Tangan Kiri,
Kamu yang sangat saya cintai.
Maafkan saya yang suka mendatangkan masalah pada kamu dan membuatkan perkara-perkara yang kamu tidak suka. Saya buat kamu marah, mengamuk, sedih dan pelbagai lagi masalah yang tidak kita ingini.
Saya tidak pernah lupa jasa-jasa kamu menjaga saya. Membelai, mengusap, menyuap dan sebagainya. Kamu banyak membantu dan kamu memenuhi hidup saya. Tanpa kamu hidup saya tidak sempurna.
Adakalanya kita bergaduh dan bertengkar. Didalam hati, saya tetap menyayangi kamu seperti dulu. Tiada yang pernah berubah, sedikit pun tidak. Saya juga tidak mahu kamu berubah dan tolong jangan berhenti menyayangi saya.
Kamu selalu berpesan pada saya "Let us together versus the world!".
Saya mahu itu semua. Saya mahu kamu dengan saya selalu. Mari kita lawan semua musibah dan dugaan yang melanda. Seperti saya beritahu kamu tadi, kamu memenuhi hidup saya. Tanpa kamu, hidup saya bermasalah.
Tangan kiri,
Marilah kita berpegang tangan, dengan erat. Selagi tangan kita digenggam erat. Saya percaya tiada apa pun yang dapat mengalahkan kita. Kecuali Tuhan yang maha berkuasa.
Mari kita tadahkan tangan untuk berdoa. Agar Tuhan yang maha hebat sentiasa merestui kita dan semoga saya akan terus bersama kamu.
Saya mahu kamu tahu. Saya perlukan kamu didalam hidup saya.
Selamanya.
Yang benar,
Tangan Kanan.
Labels:
cinta,
kasih,
keluarga,
love,
sayang
9 years ago
0 cookie[s] ready! ♥:
Post a Comment