Showing posts with label emotional. Show all posts
Showing posts with label emotional. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

paper last lah esooookkk

0
tak seronoklah, bile dah sampai masa nak kene bukak buku, mulut pon bukak sekali, menguap berkali-kali. heh. Ingat senang ke nak study untuk exam, susah oiiiii. Halangan-halangan yang biasa datang seperti;

  • waktu aku blogging sekarang ni. facebooklah, twitter lah. nak study tapi laptop tenganga. 
  • rasa lapar tibe-tibe sedangkan tadi dah makan nasi goreng paprik dengan telor dadar yang tak sedap.
  • tibe-tibe rasa macam nak makan coklat, pastu jalan-jalan cari coklat.
  • tibe-tibe takda mood sebab pelanggan utama blog ni dah tak nak layan dah blog ni. Heh. i kecewa uuuu...

Baiklah baiklah. Kalau asyik duk mengadap blog ni, tak sudah study akuuuuu. Jom lah sambung study. nak pegi bawak hati kecewa sebab hilang peminat setia bloggg.. T__________T (esok KL ujan, cayelah!)

Monday, November 2, 2009

problemo

0
semua orang nak cakap ada masalah. masalah duit lah, masalah belajar lah, masalah makwa pakwa lah. semua orang muke ketat je bila ada masalah. aku pon lebih kurang lah T_______T. tapi sekarang macam dah jd heartless. banyak sangat masalah dan banyak jugak yang tak selesai. aku tak berniat nak buat pengumuman kat satu dunia yang aku ada masalah, tapi aku rasa aku dah sampai kemuncak kesabaran. semua masalah menghimpit otak. nak buat ulang kaji pon otak asik hilang, tak taw nak cari kat mana. ada sesetengah orang yang  ambik jalan pintas dengan buat macam-macam tindakan bodoh, tapi aku masih ada akal untuk berfikir baik dan buruk kesannya. aku flexible, akan cuba sembunyikan masalah sebaik mungkin. tapi, kalau dah sampai tahap ni, aku tak tahu lagi nak bersabar macam mana. berjenis-jenis masalah kat dunia ni yang nak kene handle tapi otak cuma ada satu je.


kepada yang terasa ada masalah, silalah selesaikan secepat mungkin. tambah-tambah lagi kalau buat masalah dengan aku, sila jadi gagah berani macho dan gentlemen serta cun untuk berbincang. aku dah tak larat nak tanggung semua. malas nak tulis panjang-panjang, nanti teremosi lebih pulak. nak pegi layan perasaan sampai tdo T________________________________________________T


p/s: sekarang aku dah terlebih tido sebab asik layan perasaan, salah siapa?

Thursday, August 27, 2009

mood bermain² di udara

2
I sedih okey. sedih sedih dan SEDIH. ohh. suka hati aku lah nak tulis ape kat blog aku, aku sedih pastu cerita kat sini exxagerate melampau pon suka hati aku. Aku sedih pastu nak beguling² sambil tulis entry pon suka hati aku. Kau paham ke hati perempuan selembut kapas ni sedang bersedih? tak paham, kau diam. SEDIH okey!. T___T

Friday, August 14, 2009

♥ blog

2
ohh..

blog tersayang,

tak pernah rasa kasih menggila macam ni dekat blog sendiri. tadi dah try pejam mata, kasi masyuk sikit untung-untung dapat mimpi indah. malangnya otak asik fikir blog. nak mengadu domba dekat blog sendiri, nanti ade pulak orang yang tersinggung. last-last menitik titisan air liur basi jugak. mimpi ape bende pon aku tak tahu, yang aku tahu, aku tak mimpi aku terjun dari katil cepat-cepat angkat baju dari sidaian. sikit lagi nak dapat heart attack. lain kali, warning dulu la sebelum hujan lebat. isk.

blog cantik...

 kau banyak simpan rahsia aku dalam 'posting' kau yang aku hanya draftkan. Terlalu banyak, kau je lah yang tahu segalanya. bile dah rase kelakar-kelakar dan geli-geli sikit, aku pon delete. lawakkan cinta kita? aku yang selalu merayu-rayu kat kau kan? kau pandai betol simpan rahsia, sebab tu aku sayang kau lebih taw.


blog,
pernah tak kau macam rasa nak sepak je aku? tak pernahkan? pernah tak kau berharap bukan aku owner kau? mungkin la kot. HAHAHA. tapi aku tetap sayang kau lebih. cinta kita ibarat tom dan jerry. walau dicincang lumat, kite tetap akan terus sambung balik, dan saling kejar mengejar. aku memang sayang kau sebab kau je yang tahu macam mana nak buat aku meluahkan perasaan. (ceh, geli pulak aku)


blog, aku sayang kau. kau jangan khianati aku ye? :))))


p/s: I Love U

cinta di udara,
zatiehussin.
the owner of The Dancing Queen..

Thursday, July 23, 2009

tahun berganti

0
suatu ketika dahulu...





dan ini juge..






dan sekarang...





we wish Dayah and others were here T__T



betapa cepat masa berlalu. sudah hampir 5 tahun meninggalkan tempat yang telah banyak mendewasakan kami.


banyak yang berbeza. semua dah menambah berat badan sebanyak 10 tong beras kecuali Syazana. *grrr* Nanaa kekal cantik dan kegilaan ramai sejak dahulu. Frekuensi suara Ain semakin meningkat, ketawa tak pandang mak cik meja sebelah. aku? em, berat dan lebar yang paling ketara. *i hate u if u laugh after reading this. grrr!!* HAHAHA. ok, Ain jugak bertambah besar okey, its not just me. saiz seluar bertambah. HEHE.



see, everybody looks great, kan? :))


we wish every single of batch 28 were right here T__T unfortunately, it was not easy to gather even half of us these days. sangat sedih. *emotional lagik. haish!*



kesian Nedy, tak dapat join bersama sebab dah balik UTP. everytime jumpa kawan-kawan, mesti Nedy tak sempat T___T hmm.. next time, may be.



nanaa ♥ zatie ♥ nedy


Dayah, sedang internship di Kerteh. Hilang satu geng power rangers. T__T rasanya, sejak 2hb Disember 2005, kami berlima tak pernah berkumpul as power rangers lagi kot. setiap pertemuan, ade je salah seorang yang tak dapat join. T___T



kawan dayah 1 ♥ ain ♥ awal ashari ♥ dayah kawan dayah 2 ♥ (aku tolong snap jew~ wuwu)
owh, saje gedik nak letak gambar ni. *cabut bulu kaki baru tahu!* ngeee~



ain ♥ dayah ♥ zatie


sekarang, semua dah ada hal masing-masing untuk diselesaikan. masih perlu meneruskan hidup walaupon setiap hari banyak dugaan mendatang (eceh!).senyuman sekarang tak seindah dan semanis dahulu (kate dayah kepada ain. ehe!). walau ape pon, kehidupan mesti diteruskan, persahabatan mesti di kekalkan. kesengalan jangan dilupakan dan kegedikkan menjadi tambahan kemanisan kehidupan. kesemuanya adalah asam garam kehidupan. (eceh! geli lah ayat neh!)


banyak perkara tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. kasih sayang, kerinduan dan kemanisan memori lama :))


“Truly great friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget.”

p/s: aktiviti mensidai muka di blog memang tidak di galakkan, tapi untuk menggembirakan hati aku sorang, suka hati aku lah. jangan sebok! kah kah kah. maaf, emosi masih tidak stabil. muka macam tempoyak lembik aje sekarang ni. tumpang lalu..

Wednesday, July 22, 2009

rakan vs lawan

2
hari yang cerah tidak selalunya indah..


Selama ini
Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
Pada-Mu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telahku temui

Dengannya disisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Ilahi

KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepada mu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya..

KepadaMu Allah
Kupohonkan restu
Agar kita kekal bersatu
Kepada mu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita..


percayalah pada diri sendiri tapi jangan terlalu diikutkan kata hati. kita perlukan teman untuk meluahkan perasaan, namun sesetengah perkara, biarlah disimpan sendiri. aku bukan tak percaya pada kawan, tapi berpada-padalah bila berkata-kata. aku bersyukur kerana dikurniakan teman yang memahami dan sentiasa mengambil berat :)) tapi, aku juga memohon maaf kerana aku terpaksa menyimpan sesetengah perkara. Terima kasih, teman.


satu kes pembunuhan seorang bekas pelajar institut pengajian tinggi sungguh membuat aku berfikir. sanggup seorang rakan lama di sekolah melakukan perbuatan keji dan terkutuk seperti tu. artikel boleh di baca di sini, sini dan sini. (credit to intan diana tayunk). semoga roh arwah dicucuri rahmat. ♥ ♥


p/s: entry berbentuk emotional lagi. isk. malas nak buat entry lagi. emosi masih terganggu, nanti blog macam tak siap je kalau buat entry sikit pon tak best macam cendol basi.

Monday, July 20, 2009

suara hati

0
credit: http://bipolarblast.files.wordpress.com/2009/06/180901tears1.jpg

dengar, lihat dan fahami.


susah nak paham sesuatu apabila kita tidak mendengar dan melihat dengan mata hati. susah kita nak merasa kalau kita sendiri tak alami. semakin hari menganjak ke petang, malam muncul bersama bulan, kita tetap tidak dapat fahami ape yang sebenarnye berlaku. atau mungkin, kita sendiri yang tak mahu tahu?


aku semakin hari semakin tak tahu ape yang aku mahu. aku bukan tak tahu, tapi aku tak pasti. kadang-kadang pernah terfikir untuk membiarkan masa bergerak pantas supaya aku dapat lihat dengan lebih jelas apa yang bakal berlaku. mengeluh pon tak berguna. persekitaran seperti kurang faham ape yang aku mahu. memanglah tak faham, kerana aku sendiri pon tidak pasti. impian semakin tidak nampak untuk menjadi kenyataan. aku mungkin akan biarkan segalanya berlalu seperti biasa. mengimpikan hari sentiasa indah dan bercahaya tidak mempu membuatkan aku jadi seorang yang waras. mungkin hujan turun dengan lebat ketika matahari memancar, hujan yang membuatkan hari menjadi suram. tak mengapa, kerana mungkin selepas hujan, aku akan dihadiahkan pelangi yang indahnya tidak terkata. aku redha :)


maaf. hari ini jiwa aku kurang tenteram. bukan hari ini, kebelakangan ini. aku perlu ruang untuk menyatakan semua. aku tahu aku tak patut berkongsi dengan siapa-siapa pun, memandangkan nanti mungkin ada suara yang mengatakan aku mengadu domba. tapi aku juga perlukan ruang untuk menyatakan isi hati. terfikir jugak untuk membuat personal and private blog yang aku sahaja yang dapat mengaksessnya, supaya aku tak perlu risau dengan apa yang aku tulis. persekitaran yang menekan, kehidupan yang kadang-kadang di bawah, dan kadang-kadang di atas, dan perasaan yang selalu membuat aku jadi serba tak kena. mungkin suatu hari nanti...


kawan-kawan terdekat banyak yang terlibat dengan masalah blog, aku tidak mahu terlibat sama. biarlah aku tidak mendapat populariti murahan di blog-blog yang kurang senang dengan tindakan seseorang. aku perlukan hidup yang biasa, yang sederhana dan diterangi warna-warni kehidupan.


blog hari ini diconteng oleh seorang makhluk yang mengalami syndrom kurang gembira. diharapkan entry ini tidak mengguris hati sesiapa kerana 101% yang tertulis adalah masalah penulis sendiri. mungkin perubahan hormon atau yang sama waktu dengannya. penulis tidak berniat untuk mengguris hati sesiapa sahaja sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dengan hidup penulis.


sampai disini sahaja.


owh, sebelum mengakhiri, penulis juga ingin memohon maaf kepada Ammira Binti Azmi kerana tidak mengwish birthday beliau on the dot. aku ada sedikit kesulitan untuk berbuat demikian. tolonglah jangan boikot aku. kalau kawan-kawan boikot, sape lagi mahu menumpahkan kaseh sayang kepada aku. hmm.. so sorry T___T my bad. Happy Birthday, dear. kita sama-sama tempuhi hari dengan tabah :))



p/s: but you will never get to see these tears I cry.

Thursday, July 9, 2009

off to Pangkor

0
i'm going off to Pulau Pangkor starting from tomorrow till Sunday.*sigh* keep thinking what will probably happen then. btw, happy weekend people. please be happy, at least on behalf of me. HAHAHA. please take care of my sayangness-blog, facebook, twitter and etc etc etc. HAHAHA. Take care of HIM ♥ ♥ ♥ , for me too. Love u people. Bye bye :))


p/s: i'll be home soon, ya! ♥♥♥

Friday, June 26, 2009

ehem ehem.

5
yeeeeeaaahh!! seminggu tanpa entry. seronok seronok. kenapa nak sebok tahu pasal aku? kalau nak tahu, tanya sendiri lah. jangan hanya tahu menghadap blog je kerja. mulai hari ni, (eceh! nak buat pengumuman neh) aku da malas nak mengupdate blog tapi tak tahu sehingga bila. aku neh bukan boleh dijangka. internet gave me so much trouble. cukup untuk membuat kepala berpening-pening dan hati bersusah-susah. kehidupan pon agak bersukar-sukar buat masa sekarang. Tetapi pemandangan semakin indah dan luas sejak akhir-akhir ini. sudah boleh bernafas dengan tenang di maktab, sudah tiada mata yang perlu di jaga. HAHAHAHAHA. sudah ada sesuatu untuk dijadikan keindahan untuk diperhatikan :)) keindahan yang sudah lama aku tak dapat nikmati (kot). eceh. suke pulak, rase macam zaman muda-muda pulak. berp**a-p**a dengan hati tiada ragu-ragu. eceh. HAHA. cet. suka betol zaman remaja, sekarang sudah belia. 17 years old with 4 years of extra experience. waktu yang sesuai untuk mencelik mata dan minda. oh. dimana-mana boleh didapati keindahan ini, mahupon sambil makan malam di cafe. cewah! keindahan yang bergerak, i like!!! mungkin pada weekend contohnya seperti esok dan hari selepas esok, agak sukar T___T, tapi jangan risau minggu depan masih ada :))

** ini adalah kerja waktu terluang kami. waktu terluang yang tak banyak kami guna dengan sebaiknya (eceh!). anda kerja banyak, kami jugak kerja banyak. mind u. anda berusaha mendapat segulung ijazah, kami bukan hanya goyang kaki okek! kami berusaha untuk mendapat pengiktirafan untuk memegang segulung ijazah. anda dinilai MQA? oh tidak. bersyukurlah. tak paham sudah. HAHAHAHA

habis sudahlah. nak mentelefon keluarga pulak. sangat rindu. siapa lagi yang dapat faham anda lebih kecuali keluarga anda sendiri bukan? eceh! HAHAHA. siapa lagi yang anda perlu telefon kalau bukan keluarga? oh. siapa yang akan merindu anda kalau bukan keluarga? HEHE. ok. dah la tuh membuat ayat yang susah nak paham. aku pon kurang paham. oh. pasti akan rindu pada keindahan pada hujung minggu neh. T_____T

oh. Megan Fox lelakikah?????? klik di sini. anda tentukan. eceh! HAHA

p/s: sila bawak plastic bag kalau terasa nak tengok Drag Me to Hell. Serious. kalau muntah di tempat kejadian jangan salahkan aku. Dah warning siang-siang neh. HAHAHAHA

Saturday, February 28, 2009

patah tumbuh hilang berganti

0
(title di atas tiada kaitan)

bile letih dan keseorangan;

otak meroyan tak boleh nak terima ilmu suda.

minda dah melayang terus bawak pegi masuk facebook. (hoi hoi!! insaf!!)

fikiran lagi lah, buat hal. ingat nak tido je.

hati kesian sebab memikirkan orang tu tak makan dan mood sangat tertekan.

jiwa merana sebab tanggung kesusahan assignment yang takkan habes ni.

sakit belakang tak usah cakaplah, bagaikan buat treatment bekam tuh. :(

kesimpulan hari ini: hari yang tertekan dan menekan. hari esok mahu pergi kahwin? hehe. kursus kahwen. sile tepuk ok. hari esok saye mahu jadi orang dewasa, hari seterusnya pon same. hari isnin saya nak jadi baby, sebab baby tak payah pergi kelas dan perah otak jawab dengan lecturer kenape tak siap kerja. kihkih. ok! cukup gelak! hati merana nih. pergi buat kerja sekarang!

Wednesday, February 18, 2009

itu saja

0
S.T.R.E.S.S !!!






p/s: benci la weiiiiiii!!! BENCIIIIIIII!!!!!!!

Wednesday, February 11, 2009

lepas geram!!

0
benci la weiiii!!!!!!!!
jgn sshkan org bley x?!!


p/s: Ret. happy birthday. nnt aku update entry. skang mood tengah xok. Have fun BIG!! :)

Monday, February 9, 2009

report tak siap.

0
Biology Biology dan Biology tiap2 hari.. isk!!!

sources:

tempat untuk mendapatkan ilmu
tempat ilmu jadi confuse
tempat ilmu semua dah mixed-up! hayoh!!!

mari menyanyi!!!


notes!

saya mengantuk~!!!

5.29 pagi:

mengantuk dah hilang tapi bosan pulak yang datang!! takda idea langsung nak buat discussion!! hayoohh~!!!

malas nak membelek buku yang tebal!! ilham, datanglah.

6.11 pagi:

mengantuk gila gila!! report 90% siap. lambatnye subuh!!!!

6.15 pagi:

baru lena dua minit kat meja dah azan subuh! yeay~!! mahu solat dan tidoooo~!!! good nite! :)


teddy yang selalu kidnap dari erly jadi bodyguard malam nih! kih kih. thanks!


petang tadi.

Saturday, January 31, 2009

tak suke! tak suke!

3
hoish~!!
tak suka la weh!
STOP IT!!!!
harus tunggu sampai bila lagi?!!
blah la wei~!!!
sh*t sh*t sh*t!!!

Friday, January 30, 2009

Bintang bintang dan Bulan

2
bulan oh bintang..

tadi yana mengsms suruh pegi tengok bulan. gile rase macam jiwang semacam je. kih kih. keluar lah rumah dengan perasaan seram seram panas (sebab malam ni memang panas wei!). cari-cari bulan, takde nampak pon. tanyelah mengape dengan bulan tuh, die cakap bulan duk sebelah2 dengan bintang. cewah. dasyat lah bulan dan bintang malam ni, bercinta dengan sangat comel. sangat suke keindahan alam. wahwah. :)

sangat tak gembira lately. mengapa mengapa mengapa? purkkeeee~?!!! siape mahu menggembirakan saye? sangat tak best perasaan ini. nak buat camane ye? mungkin pergi jumpe Kelvin si penjual warranty di tingkat 9 Times Square pon best. kah kah. kesian si Kelvin, menjadi subjek dalam blog saye. takda idea dan takda modal nak memblog kerana kerja-kerja banyak dan malas untuk membuat. *cheer up zatie!!* haish. ape nak jadi same saye hah? terasa ingin makan sup orang yang bercirikan kaki orang pon best. kah kah.

ok. sudah sudah lah tu membuat onar di blog sendiri. insaf insaf lah. tak siap kerja nak buat buat macam orang yang dah siap kerja. kih kih. mahu menonton cerita lah sekejap. sambil menjamu mata. mengapalah ade makhluk sepertinya. kih kih.


Hello! my lady.

p/s: sangat sangat tak tahu ciri ciri perasaan aku sekarang lah!

Thursday, January 29, 2009

eeuww~!

2
sh*t btol!
malas ambik taw lah pasal kaw!
ingt bagos sgt ke?
blah la wei~!!

Friday, January 23, 2009

upsidedown

0
feeling unhappy
alone
sedihsedih
senyum selagi mampu untuk berpura-pura
hilangkan mereka
mengapa?
pls stop!
shi*t!!

Monday, January 19, 2009

Girls dayS out

1
beberapa hari yang memenatkan..

got few pictures nak upload, tapi kesiputan internet di IPGM Kampus Pendidikan Teknik ini amat menyakitkan minda dan hati. Name je dah vogeh, tenet tetap tak vogeh..! counting days untuk bercuti. tapi banyak kerja perlu di siapkan. report lagi. aduyai~! study plan untuk Life and Living Processes dan jugak Childrens' Lerning in Science amat sangat sungguh pack. ISL pon nak kene wat keje susah-susah. Bile nak cuti ni?!!!! HAHAHA

tapi, keluar selama tiga hari berturut2 pada wiken lalu. Jumaat keluar mencari harta. Sabtu keluar membuang duit di Tesco dan ahad menghantar dan membaiki barang kesayangan di KLCC. rindu cincin already :( siap pon dalam masa seminggu. sorry yangyang. lepas ni i cube jadi lebih ayu dan menjaga kesopanan. kah kah kah. cube berjanji agar cincin tak rosak lagi.


bile dah kenyang....

selepas menghantar cincin..

nampak saje kecik, tapi kenyataannye siapa yang tahu?

ni sebuah hakikat~


semalam meet uncle Hussin menang AJL. bapak saye sangat perasan. beliau perasan beliau yang menang AJL. siap bangga lagi ketika saye mentelefon beliau tadi. bapak oh bapak. ke mana tumpahnye kuah kalo tak ke nasi. eceh! HAHA. tak puas hati betol dengan internet maktab ini. HAmpeh! bilelah aku mampu untuk mentukar internet? bapak oh bapak. support lah anakmu ini. kah kah kah.

okkey~! mahu mandi dan mensambung tengok Hello My Lady. sekali sekala mentonton wayang di bilik kan. sementara mencari idea untuk menyiapkan report untuk esok. Esok kelas cik Ana. Life and Living Processes. adekah cacing2 lagi bakal menjadi mangsa kami...? renung2kan lah dan selamat membace. kah kah.

p/s: rindu rindu rindu. nak balik rumah!!!

Friday, January 16, 2009

demam-demam unta

0
tahu tak? dah lame tak buat sebarang entry kerana saye sangat sebok. takde lah sangat, sengaje je cakap sangat supaye nampak cik zatie ni sangat berdedikasi kepada pelajaran. kah kah kah. kenyataannye, tak de lah berdedikasi sangat pon.

perkara2 yang tak boleh nak terima minggu ni adelah:

+ tepaksa jadi penolong kumpulan. memang cannot go lah i tell u! siap la sape2 yang kenekan aku tu, macam la korang tak taw berape singanye cik zatie kan? HAHAHA

+ tepaksa pegi klinik kerajaan dan menunggu lame untuk mendapatkan ubat2 yang bodoh ni. ni lah klinik kerajaan, tak pernah nak bagos. dah la sesak2, nurse garang2, yang check pon bukan doc. ade ke patut tanye aku sakit ape? HELlo~! kalo aku taw sakit ape, takde la aku pegi susah2 klinik tu. last2 kasi ubat selsema yang tak mujarab langsung, ubat batuk kanak-kanak, & paracetamol. Kalau macam tu, baik aku pegi beli sendiri kat farmasi. tak payah tunggu berjam-jam kat klinik tu. tak friendly langsung. wahai kakitangan kerajaan sekalian, anda buat macam tu makan gaji buta tawu! Insaflah~ kah kah kah

+ sakit kepala+demam unta+sakit tekak+selsema yang berterusan menyebabkan aku selalu tertido ketika di talian telefon. sory yangyang. i tak sengaja. ubat tu buat jadi ngantuk, jangan salahkan i, salahkan ubat tu. malam sebelum ni kami sama-sama TERtidur walaupun dia tak makan ubat, die juga tertidur semasa di talian. sampai pagi lah kami tidur. kah kah. semalam macam blur-blur saje lepas masak nasi goreng yang bermodalkan hanye RM6. makan seramai 6orang+akak bilik sorang memang menjimatkan dengan hanya bermodalkan RM6. kesimpulannye, tak suke lah sakit!!!

banyak perihal yang boleh menyebabkan tekanan darah meningkat contohnya masalah dengan Cik Ana. tapi. takpe lah. lain kali story mory. skarang mahu mandi kerana rasa macam sangat sseronok mandi bila demam. yeah! jom mandi same2. challo!

Monday, January 12, 2009

hari2ku

2
here.. here and HERE!!

cissssss~!!!!

tak seronok betol i tell u.

bilik yang sepatutnye memuatkan 2 orang die nak sumbat jadi 3 orang.

Hisshh~!!!!!


sardin ok!!


keluar sekarang!
 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥