilah TIDAK! ohh. ade specific reason kenape aku tak suka, tapi takda lah nak heboh-heboh kat blog. heeeeeee... :)

eh eh. sebenarnye esok aku tak rasa Raya macam meriah. Abang-abang tak balik, kakak pon tak balik raya. aku, abang aku dengan mak ayah ajelah yang telentang depan TV nanti.

Eh, rehat kejap, Nanaa call.

Fuh, sejam lebih bergossip. Kalau credit tak habis, mungkin sambung lagi. HAHA Penat mulut aku ni hah. Kang nak pegi buat Milo tabur. Seronok pulak malam ni betukar cerita sebab dah lama gila (?) tak jumpa. Habislah keluar gelak yang agak kurang sopan. Yelah, double-date hari tu tak jadi. Next time plan nak jumpe, tapi die sorang ajelah yang date T________________T I miss u yangyang, i tunggu u balik ye. Blaja baik-baik kat Jepun ye. Balik nanti bawak hadiah banyak sikit. *tibe-tibe touching ingat teman istimewa jauh dimata dekat di hati*. Wah! Tak sabar nye nak dating bersama-sama sayangness yang sama-sama mengalami alam remaja yang penoh gembira dulu. :') Tapi kenelah plan satu semester sebelum tarikh jumpa, maklumlah sayangness semua busy mengalahkan Presiden US.

okey okey. sekarang waktu untuk beristirahat dan waktu keluarga. blog takda dalam senarai keluarga sebab blog boleh jumpa jugak kalau tak balik kampung. keh keh keh. Merajuklah blog hari ni. Takpa, aku dah feed dengan kasih sayang yang secukupnya. okey lah tu :) Tret & Mira, i'm home babehhh~! nanti kite jalan-jalan cari suami okek! eh, jalan-jalan cari pasal sekali. Heh! owh. Idiey, we all tunggu u okek, dont worry. keh keh. Selamat Hari Raya Aidiladha. Raya di Malang pon okey lah kan? Kami kat Alor Lintang sambut raya dengan sederhana. Keh keh keh.


Salam AidilAdha semua! :) Sayang kamu-kamu-kamu dan kamu.



dari kiri: Nanaa, Zana, Nedy, ZH & Ain (again, dayah not in the pic. takpa, we all rindu u selalu)




kedua-dua gamba di atas dah berusia lebih kurang 3 tahun. oleh itu, muka semua baik-baik dan muda remaja. tapi, sekarang seiring dengan peningkatan usia, dah berubah lah sikit demi sikitt setiap orang. tapi, jiwa kami tetap muda remaja. eheh!




Sunday, November 15, 2009

Oto

4
tadi mase lepas pegi makan dekat Volodrome Cheras, jalan-jalan kejap. Nak balik study punyelah malas. Dah la semalam asik layan movie sampai tertido. Macam lah exam tu lagi sebulan. Next paper lagi 2 hari oi! Okkey, sebenarnye nak buat entry untuk show-off bodygurd merangkap boyprenn baru. taaadaaaaaa~!





kacak kan? lepas ni takda orang berani lagi dah gedik² ngan aku, aku report kat abang otomen kacak. Aku namakan dia Oto. Masalahnya die dah menyemakkan lagi katil aku yang sedia ada semak. T____________T. Lepas ni dah tak takut lagi nak stay-up sampai lebam, konon nak study lah kan. KAH KAH KAH KAH. geliiiiiiii! Balik cuti karang, aku sumbat je Oto dalam kete kak long, pastu Oto mesti jadi arwah dikerjakan si Iskandar. Baiklah, sementara ada masa nih, boleh suruh Oto kirimkan rindu sampai ke kampung halamannya kat Jepun. Eh, nak ikut Oto balik pon boleh, dapat jumpa buah tembikai manis I dekat Akita. Baiklah, kami nak berangkat ke Akita sekarang. Beransur pulih dulu!

p/s: Oto dah tido pulak. Sambung study ajelah!
p/s/s: Murni pulak beli kapal terbang, katenya senang nak balik Terengganu nanti. HAHA

Friday, November 13, 2009

lama tak update

2
The Chemistry is a bit suck. Soalan macam haram je! isk. Kami same² ade axam hari ni, cuma ditempat yang berbeza. Die cakap die pon tak boleh jawab. Sian kite kan, yang T__________T. a bit disapointed with the question and the answer. Bodoh la! Luckily, your words bagi kekuatan untuk i jawab taw :) HAish! Aku punye next paper is on November 17 untuk paper Science Curriculum & Pedagogy, sementara tunggu next paper ni seronoknye kalo boleh pegi tengok 2012 kan? Nak ikut tak? Papadom pon tak tengok lagi T_____________T. Yang, u study je lah ye, esok ade exam lagi. KIH KIH KIH. Nak tengok banyak cerita, tapi masih tak tercapai pon. T_____T  Sekarang tengah tunggu New Moon release! Woohooo~! Edward Cullen kacak. eh. ops! Btw, tak sabar jugak nak dating dengan sayangnessss semua. Nana, Zana & Dayah plan bukan main  hangat lagi dekat facebook, ntah jadi ke tak. Ain terpaksa dating dari jauh je lah kan? KIH KIH. I miss u guys :')

Eh, I miss u too lah, yang. Miss u banyak². Lagi setahun kite jumpe. :') Lepas habis exam, i harap kite boleh luangkan masa sama² lama sikit, plssssssss :') Blaja rajin² okek. I rindduuuuu...

hah! lagi satu, mungkinlah kalau aku rajin sikit waktu cuti nanti, blog ini akan menjadi sebuah blog berinformasi yang walaupon takdelah 100%, kite buat 0.13% pon cukup lah kan? OK, aku cakap MUNGKIN! Jangan berharap sangat, sebab aku ni takde informasi yang boleh dikongsi secara ilmiah sangat. Gossip mungkin boleh. HAHA. eh, dah nak dekat pukul 12. harussss haruss dan haruss pergi dulu. Nk pergi serang bilik Murni!!


Happy Birthday Murni!! :))




13 November


Monday, September 28, 2009

me [heart] you

2

♥ ♥ ♥ + kami kawan kanak-kanak + ♥ ♥ ♥

dari kiri: Mira, Zatie, Idiey, T-Ret


"A friend is someone who knows the song in your heart and can sing it back to you when you have forgotten the words."

good night ppl! :))

p/s: Pangkor is waiting for us, baby! HAHAHA

p/s/s: esok mula bersekolah. esok mula bersosial bersama nota-nota yang membuatkan otak berpusing di luar paksinya. esok perlu ke kuliah. esok perlu berhadapan dengan pensyarah yang bersedia untuk memuntahkan tugasan² yang di luar jangkaan.esok mula memerah keringat mengironkan baju kurung sampai lupa diri dah lambat!! Ohh. esok ada segalanya. ESOK sangat bermakna!

Saturday, September 5, 2009

bamBAMbamBAM

9
akhirnya, akhirnya, dan AKHIRNYA!!! habis jugak minggu ni. Penat yang teramat sangat sungguh dan sekali. T__T Banyak assignment, report dan yang lebih kurang sama waktu dan sepadan dengannya kene submit minggu ni. Tell u what, sape suruh tak buat kerja waktu cuti??!! HAHAHAHAncur! Otak pada waktu ini separa sedar. mungkin hanya 20.11% yang conscious, percent yang selebihnya dah black out, ting tong dan yillek!!!


Semalam orang dah bangun tidur balik aku baru la terhegeh² nak tepuk² bantal, minum susu. SUSU??!! eeuuuww.. ! okey tipu, aku tak minum susu pon lah. Minum Ribena habis 2 kotak, Twister orange satu botol.  lepas tepuk bantal 2-3 kali, tak sedar dah aku ade kat alam mane. black out sebab tak bayar bill. T__T . jeng jeng jeng jeng jeng ..... !!! dan keesokan paginya membawa sengsara dalam tandas. Nasib baik lab start lambat! HAHAHA. Ape² pon, kelas petang amat cuak sekali apabila telah di sound oleh pensyarah yang berlabel 'COOL and FUN'. "Hah, you! Kenape lambat??!!" HAHAHA. dan adegan mengeluarkan sedikit idea bersama² sedikit muka belas kasihan telah berlaku. *Ting* Die dah start gelak balik, phew! Lega ...!!

okey okey. sepanjang seminggu sengsara tapi seronok makan nasi kukus ayam dara setiap hari sewaktu berbuka puasa memang takda masa nak update blog. eh! ade lah. kononnya emosi la. ala......!! yang tu, tu. HAHAHAHA. Facebook pon nampak tak tergoda dikala mata dah angkat bendera putih mintak surrender. Orang lain pon dah bangun sahur. Motosikal Pakcik guard kecik² comel pon dah bebunyi, pakcik guard kecik² comel dah start bukak gate, pakcik guard kecik² comel pon dah start... eh okey². point utama dia, aku nak cakap pak cik guard neh kecik² comel. nevermind, kite abaikan pakcik guard kecik² comel yang SKEMA!! grrrr ...! *sigh*

Hari tu macam banyak benda nak tulis dalam blog, tapi hari ni macam banyak benda dah lupa nak tulis. HAHAHA. Otak di paras bahaya. Teeet..!! Teeet...!!! (bunyi alarm tanda bahaya macam dalam filem omputeh yang lari² sebab takut bangunan meletup). Eh, esok nak keluar ...!! Nak keluar ...!! ayokk! kantoi ngan anak Pakcik Hussin yang lain. *okey², esok mane ade nak keluar. mane ade!! ayokk~* (cover sikit okey). Nanti anak² Hussin yang lain akan meng'sms' lagi "Ho!! klua g mana??!!!*. mule la ketaq jari, cramp kuku nak jawab keluar pergi berjumpa dengan teeett!! HAHAHA. dengan bakal anak Pakcik Hussin (insyaAllah) *okey, boleh ngucap skarang! MasyaAllah adik aku, gatal*. HAHAHA. Esok akan berusaha mencelik mata dengan MENtahan dari tidur berlebihan. Kalau tepaksa tahan pakai pencungkil gigi pon aku sanggup, bukan senang nak dapat macam hari esok dalam setahun okey. :)) esok kepada esok ataupon lebih senang panggil lusa, aku guna pencungkil gigi sama nak MENtahan mata siapkan assignment lain. Oiii!! lagi tiga tahun nak grad, aku pakai pencungkil gigi samalah. HAHAHAHA. aku dah nak gila. T____T

Tanak lah sambung tulis lagi, sebab otak orang lain pon bersimpang siur tak jumpa pasar kang esok nak beli sayur lepas baca ni. Nak pegi baca surat khabar semalam yang beli tak terbaca pon lagi. Aku memang lambat sehari bab² berita neh. HEHEHE. nanti kite berjumpa lagi okey. daaaa~

 
perempuan² ini sedarlah bahawa aku suka tengok gamba neh. tengok skali boleh gelak 3 hari in a row. :))
 
p/s: tak buat lagi tag dari cik nat. nantilah okey :)) mungkin anda tahu jiran anda ni mengalami symptom² gila sekarang :))

Wednesday, August 26, 2009

friends are sweet, shoes are gorgeous

9
what a day. ohh. selamat berpuasa hari ke 4 :)) keseronokan dan kenikmatan mungkin berbeza bagi setiap individu. yang penting, segala yang dilakukan adalah ikhlas serta mempunyai niat yang betol. oh! look, hari ni bukan nak sebok bukak kedai kopi cerita pasal ramadhan. memandangkan hampir semua bloglist kat sebelah ni cerita pasal ramadhan, aku rasa tak perlulah lagi nak tokok tambah cerita. nehi nehi.

sehari sebelum semua umat islam menyambut ramadhan, dan sehari sebelum Idiey berangkat untuk pulang ke Malang, dan sehari sebelum Mira berangkat pulang ke Kerteh untuk bekerja, dan sehari sebelum aku dan TRet berehat-rehat secara senang di rumah, kami telah membuat agenda berjumpa secara sakan. Selepas entry ini di buat, dengan lebih cepat dari cahaya aku begerak untuk besiap. Terleka sangat buat entry untuk blog kesayangan kan :)) Bila empat perempuan ni bejumpa, jangan mimpi untuk sesiapa yang berdekatan untuk rasa tenang dan aman. Harap maaf, kami takkan benarkan. KAH KAH KAHsihan. Daripada dalam kereta lagi, sampai ke tempat² yang dituju mereka becerita macam duduk bebatu jauhnye. Kalau tak tahan, gegendang telinga pon boleh pecah. Susah nak buang tabiat ni T___T tambahan lagi tak jumpa dah lama, semua macam ulat bulu tetelan daun ganjalah nampaknya. makan free memanglah seronok, ABC, sotong celup tepung dan Chiken Chop. perghhh!!!. Beribu-ribu lemon terima kasih TRet & Idiey. Tahun depan boleh blanja lagi. HAAHA. kalau ada ikan paus celup tepung pon boleh habis ni. sambil bercerita hal masing-masing semua makanan dah kering. masalah yang kami hadapi mase bercerita ni tak lain tak bukan nak mencelah. kalau dah cerita, memang tak ingat dunia. kalau boleh nak cerita dengan satu nafas je, tak nak bazirkan masa punya pasal. memang kagum dengan kawan² yang tak mampu untuk berhenti bila dah mula membuka cerita. T_____T


ohh. aku memang suka selit gambar vain. HAHA


kawan² memang sangat manis, kalau terlebih manis nanti dapat penyakit diabetis pulak. Tapi, dont worry, kawan² manisnya. manis yang selamat. Tapi macam mane kalau gula² anda buat muka annoying macam ni tengok gamba anda? KAH KAH KAH



okey. aku maafkan korang. sabaw je lah. HAHAHAHA. semua dengki sebab aku ada harapan untuk mendapat hadiah besar dan mahal nanti :)) walaupun saingan semakin sengit dan aku bakal ditewaskan, aku akan berusaha secara keras dan bersungguh² bagi mencapai cita-cita yang dihajati. HAHAHA. dengan kuasa bulan, aku akan menghukummu!! HAHAHA.


ohh. tak cerita eh jumpa 2-3 orang lagi kawan sekolah. introducing, penyu tercekik.




eh? name skemanye sangat baik, so tanak letak. HAHAHAHA. dah hampir 10 tahun tak jumpa, at last dipertemukan di pantai. memang muke tak berubah sangat, rambut je banyak berubah. Banyak sangat study katenye. HAHAHA. Korea takda syampoo kot. Kalau nak kirim salam kat Joo Ji Hoon boleh lah gtaw dia. auuww! Joo Ji-Hoon kacak! Takdir jugak mempertemukan kami dengan enchek iju. tak pernah jumpa sejak sekian lama. sebok belajar la kot. lagipun, jarak memisahkan kita. eceh! HAHAHA. rindu juga :))

okkey, semuanye indah2 belaka. sekarang dah rindu balik nak jumpa T_____________T


take care guys. blaja rajin sikit, jangan asik pegi jalan² je. HAHAHA

ohh. entry ni dibuat dari pagi sampai petang baru siap. 3 dalam 1. buat entry baru + buat assignment + survey kasut kasut & handbags. ohh! nak kasut & handbag baru~ o_O




kasut² Nine West ni memang cantik. Malangnya price dia sangat mahal, mahal dan MAHAL. omaigod. kecewa betol. pleaselah, kalau ade readers yang baik hati, bolehlah sediakan hari lahir penulis dengan kasut² atau handbag dari Nine West. Nak Bagi hadiah birthday awal pon takpa. I memang suka. Hehe.


okey. masa untuk buat kerja lain. have a nice day ppl. take care ♥ ♥ ♥

Sunday, August 23, 2009

keGEMBIRAan

2
Hari ini boleh consider sebagai hari yang gembira. ohh. gembira okey! gembira untuk BFF. Finally the day has come. Aku dah lame tunggu hari ni. And i'm happy she's told me earlier. sorry la, aku dulu mungkin ambik masa sikit T___T. i'm happy for you!! wooohooo~ Harapnye nanti kite dapat bekumpul bersame-same okey! :)) walaupon kita semua tak berada berdekatan, harapnya nanti kita dapat berkumpul lagi macam dulu. selamat berpuasa okey. ain jugek~ selamat berpuasa di sana. walaupon kita terpisah beribu batu, harapnya kita semua takkan melupakan sesama sendiri :)) selalulah update okey!


ain ♥ me ♥ nanaa ♥ zana


ohh. Hari ni jugak birthday my friend's son. najmi saufi :)) Happy 2nd birthday! Sekejap je rasenye, sekarang dah masuk usia 2 tahun. congratulation mommy and kecik.


kecik yang comel :))

Ramadhan datang lagi!

2
Salam Ramadhan kepada readers semua. (ehem, ade readers kew~?)

Sedar tak sedar dah sekali lagi Bulan Ramadhan datang kepada kita. Sedar tak sedar jugak, usia kita sedang meningkat. Kadang-kadang rindu pon datang mengusik. Kalau dulu, waktu kat sesma, banyak betol kenangan yang indah takkan dapat dilupakan. Bangun awal pagi, pergi sahur dekat dewan makan. Tengok nasi punye la lame, last skali, minum air je. HAHAHA. Bile dah dekat waktu bebuka, ramai la pergi serbu dewan makan. Mak cik dewan makan buat muke poyo je letak makanan dalam tray plastik warna biru. Tak sabar-sabar nak 'chup' tempat makan. Makan ngan geng punyelah ramai, bising pulak tu. demand lagik, pergi beli kueh dekat kantin, poyo betol! Kononnye banyak duet la tu. HAHA sebenarnye selera besar. BFF yang kurus tapi kuat makan, Nanaa suke betol bab² beli kueh ni. HAHA. waktu kosong sebelum waktu bebuka, kononnnye bukak TV nak tengok Jejak Rasul (*note: Tak boleh bukak TV hari kelas okey!) tapi sebenarnye curi-curi bukak drama korea title Stained Glass kalau tak silap. HAHAHA. sorang jaga depan pintu, tanak kasi kantoi, kalau-kalau warden turun tangga. stand by trus nak bukak TV 3. HAHAHA

Masuk bab terawih pulak, dulu selalu solat maghrib, isya' dan seterusnya berterawih sama-sama dengan Kak Saa. Rindu sangat. But things change kan T____T Selalu jugak teringat-ingat waktu ustaz dari arab (if am not mistaken) tu jadi imam, selalu je selipar die hilang. Kesian betol. Huhu. Nakal budak sekolah ni. Dorang selalu sembunyikan selipar ustaz sebab ustaz tu baca ayat-ayat dalam solat panjang sangat. Rindu nak berpuasa kat sesma macam dulu, dengan kawan-kawan terpaling best macam dulu. BFF pon terpaling best!! :))) sesma pon memang lah terpaling best ah. ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

 
habis sekolah, sambung kat matrikulasi. seronok jugak berpuasa kat kedah. Hari rabu mesti pergi PMC cari nasi kerabu terpaling best. HAHAHA. Biasenye berbuka puasa dengan roommate terchenta si nadia, intan tayunk dan jugak Ain. ohh! rindu semua. Biasenye, menu yang selalu jadi rebutan ialah nasi ekonomi ataupon nasi kerabu. Lepas bukak puasa, semua tak boleh bangun, sindrom kekenyangan melampau. HAHAHA. Nasib baik masjid depan bilik je, takde la lambat pergi solat terawih :)) suka betol kalau dapat imam yang suara merdu. HAHA Nasib baik roommate sehati sejiwang, balik bilik semua pasang cita-cita...err.. ops! HAHA.Selalu jugak bebuka dengan Suzie, Mc Laa, Pilin, Wanie & Ah Theng. HAHA. sekarang dah takde lagi. rindu sangat. T____T

sekarang? owh. IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Lepas penat satu hari pergi kelas, balik tido kejap. Pukul 5 semua dah ready nak pergi bazar ramadhan dekat Tasik Permaisuri. Kalau ade farid, die lah juara. Hehe.. Tahun ni azam die tanak pegi bazar dah, we'll see, farid. HAHA. Waktu bebuka, tempat pilihan B-1-10. Selalu jugak sharing sebab kononnye caring lah kan. HAHAHA. kadang-kadang, sampai dah sawan kenyang. :)) Tahun ni, belom lagi puasa di sana. seminggu pertama, puasa di rumah :)) penuhkan bazar ramadhan kat kampung masing-masing dulu, next week kita pergi serbu Tasik permaisuri okey? HAHAHA

Pengalaman berbeza dapat di perolehi di tempat-tempat yang berbeza. pastinya semua tempat mempunyai keistimewaan yang berbeza dan terpaling best. Yang penting, jalanilah ibadah puasa dengan hati yang ikhlas. Penuhilah ramadhan dengan NUR. Selamat menjalani ibadah puasa kepada rakan-rakan terpaling best yang pernah ditemui dan semoga hari-hari kita terisi dengan seribu makna.



p/s: outing bersama teman wanita-teman wanita sangat seronok. u guys roxx!! nanti kite hang out lagi okey!

Friday, August 21, 2009

hello world!

0
ohh. finally, its holiday!! wuuhuuu~!! otak dah penat tiap-tiap hari pergi sekolah fikir nak buat ape hari tu. macam takda kerja sedangkan, kertas assignment dah menimbun dan meninggi boleh buat bangunan sebelah klcc (meh la nak lawan wei!). masa untuk membuat kerja kurang berfaedah ketika cuti. HAHAHA. banyak cerita okey, tapi malas nak cerita. bile otak macam tak centre, macam ni lah manusia merapu.


ok². malas nak cerita panjang-panjang. petang ni akan keluar bersuka ria harap sampai jangan tak ingat dunia. teman wanita terpaling best dah buat perancangan yang menarik untuk membukak kelab gossip terpaling best jugak. sape cakap facebook terpaling best? jumpe teman wanita-teman wanita pon terpaling best jugak. same macam pergi dating dengan teman lelaki terpaling best, mentonton wayang terpaling tak best di mid valley terpaling best. HAHAHA. aku saje nak buat kepala korang ting tong sikit. walaupon pergi dating sekali setahun terpaling best, kami tak posing terpaling best pon untuk gambar terpaling best. HAHAHA sorry ye, nisah. next time mungkin. :))


waktu di rumah sekarang adelah terpaling best. waktu pulang ke cheras jugak waktu terpaling best. eh? best ke asik buat entry emo je? HAHAHA. entry emo tak leh lawan okey. HAHA. eh, pergi genting dengan kawan² pon terpaling best ape. HAHA. tak de gambar pon lagi kan? haha. okey, here they go~




terpaling best ah!!


HAHAHAHA, everything wus FUNNNNNN!!! true or dare juge fun. HAHAHA.


2 hari 1 malam seronok sungguh. mahu pergi lagi!! wuuhuuu!!!


ok. perlu bersiap untuk keluar dengan teman wanita-teman wanita. hoho!! sangat rindu untuk bergossip. eceh, gossip girls konon. menyampah la wei. blah la wei! HAHA


p/s: bahasa rojak dan rosak seorang yang sedang bercuti. HAHA

Thursday, July 23, 2009

tahun berganti

0
suatu ketika dahulu...





dan ini juge..






dan sekarang...





we wish Dayah and others were here T__T



betapa cepat masa berlalu. sudah hampir 5 tahun meninggalkan tempat yang telah banyak mendewasakan kami.


banyak yang berbeza. semua dah menambah berat badan sebanyak 10 tong beras kecuali Syazana. *grrr* Nanaa kekal cantik dan kegilaan ramai sejak dahulu. Frekuensi suara Ain semakin meningkat, ketawa tak pandang mak cik meja sebelah. aku? em, berat dan lebar yang paling ketara. *i hate u if u laugh after reading this. grrr!!* HAHAHA. ok, Ain jugak bertambah besar okey, its not just me. saiz seluar bertambah. HEHE.



see, everybody looks great, kan? :))


we wish every single of batch 28 were right here T__T unfortunately, it was not easy to gather even half of us these days. sangat sedih. *emotional lagik. haish!*



kesian Nedy, tak dapat join bersama sebab dah balik UTP. everytime jumpa kawan-kawan, mesti Nedy tak sempat T___T hmm.. next time, may be.



nanaa ♥ zatie ♥ nedy


Dayah, sedang internship di Kerteh. Hilang satu geng power rangers. T__T rasanya, sejak 2hb Disember 2005, kami berlima tak pernah berkumpul as power rangers lagi kot. setiap pertemuan, ade je salah seorang yang tak dapat join. T___T



kawan dayah 1 ♥ ain ♥ awal ashari ♥ dayah kawan dayah 2 ♥ (aku tolong snap jew~ wuwu)
owh, saje gedik nak letak gambar ni. *cabut bulu kaki baru tahu!* ngeee~



ain ♥ dayah ♥ zatie


sekarang, semua dah ada hal masing-masing untuk diselesaikan. masih perlu meneruskan hidup walaupon setiap hari banyak dugaan mendatang (eceh!).senyuman sekarang tak seindah dan semanis dahulu (kate dayah kepada ain. ehe!). walau ape pon, kehidupan mesti diteruskan, persahabatan mesti di kekalkan. kesengalan jangan dilupakan dan kegedikkan menjadi tambahan kemanisan kehidupan. kesemuanya adalah asam garam kehidupan. (eceh! geli lah ayat neh!)


banyak perkara tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. kasih sayang, kerinduan dan kemanisan memori lama :))


“Truly great friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget.”

p/s: aktiviti mensidai muka di blog memang tidak di galakkan, tapi untuk menggembirakan hati aku sorang, suka hati aku lah. jangan sebok! kah kah kah. maaf, emosi masih tidak stabil. muka macam tempoyak lembik aje sekarang ni. tumpang lalu..
 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥