Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Thursday, July 23, 2009

wajarkah?

3
mengapa kita selalu tidak pernah berpuas hati dengan apa yang telah kita perolehi? mengapa perlu kita mencari sesuatu yang tak pasti?



Ramai yang memuji bahkan memuja kecantikannya. Memuji kesantunan serta kesopanannya. Namun, bertudung bukan dirinya. Tudung hanya digayakan untuk membawa sesuatu watak. Boleh pulak buat statement seperti, "Saya sama seperti gadis remaja lain yang tidak bertudung dan gemar bersosial." objektifnya juga berbeza berbanding kami (golongan bertudung), objektif yang mungkin tidak sesuai untuk dikongsi bersama peminat-peminatnya. Tak faham betul dengan dunia sekarang. Yang menggayakan tudung hanya untuk sesuatu yang tidak pasti. Lepas tu, ramai pulak yang diluar sana memuja-muja. Sanggup download gambar, tahu secara detail tentang dirinya. Entah lah. Mungkin golongan bertudung seperti kami ni sudah terpencil dan golongan yang ditanda sebagai "dah-tak-payah-pandang-lah!" tak up-to-date lah katakan~ pakai tudung bukan hanya untuk nampak cantik, baik dan sebagainya. biarlah aku comot bertudung seperti yang aku suka, tapi aku tidak merendahkan nilai sehelai tudung. fikirlah sendiri.


aku bukan sebaik malaikat, ini cuma pandangan seorang penulis blog yang agak sinis. aku tak mengatakan aku seorang yang cukup 'perfect' untuk dijadikan sebagai contoh, tidak sama sekali. aku cuma beranggapan bahawa sehelai kain dipanggil tudung tidak harus dipermainkan bahkan untuk menjayakan sesuatu keadaan. sungguh tidak sesuai. aku bukan prejudis. biarlah hanya aku yang mengenali diriku sendiri.


okey, aku tidak mentuju kepada sesiapa, tapi jadikanlah ini sebagai iktibar dan peringatan untuk diri kita. mengapa perlu berpura-pura hanya untuk berjaya? mereka diluar sana mungkin ramai yang tak bersetuju, tapi ini hanya pendapat aku yang mungkin tak dapat diterima ramai, terutamanya golongan lelaki. kalau tak suka, dengan senang hatinya, bolehlah tekan ikon 'x' di atas. sekali ditegaskan, ini hanya pandangan aku! jangan nak memandai putar belit cerita. kau tak suka, kau punya pasal-LAH.


aku mahu rehat dari membuat sebarang entry selama beberapa hari (atau lebih, mungkin). ingin tenangkan fikiran dan perasaan, aku tahu aku boleh lakukannya. cuma, aku perlu berusaha. berusaha untuk mencari sisa kekuatan diri yang masih tinggal, aku pasti masih ada :)) doakan okey kawan-kawan. anyhow, take care ppl. me going to miss this blog and everybody. :)) (eceh! macam nak cuti lame jew). have fun ppl!



saje gedik nak sidai gamba sendiri kat sini. kau diam! ngee~



p/s: duk diam-diam. nanti ade orang marah pulak kutuk wanita idaman die. ngeee~

Friday, May 15, 2009

mendrift ke Tesco.

2
hari yang mempenat tapi menggembira. masalah semua dilupakan macam itu sahaje. oh. kawan-kawan memang menseronokkan. semacam makan ais-krim RM2 yang masih tidak dapat dikenal pasti jenama ape. best wa cakap lu. cair didalam mulut dan juga di celah-celah jari. cicak-cicak yang tecabut ekor tersepit pintu bilik pon pasti meleleh air liur melihat wajah yang tidak gembira kerana masalah-masalah yang mensesak bertukar menjadi seceria barney yang bertemu rakan-rakan. seronok menyanyi.


i love u shaun smith, u love me. we are happy family. with a big hug and a kiss from me to you, shaun smith. wont you say you love me too, shaun smith?

kih kih kih. kawan-kawan sangat manis. anda mendiabetiskan saya. anda membuat muka saya lebih cantik berbanding katak penyek itu. *dont you dare kutuk-kutuk my katak!*. sekarang, anda-anda adalah kepentingan saya. anda membuat saya ketagih untuk mendrift lagi ke Tesco. kepada pengguna jalan raya, berhati-hati dengan pemandu gila seperti saya. oh. ade kesilapan. kepada pengguna jalan raya yang kacak sahaja , berhati-hati jika berjumpa pemandu gila seperti saya. anda pasti memandang 2 kali :))

anda tahu, jika anda keseorangan seperti saya sekarang, tidak ada sesiapa lagi yang mampu membantu kecuali raka-rakan anda sendiri. mungkin anda rasa kadang-kadang mereka agak annoying, tapi mereka juga boleh jadi sangat manis seperti gula dan boleh mendiabetiskan anda. walaupon mereka dah cukup manis, saya tetap mancari big apple untuk memuaskan nafsu perut yang tak habes-habes neh. mempenatkan betol layan perot. huish! saye sedikit seronok hari ini tanpa perlu memfikir tentang orang yang melupakan saya. saya juga tidak mahu mengingat kerana saya rasa macam bodoh saje :)) life must go on bukan? adeq-adeq saye juge berkate begitu. "buat pe sedeyh q't. kami ade". wahh~ adeq-adeq juga sangat manis. sorry, i'm being so selfish. thanks zrif :))

teruskan hidup dengan memfikir orang yang berfikir tentang kita sahaja. jangan berharap. stop being so protective, caring and loving or else anda juga akan terasa sakit hati sendiri tanpa mereka tahu. ammar si budaknakkal juga mahu membeli sebuah rumah besar untuk saya jika saya tua keseorangan nanti. tidaklah perlu terlalu risau bukan :)) saya ingin berjiran dengan beliau serta keluarga. kih kih kih.

mentulis entry dengan panjang tidak berguna jika tanpa mood yang baik di hari yang kurang baik tapi seronok ini. Terima kasih kawanku yang sangat gula-gula. sayang kamu.


Barney is a dinosaur from our imagination
When he’s tall he’s what we call
A dinosaur sensation
Barney teaches lots of things
Like how to play pretend
A-B-C’s and 1-2-3’s
And how to be a friend
Barney comes to play with us
Whenever we may need him
Barney can be your friend too
If you just make believe him


Friday, December 26, 2008

Pandangan anda?

0
kihkih.. hanye mahu mengshare sedikit pendapat..
saye terjumpe video ni semase membelek2 youtube (atas nasihat my meymey supaye tak bosan semase ketiadaan beliau) tadi. silelah mengahayatinye :)





video ini adelah sebuah iklan komersial di Indonesia(mungkin). Iklan Pond's flawless white.

adegan-adegan memegang anjing oleh Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari itu tidaklah sepatutnya berlaku, memandangkan mereka berdua adalah Muslim. ye la, nanti boleh menimbulkan fitnah kan. kihkihkih. saye ni hanye tak seberape pengatahuan. tapi, iklan ini boleh menimbulkan kontrovesi. Astaghfurullahalazim. mungkin yang di pegang tu, patung sahaje, siapa tahukan? :) tidak lah baik kite memfitnah. mengikut sesetengah pendapat para ulama, anjing boleh dipegang oleh seseorang Muslim jika kedua2 anjing dan orang tersebut kering dan tiada sebarang najis. tapi, bukan ke lagi bagos kalau elakkan je kan?? kihkih.

Dulu pernah keluar kes tentang seorang pelajar yang mengambil kursus vaterinar bergambar memegang seekor anak babi. itu adalah mungkin kerana dia sedang menjalankan tugasan sebagai seorang pelajar. Namun, tak elok lah kan berposing bersame binatang2 yang diharamkan Islam? kihkih. jangan la ambik hati dengan post ni. sekadar meluahkan pendapat sikit. Ilmiah la sikit kan skali skale. kihkihkih.

saya juga mempunyai seorang rakan yang lebih kurang ade seorang aweks dari negara luar. agak terkejut melihat gambar beliau memegang seekor anjang kecik bersame2 aweknye itu ketika melawat rumah aweknye itu dinegara tersebut (dirahsiakan, harap sorry). tak mengapalah, saya takde hak nak masuk campur, cume menegur sesama Muslim :) jadi, pendapat anda bagaimana?

p/s: kihkihkih. wahwahwah. zatie membuat entry ilmiah. kah kah kah (gelak sampai tetonggeng-tonggeng). anda-anda terpakselah berhadapan dengan situasi ini kerane saye tiade daya untuk menggumbirakan hati ketika my meymey sedang melancong bersame2 kawan beliau. sedeyh2 :( (kecewa ashraf tak pandang saye pon! :( apekah kurangnye saye? kah kah kah.) jangan pegang animated GIF dibawah. binatang haram kan tu. kih kih :P

 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥