Sunday, September 19, 2010

Kampung

0





Ohh. Sebenarnya gambar ni takda motif pon. Cuma sebab dah terlalu lama tak tengok pelangi jadi eksaiteddd nak cakap satu kampung.


Pelangi ni penoh tahu! Yang macam dalam cerita kartun tu, separa bulat :) Memandangkan saya hanya guna Samsung sebesar jari dan terpaksa capture dalam kereta yang bergerak, ini ajelah hasilnya. Tesengih-sengih sebab dapat tengok pelangi yang cantik di kampung halaman emak. Eceh! Gambar ni semua telah dicapture sekitar Raub, Pahang. Tesengih-sengih sampai robek bibir. Dah lupa kali terakhir dapat tengok pelangi yang cantik macam ni.



Isnin dah bersekolah. Satu kerja pon tak siap T__________________T





semoga Selamat Hari-hari . KAH KAH KAH


Bye


p/s: Wa sakit perutttt!!

Wednesday, September 15, 2010

Dah cukup Raya! Waktu mencari bentuk badan yang sesuai!

0
Selamat Hari Raya!


ohh! Belum terlambat lagi pon kan :')




Orang semua berhempas pulas upload gambar raya kat facebook. Memandangkan gambar ni semua ehsan dari pemilik-pemilik kamera besar gabak, saya pemilik kamera yang kecik ni simpan la kamera jauh-jauh (malu ha nak tunjuk T________T) dan takda hak dan kuasa lah nak upload gambar. Upload kat blog pon, cukuplah T______T




Gambar dipilih secara rambang mata dari 3 kamera besar gabak. Terimalah yang mana cantik tak cantik yeee! Satu dari sebijik Olympus, sebijik Nikon dan sebijik Canon. Dari Samsung saya jangan tanya, malu nak keluarkan, besar kuman je ha kameranye. 

Ini keluarga Encik Hussin. Jangan dekat! HAHAHA
Saya dah cuba nak jadi cantik. Maaf tak mampu T______T Cukuplah saya nampak sebaya dengan dia! :')


Dia dah tanggalkan screen protector W910i saya T______T



atas: a. abang yang tak tahu bila nak kawen, b. keluarga abang ke. tepi atas: saya dan iqeen (anak saudara). tepi bawah: abah & mak. bawah: c. keluarga kakak d. keluarga abang.

 ohh..Ini anak saudara saya yang gemokbu

ohhh.. Ini saya yang tak cukup gebu T___________T takpa, saya pernah usaha.


ohh lupa!

Olympus dia punya T___________T

nak tinggal nombo telefon boleh la. Bwehehehe.

Selamat berpuasa! Waktu kurangkan berat badan kembali tiba :')

p/s: wa dah watermark semua gamba, kalau ada yang curi lagi wa tak tahulah! aishhh!

Tuesday, September 14, 2010

The Great Life of Doraemon

0
Practically, I grew up with Doraemon. Most of my friends were. I got teary eyed a bit after watching this.



This is the beautiful yet a perfect ending of Doraemon :')




Lucky am still havin' my Nobi Ntah :')


p/s: I used to be a BIG fan for Doraemon. and am still lovin' it.

Thursday, September 9, 2010

Alhamdulillah :')

3
Salam Aidilfitri bagi semua Muslim :)




di harapkan Ramadhan kali ini membawa seribu pengajaran dan Syawal yang bakal disambut adalah satu permulaan kepada kehidupan yang lebih baik :)








Maaf Zahir & Batin

p/s: e-card diedit khas oleh Photoshop & gambar 'salam aidilfitri' credit kepada pemiliknya ini :) Terima Kasih

Wednesday, September 8, 2010

Eh, dah tahu dah!

2
Ohh.. Akhirnya penyimpan Mohor-mohor Besar  Raja-raja dah umumkan 1 Syawal jatuh pada 10 September 2010, Jumaat :)




Alhamdulillah, dari saya kecik sampai lah dah tak kecik sangat ni, wakil Penyimpan Mohor-mohor Besar yang sama yang umumkan tarikh 1 Syawal. Bwehehe.. :P




Dah bersedia untuk menyambut Syawal?




Errr... saya belom bersedia nak pecahkan sel-sel otak nak cari idea gebang buat lab report. T________T


credit: google




nanti saya usahakan kad raya okay :)

Tuesday, September 7, 2010

Tumpang lalu

3
Bahan-bahan untuk membina beberapa buah kek 18 tingkat yang enak dah habis beli. Strategi untuk beli barang: Bawa ibu bapa anda bersama, tapi shopping sorang-sorang. :) Nescaya ibu bapa sangat penting lepas selesai masukkan semua barang dalam troli. Dapat buat muka bangga depan cashier tak payah risau duit tak cukup :) Shopping di Tesco Extra Cheras memang tak dapat bawak ibu bapa skali, takpa takpa. Hari ni saya bawak sekeluarga skali ha pegi beli barang.






Masalahnya, dah balik rumah macam malas pulak nak mula menebar tepung roti canai.Okay okayy, menitik air mata darah ibu bapa kalau tak mula buat kek. Dah habis beratus beli barang, sekarang kau cakap kau malas??!! What the @#$%^!!! Bagi menaikkan mood, dengan sedaya upaya saya patah-patahkan biskut marie, nak buat kek batik ni ha. Kek paling mudah pada era lepas Merdeka. Eh, Selamat Hari Kemerdekaan ke-53 Malaysia! :') Dah tua Malaysia rupenye. Sambung! Agak-agak kek batik dah boleh penuhkan peti ais, terpaksalah keluarkan barang-barang untuk buat kek dan biskut yang lain. Malasssss (=.=")




Skarang dah hampir sejam sediakan semua kelengkapan, saya masih belom ayak tepung-tepungan lagi ni. Instead, i'm watching K-Series. yeahhhh memang pandai. Kek tak buat, report assignments & task tak buat. Update blog selepas selesai habiskan satu episod Shining Inheritance. Ehh.. dah episod 14, ade lagi 14 episod T_________T Maaf Dr. S, maaf Ibu bapa. Kek belom buat, report pon tak buat. Saya harap Dr. S fahami jiwa insan yang dah lama rindukan suasana cuti. Bwehehehe. Ibu bapa saya memang dah selalu faham, kalau selalu cuti pon saya akan buat macam dah lama tak cuti jugak :')






Saya janji, satu episod je lagi lepas tu terus sambung buat kerja. Fuuhhhhhhhh~!!





Shining Inheritance


Btw, this has been one of my fav song. Please listen to this song and read the translations. :') This is one of the tracks in You’re Beautiful OST.



p/s: Nisah, kene try buat dulu, baru boleh share. Kalau tak jadi MALUUUUUUUUUU!! :D

Monday, September 6, 2010

tolonglah!

2
Nak buat kek ape ni? T___________T




Tak jumpa pon kek kau!

0
Okay okay. saya tahu dah mungkir janji ni nak buat 3 entry dalam masa sehari. Mari kite mulakan sementara mood tengah ada diantara celah-celah jari ni.




Tujuan utama masuk ke dalam talian nak cari resepi buat kek lah konon-kononnya. Singgah kejap lah dekat muka-buku jenguk-jenguk penduduk kampung kalau-kalau perlukan sumbangan untuk raya :-P Alhamdulillah, penduduk kampung semua sehat-sehat belaka.




Dah lama duk melawat sekitar kampung, naik meluat pon ada. Facebook ni macam dah jadi tempat nak show off pulak. ---- Eh eh, sesuai tak kami bersama, macam suami isteri tak? Handsome tak boyfriend aku? Boyfriend aku kaya wehhhh!! Oi, satu dunia ketahuilah bahawa aku beli barang dari luar negara, buah hati pengarang jantung pisang aku yang belikan woooooooooo :-P ---- okay okay, bertendang bersabar. Tu hal pasangan yang indah bercinta berdrama dan bercanda. Kalau hal yang rasa muka cantik handsome bergaya tu, lain pulak ceritanya. Kalau boleh nak tempek sekilo bedak kat muka. Fine fine. Awak kan cantik, takda masalah. Tempek la bagi puas hati, awak tak pakai duit saya pon Alhamdulillah :')




Tu golongan yang ada facebook. Apa yang terjadi kepada golongan yang takda facebook? Yang takda facebook duk sebok mencari keburukan facebook semata-mata kerana dia tak boleh nak ada facebook. Kalau dah buat akaun facebook, adalah yang berendam air mata darah. Hari-hari duk bukak puasa dengan kuah air mata. Almaklumlah, jejaka idaman buat status 'In a Realationship with KelabuAsap" (KelabuAsap adalah rekaan semata-mata, harap takda kaitan dengan sesiapa. Kalau ada, mintak sorry ye). Dah takda point sangat sampai sanggup menyokong apa sahaja orang kata tentang keburukan facebook. Yang awak duk sign-in dengan social networking lain tu apesal? Social networking lain tu tak menelanjangkan kisah peribadi awak ke? Bweheheheh.. Fikir-fikirkan, dan selamat beramal :)




Ehh.. bulan puasa tak baik marah-marah, kutuk-kutuk. Okay okay, sebenarnye macam ni, facebook takda lah baik sangat, takdalah buruk sangat. Yang baik kita jadikan amalan, yang buruk kita jadikan teladan. Yang tak bestnya, sekejap kita nampak gambar bertudung, kejap gambar lain tudung dah terbang hilang ke mana. Ape identiti yang kita nak tunjuk sebenarnye? Ataupon asal rasa gambar dan perasan diri sendiri dalam gambar tu cantik, terus letak jadi profile picture. T_________T (dah dah, saya pon bukannye baik sangat **sedar diri ni**)




Sekarang dah macam jadi trend buat e-card letak gambar sendiri, edit sikit-sikit letak '"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin". Menarik :) Lepas dah edit, tag lah kawan-kawan semua selagi boleh tag. Tapi jadi tak menarik apabila ramai comment pada gambar tu. Nasib baiklah facebook dah makin efektif lately. Takda lah keluar notification banyak-banyak walaupon orang comment pada satu gambar. Kalau dulu, struggle habis-habisan cuba bukak semua notification tapi kecewa pon habis-habisan sebab notification banyak-banyak hanya untuk satu gambar. Saranan saya, gambar yang jadi pilihan tu mestilah bersesuaian untuk rakan-rakan dalam jaringan facebook nak tatap. Kalau gambar berciri vain dan terasa diri sendiri cantik, agaknya sesuai ke?? :')




Dah petang ha kau! Banyak sangat membebel :P Kek ntah ke mana, jari yang lenguh tekan keboard. Selamat berbuka, muslimin dan muslimat. Kurang 5 hari lagi untuk kita menyambut bulan baru :)

kalau e-card guna gambar ni agak-agak boleh ke tak? Muskilllllll~


p/s: Harap Maaf jika wa dah mengguris mana-mana hati dan perasaan. Hanya sekadar peringatan untuk rakan-rakan dan dari wa sendiri :)

**nak hujannnnnnnnnnnnn!! wa nak pegi beli barang buat kek neh. wuuuuaaaaaaaaaaaaaa T________T

Saturday, September 4, 2010

so, there you go..

4
Dah setengah semester berlalu, kurang 10 entry dapat dihasilkan. Ye, saya bangga kerana tidak dapat menghasilkan entry dengan begitu banyak dan berkualiti. Ini bermakna saya seorang pelajar yang cekal lagi tekun untuk belajar dan sedaya upaya siapkan lesson plan, report dan semua benda yang telah menghabiskan kertas A4 saya yang mahal tu T____________T.


Dan saya juga berbangga kerana pada semester ini, banyak masa saya dihabiskan berkejaran bersama-sama rakan hingusan. :)


Banyak entry yang terbengkalai dalam draft atas sebab-sebab tertentu, kalau bertuah, publish la nanti. Mood nak blogging pon suam-suam kuku. Mungkin cuti 2 minggu ni dapat lah saya hasilkan 3 entry setiap hari sehinggakan visitors semua muntah emas 16 karat kerana terlalu bosan.

lain kali sambung lagi ya!





Selamat Hari Raya Eidul-fitri :)
 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥