Tujuan utama masuk ke dalam talian nak cari resepi buat kek lah konon-kononnya. Singgah kejap lah dekat muka-buku jenguk-jenguk penduduk kampung kalau-kalau perlukan sumbangan untuk raya :-P Alhamdulillah, penduduk kampung semua sehat-sehat belaka.
Dah lama duk melawat sekitar kampung, naik meluat pon ada. Facebook ni macam dah jadi tempat nak show off pulak. ---- Eh eh, sesuai tak kami bersama, macam suami isteri tak? Handsome tak boyfriend aku? Boyfriend aku kaya wehhhh!! Oi, satu dunia ketahuilah bahawa aku beli barang dari luar negara, buah hati pengarang jantung pisang aku yang belikan woooooooooo :-P ---- okay okay,
Tu golongan yang ada facebook. Apa yang terjadi kepada golongan yang takda facebook? Yang takda facebook duk sebok mencari keburukan facebook semata-mata kerana dia tak boleh nak ada facebook. Kalau dah buat akaun facebook, adalah yang berendam air mata darah. Hari-hari duk bukak puasa dengan kuah air mata. Almaklumlah, jejaka idaman buat status 'In a Realationship with KelabuAsap" (KelabuAsap adalah rekaan semata-mata, harap takda kaitan dengan sesiapa. Kalau ada, mintak sorry ye). Dah takda point sangat sampai sanggup menyokong apa sahaja orang kata tentang keburukan facebook. Yang awak duk sign-in dengan social networking lain tu apesal? Social networking lain tu tak menelanjangkan kisah peribadi awak ke? Bweheheheh.. Fikir-fikirkan, dan selamat beramal :)
Ehh.. bulan puasa tak baik marah-marah, kutuk-kutuk. Okay okay, sebenarnye macam ni, facebook takda lah baik sangat, takdalah buruk sangat. Yang baik kita jadikan amalan, yang buruk kita jadikan teladan. Yang tak bestnya, sekejap kita nampak gambar bertudung, kejap gambar lain tudung dah terbang hilang ke mana. Ape identiti yang kita nak tunjuk sebenarnye? Ataupon asal rasa gambar
Sekarang dah macam jadi trend buat e-card letak gambar sendiri, edit sikit-sikit letak '"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin". Menarik :) Lepas dah edit, tag lah kawan-kawan semua selagi boleh tag. Tapi jadi tak menarik apabila ramai comment pada gambar tu. Nasib baiklah facebook dah makin efektif lately. Takda lah keluar notification banyak-banyak walaupon orang comment pada satu gambar. Kalau dulu, struggle habis-habisan cuba bukak semua notification tapi kecewa pon habis-habisan sebab notification banyak-banyak hanya untuk satu gambar. Saranan saya, gambar yang jadi pilihan tu mestilah bersesuaian untuk rakan-rakan dalam jaringan facebook nak tatap. Kalau gambar berciri vain dan terasa diri sendiri cantik, agaknya sesuai ke?? :')
Dah petang ha kau! Banyak sangat membebel :P Kek ntah ke mana, jari yang lenguh tekan keboard. Selamat berbuka, muslimin dan muslimat. Kurang 5 hari lagi untuk kita menyambut bulan baru :)
kalau e-card guna gambar ni agak-agak boleh ke tak? Muskilllllll~
p/s: Harap Maaf jika wa dah mengguris mana-mana hati dan perasaan. Hanya sekadar peringatan untuk rakan-rakan dan dari wa sendiri :)
**nak hujannnnnnnnnnnnn!! wa nak pegi beli barang buat kek neh. wuuuuaaaaaaaaaaaaaa T________T
Labels:
facebook,
the life
**nak hujannnnnnnnnnnnn!! wa nak pegi beli barang buat kek neh. wuuuuaaaaaaaaaaaaaa T________T
0 cookie[s] ready! ♥:
Post a Comment