Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Sunday, October 31, 2010

Good Luck ppl ;')

4
Ohh. This is not too GOOD to be true;

exam will be in less than 48 hours!

and am still blurr and of cos updating blog isn't a cool thing.

Good luck peeps! we'll see again in 2 weeks ( more or less -_____-" )


Quote: 80% of the final exam will be based on the one lecture you missed and the one book you didn’t read.-Unknown

Bye bye!
p/s: am being like this because of the pre-examination syndrome. Please ignore me if am too excited to finish this hopeless semester.

Saturday, June 5, 2010

Shabu Shabu

4
Sebelum habis exam dah macam-macam plan dalam kepala. Tapi, bila dah betol-betol habis exam, satu pon tak jalan. HAHAHA. Tapi, ada satu je bejalan mengikut jalan yang lurus;


Shabu Shabu!


















Zatie + Yana ----- Murni + Erli




Lepas habis makan, semua tesadai kekenyangan macam besi buruk :P Dengan jayanya, kami semua yang memang pelahap berjaya habiskan semua yang terhidang dengan begitu licin dan bersih :') - tak baik lah membazir. hehehe.. Nak angkat perut pegi cari barang-barang dalam shopping list pon tak mampu dalam masa 30 minit je lah kot sebab lepas tu semua lapar balik, cari KFC dekat Sungei Wang. tsk


Dah lah cerita. Tengok gamba puas-puas :') Saya tamatkan entry ni dengan gambar yang tak akan ulang tayang lagi dah lepas ni. buek malu jo.

notice bijik mata saya besar sebelah akibat kehilangan conntact lens dalam lubang tandas. Terpaksa pakai clear contact lens sementara tunggu yang baru T____T


sekian. harap maklum :')

Sunday, May 2, 2010

Hello, May!

6
Dah masuk bulan 5 ni, macam-macam lah benda nak fikir. Fikir usia dah naik tambah satu angka lagi, fikir nak mintak hadiah apa lagi, fikir nak balik cuti, fikir bla bla bla.... Yang malas nak fikir, final exam untuk semester ni dah makin dekat, bila lagi nak study ni ??!!

fikir pasal study, ketaq lutut ni hah. Peha kembang pon dah jadi kecut. HAHAHA..



situasi huru-hara yang berlaku sekarang ni. tak tahu nak baca yang mana dulu =.="




file nipis berharga RM15.90 macam tak berbaloi tapi I like! (abaikan kertas test physics saya yang ade bulat kecil bulat besar tu. O_o)


Sekarang mood saya mudah ditiup angin. Jangan buat saya marah, harap makluman. Kalau tak tahu, buat macam tak tahu. Kalau tak, nanti kau tahu la ape kau dapat.

bye.

Thursday, November 5, 2009

quick update

2
ok, this one i will make it short.

  • Masih dalam mood final exam.
  • Keadaan dah baik sikit, jangan risau okey :) tapi masih ade kesan kes jatuh tangga hari tu, sakit² badan dan rasa mual macam nak muntah aje (=.=)  (read: okey, mengaku sebenarnye tak ok sangat lagi). Terima Kasih kepada yang mengambil berat, i love u. :')
  • Kepala selalu pening dan macam ura² nak demam. Heh! 
  • Petang selalu hujan.
  • Perut selalu buat hal.
  • Mood selalu hilang, tak taw nak cari kat mana. main sorok² pulak T________T tsk tsk tsk
  • Rasa sangat nak balik. 
  • Tanak ambik tahu hal yang tak berkenaan.
  • Ada 24 pending friend request dekat facebook. sorry, friend dalam facebook akan ditapis terlebih dahulu. Aku tak sampai hati nak ignore, aku biarkan berhabuk dalam tu. (read: facebook agak personal, tak semua akan di approve terutamanya kaum² Adam. Sorry (=.=). kalau boleh, bagi la brief intro dulu. Biasanya aku akan approve orang yang ramai mutual friend sahaja. Harap maaf)
  • Saya nak awak, tapi saya sangat takut bila awak macam takda mood. T____T

ok, mungkin akan cuti blogging. MUNGKIN okey. kau jangan suruh aku tulis satu² pulak. ok lah. doakan yang terbaik untuk aku okey? :')

selamat malam. mimpi indah semua.


p/s: oi, tolong la jangan bagi spam comment. banyak sangat dah ni. aku dah hilang sabar!

Tuesday, July 28, 2009

sweet-heart

3
good luck kepada~




(drum roll)



dumm~



dumm~

 
beliau di kiri.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
HAHA. gula-gula kapas saya yang akan exam esok. dia sangat manis, walaupon kadang-kadang pahit sikit. Walau apepon saya tetap falling cinta ♥  ♥  ♥ pada dia :)) 

GOOD LUCK, sayang!!!
 
jangan stress okey!

p/s: die cakap ade 4 exam yang susah, tapi tak cakap pon exam ape, sebab saye nih memang tak tahu. belajar sampai darjah 3 je, lepas tu pegi buat bisnes jual pemadam 20sen seketul. T___T

Thursday, June 18, 2009

Bersih membersih

2
Tadi buat sesi clearance laptop (eh?). Agak-agak banyak jugak sampah yang aku simpan dalam laptop ni, patut la lambat macam siput. Tibe-tibe bile buat clearance dekat folder-folder gambar, tedetik jugak nak tengok gamba-gamba lame. Hari tu dah tengok gambar-gambar dalam album zaman hingusan dan gelak secara besar-besaran dengan Ain sampai tegolek-golek. Banyak jugak gamba puaka yang aku dah lupa. Otak muda lagi, gambar tu je yang tua. Sebab tu susah nak re-call balik. Gila punya lawak la muka seketul-seketul kawan-kawan hingusan. Dah la semua kurus-kurus waktu tu, tapi sekarang? MasyaAllah.. Aku tak cakap ape-ape okek! Muka semua tak boleh blah, kontrol hingus dari melimpah ke ladang gandum. Ain pulak yang mengada suruh upload kat facebook sebab waktu tu dia kurus, nak bagi bukti lah tu dekat masyarakat sekeliling bahawasanya dia kurus. HAHAHA.


Lagi beberapa hari dah perlu melangkah keluar dari rumah, bukan kene halau la. Golongan yang kurang waras yang gelak macam gajah pon mak ayah aku tak halau kalau datang rumah. Kalau species T-Rex datang rumah pon mak aku buat muka cool je sebab kat sini memang banyak generasi-generasi yang kurang kecik, dah tak heran dah, ni kan pulak makhluk dari Planet Katak Lembik. Kalo nak datang rumah aku tu, boleh la bawak buah tangan :)) Dah perlu pulang ke pangkuan kesayangan. Memang tak perlu menahan sebak lah kalau nak balik sebab nanti dalam pejalanan bukan air mata yang keluar, saliva yang agak masam masin dan pahit bakal meneman perjalanan. Hari pertama kat sana, confirm dah buat countdown untuk balik cuti semester. Tampal besar-besar dekat pintu bilik. Memang cun lah! :))

Result la yang paling digeruni. Cis betol. Salah satu part paling tak suke ialah waktu result keluar. Penat la nak hasilkan hormon adrenaline selalu, nak jimat sikit pon tak boleh. Harapan aku, takkan lah nak gagal kan? Bengap sangat la aku neh kalo berharap nak gagal. Walaupon mempunyai pelbagai rintangan dan dugaan sewaktu minggu exam, aku nak jugak la result aku cool macam aku. Kalau tak, nanti aku salahkan penyakit-penyakit yang melanda waktu exam pulak, sape yang nak dengar? Hah! Yang bace blog aku jugak yang seksa. (ceh. perasan ade orang bace blog aku. HAHAHAHA). Sile doakan untuk result yang lebih cemerlang! (eceh! bersemangat pulak hari ni).



*study group + ubat migrain HAHAHA*




*SBE*

HAA. Ntah ape-ape letak gamba SBE. Lawak sungguh budak-budak hingusan, sebab baru potong rambut seharian nangis taknak duduk dalam kelas. HAHA. *mereka lawak dan comel*. Alamak! Rindu pulak dekat W890i. T_____T

Tuesday, February 17, 2009

weekendssssss

4
Hello~!! dah lame (agak2 nye la kot) tak update blog. kerana encik sayang saya di sana dah mula bertanye kanapa tak update2 blog ni. eleh! dia pon same je, takda pulak mahu mengupdate blog dia. busy busy busy dan busy sangat lately. kerja tak pernah nak berkurang. tapi, hari2 jalan juga tak berkurang. kah kah kah. (baik korang gelak! tak gelak sila keluar sekarang! boleh tekan X kat sebelah kanan atas itu ok). Tiap2 hari mengadu domba (eceh!) kepada encik sayang. beliau pon dah naik panas telinga kot asik dengar "penat~" "tak larat~" bla bla bla... sekarang perkataan itu hanye macam sahutan katak2 selepas hujan sahaje. takda maknanye kan? kih kih kih.

weekend hari tu telah menglepak sekejap bersama kawan2 membuang tenaga menghabis kan duit. ops. sebelum lupa, sangat gembira kerana sudah tidak kering poket. takda perlu membuat muka-muka kasehan dan membuat nada2 sedih penuh kepalsuan kepada encik Hussin. Yang penting harus maintain kan nilai di dalam akaun sebelum habis semester. saaayang HEP, BPG dan yang sama waktu dengannya!! (ni macam tipu jew~). Telah mengkeluar mencari purse baru mengganti yang lama suda. purse yang di tunggu2 dari Pennsylvania takda sampai jugak. Hantar Twilight semata (Twilight sudah sampai di rumah!! Yeay~!). cis. Penat je cik Ain meredah lautan salji untuk mengpos Twilight tapi tak bersama-sama dengan purse beserta buah tangan yang di janjikan. isk3. Jugak sedang menunggu kiriman encik sayang yang di janjikan selepas bercuti di Kyoto hari tu. Tapi saye tawu, awak tak pos lagi kan? Ewah ewah! (sile take note ok encik sayang). Ok, berbalik kepada purse baru. sudah mentukar dan sangat gembira. YEay~!!!! Tidak jumpa purse yang diidam2kan pada entry sebelum ni, namun dapat yang lebih kurang.

Gembira walau tak dapat fossil yang diidamkan dalam entry lalu, dapat cik comel ni dari united colors of benetton


tak paham kenapa Syafa tak jumpa2 jugak kasut yang dia suka. Dari mid valley terus pegi pavillion, takda jugak. kalau ada yang dia suka, mesti takda saiz. saiz kasut paling kecik stakat ni yang saye pernah jumpe milik : Nur Syafawati. Saiz kasut: 3 setengah atau 3. Dari Vincci & Nose di midvalley, pergi Vincci & Nose pavillion pastu pegi lagi Vincci & Nose Sg. Wang, ada yang di sukai, tapi takda saiz. sian Syafa~. kecewa gila muka dia. takpe2, nanti kite cari lagi ye:) kih kih kih. masuk Hush Puppies di mid valley, pavilion & sg wang pon takda. Kesian weii~!!! (gile serius aku kesian ni, tolong la pecaya!). saya boleh bagi masa untuk anda2 menangis selama 2 minit kerana kesian.~

selepas acara lari dalam guni di pavy. *@surau*

kesian kat Syafa, tapi saye pulak yang TERbeli kasut (sila take note, bold di perkataan tersebut). Kepada encik sayang, i akan cube menjadi seorang yang tidak membeli barang jika keluar suatu hari nanti. jangan risau ye, i tak habiskan duit encik sayang nanti. kih kih. Gara2 telah mentengok kasut ini di vincci mid valley, telah berfikir secara panjang iaitu selama kurang sejam dan kembali mencari kasut tersebut di vincci pavy. rasanye sebab duit tak sanggup nak tinggalkan saya dalam waktu terdekat, takda saiz pulak kat sana. malang seribu kali malang, duit terpaksa pergi meninggalkan saya tatkala melangkah ke vincci sg. wang. hehe. and finally, saye sudah memperolehi sepadang kasut baru lagi. yahoooo~!! kih kih. Tak tawu ape tujuan, sebab kasut yang sedia ada pon tak terpakai lagi. takpe, simpanan masa depan. i simpan wat kawen ye sayang. kah kah kah XD (langkah2 penjimatan).

kasut oh. mungkin akan tersimpan dalam kotak saja. corak2nya mcm terlalu menarik perhatian orang saje. segan sungguh.

ok. sudah tiba masa untuk sambung buat CLS. tiap2 malam pasti akan bersama CLS atau PKK mahupon report untuk biology. terasa berat otak sudah mahu terima. Penat buat essay Science Inquiry berkaitan Piaget's Development Theory semalam, hari ni lecturer tersayang tak mintak. hati bagai di robek pisau dan di salai buat hati salai :( semalam sampai tertido di depan laptop hanya kerana essay 800 words tersebut. haish! malam ni harus berdiscussion membincang Bruner's Theory. Esok kelas CLS selama 2 jam. seksa menanti. purrkeeee~?!!!

p/s: 頑張ってください encik sayang!!!, just 2 more paper left. nanti bolehlah membuang masa bersama rakan2 anda. mahu bekerja di tokyo katanya dan i sudah mula rasa sedey~ di tinggalkan sekali lagi sama seperti sewaktu encik sayang ke kyoto. T_____________________T (menangis tiada henti.)

Friday, November 14, 2008

cuti cuti cuti!! :)

0
finally~ its holiday! sangat gembira ( iye la kot). end of my foundation program! yeay~! setahun setengah yang seronok dan kadang2 (je) kurang menyeronokkan. last paper semalam macam teruk, but then i wish there will be left some luck for me. promise to keep praying for the luck, will ya?? i really need that. i guess, i'm dying to have that luck :) haha. kawan-kawan yang belom habis paper untuk final, best of luck, ok?! to u too, wanie. Happy Holiday! Cheers!

p/s: my everdearest anwar mudzaffar, dont be too worried. saye sayang kamu! :)

 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥