akhirnya, akhirnya, dan AKHIRNYA!!! habis jugak minggu ni. Penat yang teramat sangat sungguh dan sekali. T__T Banyak assignment, report dan yang lebih kurang sama waktu dan sepadan dengannya kene submit minggu ni. Tell u what, sape suruh tak buat kerja waktu cuti??!! HAHAHAHAncur! Otak pada waktu ini separa sedar. mungkin hanya 20.11% yang conscious, percent yang selebihnya dah black out, ting tong dan yillek!!!
Semalam orang dah bangun tidur balik aku baru la terhegeh² nak tepuk² bantal, minum susu. SUSU??!! eeuuuww.. ! okey tipu, aku tak minum susu pon lah. Minum Ribena habis 2 kotak, Twister orange satu botol. lepas tepuk bantal 2-3 kali, tak sedar dah aku ade kat alam mane. black out sebab tak bayar bill. T__T . jeng jeng jeng jeng jeng ..... !!! dan keesokan paginya membawa sengsara dalam tandas. Nasib baik lab start lambat! HAHAHA. Ape² pon, kelas petang amat cuak sekali apabila telah di sound oleh pensyarah yang berlabel 'COOL and FUN'. "Hah, you! Kenape lambat??!!" HAHAHA. dan adegan mengeluarkan sedikit idea bersama² sedikit muka belas kasihan telah berlaku. *Ting* Die dah start gelak balik, phew! Lega ...!!
okey okey. sepanjang seminggu sengsara tapi seronok makan nasi kukus ayam dara setiap hari sewaktu berbuka puasa memang takda masa nak update blog. eh! ade lah. kononnya emosi la. ala......!! yang tu, tu. HAHAHAHA. Facebook pon nampak tak tergoda dikala mata dah angkat bendera putih mintak surrender. Orang lain pon dah bangun sahur. Motosikal Pakcik guard kecik² comel pon dah bebunyi, pakcik guard kecik² comel dah start bukak gate, pakcik guard kecik² comel pon dah start... eh okey². point utama dia, aku nak cakap pak cik guard neh kecik² comel. nevermind, kite abaikan pakcik guard kecik² comel yang SKEMA!! grrrr ...! *sigh*
Hari tu macam banyak benda nak tulis dalam blog, tapi hari ni macam banyak benda dah lupa nak tulis. HAHAHA. Otak di paras bahaya. Teeet..!! Teeet...!!! (bunyi alarm tanda bahaya macam dalam filem omputeh yang lari² sebab takut bangunan meletup). Eh, esok nak keluar ...!! Nak keluar ...!! ayokk! kantoi ngan anak Pakcik Hussin yang lain. *okey², esok mane ade nak keluar. mane ade!! ayokk~* (cover sikit okey). Nanti anak² Hussin yang lain akan meng'sms' lagi "Ho!! klua g mana??!!!*. mule la ketaq jari, cramp kuku nak jawab keluar pergi berjumpa dengan teeett!! HAHAHA. dengan bakal anak Pakcik Hussin (insyaAllah) *okey, boleh ngucap skarang! MasyaAllah adik aku, gatal*. HAHAHA. Esok akan berusaha mencelik mata dengan MENtahan dari tidur berlebihan. Kalau tepaksa tahan pakai pencungkil gigi pon aku sanggup, bukan senang nak dapat macam hari esok dalam setahun okey. :)) esok kepada esok ataupon lebih senang panggil lusa, aku guna pencungkil gigi sama nak MENtahan mata siapkan assignment lain. Oiii!! lagi tiga tahun nak grad, aku pakai pencungkil gigi samalah. HAHAHAHA. aku dah nak gila. T____T
Tanak lah sambung tulis lagi, sebab otak orang lain pon bersimpang siur tak jumpa pasar kang esok nak beli sayur lepas baca ni. Nak pegi baca surat khabar semalam yang beli tak terbaca pon lagi. Aku memang lambat sehari bab² berita neh. HEHEHE. nanti kite berjumpa lagi okey. daaaa~
perempuan² ini sedarlah bahawa aku suka tengok gamba neh. tengok skali boleh gelak 3 hari in a row. :))
p/s: tak buat lagi tag dari cik nat. nantilah okey :)) mungkin anda tahu jiran anda ni mengalami symptom² gila sekarang :))
Labels:
sayang,
sayangness,
the laugh,
the love,
zatiehussin