Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Monday, September 6, 2010

Tak jumpa pon kek kau!

0
Okay okay. saya tahu dah mungkir janji ni nak buat 3 entry dalam masa sehari. Mari kite mulakan sementara mood tengah ada diantara celah-celah jari ni.




Tujuan utama masuk ke dalam talian nak cari resepi buat kek lah konon-kononnya. Singgah kejap lah dekat muka-buku jenguk-jenguk penduduk kampung kalau-kalau perlukan sumbangan untuk raya :-P Alhamdulillah, penduduk kampung semua sehat-sehat belaka.




Dah lama duk melawat sekitar kampung, naik meluat pon ada. Facebook ni macam dah jadi tempat nak show off pulak. ---- Eh eh, sesuai tak kami bersama, macam suami isteri tak? Handsome tak boyfriend aku? Boyfriend aku kaya wehhhh!! Oi, satu dunia ketahuilah bahawa aku beli barang dari luar negara, buah hati pengarang jantung pisang aku yang belikan woooooooooo :-P ---- okay okay, bertendang bersabar. Tu hal pasangan yang indah bercinta berdrama dan bercanda. Kalau hal yang rasa muka cantik handsome bergaya tu, lain pulak ceritanya. Kalau boleh nak tempek sekilo bedak kat muka. Fine fine. Awak kan cantik, takda masalah. Tempek la bagi puas hati, awak tak pakai duit saya pon Alhamdulillah :')




Tu golongan yang ada facebook. Apa yang terjadi kepada golongan yang takda facebook? Yang takda facebook duk sebok mencari keburukan facebook semata-mata kerana dia tak boleh nak ada facebook. Kalau dah buat akaun facebook, adalah yang berendam air mata darah. Hari-hari duk bukak puasa dengan kuah air mata. Almaklumlah, jejaka idaman buat status 'In a Realationship with KelabuAsap" (KelabuAsap adalah rekaan semata-mata, harap takda kaitan dengan sesiapa. Kalau ada, mintak sorry ye). Dah takda point sangat sampai sanggup menyokong apa sahaja orang kata tentang keburukan facebook. Yang awak duk sign-in dengan social networking lain tu apesal? Social networking lain tu tak menelanjangkan kisah peribadi awak ke? Bweheheheh.. Fikir-fikirkan, dan selamat beramal :)




Ehh.. bulan puasa tak baik marah-marah, kutuk-kutuk. Okay okay, sebenarnye macam ni, facebook takda lah baik sangat, takdalah buruk sangat. Yang baik kita jadikan amalan, yang buruk kita jadikan teladan. Yang tak bestnya, sekejap kita nampak gambar bertudung, kejap gambar lain tudung dah terbang hilang ke mana. Ape identiti yang kita nak tunjuk sebenarnye? Ataupon asal rasa gambar dan perasan diri sendiri dalam gambar tu cantik, terus letak jadi profile picture. T_________T (dah dah, saya pon bukannye baik sangat **sedar diri ni**)




Sekarang dah macam jadi trend buat e-card letak gambar sendiri, edit sikit-sikit letak '"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin". Menarik :) Lepas dah edit, tag lah kawan-kawan semua selagi boleh tag. Tapi jadi tak menarik apabila ramai comment pada gambar tu. Nasib baiklah facebook dah makin efektif lately. Takda lah keluar notification banyak-banyak walaupon orang comment pada satu gambar. Kalau dulu, struggle habis-habisan cuba bukak semua notification tapi kecewa pon habis-habisan sebab notification banyak-banyak hanya untuk satu gambar. Saranan saya, gambar yang jadi pilihan tu mestilah bersesuaian untuk rakan-rakan dalam jaringan facebook nak tatap. Kalau gambar berciri vain dan terasa diri sendiri cantik, agaknya sesuai ke?? :')




Dah petang ha kau! Banyak sangat membebel :P Kek ntah ke mana, jari yang lenguh tekan keboard. Selamat berbuka, muslimin dan muslimat. Kurang 5 hari lagi untuk kita menyambut bulan baru :)

kalau e-card guna gambar ni agak-agak boleh ke tak? Muskilllllll~


p/s: Harap Maaf jika wa dah mengguris mana-mana hati dan perasaan. Hanya sekadar peringatan untuk rakan-rakan dan dari wa sendiri :)

**nak hujannnnnnnnnnnnn!! wa nak pegi beli barang buat kek neh. wuuuuaaaaaaaaaaaaaa T________T

Wednesday, June 16, 2010

Macam jahat kan? :D

7
Gambar takda kaitan suka suka semata




Sebenarnye, saya langsung tak tipu yang saya agak tak suka sign in je facebook nampak ayat geli geli macam tak cukup kasih sayang ape ntah lagi. blerghh! blerghh! Dah lama simpan je dalam hati harap-harap nanti ade orang rasa benda yang sama ooh. Sign in facebook adelah perkara yang ke 4 saya buat selepas dah bosan kutip sampah sarap kat tempat-tempat lain dalam internet. Perkara 1 sampai 3 tak payah lah nak sebok bagi tahu satu dunia, kita tengok pada point penting hari ni : Mind your words on Facebook.



Perkara 1.


Saya harap bolehlah seluruh rakyat jelata jaga tutur kata dan fikir 34672397 kali sebelum post apa-apa. Ohh. tak bermakna yang saya sangat bijak pandai sampaikan hanya post soalan-soalan percubaan SPM ke apa cuma harap-harap anda semua tahulah privacy cintan cintun conteng anda rakyat jelata semua. Ohh.. saya fahamlah orang bercinta selalu ber'by',bie, boo, ling, lap lop ke ape ntah, tapi bolehlah kalaunya bersaya awak atau ber i u sahaje kalau nak conteng kat wall ke apa. Bukan sebab polis nak saman, tapi boleh menyebabkan orang lain yang baca muntah hijau kuning merah jambu semua ada. Mind you! bukan anda sahaja yang bercinta. Sila beri kerjasama, sekian terima kasih. Bye.



Perkara 2


Ehh. tak habis lagi. Boleh tak kurangkan dengan application ntah ape-ape Siapa yang sangat mencintaimu? Siapa yang suka skodeng kamu? Siapa yang nak rasa makan sepak aku? @#$%^! Suka-suka hati kau je nak cakap Si polan bin Si polan tengah skodeng aku lepas tu siap bagi ranking sapa nombo satu sapa nambo 253. Application jenis apekah tu? Be careful. Jangan lah taksub sangat dengan application tak berakal tu, karang saya dengan tak guna akal remove awak dari friend list. Watch out! Memang pondan T___T Bukan awak lah pondan, application tu lah yang pondan. Tapi, kalau awak yang main application tu, errr... macam mana?




Perkara 3


Use appropriate words. Ada users yang tak puas lagi kot jadi pelat? ada? ada? Shayew buwkan apeww bleyhh tak kurunkk tuless btowl btowl? Shayew yang shomell nie tak taww bacew tuew lew. Sayew bukan sumbunk, p i lap u no lah. Sikit-sikit takpalah, dimaafkan sebab saya buat jugak bwehehehe WTFish, tapi janganlah sampai orang tak paham satu pon yang awak nak sampaikan. Harap maaf :P




Perkara 4

Stop sending stupid private messages to others inbox. If she/he didn't reply please consider that they are not kinda want you in her/his inbox. So, please lah paham :)




Perkara 5


Saya rasa, bagi membunuh dengan kejam kebosanan yang melanda tak perlulah awak tukar status di facebook sebanyak 10 kali dalam masa 8 minit 15 saat. Memanglah dalam box tu selalu tak kering bertanyakan 'What's in your mind?' tapi perlukah awak cakap yang awak sebenarnya tengah fikirkan awak nak buat apa sambil poopoo nanti? Macam tak payah lah kan lagipon orang tak nak tahu pon awak suka buat kerja-kerja amal kebajikan waktu poopoo. heee.. lagi satu, relationship status tu tak payah la awak nak ubah setiap 3 minit 2 saat. Asal gaduh baling periuk pecah pinggan pang pang ape semua mesti nak tuka relationship status sampai orang yang awalnya excited nak bagi nasihat dah 13 kali tengok awak tukar relationship status dalam sehari menyumpah dalam hati harap awak memang takda relationship dah dengan buah hati pengarang jantung i lap u lap me semua ha kan dah takda noktah sebab geram sangat.








ok lah. budak-budak kecik ni nak skype pulak. ikutkan hati jiwa raga $%^&!@ nak je buat entry 10 page tanpa henti boleh buat buku terus. 




ohh. ini tak bermakna saya tak pernah buat. Tapi, we've to learn from our mistake. Kadang-kadang tak semua orang rasa yang sama dengan apa yang kita rasa. Mungkin lah kita rasa tiba-tiba nak jadi attention seekers, fikirkan lah orang yang menyampah dan muntah hijau dengan apa yang kita buat. Ohh. muntah saya dah tak hijau sekarang, dah warna pelangi @#$! WTFish.


p/s: Harap maaf bagi yang terasa. Tak specific pon kat sesiapa. Mari kita berhibur :)

p/s/s: noBIE jangan perasan. saya tak jeles pon kawan awak panggil awak BIE. saya tahu awak berusaha jadi shemale.. bwehehe ops! sorry :D


 
SUARA GURU MALAYSIA

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥