Walaupon assignment menimbun lagi tak habis-habis nak kene buat, sempat lagi saya dengan hati yang mulia nak update sedikit sebanyak. Tajuk hari ini ialah 'Jangan ingat anda saja yang banyak kerja'.
Semua orang sebok tanya, "eh, cikgu pon banyak kerja eh? ada assignment jugak eh?'. Baiklah, jawapannya "kepala hotak kau cikgu takda kerja, kau ingat ni zaman cikgu tahun 60-an yang dah lulus peperiksaan darjah 5, boleh apply jadi cikgu?". Kalau lah boleh pegang degree tak payah buat kerja-kerja yang huru-hara ni, saya pon mahu. Sapa tak nak tak payah buat projek-projek pelik-pelik, tak payah buat assignment, task dan segala keturunannya, kau free² je boleh ada Ijazah dalam tangan.
Masa kecik-kecik bila orang tanya kau nak jadi apa, ramai yang jawab nak jadi cikgu. Kenapa? Sebab mereka nampak jelas contoh yang ada depan mata, tak payah nak pegi Google kerjaya yang ada dalam dunia. Bila besar sikit, tahulah serba sedikit tentang kerjaya. Mulalah nak tukar sikit kalau tulis dalam buku profile tu 'Cita-cita: Angkasawan/Doktor/ Engineer etc.' Nampak cool lah sikit kan? :) Jelasnya, saya sendiri dah ada banyak cita² sejak dah tahu kerja pelik-pelik atas dunia ni. Takdirnya telah menetapkan: jadi cikgu.
Awalnya, macam berat hati jugak nak masuk bidang pendidikan. Kau ingat aku tak belajar tinggi-tinggi ke nak jadi cikgu? hahaha..
Setahun duk ceruk Malaysia, struggle gila-gila nak habiskan Matrikulasi sains hayat. Dah habiskan final exam semester ke-dua, lega yang sungguh². Ikhlas boleh dikatakan, waktu setahun tersebut adalah satu waktu yang sangat azab. Turun naik 'kubikal' jumpe lecturer tiap-tiap hari, siapkan tugasan separuh mati dan struggle untuk yang terbaik. Tawaran untuk buat Pure Science: degree in Biodiversity macam berbaloi dan boleh buat balas dendam la kan? Tapi, dalam masa yang sama, dapat pulak tawaran untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Science) di IPGM. Hati berbelah bahagi. Kalau lepaskan peluang untuk terus sambung buat Biodiversity, maknanya setahun yang penuh azab tu dah disia-siakan. Takdir menentukan, saya tak ke university seperti yang ditunggu-tunggu kan selama ni. Tapi, sehingga hari ni, saya tak menyesal. Mungkin, ini takdir saya, saya redha dan saya gembira :) Tak dinafikan kadang-kadang saya jugak rasa agak sedih mengenangkan jika saya meneruskan hasrat ke university, tahun ini adalah tahun akhir saya. Ramai kawan-kawan yang sama-sama berpenat lelah dulu dah nak grad pon. Tapi, saya? Masih di tahun ke-2. Masih ada 2 tahun untuk completekan semuanya. Saya redha :)
Ramai yang anggap, untuk menjadi seorang pendidik adalah begitu mudah. Namun, tidak bagi saya. Saya masih tercari-cari bagaimana diri saya pada masa hadapan. Saya mesti menjadi contoh yang terbaik. Saya ialah role-model kepada masyarakat, saya akan menjadi social engineer kepada generasi pada masa depan, saya perlu menjadi arkitek sosial terbaik untuk mereka-cipta, membentuk dan membuat acuan terbaik agar generasi pada masa hadapan tidak terpesong. Saya menjadi doktor untuk merawat segala masalah atau penyakit sosial yang menyerang generasi-generasi pemimpin akan datang. Jika saya tak dapat menjadi yang terbaik, maka runtuhlah sebuah institusi negara. Mungkin bagi sesetengah individu, kerjaya sebagai seorang guru adalah perkara terakhir yang mereka fikirkan. Cikgu selalu cuti, cikgu banyak rehat. Nahh, cubalah berada ditempat kami untuk waktu sehari. :)
Kalau seorang doktor perlu menyelamatkan seorang pesakit dalam satu masa, seorang guru jugak harus menyelamatkan pelajarnya sekelas dalam satu masa. Ilmu yang cikgu bekalkan akan diturunkan dari generasi ke generasi, jika silap langkah ilmu yang salah disampaikan, rosak seluruh generasi seterusnya.
Sejujurnya, saya rasakan sejak di peringkat Pra-Ijazah lagi, saya tak pernah rasa rehat. Kerja tak pernah putus. Kalau Encik Saintis kata mereka perlu buat kajian terbaru, cikgu setiap hari perlu memikirkan sesuatu dan membuat kajian bagi mempelbagaikan pengajaran mengikut arus kemodenan. Disamping belajar subjek penting merangkumi sains dan sebagainya, kami perlu belajar untuk menjadi manusia yang mampu membentuk manusia. Ilmu pedagogy tak pernah habis kalau nak belajar. Sejak mula belajar untuk masuk ke bilik darjah, banyak yang telah saya pelajari. Setiap individu berbeza, tidak semuanya individu dilahirkan beruntung. Saya belajar menjadi seorang manusia yang sebenarnya. Saya bersyukur kerana saya masih mampu merasi kemewahan dunia dan kebahagiaan keluarga.
Mula-mula dulu, masuk bilik darjah, lutut goyang-goyang sebab takut nanti kene makan dek pelajar. HAHAHA. Sebenarnya takut tak dapat kawal keadaan bilik darjah. Alhamdulillah, subjek pedagogy yang saya belajar di setiap semester banyak membantu :) Bila berada di sekolah, saya tak nampak pulak cikgu tu semua duk goyang kaki minum kopi. Tepat 7.15 pagi semua dah sedia dengan bahan bantu mengajar. Petang perlu ajar kelas tambahan, ajar ko-kurikulum. kadang kala, anak kat rumah pon makan nasik bungkus je. Waktu cuti sekolah perlu dikorbankan untuk mengajar kelas tambahan, pergi kursus, pergi mesyuarat, buat bahan bantu mengajar, buat hal-hal berkaitan sekolah. Cikgu skarang, bukan macam 30 tahun dulu.
Hahaha.. baiklah. kalau duk tulis entry sepanjang 2 hari berturut-turut pon, kalau orang tak nak paham keadaan kita, tak jadi jugak kan. saya suka apa yang saya jalani sekarang. Banyak benda baru yang saya belajar setiap hari. Saya jugak lebih menghargai cikgu saya dulu. Saya kagum dengan mereka, cikgu saya dulu mampu melahirkan saya dan rakan-rakan lain. Kawan-kawan saye semua blajar tinggi² menongkah dunia. Yang sampai ke hujung dunia pon dah ramai, saya bangga. Saya akan cuba yang terbaik untuk pelajar saya nanti :) Banyak assignment dan task yang perlu diselesaikan lagi. Projek² lain pon tak fikir lagi. Boleh tak orang yang cakap cikgu takda kerja tu bagi Ijazah free untuk saya?
siapa anda tanpa guru anda?
Pertandingan Inovasi P&P: WonderGate
p/s: walaupon kadang-kadang rasa nak penyek je budak-budak dalam kelas, tapi kadang-kadang mereka comel bila dah tahu kita tengah marah :)
Labels:
Pendidikan,
SBE,
Teachers' Day,
the life
14 cookie[s] ready! ♥:
suke post ini :)
ALOLOLO
awat emo sangat nih.
hahaha
sape buli ko??
aku ker??hahaha
nasib ko kate arkitek sosial..ko tak kate arkitek rumah tangga..hahaha
mesti fail la ko..
hahahaha
ilek aa zatie...ups terlupe cikgu zatie..hahaha
ko kne ada moto..
tabahkan jiwe,rajinkan diri, kurangkan shoping..!!
barulah jadik model cikgu terbaek....hehe ^____^
sorila kalau aku melalut..aku br bgun ni..ayaikk
@amatt mexes amir
Thanks :)
@hany
certain pplalways think that they had the tougher life than others. hidup ni adil,semua orang akan merasa susah dan senang.
aku akan lebih tabah, lebih rajin dan lebih shopping :P well, kehidupan aku jadi cikgu ditaja, xpayah fikir nak bayar duit pinjaman :D
eceh.......
perli aku la tu..
hahaha
aku takpenah ek kate hidup ang senang...
penah ke??penah ke??
aku g bilik hg tu sian tgk macam2 buku ade atas meje..dari fizik ke bio ke sgala2..
haha
sengal...aku pun tak larat baca byk camtu...
waaa
so dunt misunderstanding me ye dear.....
hidup msing2 pun byk cubaan..
@hani yg tersentap sikit..hahaha
haha. hoi. ko perasan kenape ha? keje pon tak dapek lagi. cobaan ko lah neh g carik kerja kat firm arkitek yang paling mantap sampai nak kene interview. haha. suh apply Immar tanak!
aku bukan bace pon buku, perhiasan je tu. kang nak final baru tekontang kanting. haha
hahaha...
aku dah emel cikgu aku..*eceh perasan tak perasan tak*
haha
dia cakap g interview dulu
kalau takdapat, baru call imaar tu..
n tanya...
tapi kene buat yg terbaik la utk interview tu...
hesh interbiu bagai...kalah firm terkenal hehs...!!
cayalahh cegu!!!!!
entry best yg sgtt senada dgn ape yg b'putar di benak sy jugeee!
hehs~ everybody should read diz!
especially not-a-tce-to be punyer olang! ;)
pls gantung entry nie kt notes fb pn cunn! hee =D
@hani yg dah tak tersentap :P
Haha. kalau dapat Imaar, boleh tiap2 hari kau dating dengan aku. jangan jadi reporter abg aku dah la. haha
pg lah interview dlu. firm bagos2 la tu, sbelum intern pon nak kene interview :D
@ ::farah::
thanks :)
orang yang tak berada di tempat kita tak merasa. cakap pakai saliva boleh la :P HAHA
tak rugi pon ilmu matrik kita :) jadi cikgu pon cukup challenging. ada orang kerja dengan manusia seramai 40 orang dalam satu masa? :D
zati, sy suke post anda ini!! siyes!
setujuuu sgt dgn kate2 anda..
go zati go! idup chekgu! =)
@ mashi wiey
haha. dah muak dengar orang cakap jadi cekgu best sebab banyak cuti. banyak ke cuti kite? zaman dulu2 boleh la.
orang tak nampak tanggug jawab yang kita nak bawak sampai mati ni :D
haha
aq begitu bangga ada kwan bakal ikgu macam mu :P
nti sekolah aja sume subjek la
bleh aq anta ank aq blaja ng mu
hehe~
tretchan akatsuki likes this :D
Post a Comment