Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

Fatin Syahirah

5
award? eheh! dah lame dah takde bende alah neh :) Thanks FatinSyahirah for giving me this award.




i) Thank and link the person that give you the award


As mentioned above, I am honoured *eceh* to have this award from FatinSyahirah (a blog-mate I met here, about less than a year ago). Thank you Thank you. sangat sww-eet di situ. :)


ii) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic

Sape-sape nak? Dah bace sile lah anggap diri bertuah :) Ini satu arahan!

iii) Contact that blogs and let them know they've won the award

Adehh.. Ni yang lomah den nak buek ni. Takda masa sangat nak bersiar-siar dekat blog sementara waktu ni. harap sorry T_______T



iv) State 7 things bout yourself
  • Sebelum ni, saya tak minat pon iPhone 3g & 3gs yang gemok-gemok tu.
  • Secara telus dan jujurnya, currently saya memang  naaaaaakk iPhone 4g. Tibe-tibe ade perasaan tu :P Tapi dana takde, saya hanya mampu bermimpi agar Doc. hensem tadi tibe-tibe belikan iPhone 4 sebagai hadiah tanda terima kasih <-- harapan menggunung. *Doc tersebut memang hensem I tell u*
  • Saya cuba untuk tidak menggunakan bahasa inggeris dengan kerap dan hanya menggunakan bahasa isyarat semata-mata dan kadang-kadang pakai bahasa melayu secara normal. Ade orang asyik condemn je T_________T Yelah, iPhone 4g dah nak sampai Jepun seminggu dua lagi, sampai Malaysia setahun dua lagi (sedangkan takda kaitan pon). tsk tsk
  • Saya lebih gemar twitting berbanding bukak facebook baca perkara-perkara mengarut yang selalu keluar secara tak dimintak pon di Home saya tu. Oleh sebab tu, saya rasa saya perlukan iPhone 4g untuk lebih efektif bertweet. (alasan ni harap bulehhh lah di terima).
  • Saya rasa berblog pakai iPhone nampak lebih cooooool <--- hahahaha.. jangan layan sangat orang gila ni.
  • Saya tidak gemar membalas text message daripada orang yang tak dikenali seperti orang gila yang tiba-tiba hantar gambar siang tadi WTF?!! Oleh itu, sekiranya dapat 4g, saya rasa lebih selamat (eh?).
  • Saya dapat lihat kesungguhan saya untuk mendapat sebijik iPhone 4g. Tapi, mungkinkah minat ini hanya sementara .... ? Kita nantikan.





Oleh itu, saya akhiri ucapan saya sebagai pemenang hari ini dengan Ameeeennn.. Semoga impian menjadi kenyataan :)) Marilah sama-sama berdoa untuk saya. LOL

Friday, June 19, 2009

Saya Berbesar Hati

6
memang selalunye blogger dapat award ke? ataupon kerana ucapan aku yang terlalu bagus dan indah tu yang membuatkan aku dapat award? Aku dah cakap, ucapan aku hari tu berguna untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan jugak terbilang. pewwiittt!! Tak sia-sia belajar buat ucapan waktu sekolah dulu, ade gunenye pulak untuk mase depan. Di sini, ucapan terima kasih buat guru-guru bahasa melayu aku dulu kerana dengan murah hati mengajar aku sampai aku dapat buat ucapan yang baik hari ni. Mintak maaf jugak sebab dulu waktu bahasa melayu, aku selalu tidur dalam kelas. Rasa nya, ucapan maaf sebab tidur dalam kelas ni kene mintak kat semua cikgu kot kecuali cikgu biology yang selalu memerhati aku dengan pandangan yang tajam dan jugak cikgu fizik yang sentiasa garang di dalam kelas sehinggakan nak pegi tandas pon tak sanggup. ok, ni baru sekapur sireh.

Seterusnya, terima kasih kepada kawan ribena aku yang suka pakai seluar trek dalam kain sekolah sama-sama dengan aku untuk main lompat getah dulu, TRet di atas award yang indah lagi menarik ini. Tadi baru kongsi cerita hot dengan beliau sambil makan cheesy wedges yang telah diidamkan sejak 3 hari lepas. Em.. sangat thrill untuk membeli juadah tadi. Macam main polis sentri pon ade tadi. HAHA.



Peraturan:
  • Kena letak award ni di blog
  • Bagi award ni kepada 10 blogger yang rapat dengan anda atau yang anda suka/minat atau yang anda senangi dan memberi inspirasi kepada anda
  • Memberitahu penerima award ni dengan memberikan komen di blog mereka
Aku selaku pemilik blog yang takda memberi input yang dapat merangsang minda ini mengucapkan ribuan lemon terima kasih sebab setakat ni, takda orang sanggup nak bagi aku award. Memang kurang berguna untuk mereka membagi aku award sebab setakat ni otak aku belum betol-betol center. Entry-entry dalam blog ini belom lagi dapat memberi seribu mahupon satu ilmu pengetahuan kepada pembaca yang budiman. Eh, Sudirman dah dapat anugerah Dato'. Maaf iklan sekejap. Kalau korang nak dapat informasi terkini, maaf ni bukan blog yang anda cari. Blog ini mengandungi ciri-ciri gedik yang extreme, pemujian terhadap pemilik blog dan teman-teman rapat pemilik blog secara berlebihan, luahan tidak puas hati pemilik blog terhadap golongan yang mengganggu hidup beliau secara langsung atau tidak langsung dan juga aktiviti penyidaian gambar-gambar secara vain penulis blog. Jika anda tidak suka, sila tinggalkan blog ini dengan senang hati :)) Aku tak memerlukan golongan yang pessimist yang tidak ade kerja lain selain menghentam blogger yang tidak bersalah.Oleh itu, selamat datang bagi golongan yang dapat menerima blogger seperti aku, kedatangan anda adalah di alu-alukan :))

oh.. oleh kerana TRet dah bagi award ni kepada sesetengah orang yang aku selalu memview dan menjadi pembaca tegar blog mereka, oleh itu ini sahaja rasanya orang yang aku nak fowardkan award ini. Terimalah (eceh!). HAHAHA. Berbesar hati memberi kepada:

Nathirah JiranKu

p/s: safe journey to Penang TRet! Take Care! :)) she's going back to Penang tonight. T___T
 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥