Monday, March 30, 2009

Yahooooooooooooooootang!!

4
maigod. sekarang korang boleh bertingakah laku seperti udang kepanasan. envy gila nnt tengok aku *perassan perasan perasan*. Pergi K.O.T esok jalan mendongak macam orang cramp kepala dengan kaki melangkah macam ketam sambil mendepa macam laluan mak kau punya sambil bawak teddy dalam Puan Roxy. HAHAHA
dia dah mengecil selepas di tindih dengan buku-buku
kah kah kah. nampak tak? nampak? kalau tak nampak tambah lagi satu cermin mata kasi nampak. tengok kat mana dia tuh? Puan roxy is on my bed okkey!! semalam tak sempat berasmaradana dengan beliau lagi kerana kerja-kerja yang menimbun ni dengki tengok aku mahu hidup senang bergembira bersama Puan Roxy. Puan okek! beliau sudah kahwin sama saya. Jangan kacau dia lagi. Kau! pergi sekarang! kih kih kih. tiba-tiba naik hangen mak cik neh! Yelah, semalam penat bersengkang mata dengan assignment dan printer yang tak cukup makan ni pulak buat hal. Puan Lappy jugak bermasalah, asyik nak hang aje. Tawulah dah lame tak bercinta dengan enchek sayang dekat skype! Dia pon tahu rindu okek!! So, kepada yang berkenaan, ehem ehem. sila ambik perhatian ye, *jerit kuat dah ni biar sampai Akita*. Sila cepatkan sambungan internet dirumah anda. Sharing dan caring bersama-sama kawan-kawan pon sudah cukup ok. Pakai tenet sorang, kene bayar lebih nanti takda peruntukan untuk bedtime story i. T______________T.

Sekarang sudah dapat roxy, lepas ni tanak lagi bising rindu dekat roxy. falling cinta dengan roxy. makan berselera sebab blom ada roxy (bila dah ada roxy, makan jadi tak selera. HAHAHA). Diam-diam ok lepas ni! Jangan cakap nanti dah tangkap loving dengan kasut dekat Parkson hari tu. Opsss!! HAHAHA. Sekarang nak bercinta dengan benda lain pulak lah. merajuk dengan Puan Lappy, nak cari pengganti lah! Vaio satu sayang! hik hik hik.macam ordeh teh o ais kat cafe aje. Printer ni pon sudah buat aku hilang sabar buat kali kedua dalam masa 2 minggu ni. Buat lagi skali, masuk kali ketiga, sungai Klang sedialah terima printer ni sebagai habuan makan tengah hari :))

Penat ok. Penat buat kerja, nasib baik siap. Kalau tak siap nanti kita kasi letak saja kerja kat bawah bantal. Mimpi siapkan kerja malam nanti. Tadi pergi rehearsal dekat Stadium Bola KL ni. Nasib baik sempat curi-curi pandang may-be-brother-in-law-to-be. Hilang rindu sikit tahu! Sayang takda dengan i, abang sayang pon dah cukup. HAHAHAHA. Dia pon cabot lari ukey bila tengok muka aku sambil mengkutuk cik zatie yang bersabar ni dengan perkataan seperti: menyampah betol budak neh, bercinta dengan adik aku sudey, jangan menggatal dengan aku. HAHAHA. Amaran: Jangan dekat-dekat dengan dia ukkey! Not available sudah. In your dream sahaja. KAH KAH KAH. *gelak evil gila sebab dengki dengan awek dia*.

Nak tidur kejap, tapi macam takda peluang je nak bangun sebelum maghrib ni. Tido 2 jam saja ok pagi tadi. Pergi kelas macam hyper gila sebab otak lintang pukang takda hala tuju. Hilang pertimbangan dah neh. Tidur sekarang!!! Facebook dulu ok!

p/s: bagi mengelakkan dikutuk kerana telah banyak entry mengenai puan roxy, entry berkenaan puan roxy bakal berakhir di sini. entry2 berkenaan puan roxy tidak langsung bertujuan untuk mentunjuk-tunjuk atau mempapar-papar, hanya kerana saya suka-suka. kesulitan amatlah dikesali.

Saturday, March 28, 2009

kunci aku mana??!!

0
di biilik sudah. tapi bukan bilik sendiri. buat muka tak malu mintak kunci bilik orang lain sebab kunci bilik sendiri tak tahu kat mana. lain kali simpan elok-elok la zatie oi!! dah tua agaknya (agaknya ok!). pemilik bilik takda tapi aku dah sepah-sepahkan barang dalam bilik dia sebab cari kunci. hahahaha. malam ni, bilik  ni jadi hak aku lah! yana kat perlis lagi, erli pulak kat sabah ag. BOSAN!
orang duk sebok sokong earth hour. aku tanak ketinggalan jugak, tapi biasalah. kalau penakut di tinggalkan keseorangan dalam bilik, ape jadinye? lampu besar memanglah tutup, tapi 2-2 lampu study bukak dengan bangga. HAHAHA. hello! ni langkah keselamatan ok! nnt mane tawu ade pencuri buah ke, pencuri handphone ke nak curi handphone aku lagi. HAHAHAH :)). gila takda mood nak memblog. mahu pergi merempat tempat lain pulak. kunci, balik sekarang!!!!

rakan-rakan ribena & rindu

3
moigod. kepala pusing, badan pusing. semua pusing. tertido lepas maghrib. puas berjalan-jalan dan bercerita bersana rakan-rakan kanak-kanak. macam biasa-biasa, mereka mana pernah tawu erti penat bergelak ketawa. banyak cerita yang keluar, dari gajah pijak semut kepada mira makan gajah, semua keluar. HAHAHA.(memang suke buat perkara yang tak berpatutan apabila bertemu bersama). Ni baru ade 2 orang, tambah lagi sorang memang macam duduk dalam kelas 6S1 kot. hahaha. Idiey takda. jangan risau, bila anda pulang, TRet sudah promise mawu belanja makan besar. Setakat ABC, boleh la zatie yang belanja. takda mampu lah aku ni. HAHAHA. here goes beberapa photos yang sempat. (memandangkan ade 2 orang bawak camera, dan kedua-dua camera rupanya takda bateri =P)

 
saje sabotaj mira. HAHAHA
 
  
 kanak-kanak riang macam biasa :))
  
 zatie & TRet
 
 
 zatie & Mira
 
kanak-kanak riang yang tak pernah jumpa ABC
rakan-rakan yang bergirang gumbira bagai takda pernah jumpa ABC. Kat Tronoh & Penang takda ABC kot. Takpa-takpa, jom datang cheras nanti kita pergi makan ABC banyak-banyak okke! Tapi next time bayar sendiri tawu. Jangan buat-buat lupa bawak purse lagi okek! Tertinggal dalam kereta lah. HAHAHA. Panjang akal ya kawan-kawan. Akan rindu kamu-kamu T_____________________T. Boleh ulang tak zaman kanak-kanak ribena dulu? Mahu jadi sikit ayu supaya enchek sayang takda kutuk di kemudian hari. HAHAHA.   
sebelum pulang, sempat pergi maktab mizan. jumpa akak TRet :)) Tak sengaja terjumpa ex-schoolmate and she is also my ex-roommate yang setia mengkejut zatie ini bangun setiap pagi dengan sabar. SANGAT sabar. Hehehehe :))
 
 Yuyu & zatie :))


Yuyu. Rindu nye :)) memang jodoh lah kita. nampak dia bukak boot kereta dan tekun gila ambik barang. buat tak tawu je orang pandang dia. macam takda konfiden mahu tegur sebab takut salah orang. malu okek! dia pandang aku pon satu macam. hahaha. tapi, biasalah macam drama tamil yang Yana suka tonton. memanggil dan membuat aksi terkejut bagai mahu menangis mengeluarkan air mata satu lautan pasifik sambil berguling-guling mahu dapatkan sang kekakih. eceh! HAHAHA. first expession dia adelah "eh zatie, kenapa nampak macam berisi sangat ni? Bahagia sangat ke?" HAHAHA. cait betol! harus buat rentas desa setiap hari ni nak kasi nampak slim balik macam dulu-dulu (model iklan sabun basuh). HAHAHA. takda lah bahagia pon Yu, takda bahagia tapi still makan banyak. HAHAHA. macam mana nak bahagia, dia jauh. sob sob sob. *gila macam takda kaitan je*.
btw, enchek sayang sudah masuk rumah baru yang 'besar' kebanggaannya tu. alasan takda mahu duduk rumah sorang sebab rumah kecik. sekarang sharing dan caring bersama-sama kawan-kawan, rumah BESAR sikit. hehehe. Tinggal bertiga. lepas ni kalau takut tengok cerita hantu lagi i tak tawu ok! takda alasan untuk tanak tengok cerita Unborn. HAHAHA. *miss u already, cepat-cepat la sambung internet T______T*. Memang hidup tak senang ok kalo takda internet. duduk di bandar macam duduk di pedalaman mana ntah. Akita yelah kot pedalaman kampung. KAH KAH KAH :)). Miss u lah. Takda selera mahu makan ais-krim sebab takda contact enchek sayang. makan roti 60sen pon takda selera. :(
 
esok bakal kembali ke Cheras. adoi! malas lah pulak. Hari tu bukan maen lagi ye, fly me to cheras lah, rindu cheras lah. memang takda boleh percaya lah kat kau zatie! HAHAHA. bukan ke memang ade this feeling bila dah sampai mase untuk balik ke cheras. T___________________T. jom pusing balik masa boleh? (suka sangat kan pusing-pusing masa nih! ingat jam paling berkuasa kau punye?!!) Kih kih kih. akan mengupdate entry tentang last day di sekolah. eh! sape cakap rindu? mane ade? (eceh! cover dengan enchek sayang, nanti die gelakkan sebab dulu bukan maen hebat lagi cakap takda suka pegi sekolah. HAHAHA).
mahu kembali kepada perkara asas apabila online. mencari bahan untuk buat assignments? oh tidak! mencari idea buat essay? tidak jugak! 
jom buang masa dekat facebook. HEHEHEHE :))
p/s: rindu semua lah! :( badly. jangan makan banyak sangat okek kawan-kawan. malu sikit dengan gajah kat hutan. HAHAHAHA. good luck exam idiey! HEHEHE

Thursday, March 26, 2009

Itu dan Ini

4
form day 1st to day 4th, PENAT and sikit-sikit fun :))

Takda mood mahu karang mengarang atau tulis surat cinta hari ni. T___________T


 



 
  
  
XOXO :))
 
p/s: TRet, Mira, Idiey, Intan, Sya, Taa and all the Batchmates UPSR 2000. am missing the good old days :))
& also Enchek Sayang. (nakal dulu ye?)

Tuesday, March 24, 2009

The Unborn

4
Ahad mahu keluar jugak! takda alasan. Hazwani Hembalii! sila jangan buat alasan busy dengan drawing la, kene submit kerja la, kene ngorat ngan Acid la, eh. ops! haha. ramai orang buat Architecture ok! tapi masih ade mase untuk keluar dengan awek diorang. kalau buat alasan lagi, kita putus! hahahaha :)) Cakap lecturer mane kat UKM yang tanak kasi ko kuar tu. cakap! hahahaha *konon berani lah ni, kalo jumpe betol-betol, kencheng dalam seluar la kot*. Mahu menonton The Unborn. Nanti Enchek Sayang sudah takda alasan lagi untuk gelakkan aweknya yang dia cakap sudah ketinggalan neh! *Nanti la, i tengok~!!* Masih tak boleh terima bila enchek sayang gtaw The Unborn dah release kat US bulan 1. ye ke Ain? Takda mahu cerita kat aku pon ye. Ciss! *sape suruh janji nak call ke US tapi tak simpan duit. hahahaha :))*. Malangnya, memang betol dah release january di US. Untuk tarikh release di setiap negara, click di sini.

Otak yang bergoyang sebab tiap-tiap hari melayan karenah budak kecik ni tak dapat ditanggung lagi. Suara pon sudah habes melayan dan memberi warning supaya takda membuat hal. *Jom lah buat sbe Mira!* hahahaha. Baru faham kenapa cikgu selalu marah-marah dalam kelas dulu. Rupanya kepala diorang dah tak tahan gegaran dan goyangan. Kritikal dah tahap tu mungkin. T______________T. Soalan paling tak boleh tahan adelah "Cikgu, saya nak kentut boleh? Kene pegi luar kelas ye cikgu?". Ni mungkin exactly macam Enchek Sayang dulu kan. *eleh~ macam i tak tawu dulu kenape suke sangat keluar kelas duk depan pintu diam-diam. Kentut ye~?* hahaha. pengajaran kepada anda, janganlah cari buah hati yang same kelas di sekolah rendah. memang takda rahsia. HAHAHA.:))



Kembali kepada tujuan asal tulis entry ni. Emm, tujuan asalnye ape ye? ntah. takda tujuan. Sekarang, semua boleh gambarkan camanya goyangan yang berlaku dalam otak kan? Sampai semua pon dah lupa. Tapi yang peliknya, beg roxy tu takda lupa. Maken ingat adelah!!! Lepas ni, kalau TERpergi kat butik roxy lagi, memang akan TERbeli lah. boleh ye sayang? boleh ye? hehehehehe :)) memang harus mencari sesuatu untuk membuang penat ni. pergi diskolah jom! pergi goyang-goyang ke gig mungkin? haha. *Ingat Allah zatie! Ingat Allah.*

 
Sudah-sudah lah tu buat entry yang tak membawa makna dan takkan berbekas dalam hati orang. Sedar la. Assignments banyak. Kerja kat rumah banyak. Tido pon banyak. Ingat sikit! Off sekarang! pergi buat kerja!

Baiklah. berangkat ke facebook.

p/s: mane lebih mencabar? SBE atau kejut enchek sayang tido?

Sunday, March 22, 2009

penat lah

5
kan dah cakap. memang akan ade satu perasaan tak suke apabila memulakan sbe. penat lah, letih lah (oi. bukan ke same?). tengoklah, baru sehari sudah banyak membuat ayat-ayat yang tak bermakna dan menyusahkan hidup saje. tak tahulah kenape, bukan nye buat perkara-perkara berat macam angkat batu bata 15 tan, mencuci KLCC 10 hari dan sebelas malam, tolak lori balak yang pancit kat tengah-tengah hutan dengan tulang 4 kerat. semua pon tidak! tapi kenape?? purkkeee??!! ok, dah tahu kenapa. sebab sudah nampak beban yang bakal menanti pada masa depan kot. mahu mencipta manusia dan membina rangka sahsiah manusia.


tapi aku takda nak tipu anda semua lah. serius. penat penat dan penat. fikirkan assignment yang banyak dan segala kerja yang takkan habes. sanggup stay up dekat maktab sampai bergoyang otak pon takda nak kesah macam ni. nak duduk rumah goyang kaki, bukan goyang otak macam sekarang. T________________________T


fly me to cheras please :(


tengok, flat semua tulisan. takda nak hias ape-ape pon hari ni. sebab otak sedang sangat flat sekarang. takda turun naik bukit. hoh! 4 hari yang bakal memeningkan masih ada. mungkin akan selalu flat saja blog ni dalam 4 hari ni. korang bersabar sahajelah ye.

Saturday, March 21, 2009

Tomorrow is the day - Back to school

2
see, tomorrow is the day. gila kau. takda buat preparation ape-ape pon nih. esok mati kekeringan lah tanpa idea. tak sukenye kena buat kerja. belajar lame-lame pon aku tak kesah okkey! tanak membuat kerja. tak mahu!
manusia mane pernah bersyukur. assignment banyak, bising. kene study, bising. kene kerja pon bising. takda kerja pon, bising. skarang nak ape? cakap! cakap! hehe. memang sangat malaslah. kalau cuti lagi kan best. takda mahu pikir kerja atau assignments(SSSS). esok harus membangun awal dan bersiap. lebih awal dari di hari-hari belajar.

*cheras, i miss u (badly lah kononnye)* T__________________T.

ok kawan-kawan. tahulah korang semua sudah bakal melangkah kepada saat-saat akhir di alam belajar okkey~! aku tak jeles ni (sebenarnye SANGAT jeles). hehe. aku masih ada about 3 and half years to go. takda jeles ke dengan aku? kalau aku buat degree in Biodiversity dulu, starting this July dah boleh bangga sudah di tahun akhir. tapi, MALANGnya tidak ok. TIDAK! tapi sekarang sudah takda rasa sangat menyesal sebab sudah bahagia (dulu suffer ok!). kalau enchek sayang dan saya dipanjangkan jodoh, dia mungkin kerja dulu. kan bagos tuh.:))  alasan ni logik lah sikit bukan. sekarang aku nak bangga lah kat korang wahai rakan-rakan. (untuk sedapkan hati sendiri). tapi, sekarang, i'm happy. jauh lagi masa untuk bekerja. cuma kadang-kadang harus membuat SBE di sekolah. nvm! :)) 

baiklah. saja semakkan blog sendiri sebab tak tahu nak buat ape sementara hujan turun mencurah-curah bertemankan ribut sikit-sikit ni. enchek sayang pon macam tak bangun lagi jew~ tadi suruh mengkejut beliau pukul 5 (kat tempat i lah ok.. kite selalu mahu menang pukul berapa tempat sapa kan?! hish!). *i tawu, sayang tak bangun lagi~* buat-buat bangunlah tu lepas reply sms, tapi takda reply msg di skype mahupon di ym.

mahu membuang masa di facebook buat kerja sikit-sikit gila.

-entry ini tamat-

Thursday, March 19, 2009

Clear Mascara

10
hoh. 
last time, i said i takda duit kan? haha. tapi today i habeskan duet lagi. see, zatie never change. Takda lah mahal sangat pon, mahu mencoba clear mascara. macam bagus aje. macam sangat sesuai untuk keluar berpesta bermesra bersama rakan-rakan sahaja. so, lepas fikir sikit punye panjang, at last ambik jugak. taknak comot-comot dah. simple sikit kot pakai clear mascara ni. hehe. goodbye maybelline mascara. may be its NOT maybelline. haha. hoh, mana pinjimatan cik zatie ni? i have to jimatlah kan? but still i have something to buy. CONTACT LENS!! gila kau, lama dah tak tukar contact lens. nantilah kot. the time will come. akan di beli jugak nanti. akan ke focus point ataupon england optical. tempat lain, tanak mau layan. tipu semua ok! contact lens koyak 2 hari pakai. ape kes?? mata dah tak selesa mempakai yang lama ni. demand mahu yang baru (memang patut dapat yang baru, pakai sudah lebih masa. haha). Mata bajet mahallah tamau pakai cermin mata. bukan taknak ok. Tidak sesuai.!! di ulang sekali lagi, tidak sesuai. Nanti tudung aku huru hara lah kalau pakai cermin mata. Lagi huru-hara kalau takda contacts. Dulu dekat sekolah pon warden pening tahu kalau aku takda contacts. sanggup kasi outing ke bandaraya  di hari kelas kerana taknak pening aku membising satu asrama. kih kih kih. hoh, sampai hari ni pon sebahagian mahluk yang hidup dalam persekitaran aku tidak mengetahui aku mempunyai rabun yang agak menyusahkan aku nih. takda nampak muka orang lagi kalau takda contact lens. hidup bagai di kelilingi banyang-bayang. nasib baik buah hati sendiri aku kenal, kalau tak maknanye pergi dating dengan orang lain lah kot. kih kih. sorry dear~ :)) tanak buat tanak buat. betol ni! hehe. 
ok, blog pon dah jadi huru-hara sebab takda tahu nak tekan kekunci huruf ape. takda nampak sudah. anda sila buat-buat faham sahajelah ye. i need contact lens!!! dan the roxy. adoi~!

ni contoh clear mascara. teenage out there, jom tuka. hehe (perasan teenage.. kih kih. takpe XP)

p/s: 3 days to go!!

Tuesday, March 17, 2009

hoh

0
B.O.S.A.N

facebook gila buruk

4
seriusly, hodoh wei facebook yang baru!! 

kau gila btol. maken hari maken sengkek. nasib baik cuti, mak bapak tanggung aku ok.dulu rasenye lebih dari cukup je kerajaan kasi duit, hari ni macam tak cukup pulak. nak mintak lagi, boleh? hehe. mane taknye, everyweek mesti tepacak sepasang kasut kat shoe rack. dah penoh wei!! no more shoes ok!! kalau nak kire-kire, perbelanjaan memang lah ikut every month punye budget. memandangkan w980i dah hilang, dah lari budget. cis!!! nasib kau tak payah bayar balik duet ni zatie. nnt cukup-cukup grad, kurus kering simpan duit. haha. Nanaa yang pakai loan ptptn yg boleh di kategorikan terhad sikit dari aku pon dapat menabung, ape kes ni??!! Start menabung zatie. Be cool. Think posotive zatie, Nana tu, tak habis je lagi kot, belom lagi. cukup2 semester nanti, habes lah tu. *gile evil*. :)) Syukur zatie, syukur. tak payah bayar kan? *as a reason nk pakai duit menggila* kih kih

Mid semester and another half of semester to go. SBE is coming. Banyak gila benda kene fikir. *macam lah aku selalu fikir kan?* kah kah kah.focus zatie. focus. hoccus poccus. kih kih. main main lagi. bukan nak serius. serius lah ni, sedang habiskan Mummy's Witness kerana tak sabar mahu ulang Twilight. Twilight dah dapat free from US, so anyone? ade yang mahu sponsor for New Moon and others? untuk melengkapkan Twilight Saga, silalah bagi sponsor kepada yang memerlukan ni. duit pon ade RM****.35 je lagi.so, is it worth it untuk menggadaikan 2 bulan untuk membeli Twilight Saga? Tidak bukan? (Exaggerate yang melampau. takkan lah beli Twilight Saga perlu korbankan 2 bulan belanja. HAHAHA). Gila kau zatie. yup yup. lately nih memang gila sikit. :))
Having a great holiday. makan and tido sahaja :))

p/s: takda orang mahu jadi sugar daddy. so mummy out there. nak jadi my sugar mummy tak? :))

Sunday, March 15, 2009

lets fight the global warming!!

2
Show the world that Malaysians are united!! :)

VOTE EARTH by simply switching off your light for 1 hour from 8.30 pm till 9.30pm, Saturday, March 28th 2009 and join the world for EARTH HOUR
 
for more information, click here

Saturday, March 14, 2009

is this true?

0
Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

me: sort of. will listen to both side baru boleh buat keputusan. zatie down to earth?  gile baik cik zatie oi!!
 
The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.

me: Yup! u better cakap all of this is true sayang. haha
 
Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

me: insyaAllah, i know, he might be you, dear :)
 
The seriousness of your love:
Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.

me: 99% untrue. me? having plenty of dates? naa~ah!
 
Your views on education:
You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.

me: just me. having many practical ideas and always follow to my heart.
 
The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

me: yup.completely true! a secure job and steady income. :)
 
How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

me: yeah~! oh please. tell me that i am in a right path.
 
What are you most afraid of:
You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

me:  no comment.

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice (wth?). People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

me:  always pray for the best.


p/s: credit to ed. 1st day di rumah cukup untuk tidur and finishing all the novels (twilight+mummy's witness).


test your personality here.

Friday, March 13, 2009

autopublish

2
sedang mengtest untuk autopublish. gila lah! zatie sudah pandai!! tepuk-tepuk! haha

minggu ini saya...

0
lately ni sangat lah malas untuk berbuat ape2. penat dengan jalan dan buat keje saje. cramp jari aku tahu?!! oleh sebab itulah cikzatie semakin hari semakin hilang ciri-ciri kewarasan dalam diri (take note ok encik sayang, ini adelah hipotesis). Setiap hari pasti akan membuat kerja yang bakal membakarkan kepala dan membuatkan otak aku menyanyi dangdut ah ah ah. takda masa lagi untuk tidur petang atau membuat onar di petang hari. waktu tidur telah dicuri oleh encik sayang kerana beliau macam tersangatlah free. i jeles ok sayang! haha. tapi saye tahu, pasti dia sedang menggila kebosanan dan keseorangan sambil menghirup jus sayur-sayuran yang selalu dibanggakan setiap hari (ini kes orang yang sukar dapat sayur dimusim sejuk).

minggu lepas sudah kehilangan w890i, menambah kegilaan otak aku lagi. tapi takpe, zatie kan seorang wanita yang cekal, kuat, betimbang rasa dan berjaya (takda kaitan) pasti dapat menempuh segala cobaan itu. see, i'm ok now:) boleh gelak dengan kadar frekuensi yang tinggi seperti hari2 lain dan masih boleh ber'moody' jika mahu. kihkihkih. memang aku seorang yang sangat flexible kah? iya.

minggu lepas membuang masa cuti 3 hari dengan sangat berguna. keluar tengah hari, pulang malam. bukan sangat bergunakah tu? kalau pulang awal, pastilah bantal2 lembut berguna :)
pergi menselesaikan urusan mentukar fon, membuat sim card dan urusan-urusan lain yang berpatutan seperti membayar bil eletrik, bil air, bil astro dan sebagainya. kah kah kah.

ok. itu tipu.

itu hari kami keluar dan tergoda oleh roxy. cis!!!

hari seterusnya juga keluar dan jatuh cinta dan falling rindu pada beg roxy tersebut. bukankah baik kalau hari tu tidak ke mid valley ataupun menjauhkan diri daripada kedai-kedai yang makan duit aku? memang tak patut bukan? patutnya hanya duduk diam-diam di bilik dan mentelaah pelajar yang memang sedia adanya banyak ini. takpe takpe. buku tahu saya sayang dia. dia pon duk diam-diam saja kat bilik. i kasi u rehat ye :)

seterusnya ahad rehat sahaja dan tido banyak-banyak. bukan senang ok mahu tido banyak, harap u all faham kenape aku suke tido. juga mendapat inspirasi dari enchek sayang yang suka tidur juga. kihkihkih.

memanglah taknak keluar tiap2 hari, tapi keadaan yang menentukan (alasan tak boleh diterima ok.) hahaha. isnin ke Pavilion untuk memberi barang kepada kawan enchek sayang. dengan harapan barang akan sampai secepat mungkin (can't wait lah sayang!). memang akan cepat diterima jika beliau ke Niigata dan membuat onar bersama-sama kawan yang lain. takpa buat onar, tapi jangan lupa i sudey~. (encouragement yang banyak sekali. hahahaha). tidak berpuas hati dengan pakcik tua yang memiliki rumah yang bakal didiami enchek sayang. kenapa mahu membiarkan enchek sayang saya sorang-sorang di Akita dan menunggu untuk menselesai hal itu. saya bantah Yang arif!! huh! aku tak suke ok. sabar ye enchek sayang, i emotional lebih2 pulak. haha.

sedang menggila menunggu kawan enchek sayang

sayang, i lagi cantik dari dia. kenapa pilih dia untuk menduakan i??!! rambut dia buat dia xnampak enchek sayang aje. (tak puas hati). ceraikan iliyas!! haha

ok. satu sebab tak suke pavilion jugak. sebab dia ade kedai roxy yang mempaparkan beg yang sama. kau orang tolonglah tukar ok. jiwa aku ni takda sekuat konkrit pavilion. tapi tetap bersabar. zatie kan memang pandai bersabar dan mengambil gambar curi-curi. kih kih kih. *nasib baik beg aku banyak sudah, kalau tak memang nahas beg ni*.

roxy ini lagi. benci betulla. jodoh kita kot. :)
hari ini mahu pulang. rindu betol. takda tipu punya, 100% asli kerinduan aku ni. takda mahu fikir kerja tapi kerja mahu fikir aku. susah betol kalau berkasih sayang dengan pelajaran ni. aku takda rindu dia, dia rindu aku. :( kih kih kih.

ok lah. sudah mahu berkemas. selamat cuti kawan-kawan. balik cuti sudah mahu kahwin sebab sudah dapat sijil pra-perkahwinan. haha. zatie gedik! gedik! gedik! get out!!!

p/s: sila kemukakan ic anda untuk apply jadi sugar daddy saya. sertakan rm 50 ribu sekali ok sebagai yuran pendaftaran.

Tuesday, March 10, 2009

tiada ape-ape yang menarik

0
zatie kekurangan ciri kewarasan sejak akhir-akhir ini.

sekian, terima kasih!

Sunday, March 8, 2009

:(

4
mak abah saye risau henfon saye hilang.
saye juge risau bile mak abah saye risau.
adoi~!!
angkara siapakah yang menyampaikan berita terkini kepada mak abah saye?
siapa lagi kalo bukan anak buah yang suke bz body ini, zul iskandar. haish!!
bila dewasa nanti dapat jadi pemberita lah!
mak ayah saye cakap, "nanti beli baru kami support".
wah! sangat terharu. sian mak abah saye.
rindu w890i. wuwuwuw~

nak jugak!!!

4
Shawls kat sni cantik2, tapi...


roxy tadi pn cantik, tapi...


jeans tadi mmg v v v v v amazing~!! tapi...


semuanya hanya kerana tapi..


good night, "sweet dreams".


gambar secara curi2 di roxy. mahu itu! mahu itu!!

p/s: perlu cari sugar daddy. sila hubungi saya untuk mendapatkan borang pencalonan.
syarat: beg roxy itu, beg roxy itu, beg roxy itu, jeans tadi dan tudung baru ok. sudah lame tak mengshopping tudung :(

Friday, March 6, 2009

dariku, untukmu

0
mengapakah kau pergi tanpe say bye bye?
mengape pergi membawa diri begitu sahaje?
tak baikkah layanan aku terhadapmu?

akan ku selalu merinduimu
akan ku selalu memikirkan mu
pulanglah~


dedicate to: sony ericsson w890i
 

♥ HEY HONEY ♥

♥ LOVE ONLINE ♥