Monday, September 28, 2009

cinta antara kita *versi hati panas*

2
Komputer ribaku (eceh! skema) makin hari makin panas. Masalah² lain jugak akan mengganggu gugat kekuatan hati menagggung segala kesusahan. Masalah komputer riba ni juga antara yang menjadi pemangkin kepada penyakit malas mula menyerang tanpa belas kasihan.Antara masalah yang berlaku ialah semua akan restart  dan perlu dibuat dari mula. Pernah aku terpaksa bersengkang mata dan menahan hati dari kemarahan untuk mensiap kerja² yang telah terpadam dek kerana autosave yang tak melaksanakan tugas. Dah banyak aku dengar kekurangan HP V3713AU ni. Tambahan pula bagi pengguna windows XP macam aku yang tidak menggemar menggunakan windows vista. Pernah kawan aku *teet* (nama dirahsiakan) meramalkan yang laptop aku ni bakal masuk ke tong sampah dalam masa 6 bulan lagi seperti yang telah berlaku pada dia. Dan yang sebenarnya aku dah pakai cik HP V3713AU ni sejak 2 tahun yang lalu. Mungkinkah jodoh kami tidak panjang?? atau mungkin cinta kami berkekalan??




p/s: sewaktu MENGgoogle (macam biasa) tentang masalah HP V3713AU kesayanganku, terjumpa blog ini. Ohh. rupa² nya aku berkongsi masalah yang sama dengan encik zahiril adzim ini. yuuhuu~

okey, kembali merenung masa depan cinta antara kami. T_______________________T

me [heart] you

2

+ kami kawan kanak-kanak +

dari kiri: Mira, Zatie, Idiey, T-Ret


"A friend is someone who knows the song in your heart and can sing it back to you when you have forgotten the words."

good night ppl! :))

p/s: Pangkor is waiting for us, baby! HAHAHA

p/s/s: esok mula bersekolah. esok mula bersosial bersama nota-nota yang membuatkan otak berpusing di luar paksinya. esok perlu ke kuliah. esok perlu berhadapan dengan pensyarah yang bersedia untuk memuntahkan tugasan² yang di luar jangkaan.esok mula memerah keringat mengironkan baju kurung sampai lupa diri dah lambat!! Ohh. esok ada segalanya. ESOK sangat bermakna!

Saturday, September 26, 2009

kembali ke sekolah

2
esok akan pulang bersekolah. hati berat, mata berat, bahu berat. Tak sanggup nak melangkah ke dunia yang penuh dengan cerita² derita. Terbeban dengan kerja² dan tanggungjawab memang membuat hati serba salah. tolonglah mendengar hati ini terjerit². cara hidup mana yang aku nak sebenarnye nih?? aku sendiri pon takda jawapan. HAHAHA. okey, sekarang mood mendengar lagu raya *walaupon raya dah seminggu*. esok akan pulang ke sekolah. sekolah! sekolah!

btw, dia sudah pergi. pergi dari sini. pulang ke tempat yang dia sepatutnya berada. saya rindu, mungkin dia juga tahu. kita jumpa lagi tahun depan, saya pasti menunggu :)) Akita, please take care of him, treat him well.

ok, mood hilang. good nite ppl T_____________T

Wednesday, September 23, 2009

blog shop

0
yoshh~!!! finally, i am going to have my own blogshop, baby!! HAHA. ini adalah hasil usaha satu keluarga okey. oleh itu, readers sekalian, silalah memberi sokongan. belom ada apa² lagi dekat blog tu, masih dalam usaha okey. ingat! masih dalam usaha, jangan harap yang lebih² okek buat masa sekarang. HEHEHE. sokongan daripada semua amatlah di harapkan dan di hargai. :)) luangkan masa anda untukberjalan sekejap² di blog shop itu. anda boleh melawatnya disini.


p/s: orang sebok beraya, aku duk sebok siapkan blog. hehehe...

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri

5
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua ummat Islam seluruh dunia

Ampun maaf dipinta jika pernah tersalah kata, terlajak laku atau sebagainya.


Salam Aidilfitri :))



p/s: masih berfikir² untuk membuat blog ini private dan hanya untuk invited readers. macam mana?

Sunday, September 13, 2009

ahad tersedih

3
hari malang.

otak penat kene kerah macam ambik exam sedangkan hanye buat kerja-kerja yang berpatutan seperti lab report, assignment yang tidak bertepian dan sebagainya. lebih malang apabila menunggu orang yang ditunggu hanya mensakitkan. malang lagi apabila berbuka puasa dengan titisan air mata. Hah! malang kan? bebuka puasa berseorangan berhadapan dengan lap top tercinta tidak aku lupa. rasa macam pathetic gila. semalam bukan main seronok² berbuka puasa bersama-sama, hari ni dah macam suram gila. ntah ape lah yang tak betol. macam tersedih pulak mengkenang hari ini T___T memang saya suri rimah tersedih dan menyedihkan hari ini. eh, bukan suri rumah, suri asrama. HEHEHE. kau cubelah bayangkan betapa sunyinye asrama hari ni. memang mensedihkan. T____T

hari semalam berbuka puasa dengan riang, tapi menjengkelkan. perempuan oh perempuan. nak cakap kau bodoh, rase tak baik lah pulak. tapi dalam kategori bodoh jugak lah. orang tengah berpuasa, kau pergi nak test makanan tu apesal? macam nye waktu bebuka puasa lagi 10 jam. tinggal 10 minit je pon. lagipon, bukan nye kau yang masak. lepas test, nak jerit satu restoran cakap kau 'period'. pergi tayang 'pad' lah kononnya kau tak perlu puasa. lagipon, nak buat ape kau rasa makanan tu, satu negara pon tau rasa dia sama, name pon fast food. bodoh bodoh berganda kau. jerit satu restoran yang kau tu period, tak perlu puasa. engkau sorang je ke yang pernah period?? kenapelah aku pernah terserempak dengan perempuan yang pendek akal macam tu. nak becakap soal agama, tengok la kau pakai ape. dengan dress paras peha, yang atas tejojol nak terkeluar, dengan rambut merah macam orang gila. bullshit la. ade jugak perempaun macam kau kan? dah sah² pon tak boleh makan di khalayak ramai walaupon kau tu tak puasa. hish. hilang pahala puasa aku, tahu. aku harap, aku tak jumpa kau dan golongan² seperti kau lagi lepas ni. sedangkan yang bukan muslim pon menghormati bulan puasa, ape kau rasa? malulah sikit, perempuan. mungkin kain² di Kuala Lumpur sudah tak cukup untuk dibuat baju yang sempurna. mungkin kah? HUHU

ada jugak golongan remaja yang tanpa segan silu makan di khalayak ramai. hisap rokok sambil berpeleseran. Mana perginya semua penguat kuasa negara? Sekitar Bukit Bintang macam tempat yang selamat untuk makan dan minum di bulan puasa. entahlah. Budak sekitar usia 10-15 tahun pon dah berlagak macam orang dewasa, lepak sana sini. Bila 1 Syawal, semua sebok nak sambut hari raya. Kau orang beraya untuk ape? Puasa tak nak! Sedarlah wei~!! Geram aku tengok. Kalau kau adik² aku, dah aku masukkan dalam mesen basuh, kasi cuci siket otak semua. HAHA

okey okey. taknak sambung lagi. hati sangat sengsara. hati tersedih perlu diubati. mengkira hari untuk pulang beraya. selamat menikmati hari² terakhir bulan puasa ppl!

Saturday, September 5, 2009

bamBAMbamBAM

9
akhirnya, akhirnya, dan AKHIRNYA!!! habis jugak minggu ni. Penat yang teramat sangat sungguh dan sekali. T__T Banyak assignment, report dan yang lebih kurang sama waktu dan sepadan dengannya kene submit minggu ni. Tell u what, sape suruh tak buat kerja waktu cuti??!! HAHAHAHAncur! Otak pada waktu ini separa sedar. mungkin hanya 20.11% yang conscious, percent yang selebihnya dah black out, ting tong dan yillek!!!


Semalam orang dah bangun tidur balik aku baru la terhegeh² nak tepuk² bantal, minum susu. SUSU??!! eeuuuww.. ! okey tipu, aku tak minum susu pon lah. Minum Ribena habis 2 kotak, Twister orange satu botol.  lepas tepuk bantal 2-3 kali, tak sedar dah aku ade kat alam mane. black out sebab tak bayar bill. T__T . jeng jeng jeng jeng jeng ..... !!! dan keesokan paginya membawa sengsara dalam tandas. Nasib baik lab start lambat! HAHAHA. Ape² pon, kelas petang amat cuak sekali apabila telah di sound oleh pensyarah yang berlabel 'COOL and FUN'. "Hah, you! Kenape lambat??!!" HAHAHA. dan adegan mengeluarkan sedikit idea bersama² sedikit muka belas kasihan telah berlaku. *Ting* Die dah start gelak balik, phew! Lega ...!!

okey okey. sepanjang seminggu sengsara tapi seronok makan nasi kukus ayam dara setiap hari sewaktu berbuka puasa memang takda masa nak update blog. eh! ade lah. kononnya emosi la. ala......!! yang tu, tu. HAHAHAHA. Facebook pon nampak tak tergoda dikala mata dah angkat bendera putih mintak surrender. Orang lain pon dah bangun sahur. Motosikal Pakcik guard kecik² comel pon dah bebunyi, pakcik guard kecik² comel dah start bukak gate, pakcik guard kecik² comel pon dah start... eh okey². point utama dia, aku nak cakap pak cik guard neh kecik² comel. nevermind, kite abaikan pakcik guard kecik² comel yang SKEMA!! grrrr ...! *sigh*

Hari tu macam banyak benda nak tulis dalam blog, tapi hari ni macam banyak benda dah lupa nak tulis. HAHAHA. Otak di paras bahaya. Teeet..!! Teeet...!!! (bunyi alarm tanda bahaya macam dalam filem omputeh yang lari² sebab takut bangunan meletup). Eh, esok nak keluar ...!! Nak keluar ...!! ayokk! kantoi ngan anak Pakcik Hussin yang lain. *okey², esok mane ade nak keluar. mane ade!! ayokk~* (cover sikit okey). Nanti anak² Hussin yang lain akan meng'sms' lagi "Ho!! klua g mana??!!!*. mule la ketaq jari, cramp kuku nak jawab keluar pergi berjumpa dengan teeett!! HAHAHA. dengan bakal anak Pakcik Hussin (insyaAllah) *okey, boleh ngucap skarang! MasyaAllah adik aku, gatal*. HAHAHA. Esok akan berusaha mencelik mata dengan MENtahan dari tidur berlebihan. Kalau tepaksa tahan pakai pencungkil gigi pon aku sanggup, bukan senang nak dapat macam hari esok dalam setahun okey. :)) esok kepada esok ataupon lebih senang panggil lusa, aku guna pencungkil gigi sama nak MENtahan mata siapkan assignment lain. Oiii!! lagi tiga tahun nak grad, aku pakai pencungkil gigi samalah. HAHAHAHA. aku dah nak gila. T____T

Tanak lah sambung tulis lagi, sebab otak orang lain pon bersimpang siur tak jumpa pasar kang esok nak beli sayur lepas baca ni. Nak pegi baca surat khabar semalam yang beli tak terbaca pon lagi. Aku memang lambat sehari bab² berita neh. HEHEHE. nanti kite berjumpa lagi okey. daaaa~

 
perempuan² ini sedarlah bahawa aku suka tengok gamba neh. tengok skali boleh gelak 3 hari in a row. :))
 
p/s: tak buat lagi tag dari cik nat. nantilah okey :)) mungkin anda tahu jiran anda ni mengalami symptom² gila sekarang :))

Wednesday, September 2, 2009

Romeo save me, I've been feeling so alone

1



I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading...

-Love Story, Taylor Swift.
 

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥