Sunday, November 29, 2009

Today's quote

0
There is no person in the world who is made to handle every punch that’s thrown at them. We aren’t made that way. In fact, we’re made to get mad, upset, sad, be hurt, stumble and fall. We aren’t supposed to be able to handle everything. But that’s what makes us stronger in the end, by learning from the things that hurt us most. - Unknown
 
credit: Mr. Google.


p/s: Kotak Merah Jambu tutup buat sementara. Tengah buat renovation sikit. Harap bersabar okek! :)

Friday, November 27, 2009

hati dan hati-hati

4
eh, apesal lah cerita-cerita di TV hari raya macam ni selalu yang sedih dan TERsedih. I tak suka okey. hati yang walang harus diubati. Nak buat ape sepanjang mengubat hati walang ni yeh? errr.. hati-hati di jalan  raya bagi yang memandu! Mereka menantikan kepulangan anda! - *tibe-tibe iklan kejap.




"promises are like snowballs, easy to make but its hard to keep"

Thursday, November 26, 2009

Salam AidilAdha

0
hah. esok raya esok raya. Selamat Hari Raya Korban bagi semua ummat Islam :)

baiklah, mengkenangkan aku yang malas ni takkan jadi rajin kalau tak paksa diri, tibe-tibe aku pon berfikir-fikirlah nak update. terima kasihlah kat semua yang rajin bukak blog ni walaupon sebenarnye mungkin terpaksa. nevermind, i suke jugak orang kadang-kadang dataang melawat. heeeeeeee...

tadi macam idea mencurah-curah ke ladang gandum bagai~
sekarang otak dah kosong. tak taw ape ilmu berfaedah yang dapat disampaikan. heh! eh, New Moon baru keluar kat Malaysia hari ni. Terkinja-kinjalah semua gadis-gadis nak pegi panggung sebab vampire terhangat sudah kembali. sebelum ni, aku bagai nak histeria dah tengok orang-orang lain yang terbuang dari Malaysia update status pasal New Moon sejak sekian lame ni. Pehhh! Tak pe lah, aku cool je. (=.=") walaupon begitu, kalau nak tengok New Moon dalam masa terdekat ni, harapan ajelah! Tunggu lah keluar dekat torrent nanti, giatlah usaha nak download. Idiey mungkin jugak pantas download New Moon, oleh itu, kerja rumit menjadi lagi mudah bagaikan mengupas kulit kuaci. *tak pernah lulus kupas kulit kuaci sebenarnye T_____________T*


sekarang sedang cube habiskan waktu dengan sebaiknya tanpa menyesal setengah jam pon. Sebelom ni punyelah banyak cerita nak tengok kat TV, dah siap buat list dah. Hari ni sepatutnye tengok Jangan Tegur...lagi. Tapi nasib taknak menyebelahi pulak. Mak aku dengan sedia maklumnye memang tak suka tengok cerita hantu. No no no.. Neeehhii!! Anak soleh ni dengan baik hatilah bukak laptop terus ngadap blog biarpun dah 13jam sehari tengok blog ni sampai naik mual. Lagipon esokkan nak Raya, takdalah malam ni saje nak buat dosa tak berbayar, kang makin banyak pulak nak kena mintak maaf. Eh, jangan lupa pulak! Esok Nur Kasih episod akhir! Sebenarnye aku takda lah salah seorang kipas susah mati Nur Kasih, saja nak kasi gempak sikit. Tengok Nur Kasih pon setakat 10 minit sekali (tu pon kalau ade mood lah nak tengok), harapan nak jadi kipas susah mati drama ni lagilah TIDAK! ohh. ade specific reason kenape aku tak suka, tapi takda lah nak heboh-heboh kat blog. heeeeeee... :)

eh eh. sebenarnye esok aku tak rasa Raya macam meriah. Abang-abang tak balik, kakak pon tak balik raya. aku, abang aku dengan mak ayah ajelah yang telentang depan TV nanti.

Eh, rehat kejap, Nanaa call.

Fuh, sejam lebih bergossip. Kalau credit tak habis, mungkin sambung lagi. HAHA Penat mulut aku ni hah. Kang nak pegi buat Milo tabur. Seronok pulak malam ni betukar cerita sebab dah lama gila (?) tak jumpa. Habislah keluar gelak yang agak kurang sopan. Yelah, double-date hari tu tak jadi. Next time plan nak jumpe, tapi die sorang ajelah yang date T________________T I miss u yangyang, i tunggu u balik ye. Blaja baik-baik kat Jepun ye. Balik nanti bawak hadiah banyak sikit. *tibe-tibe touching ingat teman istimewa jauh dimata dekat di hati*. Wah! Tak sabar nye nak dating bersama-sama sayangness yang sama-sama mengalami alam remaja yang penoh gembira dulu. :') Tapi kenelah plan satu semester sebelum tarikh jumpa, maklumlah sayangness semua busy mengalahkan Presiden US.

okey okey. sekarang waktu untuk beristirahat dan waktu keluarga. blog takda dalam senarai keluarga sebab blog boleh jumpa jugak kalau tak balik kampung. keh keh keh. Merajuklah blog hari ni. Takpa, aku dah feed dengan kasih sayang yang secukupnya. okey lah tu :) Tret & Mira, i'm home babehhh~! nanti kite jalan-jalan cari suami okek! eh, jalan-jalan cari pasal sekali. Heh! owh. Idiey, we all tunggu u okek, dont worry. keh keh. Selamat Hari Raya Aidiladha. Raya di Malang pon okey lah kan? Kami kat Alor Lintang sambut raya dengan sederhana. Keh keh keh.


Salam AidilAdha semua! :) Sayang kamu-kamu-kamu dan kamu.



dari kiri: Nanaa, Zana, Nedy, ZH & Ain (again, dayah not in the pic. takpa, we all rindu u selalu)




kedua-dua gamba di atas dah berusia lebih kurang 3 tahun. oleh itu, muka semua baik-baik dan muda remaja. tapi, sekarang seiring dengan peningkatan usia, dah berubah lah sikit demi sikitt setiap orang. tapi, jiwa kami tetap muda remaja. eheh!




Wednesday, November 25, 2009

mood sekarang: MALAS

3
serius, nak online malas apetah lagi nak blogging, facebooking dan bertweet. M.A.L.A.S! Sebelum cuti punyelah berazam nak update blog dengan kadar setiap 5 minit, nak update status dekat facebook setiap 3 saat dan bertweet lebih pantas dari cahaya. Sekarang semuanya masih kekal sebagai harapan yang menggunung. Peehh.!! Malas betollah. Nak bukak mata pon malas. Lagipon nak blogging macam takda cerita.

sebelum tu, sedar tak sedar usia blog ni dah setahun lebih sikit dah. Aku agak bertapis nak feed blog ni memandangkan pengalaman yang lalu telah mengajar. ecececeh! Yelah, tak sanggup nak tutup blog ntah kali ke berapa atas alasan untuk menjaga hati sesetengah pihak. Tulisan aku takda la pedas sangat, apesal lah korang nak sentap lebih?

malas nak update panjang, tengok la nanti bile ade mood nak update lagi. Nak susun-susun barang yang bertimbun, dengan nota-nota kuliah yang entah dari kurun ke berapa. Kalau ada katak berumah tangga pon dah tentu penyek bawah timbunan-timbunan semua tu. Keluarga cicak pon dah penat nak regenerate ekor memandangkan asik tecabut lepas kene tindih dengan kertas-kertas tu. Sekarang, sedarlah bahawa banyak yang aku dah belajar dan banyak jugak spesis-spesis binatang yang berkeluarga kat dalam bilik tu. heh.

selamat bercuti semua yang cuti!

Sunday, November 22, 2009

satu lagi post yang takda makna

0
sebenarnya, kepala aku dah berputar alam sebab mata tak dapat tanggung silau. heepp..!! kene tido nih kejap lagi. satu hari buat kerja takda faedah. separuh daripada kerja tak berfaedah itu adelah dengan menghadap laptop tanpa sebab kukuh. bile internet mula buat hal, aku pon mula la men@%$!?!! keh keh keh. ye lah, bile ngah sedap layan MENGgoogle, bertweet tak hengat dunia, internet buat hal. celcom broadband memang selalu menghampakan bila tahap adrenaline aku memuncak, kalo waktu biase, nak pulak die lajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. tak sabar nak balik Alor Lintang terchenta untuk bertemu keluarga-keluarga dan kucing-kucing yang dah sampai keturunan ke 4. juga rindukan kelajuan streamyx. heh! mengapa perlu POTONG? kah kah kah. streamyx kene bayar aku neh. hahaha...

sebelum meninggalkan semua, marilah kita menghayati bait-bait perkataan ini. aku nak post kat facebook, tp as i said facebook sekarang tak boleh dah nak buat ayat jiwang-jiwang tahap nak muntah. kang, katak-katak suara emas berlian tu sebok berbunyi. heh.


Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

You are not alone
I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
You are not alone


Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin

- Micheal Jackson, You Are Not Alone

p/s: pssssstttttt.. ade orang MENGgoogle redza minhatkuuuuuuuuuu!! tak caye tengok traffic aku. cet!

i loveeeee to be home.

2
selamat hari ahad. walaupon hanya masih di Sg Buloh, okey lah tu. rumah jugak namenye. I'm hommmeee baby!

owh, sebelum meneruskan sessi buat entry rojak tak sedap, di sini diumumkan bahawasanya aku dah officially cuti cuti cuti. *wooooott!*

okey, sambung.

sepanjang hari ni aku selongkar semua buku untuk membolehkan aku menulis entry secara ilmiah sepanjang sepercutian aku seperti yang telah diwar-warkan sebelum ni. Malangnya, semua pencarian akan diakhiri dengan penemuan-penemuan khazanah lama yang aku akan kagum selama 2 jam sebelum mencari penemuan lain. Aku juga dah menghabiskan 4jam dari 24jam yang diberikan untuk membaca sebuah novel yang aku rasa tak logik %@$#?!. tak logik langsung okek. LAGSUNG TIDAK LOGIK. *sudah untuk pengulangan frasa ayat*. esok, aku mungkin akan meneruskan lagi sessi pencarian bahan-bahan ilmiah tersebut.


sejak kebelakangan ni, aku sudah agak slow dengan facebook memandangkan aku sudah rasa tak comfortable lagi untuk bersuara disana. menyampah pulak bile dah orang ramai pakai facebook ni. Lebih dari setahun yang lalu, memang tak kesah nak buat ape kat facebook pon, takda orang sangat lagi aktif berfacebook. nak jiwang-jiwang tahap muntah-muntah pon tak malu. sekarang semuanya berubah. appication yang terlalu banyak dan request yang ntah ape-ape memang mensesakkan fikiran aku yang memang selalu dilanda traffic jam ni. tsk tsk tsk.T___________________________T oleh itu, gossipers, jom kita meriahkan twitter yang telah lama ditinggalkan jadi hutan untuk tempat gajah bertelur. keh keh keh keh *ingat lawak ke? aku tengah serius nih*. sebelum ni, untuk kekal bertweet selama sehari semalam adalah suatu yang mustahil kerana sangat membosankan untuk tunggu orang tweet aku. sekarang tidak lagi! kerana, facebook tidak lagi dalam list utama *walaupon aku on jugak fb 24/7* hehehehe.... *stalker diharap tak ikut aku sampai twitter, bagilah kebebasan sikit weh!*

seterusnya. berkenaan pengunjung setia ke blog aku neh. Terima Kasih Terima Kasih. Kalau kau tak terima kasih aku, aku  tanak kasi dah lepas ni. pengunjung setia yang satu ni memang dah lama tak visit sini. kecewalah i, u dah lupa blog i. Karang, kalau i menangis, habis satu Selangor dan wilayah-wilayah sekitar banjir tahu. Takpelah u dag selamat kat Kampung Akita. diulang KAMPUNG Akita. keh keh keh. rumah kat Ampang tenggelam, sape nak tolong? heh.

okeyy okeyy. sebenarnya tujuan asal untuk buat entry bukanlah sepatutnya seperti di atas. KAH KAH KAH. bile ntah nak berubah, nak buat entry pasal lain, terkeluar benda lain. kire lain kali lah ye kite buat entry yang lebih menarik. nak buat entry ilmiah, harapan tinggal impianlah buat masa sekarang. at least kene betolkan dulu bahasa jiwa bangsa. hah, macam blog Kak As (kakak ipar) dan abangkuuuuuuuu ni. Takdalah buat entry tangkap muat je. oleh itu, tanpa membuang masa, silelah kite beransur tinggalkan blog ni, sebab takda berita menarik nak disampaikan. Harap maaaf. heh. esok-esok aku cube cari idea ilmiah bagikan seorang professor tulis blog. hehehe...


p/s: aku dah follow shahredza minhat di twitter! weeeehuuuu~! tapi, betol ke tu redza minhat yang kite cari? owh! masih tertanya-tanya. redza minhat, if u read this, hantarlah comment cinta kat i, i tunggguuuuuu~ *gedik gila. eeuuww*

Thursday, November 19, 2009

pilihan hari ini

0

 oohhhhhh, cooomelll! %$!@#X?P

ooooohh my guccciii!!

shahredza minhat, i'm soooooooooooo in love with u. malam ni, i tido mimpi u lah okek. HAHA. nite nite ppl! :)




sumber gambar-gambar: Mr. Google yang berjasa :)

Tuesday, November 17, 2009

paper last lah esooookkk

0
tak seronoklah, bile dah sampai masa nak kene bukak buku, mulut pon bukak sekali, menguap berkali-kali. heh. Ingat senang ke nak study untuk exam, susah oiiiii. Halangan-halangan yang biasa datang seperti;

  • waktu aku blogging sekarang ni. facebooklah, twitter lah. nak study tapi laptop tenganga. 
  • rasa lapar tibe-tibe sedangkan tadi dah makan nasi goreng paprik dengan telor dadar yang tak sedap.
  • tibe-tibe rasa macam nak makan coklat, pastu jalan-jalan cari coklat.
  • tibe-tibe takda mood sebab pelanggan utama blog ni dah tak nak layan dah blog ni. Heh. i kecewa uuuu...

Baiklah baiklah. Kalau asyik duk mengadap blog ni, tak sudah study akuuuuu. Jom lah sambung study. nak pegi bawak hati kecewa sebab hilang peminat setia bloggg.. T__________T (esok KL ujan, cayelah!)

Sunday, November 15, 2009

mood swing laju-laju

0
bosan lah study sorang-sorang. T________________________________________________T (habis satu Malaya ujan sebab air mata aku).


boOooOOoooOOOooOoOoooosannnnnnn

Oto

4
tadi mase lepas pegi makan dekat Volodrome Cheras, jalan-jalan kejap. Nak balik study punyelah malas. Dah la semalam asik layan movie sampai tertido. Macam lah exam tu lagi sebulan. Next paper lagi 2 hari oi! Okkey, sebenarnye nak buat entry untuk show-off bodygurd merangkap boyprenn baru. taaadaaaaaa~!





kacak kan? lepas ni takda orang berani lagi dah gedik² ngan aku, aku report kat abang otomen kacak. Aku namakan dia Oto. Masalahnya die dah menyemakkan lagi katil aku yang sedia ada semak. T____________T. Lepas ni dah tak takut lagi nak stay-up sampai lebam, konon nak study lah kan. KAH KAH KAH KAH. geliiiiiiii! Balik cuti karang, aku sumbat je Oto dalam kete kak long, pastu Oto mesti jadi arwah dikerjakan si Iskandar. Baiklah, sementara ada masa nih, boleh suruh Oto kirimkan rindu sampai ke kampung halamannya kat Jepun. Eh, nak ikut Oto balik pon boleh, dapat jumpa buah tembikai manis I dekat Akita. Baiklah, kami nak berangkat ke Akita sekarang. Beransur pulih dulu!

p/s: Oto dah tido pulak. Sambung study ajelah!
p/s/s: Murni pulak beli kapal terbang, katenya senang nak balik Terengganu nanti. HAHA

Friday, November 13, 2009

lama tak update

2
The Chemistry is a bit suck. Soalan macam haram je! isk. Kami same² ade axam hari ni, cuma ditempat yang berbeza. Die cakap die pon tak boleh jawab. Sian kite kan, yang T__________T. a bit disapointed with the question and the answer. Bodoh la! Luckily, your words bagi kekuatan untuk i jawab taw :) HAish! Aku punye next paper is on November 17 untuk paper Science Curriculum & Pedagogy, sementara tunggu next paper ni seronoknye kalo boleh pegi tengok 2012 kan? Nak ikut tak? Papadom pon tak tengok lagi T_____________T. Yang, u study je lah ye, esok ade exam lagi. KIH KIH KIH. Nak tengok banyak cerita, tapi masih tak tercapai pon. T_____T  Sekarang tengah tunggu New Moon release! Woohooo~! Edward Cullen kacak. eh. ops! Btw, tak sabar jugak nak dating dengan sayangnessss semua. Nana, Zana & Dayah plan bukan main  hangat lagi dekat facebook, ntah jadi ke tak. Ain terpaksa dating dari jauh je lah kan? KIH KIH. I miss u guys :')

Eh, I miss u too lah, yang. Miss u banyak². Lagi setahun kite jumpe. :') Lepas habis exam, i harap kite boleh luangkan masa sama² lama sikit, plssssssss :') Blaja rajin² okek. I rindduuuuu...

hah! lagi satu, mungkinlah kalau aku rajin sikit waktu cuti nanti, blog ini akan menjadi sebuah blog berinformasi yang walaupon takdelah 100%, kite buat 0.13% pon cukup lah kan? OK, aku cakap MUNGKIN! Jangan berharap sangat, sebab aku ni takde informasi yang boleh dikongsi secara ilmiah sangat. Gossip mungkin boleh. HAHA. eh, dah nak dekat pukul 12. harussss haruss dan haruss pergi dulu. Nk pergi serang bilik Murni!!


Happy Birthday Murni!! :))




13 November


Thursday, November 5, 2009

quick update

2
ok, this one i will make it short.

  • Masih dalam mood final exam.
  • Keadaan dah baik sikit, jangan risau okey :) tapi masih ade kesan kes jatuh tangga hari tu, sakit² badan dan rasa mual macam nak muntah aje (=.=)  (read: okey, mengaku sebenarnye tak ok sangat lagi). Terima Kasih kepada yang mengambil berat, i love u. :')
  • Kepala selalu pening dan macam ura² nak demam. Heh! 
  • Petang selalu hujan.
  • Perut selalu buat hal.
  • Mood selalu hilang, tak taw nak cari kat mana. main sorok² pulak T________T tsk tsk tsk
  • Rasa sangat nak balik. 
  • Tanak ambik tahu hal yang tak berkenaan.
  • Ada 24 pending friend request dekat facebook. sorry, friend dalam facebook akan ditapis terlebih dahulu. Aku tak sampai hati nak ignore, aku biarkan berhabuk dalam tu. (read: facebook agak personal, tak semua akan di approve terutamanya kaum² Adam. Sorry (=.=). kalau boleh, bagi la brief intro dulu. Biasanya aku akan approve orang yang ramai mutual friend sahaja. Harap maaf)
  • Saya nak awak, tapi saya sangat takut bila awak macam takda mood. T____T

ok, mungkin akan cuti blogging. MUNGKIN okey. kau jangan suruh aku tulis satu² pulak. ok lah. doakan yang terbaik untuk aku okey? :')

selamat malam. mimpi indah semua.


p/s: oi, tolong la jangan bagi spam comment. banyak sangat dah ni. aku dah hilang sabar!

Monday, November 2, 2009

problemo

0
semua orang nak cakap ada masalah. masalah duit lah, masalah belajar lah, masalah makwa pakwa lah. semua orang muke ketat je bila ada masalah. aku pon lebih kurang lah T_______T. tapi sekarang macam dah jd heartless. banyak sangat masalah dan banyak jugak yang tak selesai. aku tak berniat nak buat pengumuman kat satu dunia yang aku ada masalah, tapi aku rasa aku dah sampai kemuncak kesabaran. semua masalah menghimpit otak. nak buat ulang kaji pon otak asik hilang, tak taw nak cari kat mana. ada sesetengah orang yang  ambik jalan pintas dengan buat macam-macam tindakan bodoh, tapi aku masih ada akal untuk berfikir baik dan buruk kesannya. aku flexible, akan cuba sembunyikan masalah sebaik mungkin. tapi, kalau dah sampai tahap ni, aku tak tahu lagi nak bersabar macam mana. berjenis-jenis masalah kat dunia ni yang nak kene handle tapi otak cuma ada satu je.


kepada yang terasa ada masalah, silalah selesaikan secepat mungkin. tambah-tambah lagi kalau buat masalah dengan aku, sila jadi gagah berani macho dan gentlemen serta cun untuk berbincang. aku dah tak larat nak tanggung semua. malas nak tulis panjang-panjang, nanti teremosi lebih pulak. nak pegi layan perasaan sampai tdo T________________________________________________T


p/s: sekarang aku dah terlebih tido sebab asik layan perasaan, salah siapa?
 

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥