Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Saturday, June 19, 2010

Cuti awak dah TAMAT !!

2
Cuti sekolah takda beza je dengan orang kawen. Orang lah yang kawen, saya je belom lagi T_______T.


Asal cuti je nak kawen. Asal cuti je nak kawen. ! Hehs! :P <-- Jealous semata


Selamat berkahwen dan bahagia selamanya di dunia dan di akhirat harapnya :)


Kak Na & Suami *kidnap gamba dari fb Kak Na :)* - 17 Jun 2010


Abg Ridzuan & Isteri *ini gambar dari amatur berusia 9 thn* - 19 Jun 2010


Kak Na : Selamat berbahagia :) Selamat berhoneymoon jauh di sana. Hehehe. Thanks sebab bagi pinjam rumah + bilik, pinjam kain smayang, pinjam bantal, pinjam baju dan pinjam semua lah sepanjang di Sg. Petani hari tu. Nasib tak pinjam seluar dalam je. Heee... Thanks jugak sebab belanje tengok wayang, bawak saya drift atas Jambatan Pulau Pinang, sanggup makan lauk special Sayur Masak Ntah Ape-ape waktu rumah Kak Na kami buat macam rumah sendiri dan dapur Kak Na macam dapur kami sendiri. Kesian Kak Na sampai habis ayam kami melahap. Tepaksa pegi tesco beli ayam lain sambil belajar mengenal ikan-ikan pelik - Kak Na adelah kakak TRet. :) Kak Na, you're the best! :')




Abang Ridzuan : Eh eh. walaupon kita adelah kazen yang 10 tahun sekali baru jumpa, saya rasa kita ada chemistry. Err... sebab kita masing-masing anak bongsu. eceh, takda sebab sebenarnye. Hahaha..!! Saya rasa sebab saya pemalu dan awak pon pemalu macam saya, cuma suara saya mampu gegarkan seluruh alam semesta manakala suara awak boleh buat bayi lena :) Ini adalah satu pujian ye cik cik dan puan puan! Lelaki-lelaki di sana, jagalah suara. Janganlah suara kuat macam gorilla nanti isteri tak suka. Isteri suara kuat takpa sebab kang nanti isteri nak jadi cikgu. Heeee.. Selamat berbahagia dunia akhirat buat kalian :) - Abg Ridzuan adelah saudara mara keluarga belah mak saya di Raub. ohh.. lama tak jejak kaki kat Raub. Last skali raya hari tu kot. Hee..




Sesi ucapan dah tamat. Siang tadi sesi bertemu muka dan berkasih kasihan dengan saudara yang jauh di mata sampai tak kenal sangat dah tapi dekat di hati :')






Ni bukan gambar saudara jauh. Ni gambar anak perempuan taklah cantik sangat dengan bapa bersama anak perempuan cantik auuww auuww. hik hik - dari sudut pandangan budak darjah 3 lagi sebab tu gamba pelik =.="





emm. ni anak perempuan emo sebab baca novel banyak kali bukan yang tak cantik sangat tadi =.="


ni blog aku. kau diam! Heeee :P






Ehhh. Cuti tinggal seminggu je lagi!! Urgh!


Bunga melur eh! mawar ni kidnap dari hantaran Abg. Ridzuan. Bukan 1 je, tapi kidnap sampai 8 <-- makluk tak pernah dapat bunga memang macam ni T______T




Dah dah. Cuti dah nak habes, kawen pon habes jugak lah. Cerita pasal Piala Dunia pulak lepas ni sedangkan asik rebut remote control dengan ayah sebab saya nak tengok HBO & dia pulak sanggup bangun lewat malam nak tengok bola T______T Sabar je lah isteri-isteri, anak-anak dan girlfren-girlfren. Musim piala dunia memang mencabar buat kita semua. Tsksss




p/s: marah lagi ni kat Edward Cullen. Sampai bila nak jadi macam ni? 10 kali baca 10 kali marah. huuu. I Love U, EC! -- from T'ganu to Forks with love. hak hak hak hak. muntah!

p/s/s: Bila aku yang nak kawen ni? T_____T

p/s/s/s: Masa kecik-kecik dulu selalu tak tahu beza bunyi melur dan mawar. Huuu. Tapi skarang tak berapa nak kecik dah :P

Monday, July 6, 2009

saya 1/2 suka hujung minggu.

1
anda seronok hujung minggu? aku sudah pasti tak sure seronok atau tidak. seronok ade lah dalam 36.8%, penat lebih kurang 12.2% dan selebihnye perasaan berbaur. ecewah, pandai pulak gune perkataan 'berbaur'. weekend lebih seronok kalau ada lebih daripada 24jam sehari. extra jam untuk berasa seronok dan penat secara lebih maksimum. Sehinggakan lupa ade kerja nak kene submit pagi hari isnin. Bersengkang mata pakai pencungkil gigi semata-mata nak siapkan kerja (Amaran: Ini bukan rajin, ini malas. Last minutes baru buat kerja, jangan tiru aksi ini di sekolah-sekolah). Hari minggu berlalu dengan kekosongan. Serius, bilik-bilik sangat kosong macam dilanda virus yang membuatkan semua makhluk tak ada suara. Orang tingkat atas sekali jalan pon boleh dengar. Seram, I tell u! HAHAHA. Kalau orang lain takda, aku memang confirm lah takkan ada jugak. Ape kes zatie TERtinggal kat hostel?? HAHAHA. Semua orang pasti terkejut sampai lupa hari itu weekend. Entah ape lah kan? Nampak sangat aku tak dijemput nak tinggal kat hostel ni. Cet!!



Minggu ni mungkin akan menyertai katak-katak lembik yang dah berkota-raya di Pangkor selama beribu-ribu tahun dahulu. Tak seronok langsung lah. ow ow!!! Ape kes pergi BERcamping???!! pacat sebesar ibu jari kaki, sepanjang jari telunjuk memang tak mendatangkan kenikmatan dan keajaiban untuk aku pergi bercamping. Tapi, untung-untung dapat jugak makan ikan paus celup tepung. kalau dapat yang fresh lagi seronok. dapat telor ikan paus, masak 3 rasa. uh!! sedap~ (macam pernah makan je :P). bayangkan 4 hari tanpa internet dan mungkin juga coverage untuk telefon T______T. merana ibarat 2 jam tak jumpa makanan.



lupakan hujung minggu yang bakal dilalui. kenangkan balik yang dah dilalui dengan penuh kepenatan, keseronokan dan kekeliruan. HAHAHA. penat meneroka segala sudut, gembira mencapai segala impian dan keliru kemana hilangnya wang. KAH KAH KAH. serius sekarang ok. serius.




seperti biasa, pasti akan ade terselit beberapa gambar vain penulis blog. sila jangan banyak complain dan mencakap penulis blog mempunyai sikap perasan dan tidak tahu malu. ini blog aku, suka hati aku lah nak letak gambar ape pon. kalau kau nak letak gambar kau, pergi buat blog sendiri. jangan kecoh-kecoh di blog orang lain. malu sikit. b@b1 pon malu nak mengaku kau bagos kalau duk kutuk orang aje. HAHAHA. enchek yang berada jauh nun di Akita mencakap beliau tidak mensuka aku mempakai shawl. HAHA. Nampak macam gambar ni;



tembikai? WTFish?!!(gambar yang di beri link oleh sang kekasih)


same ke? HAHAHA. korang jangan gelak kuat sangat. bising blog aku nanti. mind u. sila jaga hati penulis blog. bila enchek buah hati sudah mencakap begitu, seorang kekasih pastilah tidak mahu menjadi bahan gelak sang buah hati. terus cakap "okey bos!! tukar sekarang!" *ting* terus kembali menjadi manusia seperti biasa. Sudah tak jadi tembikai lagi. HAHAHA. eh, ade lagi lah sikit ciri tembikai yang tertinggal. okey, habiskan. KAH KAH KAH KAHwin.





seronok betol dapat jadi model untuk blog sendiri. kalau korang nak jadi model blog aku, boleh lah hantarkan email :)) KIH KIH KIH.. seorang penulis blog yang vain telah mengupload gamba baru yang tidak digemari oleh sang kekasihnya. HAHAHA. hanya kerana sang kekasih tidak suka dengan shawl. sang kekasih akan pulang ke Malaysia awal August. Yeay!!! main lawan pedang antara shawl dengan sang kekasih lah nanti. sebab si penulis blog dah ingkar dengan meletak gamba-gamba ini. HAHAHA.



bagi mengelakkan masalah kegilaan melanda dengan lebih teruk, baiklah berhenti disini sahaja. meronda ke alam mimpi jugak indah waktu-waktu macam ni. macam bagos je lah kan entry hari ni. semua gambar-gambar yang vain yang ada ciri tembikai. tataplah sepuas hati (eceh!).HAHAHA. lepas ini, NO MORE. telah di nasihatkan untuk berhenti oleh sang kekasih.

HAHAHA. jangan ingar~



take care people. me, always love u. ^*^



p/s: tadi ingat nak buat entry berbaur ketidak sukaan, tetapi mood telah bertukar apabila dapat ym yang ada love jatuh-jatuh. lain kalilah mungkin. HAHA

Wednesday, January 28, 2009

Buai laju laju~

4
sehari bersama cikzatie..

mari mari mari.. mari baca! gile takde modal. sejak dua menjak, tiga menjak, empat menjak dan 10 menjak ni, semakin malas untuk update ape2 entry pade blog ini. yeah~! cikzatie sebenar sudah kembali. akan malas mengupdate blog dari sehari ke sehari.

tujuan mengupdate entry kali ini adelah untuk;

mempromote buku abang saye yang ke-2. bagi bloggers sekalian, beli beli beli. murah murah. saye promote dengan harapan saye dapat komisyen jugek~! (tapi sebenarnye tidak! yillek!) HAHA. ingt free ke saye mengkerah tenage mentype entry ini selain daripada mempromote diri sendiri. KAH KAH KAH. kau takkan lah tak taw yang aku memang suke promote diri sendiri kan. tayang muke kat blog tu perkara biasa. lagi biasa untuk mentayang muke pada khalayak ramai di jalanan pada weekend. ok ok. kau dah lebih! sile pulang ke pangkal jalan skarang! Hehe.. buku nih boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran. saye pon tak tahu lah kat kedai mane jual. cubelah cari di MPH ke, Popular ke, Kinokuniya ke, kedai buku Pustaka Seri Intan ke (feveret pastime mase di alam hingusan). ni kulit depannye ok!

ini contoh muke depan (tak cantik aku edit!)

buku ni adelah buku kedua beliau (eceh!). geli lah menggunakan beliau. kepada yang baru pada blogger, (contohnye; yangyang) bolehlah dapatkannye di pasaran. saya dapat free sahaja. kah kah kah. itulah faedahnye apabila pandai membodek abang sendiri. banyak faedahnye. contohnye dapat pulang ke kampung dengan menumpang kereta beliau secara free :) syukur alhamdulillah, saye takde adik lagi! Yahoooooooooo~!! duit boleh simpan buat kahwin. Hehe. gatal gatal gatal!! keluar skarang! Harga sejibik buku ini, taklah saye tahu berapa, tidak mendapat kepastian. bayar mahal pon takpe lah kan, lagipon penulisnye masih single and availabe. Hehe~ mari beli! mari beli! mari beli! yeah~! kepada yang belom mendapat nafkah seperti saye, simpan lah duit untuk beli, sikit-sikit lame-lame jadi bukit. saye merayu untuk segera mambagi duit kepada saya wahai government! poketku hampir kosong~ T_________T menangis bagaikan tiada lagi esok. cewah!

next! next!

hehe, next ialah untuk memberi bukti kepada enchek anwar mudzaffar bahawe saye telah mentengok eclips dengan jayenye. dengki lah tu! gerhana matahari. berkali-kali dalam seumur hidup tapi masih tak puas. HAHA. gile tamak!


gigit jari lah yangyang hanye kerana snow

tapi.. gambarnye kureng elok kerana hanye amatur yang mengambil gambar ini. iaitu abang saye itu lagi. kalau saye yang ambik, sure very the vogeh punye gamba. KAH KAH KAH. sangat excited lah kami sekeluarga. yeay!

lagi ialah mengenai keluarga. berjanji mahu pergi piknik hari ini, tapi macam tak jadi je sebab abang saye yang lagi satu mengalami diarrhoea. eja betul betul~ D.I.A.R.R.H.O.E.A. sejak skolah rendah fail nak eja nih. Hahaha. oleh itu memain sahaje bersame-same anak buah saye di rumah.


beliau bercakap 24/7!!

ok. dia sangat nakal dan suke merajuk. hish! sangat tak terlayan apabila bercakap dengannya. juga tak terlayan apabila melihat die merajuk. sangat fun cuti saye kali ini kerana harus bercakap sepanjang mase. lagipon ni memang hobi aku kan? HAHA.

oit! cik zatie, sila pulang ke pangkal jalan. saye mahu menyelesaikan semua kerja kerja yang memang sengaja di tangguhkan. hehe. aku kan suke procrastinate, kau jangan sebok! kah kah kah. mengapa harus belajar perkembangan kanak-kanak? nak berkembang pon kene balajar ke?! haish. takpe takpe. untuk mase depan anak aku jugak nanti. takdelah di marah setiap hari. haha.

akan meneruskan cita-cita membuat kerja, tu pon kalau tak di goda oleh cerita-cerita best. macam di goda oleh kehenseman rambut Kelvin si penjual warranty. hehe. tingkat 9 Times Square ok! sile pergi membuat lawatan sambil belajar. mahu saye menjadi tourist guide anda pon boleh. dag dig dug jantung i! ouch! haha. tiap-tiap hari ke Tingkat 9 TS pon boleh. same macam tiap-tiap hari ke kedai waffle di Sunway hanye kerana mahu menikmati pemandangan indah cashier di sane. haha. gile gatal kau! ok. sudahlah membuat onar. ingat Tuhan! ingat boifren kau! hehe. ampun~

mari makan! challo~! :)

p/s: gile rindu nak makan waffle sambil menjamu mate di Sunway. bulan 6 ni jom! bersam2 wani dan ain pasti sangat seronok!. yeay! cheng cheng! nak limau!


Monday, December 29, 2008

cuti sikit! Purkeee!!!

2
erm.. cuti dah nak habis. kechewa i tell u! sumpah rase tak nak balik blaja lagi. kihkihkih. nak kahwin terus boleh kah? ade sape2 yang maw kahwin sama saye? HAHA. sile isi borang A, B, C, G, H, I, J dan semua borang ok? kih kih kih.

Cuti ni buat ape ye? macam takde bende yang berfaedah sangat je :P melaikan membantu mengurangkan beban ibu bapa untuk membeli barang di kedai (sikit je la ni). Akan saye fikirkan faedah2 ketika cuti kali ini. otak belum berfungsi dengan baik apabile terkena hujan yang dasyat tadi. Air hujan yang dasyat merempuh atap kereta saya. dan dalam kereta sangat basah u know! matilah kalo encik hussin tahu. adoih!

Rasa tak sabar nak balik maktab sebab:

+ nak gelak kuat-kuat ngan yana. banyank hot story u know!. gossipers ok! inilah kerja kami jika berjumpa. tak boleh selalu call, Perlis dan Terengganu ibarat bumi dan pluto. takkan diulangi kesilapan menyebabkan bil telefon beratus2 ringgit. kah kah kah. biarkan masa membawanya pergi :)

+ nak mula menabung. (eceh!) ini hanyelah angan2. jangan percaye sangat pada cik zatie hal-hal menabung ni ok?

+ nak jumpe kawan-kawan yang comot:) mesti semuanya dah makin bambam. dah lama tidak mengeluarkan suara dengan kadar frekuensi yang tinggi untuk gelak bersama kawan2.

+ nak membuat fesyen show!! kih kih. model2 seperti kami ni akan sentiasa membuat fesyen show apabila ada kasut baru, atau handbag baru atau, baju baru atau selipar toilet baru :P kih kih kih.

+ ukur berat badan. ini part yang best. kem dan ayu pasti terkejut melihat cik zatie yang semakin slim dan kerengga ni :) (gigit jari lah korang nanti!) kawan-kawan, silelah cakap yang saya ni kurus nanti ok! kalau tak saya akan menangis dengan kadar frekuensi dan halaju yang kurang nyata.

+ menjadi tarikan ramai. siti pasti berlari-lari remaja untuk memeluk saya. saya tahu siti sayang dan sangat merindui saya. kih kih. saya kan disayangi ramai (buat2 pon takpe lah!) siti akan melalukan adegan comel itu di mane2 sahaja die suke. kah kah. siti sangat sentimental dan comel:)

minggu pertama saya plan untuk:

+ membaiki cincin. harus ke KLCC untuk membaiki cincin kami. adoi, tengok! awal2 duit dah habis u know!

+ pergi mensurvey printer. printer lama harus diganti. kalau lah bapak saya bukak satu kilang printer, tak payah lah saye susah2 mahu survey. harus mentukar printer kerana printer lama saya sudah mengah untuk memprint lagi. duit saya juga bagaikan air terjun apabila tiba musim assignment.

+ membeli keperluan harian. sangat malas untuk pergi membeli barang. siapakah mahu menjadi saya punye pembantu peribadi untuk membantu saya mengshopping benda2 yang sepatutnya dan menghindarkan benda2 yang tidak sepatutnye?sila angkat ibu jari tangan kiri anda! harus berjimat cermat ok! sehingga mendapat duit gaji.

+ berfikir dengan cerdas. mahu membeli sesuatu untuk birthday encik comcom. wah! sangat excited untuk membeli hadiah beliau! :) tapi, tak boleh lah yang berat! kos mahu pos mesti sangat mahal! huh!

banyak lagi idea2 yang difikirkan untuk dibuat. tapi, nanti lah dulu. saya mahu menikmati cuti yang indah ini. kepada sayangness saya Nanaa dan Wani, sile luangkan masa untuk aku ok! selepas ini lah maksudnye:)

ok! mahu mentonton spa q. sangat suke tengok tv waktu maghrib. astghfirullahalazim!! alah, kejap je lagi mase ni:) kuar dlu. sudah lambat! challo!

Sunday, December 28, 2008

Cuti-cuti cari pasal

0
T_____________________T
*menangis selautan*


en. comcom saye kate maw selalu memview blog ni setiap hari sewaktu die bercuti.


tapi.....



awak tak view pon!!!!!!

hello2, saye ade map la nak tengok orang view saye!!

instinct lebih kuat ok?!!

seronok sangat la tu bercuti sampai tak ingat kat kite di sini.

nak majuk lah tak nak update blog ni beberape hari :(

nak ambik cuti tahunan lah kalau macam ni

kakitangan kerajaan kan ade cuti tahunan 30 hari lagi tahun 2008 ni.

saye mogok! (eleh! ye la sangat tu)

saye tanak update blog lagi! (yo yo 'o je)

saye mahu membuat perkara berfaedah sempena tahun baru Hijrah ni.

bye bye blog. adios. challo!


p/s: Tag2 idiey dan enchek reenkyra akan saye selesaikan jugak nanti. dont worry morry ye sahabat! :)


 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥