Monday, July 20, 2009

suara hati

credit: http://bipolarblast.files.wordpress.com/2009/06/180901tears1.jpg

dengar, lihat dan fahami.


susah nak paham sesuatu apabila kita tidak mendengar dan melihat dengan mata hati. susah kita nak merasa kalau kita sendiri tak alami. semakin hari menganjak ke petang, malam muncul bersama bulan, kita tetap tidak dapat fahami ape yang sebenarnye berlaku. atau mungkin, kita sendiri yang tak mahu tahu?


aku semakin hari semakin tak tahu ape yang aku mahu. aku bukan tak tahu, tapi aku tak pasti. kadang-kadang pernah terfikir untuk membiarkan masa bergerak pantas supaya aku dapat lihat dengan lebih jelas apa yang bakal berlaku. mengeluh pon tak berguna. persekitaran seperti kurang faham ape yang aku mahu. memanglah tak faham, kerana aku sendiri pon tidak pasti. impian semakin tidak nampak untuk menjadi kenyataan. aku mungkin akan biarkan segalanya berlalu seperti biasa. mengimpikan hari sentiasa indah dan bercahaya tidak mempu membuatkan aku jadi seorang yang waras. mungkin hujan turun dengan lebat ketika matahari memancar, hujan yang membuatkan hari menjadi suram. tak mengapa, kerana mungkin selepas hujan, aku akan dihadiahkan pelangi yang indahnya tidak terkata. aku redha :)


maaf. hari ini jiwa aku kurang tenteram. bukan hari ini, kebelakangan ini. aku perlu ruang untuk menyatakan semua. aku tahu aku tak patut berkongsi dengan siapa-siapa pun, memandangkan nanti mungkin ada suara yang mengatakan aku mengadu domba. tapi aku juga perlukan ruang untuk menyatakan isi hati. terfikir jugak untuk membuat personal and private blog yang aku sahaja yang dapat mengaksessnya, supaya aku tak perlu risau dengan apa yang aku tulis. persekitaran yang menekan, kehidupan yang kadang-kadang di bawah, dan kadang-kadang di atas, dan perasaan yang selalu membuat aku jadi serba tak kena. mungkin suatu hari nanti...


kawan-kawan terdekat banyak yang terlibat dengan masalah blog, aku tidak mahu terlibat sama. biarlah aku tidak mendapat populariti murahan di blog-blog yang kurang senang dengan tindakan seseorang. aku perlukan hidup yang biasa, yang sederhana dan diterangi warna-warni kehidupan.


blog hari ini diconteng oleh seorang makhluk yang mengalami syndrom kurang gembira. diharapkan entry ini tidak mengguris hati sesiapa kerana 101% yang tertulis adalah masalah penulis sendiri. mungkin perubahan hormon atau yang sama waktu dengannya. penulis tidak berniat untuk mengguris hati sesiapa sahaja sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dengan hidup penulis.


sampai disini sahaja.


owh, sebelum mengakhiri, penulis juga ingin memohon maaf kepada Ammira Binti Azmi kerana tidak mengwish birthday beliau on the dot. aku ada sedikit kesulitan untuk berbuat demikian. tolonglah jangan boikot aku. kalau kawan-kawan boikot, sape lagi mahu menumpahkan kaseh sayang kepada aku. hmm.. so sorry T___T my bad. Happy Birthday, dear. kita sama-sama tempuhi hari dengan tabah :))



p/s: but you will never get to see these tears I cry.

0 cookie[s] ready! ♥:

 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥