Sunday, April 6, 2014

...after so many years of the laugh and tears.

0
Alhamdulillah..




Assalamualaikum w.b.t.

Dah setahun lebih blog ni bersawang. Macam-macam perkara dah berlaku dalam hidup ni. Tenggiling pon dah pandai berjalan, dulu tahu bergolek je. Kura-kura pon dah menang lumba lari 735kali. Now, here I am, again. Blogging. 

Alhamudlillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Lebih 2 tahun bertunang, akhirnya aku dan pasangan telah selamat diijab qabulkan pada 24 Mac 2014. Countless rants, tears, merajuk series and all, I am now his wife. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah menetapkan hati ini untuk bersabar. Terima kasih kepada Abah & Mak yg sentiasa sabar dan faham karenah anak bongsu nan seorang.Terima kasih kepada adik beradik yang banyak menolong dan mendengar. Terima kasih kepada kawan-kawan baik yang sentiasa ada pinjamkan bahu dan katil untuk aku menadah air mata.

Lebih 7 tahun kami menyulam dan merungkai lepastu menyulam balik kasih sayang..

Lebih 6 tahun bejauhan beribu kilometer.

..dan sekarang lepas kahwin pon masih berjauhan beribu kilometer.





Semoga Allah membantu kami sepanjang kami melayari bahtera rumah tangga ini.

Semoga Allah memberkati perkahwinan ini.

..dan semoga Allah sentiasa bersama-sama kami untuk mengharungi cabaran berumah tangga.




Aku mengharapkan sebuah perkahwinan yang normal. Dapat tinggal bersama-sama keluarga tercinta. Mungkin, belom masanya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kami.






Masa memang mencemburui aku. Apatah lagi waktu tidur aku. Harap kerajinan untuk update perkara-perkara baru akan menjadi kenyataan lepas ni. Kalo TERmalas, maafkan daku. Mungkin sekali sekala akan TERgolek jugak aku disini melayan nafsu. Now, it's your turn tenggiling. Kembalilah bergolek disini. :)



p/s: Picture credit OP :)
 

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥